Tsu Koon Tidak Bertanding Dalam PRU 13.

on Nov 17, 2011




Berita Harian melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.  Pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Koh berkata keputusan itu bagi memberikan peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan mewakili parti dalam pilihan raya. 

"Ia juga sebagai strategi transformasi Gerakan iaitu 'Bergerak bersama rakyat'," katanya sambil menambah keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Koh, 62, berkata beliau akan memberi tumpuan kepada usaha merangka strategi, memperkukuh jentera parti, menentukan senarai calon dan mengatur publisiti untuk memastikan kemenangan mereka. 

"Saya mahu berkempen untuk calon kami menang berbanding memberi tumpuan untuk memenangi kerusi untuk diri saya saja," katanya. 


 Soalan nakal: Koh Tsu Koon mahu beri peluang kepada orang muda atau beliau takut kalah lagi? Adakah beliau masih trauma dengan kekalahan yang lalu? Adakah "demam" kekalahan lalu masih belum kebah?

Sepatutnya, Koh Tsu Koon meletakkan dirinya sebagai calon yang bakal menghadapi Lim Guan Eng di kerusi DUN PP, bukannya "menikus" di belakang tabir. Biar rakyat menentukan pemimpin pilihan mereka. Adakah ini petanda bahawa Gerakan akan berkubur sepenuhnya dalam PRU akan datang?


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List