Rakyat Negeri Pahang Tukar Kerajaan Jika Mahu Masa Depan Terjamin !

on Nov 17, 2011



Gara-gara tidak tahan dengan karenah dan sikap pemimpin UMNO BN Negeri Pahang yang kini semakin menyeleweng dan rakus merompak hasiil mahsul rakyat, maka bekas seorang Exco Kerajaan Negeriberharap agar rakyat Pahang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. 

Beliau yang telah bersara daripada politik dan menjadi exco pada zaman Tun Khalil Yaakob menjadi Menteri Besar itu berkata, rakyat wajib menukar kerajaan yang ada sekarang kerana jelas telah gagal mentadbir dengan baik dan semakin banyak menyelewengkan hasil mahsul negeri sekarang. Beliau yang begitu teringin melihat Kerajaan Baru mendiami Wisma Sri Pahang (foto) di sini berkata :- 
"Saya harap, rakyat tolak UMNO BN kali ini. Mereka sudah semakin teruk dan parah. Jika tidak ditukar, maka rakyat akan terus menderita mendapat "sisa-sisa" sebaliknya, isinya disapu oleh beberapa kerat pemimpin yang kini hidup mewah dengan hasil mahsul dan khazanah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat", kata pemimpin terbabit. "Semasa saya didalam Exco Kerajaan Pahang dulu, senarionya tidaklah seteruk ini. Namun kini, ia jauh berbeza. 
Negeri Pahang senantiasa berhutang dengan pusat, malah membentangkan Bajet Defisit sejak 10 tahun yang lalu. Tetapi anehnya, beberapa kerat pemimpin yang ada hidup mewah dan dipercayai memiliki wang ratusan juta ringgit yang disimpan di bank luar negara. 
Mereka luluskan kawasan lombong bijih, kuari, balak, tanah dan sebagainya untuk kroni-kroni dengan sewenangnya. Malah, saya punyai bukti ada dikalangan exco dan wakil rakyat UMNO yang kini hidup mewah dengan duit lombong yang mereka nikmati selama ini", tambah beliau lagi.


Lesen Melombong kini telah diagih-agihkan sewenang-wenangnya kepada
beberapa kerat pemimpin serta suku sakat mereka dengan rakusnya
"Sebab itu saya tidak hairan Kerajaan Negeri Pahang terpaksa membawa masuk projek berbahaya dan berisiko yang ditolak oleh negara dan negeri lain ke negeri ini. Sebab mereka mahukan pelaburan tanpa mengambilkira kepentingan rakyat. 
Banyak kawasan lombong diluluskan sewenangnya kepada adik beradik dan ahli keluarga pemimpin tertentu. Senario ini bukan sahaja melibatkan pemimpin UMNO malah turut tempias kepada anak syarikat kerajaan yang lain seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Mentiga Corporation, LKPP dan sebagainya. 
Mereka jadikan agensi terbabit sebagai harta mak bapak mereka. Akhirnya rakyat Pahang merana, bil air diberi subsidi tetapi bayaran meningkat serta banyak lagi masalah lain yang tidak sepatutnya berlaku di negeri ini. Rakyat miskin tetapi mereka dan beberapa kerat proksinya kaya raya!", kata pemimpin itu.

Komen :- Kenyataan bekas pemimpin UMNO ini sememangnya tidak menjadi satu kejutan kepada rakyat Pahang. Ini kerana, masing-masing memang tahu sikap sebenar pemimpin yang ada hari ini. Kerajaan Negeri tiada cukup wang (defisit bajet) setiap tahun, tetapi mereka kaya raya dan bermewah-mewah dengan sewenang-wenang. Rakyat makan habuk tetapi mereka menikmati hasilnya. 
Sudah tiba masanya untuk rakyat Pahang melihat dengan "mata dan kepala" apa yang dilakukan oleh kerajaan yang ada hari ini. Satu kerajan baru yang lebih telus dan adil perlulah dibentuk untuk menjamin masa depan rakyat. Jika senario ini tidak diubah, maka nasib serta masa depan anak cucu kita pasti akan terus berada diawang-awangan. 
Di kala-kala rakan mereka dari negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan sedangkan rakyat di negeri Pahang masih ditakuk lamaa. Jangankan subsidi air, elaun warga emas, bantuan kematian dan sebagainya malah banyak benda yang tidak akan dirasai jika terus berada di bawah BN lagi. Buat perubahan sekarang.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List