Dalam sebuah akhbar harian perdana semalam, tentu ramai yang terbaca tentang kenyataan TS Rahim Thamby Chik (RTC), salah seorang dari kumpulan ‘Dato T’ yang dikenali dengan isu apa.
Bekas Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini membuat kenyataan yang pihak pembangkang sedang membuat persiapan dan merancang untuk menjadikan Tengku Razaleigh Hamzah, wakil BN UMNO dari Gua Musang sebagai Perdana Menteri jika keputusan pilihanraya memihak kepada pembangkang atau pembangkang mendapat kerusi sama banyak dengan BN.
Beliau (RTC) berkata yang beliau telah lama mendengar pelan pembangkang ini dan hanya sekarang beliau mendedahkan cerita ini kepada media dan orang ramai di Melaka dua hari yang lepas. Berita ini telah menarik minat ramai di antara mereka yang membaca postings saya dan menanyakan kepada saya samada berita tentang pelan pembangkang itu benar atau tidak.
Sesungguhnya saya tidak tahu menahu pelan pembangkang itu tetapi kita memahami sebagai parti yang halal untuk bergerak mereka berhak untuk melakukan apa-apa perancangan untuk negara yang di tawarkan kepada rakyat bagi kepentingan mereka (rakyat) jika di terima.
Apa yang dikatakan oleh Rahim itu memberikan satu pemikiran baru kepada rakyat dalam keadaan BN sedang terumbang-ambing sekarang ini. Selama ini rakyat tertanya-tanya siapa yang akan membawa perubahan jika pembangkang mendapat mandat di dalam pilihanraya nanti.
Kalaulah benar itu pelan yang ingin di lakukan oleh pembangkang, apa pula salahnya dengan pelan itu? Malahan reaksi yang saya dapat sejak semalam sangat memberansangkan kerana rakyat sedang dalam pencarian dan berita yang dispekulasi oleh Rahim itu menjadi spekulasi yang sangat diterima baik oleh kebanyakan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Yang tidak bersetuju dengan pelan itu hanyalah dari kalangan yang sedang enak dengan kepentingan peribadi di dalam UMNO dan BN sahaja. Tetapi jika ini dijadikan unjuran kepada rakyat serta yang memikirkan kepentingan kepentingan negara keseluruhan; ini adalah perkara yang sangat positif yang dilakukan oleh pihak pembangkang.
Lagi pun pembangkang hari ini tidak akan jadi pembangkang lagi jika benar seperti apa yang di spekulasi oleh RTC itu. Yang akan menjadi pembangkang selepas pélan itu dilaksanakan ialah BN dan UMNO. Lagi pun UMNO pun sudah mendapat sedikit pengalaman sebagai pembangkang di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sebentar di Perak sebelum di jatuhkan secara jahat di Perak dua tahun dahulu.
Walaupun Rahim secara peribadi telah memberikan reaksi yang negatif, ramai yang mengambilnya sebagai suatu tindakan positif. Rahim mengambilnya secara negatif itu bersebab; tentulah kerana kepentingan peribadi beliau dan parti beliau yang sudah sampai ketepian untuk jatuh dalam pilihanraya ini.
Ramai menerimanya secara positif kerana kepada mereka ini mungkin satu jalan yang terbaik untuk keluar dari kemelut kekeliruan yang sedang di hadapi oleh rakyat sekarang ini. Rakyat sedar yang pimpinan pada hari ini sudah sampai ketahap keliru yang tidak lagi mampu di selesaikan oleh mereka.
Keputusan yang ‘flip-flop’ pimpinan pada hari ini merupakan satu ‘attribute’ yang pasti bagi pimpinan yang lemah yang tidak memungkinkan mereka mengambil tindakan yang betul dalam semua hal. Sifat bermuka-muka dengan rakyat berbilang kaum itu terbitnya dari pimpinan yang tidak mampu menjaga ‘magnanimity’ sebagai pemimpin berbilang kaum.
Sesungguhnya rakyat sedang melakukan ‘soul-searching’ yang serius dan apa yang di spekulasikan oleh RTC dua hari yang lepas mungkin boleh mengurangkan suhu politik negara yang sedang berkecamuk pada hari ini. Mungkin apa yang di katakan oleh RTC itu adalah penyelesaiannya.
Tetapi itu terpulang kepada keputusan rakyat yang ramai untuk melakukannya. Bola sekarang berada di kaki rakyat dan mereka boleh mengarahkan tendangan kemana yang mereka kehendaki
Ingat, negara ini rakyat yang punya, bukannya harta pusaka UMNO atau BN.
0 comments:
Post a Comment