ANWAR BUKAN 'HERO BALING.....!!! Kasihan Ibrahim Ali tak diangkat 'Hero Baling'

on Apr 9, 2014





Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memimpin perhimpunan bersejarah Demonstrasi Baling 1974 bagi memperjuangkan nasib petani miskin Kedah, dedah veteran politik Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim, yang bergiat dalam aktivisme mahasiswa ketika itu, berkata semasa kebangkitan rakyat Baling, Anwar sebenarnya berada di luar negara.

“Masa kebangkitan rakyat Baling, dia (Anwar) di luar negara.

"Mahasiswa sambung tunjuk perasaan selepas dua Perhimpunan Baling, di Dataran Merdeka.

“Kalau tak silap saya, hari kedua,di Dataran Merdeka, barulah Anwar muncul,” kata Ibrahim yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA.


Malaysiakini pada 6 April lalu melaporkan, perhimpunan Baling bagi mengingati perjuangan penoreh getah di kawasan itu 40 tahun lalu dihadiri kira-kira 10,000 orang tanpa kehadiran Anwar.

Laporan itu menyebut, perhimpunan ketika kemuncak kebangkitan mahasiswa itu dipimpin oleh Anwar sebagai pemimpin pelajar.

Demonstrasi itu juga dikatakan melonjakkan karier beliau dalam politik.

Dalam kenyataannya kepadaMalaysiakini semalam, Ibrahim berkata, beliau dan kumpulan mahasiswa bertahan di Masjid Negara selepas dikejar polis pencegah rusuhan dan ditembak gas pemedih mata, ketika Anwar tiba dari Manila.

“Waktu itu saya sedang berucap dan (saya) jemput Anwar berucap. Polis pula mula tangkap mahasiswa, keadaan huru-hara.

“Anwar bersama saya lari,” kata Ibrahim.

Menyambung kisah itu, menurut Ibrahim, Anwar kemudian ditangkap pada sebelah petang ketika ke balai polis Brickfields untuk melihat mahasiswa lain yang ditahan, termasuk bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

Ibrahim ditahan tiga hari kemudian.

Dengan semua kronologi itu, Ibrahim mengakhiri kenyataannya dengan menyimpulkan Anwar sebagai “bukan hero Baling”.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List