KISAH SEKS DAN LIWAT DI TV BERMULA ZAMAN MAHATHIR

on Apr 20, 2013







Seingat aku zaman pemerintahan Dr. Mahahirlah yang bermulanya ‘cerita mencarut’ secara berleluasa di Malaysia yang disiarkan melalui media massa. Aku tak gunakan perkataan ‘ seks’ sebab aku tak pernah sebut pun perkataan sedemikian sewaktu aku masih bersekolah rendah. Jikalau didengar oleh emak atau Opah pasti mulut akan dicubit. Malah menyebut kemaluan lelaki atau perempuan pun hampir-hampir tak berani menyebutnya, walaupun bersama kawan-kawan. Dengan demikian sehingga sekarang, masih ‘patuh’ dengan nasihat opah dan emak aku. Kalau terpaksa juga menyebut ‘nya’, maka aku akan ‘bertabik dan minta maaf ‘ banyak-banyak kepada si pendengar kerana menyebut perkataan yang dilarang.

Aku bersyukur kerana ‘ajaran’ Opah dan emak aku itu aku turunkan kepada anak-anak aku. Belum pernah aku dengar anak-anak aku mencarut dihadapan aku. Mungkin anak-anak orang lain pun begitu juga. Tetapi malangnya TV , Radio dan akhbar perdana di Malaysia telah mengajar anak-anak mencarut. Apa tidaknya. “Kursus’ mencarut yang disiarkan melalui radio dan tv kerajaan bermula pada tahun 1998, penghujung zaman pemerintahan Dr. Mahathir Muhammad.

Semenjak zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan kemudiannya disambung oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn tidak pernah selumrah seperti zaman pemerintahan Dr.Mahathir dilihat dari segi kegiatan ‘mencarut’ di TV, Radio dan akhbar arus perdana. Aku tidaklah pula mengatakan yang Dr.Mahathir sebagai guru mencarut. Aku tak bermaksud begitu. Cuma aku nak membezakan zaman-zaman pemerintahan bila mana ‘pesta mencarut’ begitu berleluasa.

‘Pesta mencarut’ bermula apabila bermulanya perbicaraan ke atas DS Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan perkara sumbang. Jikalau ikut kata orang zaman moden ialah beliau telah melakukan liwat. Tentunya tuduhan itu palsu. Namun begitu merengkok jugalah DS Anwar Ibrahim dalam penjara untuk beberapa tahun. Yang pentingnya perkataan ‘liwat’ telah menjadi buah mulut bukan sahaja dikalangan orang dewasa tetapi juga pelajar-pelajar sekolah. Bukan sahaja pelajar sekolah menengah, kanak-kanak Darjah tiga yang berumur 8 tahun sudah pandai menyebut perkataan liwat. Mereka tidak tahu maknanya. Dengan demikian ibu babap dirumah telah menjadi pakar rujuk. Itu merupakan ‘sumbangan’ besar TV, Radio dan Akhbar arus perdana dalam memperkenalkan perbendaharaan kata ‘liwat’.

Untuk ‘menjelaskan’ lagi makna liwat itu TV arus perdana telah menunjukkan gambar-gambar orang memikul tilam yang dibawa ke mahkamah untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Tujuannya adalah untuk ‘memalukan’ DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang lebih jelasnya ialah peristiwa pengusungan tilam itu telah menimbulkan berabgai persoalan kepada anak-anak yang melihat ‘pengusungan tilam’ itu melalui Berita Perdana RTM dan TV3.

Lagi sekali ibu bapa menjadi pakar rujuk. Anak-anak bertanya ‘ mengapa polis mengusung tilam?’ Terlalu sukar ibu bapak untuk menjelaskan kerana kebanyakan ibu bapa sudah dinasihatkan oleh  Opah dan emak masing-masing supaya jangan mencarut. Tetapi naluri ingin tahu anak-anak jangan dibendung. Kata Cikgu disekolah pulak. Ibubapa serba salah. Sentiasa dalam dilemma dan ‘malu muka’ apabila gambar-gambar sedmikian rupa muncul di TV dan muka hadapan akhbar-akhbar.

Aku ingat ‘pesta mencarut’ selesai apabila tamat pemerintahan Dr.Mahathir. Rupa-rupanya tidak. Lebih hebat lagi pada zaman pemerintahan DS Najib Tun Abdul Razak, walaupun zaman pemerintahan Pak Lah ‘tayangan’ sedemikian diberhentikan buat sementara. Lepas satu-satu video lucah ditayangkan pada umum. ( Selepas ini aku tak mahu berselindung lagi apabila menyebut perkataan yang dilarang oleh Opah dan emak aku dulu. Aku pakai perkataan yang digunakan oleh para pemimpin UMNO. Video lucah dan seks). Setelah ‘mempelajari’nya buat beberapa tahun kini aku faham benar maknanya.

DS Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi walaupun akhirnya dibebaskan. Dalam masa perbicaraan dijalankan, anak-anak disekolah telah diberikan juga ‘pelajaran intensif’ oleh media massa. Banyak perkataan baru diperkenalkan oleh TV, Radio dan akhbar yang berkaitan dengan liwat-meliwat. Sekali lagi ibu bapa menjadi pakar rujuk.

Setelah mahkamah membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan melakukan perbuatan sumbang itu, pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan yang menaruh dendam kesumat terhadap DS Anwar Ibrahim mengeluarkan video lucah pulak. Dikatakan dan dhebohkan ke selruh antero dunia bahawa ‘pelakun’ dalam video berkenaan adalah DS Anwar Ibrahim.

Hari ini muncul lagi satu video baru yang memaparkan kononnya pelakun berkenaan adalah Dato Mustafa Ali. Akukenal Cikgu Mustafa Ali ketika aku  bertugas di Trengganu pada satu masa dulu. Orang baik.  Bekas Pengetua sekolah Menengah Marang Terengganu, pemimpin PAS yang sudah lama berkecimpung dalam parti yang berasaskan Islam, seorang rakan karib Ustaz Hadi Awang dan  tokoh yang dihormati bukan sahaja di Marang Terengganu tetapi dihormati oleh orang Terengganu dan Malaysia keseluruhannya. ‘Kerat empat’ pun aku tak percaya Cikgu Pa sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Manusia yang berhati haiwan  ini sanggup memfitnahkan manusia seperti DS Anwar Ibrahim dan kini Dato Mustafa Ali dengan tidak langsung memikirkan perasaan dan hati manusia lain.Tidakkah manusia yang berhati binatang ini terfikir tentang terguris dan sedihnya hati anak-anak dan cucu-cucu tokoh-tokoh yang kena tuduh itu.

Aku pasti ramai rakyat Malaysia yang menggelengkan kepala menerima berita sedmikian. Dan aku yakin juga ada ‘haiwan-haiwan’ yang percayakan apa yang dipaparkan video berkenaan.

Yang menyedihkan aku ialah TV arus perdana dengan megahnya menyiarkan berita demikian. Insaflah…..


Abuhassanadam


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List