Kongres PKR Platform AGUNGKAN Anwar...?

on Nov 17, 2011


Banyak juga desas-desus di kalangan warga kerja ibupejabat PKR yang berasa kurang selesa dan tak berapa setuju dengan cadangan Azmin untuk – meletakkan ANWAR sebagai center of attraction dalam Kongres tak lama lagi. Ramai yang berpandangan, tidak ada asasnya untuk mengagungkan ANWAR pada ketika imej peribadi pemimpin itu teruk tercalar dalam beberapa isu kebelakangan ini. Rafizi tidak comfortable (tetapi diam). Saifuddin juga begitu.

Yang berani mengatakan tidak dan membantah cadangan tersebut adalah beberapa pemimpin muda yang dimasukkan sebagai sekretariat. Mereka mengatakan kaedah mengagungkan Anwar sudah kurang menarik perhatian generasi muda. Jujur, tegas mereka, Anwar semakin kehilangan midah touch di kalangan generasi muda. Benda sama turut dikongsi oleh beberapa orang kanan Chegubard yang turut menolak cadangan kongres untuk mengagungkan Anwar.

Kalau mengikut pelan asal – kongres itu akan menjadi tempat mereka mengesahkan Anwar sebagai PM material untuk pasca PRU-13. Gambar Anwar perlu besar. Video tentang Anwar perlu padat. Anwar perlu digambarkan sebagai pemimpin ulung parti.

Jangan tidak percaya, ramai juga kalangan anak muda di dalam PKR mula berfikir tentang apa yang akan jadi selepas Anwar? Ramai sangat! Mereka tak mahu parti menyorok dengan kemungkinan sebenar yang Anwar akan masuk semula ke penjara. Siapa yang boleh memimpin?

Kaedah mengagungkan Anwar ini juga ditolak oleh media alternatif yang dimiliki pembangkang. Mereka tahu, menjadikan Anwar sebagai TUHAN POLITIK kepada PKR akan hanya meletakkan PKR dalam keadaan yang sangat bahaya. Masa Anwar semakin suntuk.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List