Tepat Seperti Yang Diramalkan.....

on Apr 20, 2013






PASIR MAS: Sebagaimana dijangka Harakahdaily, calon BN Pasir Mas tidak akan bertanding bagi memberikan laluan kepada Datuk Ibrahim Ali sebagai calon bebas.

Datuk Johan Che Pa, orang yang dinamakan sebagai calon BN di sini tidak muncul pagi ini sebaliknya Ibrahim Ali yang muncul bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan calon BN tidak akan menyertai pertandingan ini.

Penamaan beliau hanya wayang BN untuk mengelak tekanan dari rakan-rakan BN yang tidak boleh menerima Ibrahim Ali sebagai calon.

SMS beterbangan sebaik sahaja Che Johan dinamakan sebagai calon BN di Pasir Mas oleh BN mengatakan calon BN itu tidak akan bertanding atas masalah teknikal.

Datuk Ibrahim Ali akan bertanding atas bebas menentang calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.


LAPORAN  SEBELUM INI

Calon BN Pasir Mas akan terbatal kerana masalah teknikal?





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List