Calon-Calon PRN Sarawak, DUN 61 Bekenu, Miri From Left Thony Badak (SNAP), Rosey Yunus (BN), Ishak Mahwi (PKR) and Datin Juliana (PCM). |
UMNO hari ini menggugurkan keahlian Datin Juliana Awang Tambi dengan serta-merta kerana bertanding atas tiket Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, 16 April lalu.
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Juliana itu didapati salah mengikut Fasal 20.1 Perlembagaan UMNO yang melarang mana-mana ahli parti daripada bertanding sebagai calon bebas atau atas tiket parti lawan.
“Mereka yang menyalahi fasal ini akan digugurkan keahliannya dan tidak boleh diterima sebagai ahli buat selama-lamanya. Maka berdasarkan peruntukan ini keahlian Juliana digugurkan serta merta,” katanya.
Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.
Juliana yang sebelum ini merupakan ahli UMNO Bahagian Selayang kalah dalam pertandingan empat penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu apabila hanya mampu memperoleh 284 undi.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib memberitahu sehingga kini, jumlah ahli UMNO di seluruh negara adalah seramai 3,270,444 ahli dengan Sabah muncul sebagai negeri yang memiliki keahlian paling ramai.
Mengenai penganjuran forum antarabangsa yang akan diadakan sempena perhimpunan agung itu hujung tahun ini, Najib berkata, lebih banyak peserta dari parti-parti luar negara akan dijemput berbanding edisi tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment