Aku tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3 kerusi parlimen.
Tun Mahathir nampaknya masih tidak dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan itu.
Pemerintahan Tun Mahathir yang merupakan PM paling lama memerintah di antara PM-PM yang pernah ada berjaya menyebabkan gabungan kemarahan-kemarahan kecil beransur menjadi besar. Kebetulan kemarahan tersebut mencapai klimaksnya pada masa pemerintahan Pak Lah dan aku rasa kemuncak klimaks yang kedua sedang menunggu letusannya pada PRU 13 nanti.
Tun Mahathir bukanlah seorang yang tidak cerdik dan dia lebih arif untuk mengesan bahang letusan kemarahan rakyat pada PRU 13 nanti. Sebab itu dia menyusuli teori kejatuhan BN yang akan datang dengan tohmahan kononnya rakyat Malaysia terutamanya pembangkang merupakan kumpulan yang pendek akal yang mahu menghancurkan demokrasi di Malaysia dengan menggulingkan BN melalui keganasan.
Aku yakin di sudut kecil hati semua rakyat Malaysia memperakui ada juga jasa baiknya kerajaan BN selama ini yang menghidangkan jamuan kemewahan pada mereka walaupun hidangan lebih banyak merupakan kuah berbanding lauk, namun ia tetap mampu mengenyangkan rakyat ala kadarnya.
Namun aku pelik apabila Tun M menuduh pembangkang yang menjadi pesaing dalam pertandingan lumba lari pilihanraya Malaysia dituduh mahu menyela kayu dikaki BN supaya mereka rebah tak dapat bertanding. Sedangkan PR mahu bertanding secara bersih sehingga ke garisan penamat dan siapa kuat dialah yang menang.
Apa yang aku lebih risaukan adalah setiap kali tiba di garisan akhir, ada orang yang sentiasa menjauhkan tali penamat lebih jauh setiap kali pembangkang tiba dulu...
Baca tulisan Tun M di sini.
0 comments:
Post a Comment