Seorang Calon, Dua Watikah

on Apr 20, 2013



Satu Calon Dua Watikah


Menjelang hari penamaan calon untuk Pilihanraya Umum ke-13 esok, calon-calon DAP akan membawa dua watikah ke pusat penamaan calon.

Strategi tersebut berikutan kenyataan mulut pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanya Pilihanraya (SPR) kononnya tidak ada masalah bagi calon-calon DAP menggunakan logo roket kerana parti DAP tidak diharamkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang petang tadi berkata bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima. Oleh itu calon-calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon.

“Kita akan beri hak kepada calon-calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.


“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah dalam PRU 13.

Mengulas tentang kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon-calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.

“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya tegas lantaran suara-suara ahli dan penyokong DAP yang amat marah dengan taktik jahat BN di saat akhir ini.

Ditanya jika dibenarkan menggunakan logo roket, Guan Eng bersama-sama Pengerusi DAP Karpal Singh menjawab bahawa seandainya itu berlaku, maka semua pusat penamaan calon mesti membenarkan semua calon DAP menggunakan logo roket. Dan sebaliknya jika dihalang, semua sekali akan menggunakan logo bulan PAS di Semenanjung dan mata PKR di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng turut timbulkan kerisauan sekiranya ada pihak-pihak yang akan cuba meletakkan ramai calon bebas bagi mengelirukan pengundi daripada memilih calon Pakatan Rakyat.

Setakat ini, keputusannya ialah 51 calon parlimen dan 103 calon DUN DAP akan mengemukakan surat watikah lantikan membenarkan penggunaan logo DAP terlebih dahulu kepada pegawai SPR, dan sekiranya mereka tidak membenarkan, maka calon-calon akan mengemukakan watikah kedua yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS atau Setiausaha Agung PKR.

ROS, di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri telah pada 17 April mengemukakan notis tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyebabkan watikah rasmi kemungkinan tidak diterima sewaktu penamaan calon lantas menyebabkan logo roket tidak boleh digunakan.

PAS dan PKR telah semalam bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo keduanya yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. 



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List