Telah banyak diperkatakan tentang 'Perpecahan Melayu' yang membawa kepada ketidak tentuan iklim politik negara hari ini.Bila sebut pasal perpecahan telunjuk kita mula menghala kepada si Polan itu dan si Polan ini sebagai punca perpecahan Melayu hari ini.Memanglah tidak boleh dinafikan perpecahan Melayu kepada beberapa kumpulan parti politik Melayu mengakibatkan 'kuasa politik' yang selama ini didominasi oleh orang Melayu dilihat begitu lemah.Sehingga tiada satu pun parti politik orang Melayu yang ada hari ini dapat berdiri dengan teguh tanpa sokongan kaum bukan Melayu terutamanya sokongan dari kaum Cina.
Maka terjadilah apa yang sering diperumpakan oleh orang tua tua dahulu HIDUNG TAK MANCUNG PIPI PULA TERSORONG SORONG.Umno yang secara tradisinya menjadi tunggak kepada kuasa politik orang Melayu selama ini saperti hilang arah bilaPEMIMPIN BESAR mereka mula menabur itu dan ini kepada bangsa ini dengan harapan dapat meraih kembali sokongan mereka.PAS yang memang menjadi musuh tradisi Umno sejak azali lagi dah mula bekerjasama dengan bangsa ini demi menumbangkan kerajaan pimpinan Umno at all cost.PKR pula yang lahir dari ketidakpuasan hati seorang bekas Panglima Perang Umno yang dipecat langsung tiada agenda tertentu untuk kebaikan rakyat kecuali menumbangkan Umno yang telah menyingkirkan dirinya dari menduduki takhta Putrajaya yang masa itu sudah terlalu hampir digapainya.
Ketiga tiga parti orang Melayu Umno,Pas dan PKR ini semuanya diserang penyakit yang sama iaitu SINDROM MEMBODEK CINA TAHAP EMPAT.Umno yang berkuasa terus MEMBERI dan MEMBERI,Pas dan PKR pula sibuk berjanji AKAN MEMBERI dan terus AKAN MEMBERI jika boleh berkuasa dengan bantuan kaum Cina ini.Ketiga tiga parti orang Melayu ini sudah kehilangan maruah dan harga diri bila terpaksa meminta minta sokongan kaum Cina yang sebelum ini belum pernah dan tidak perlu dilakukan mereka.Kaum Cina pula merasakan tiba tiba diberi KUASA PENENTUuntuk meletakan Melayu yang mana di Putrajaya.Maka peluang yang terbuka luas ini digunakan sebaik mungkin oleh kaum ini yang diwakili oleh DAP diluar sana dan MCA dan Gerakan didalam sini untuk mengasak kerajaan Melayu pimpinan Umno demi matlamat bangsa mereka yang tentunya SAMA.
Mana mungkin kaum Cina yang duduk dalam berbagai Persatuan Cina yang walaupun konon nya berlainan ideologi politik mempunyai matlamat yang berbeza untuk kaum mereka.Cuma politik mereka lebih matang jika dibandingkan dengan politik orang Melayu yang kokok mereka berderai derai dari subuh sampai ke subuh.Itu realiti sebenar yang berlaku hari ini sama ada ingin diakui atau tidak oleh biawak biawak politik Melayu yang ada hari ini.
Ketidaktentuan halatuju dan menyusutnya kuasa politik orang Melayu bukan sahaja menggusarkan ahli ahli Umno tetapi juga orang Melayu atas pagar yang tidak berparti tetapi menyokong kerajaan.Mereka atas pagar inilah merupakan kuasa sebenar yang meletak dan menyingkirkan Umno selama ini.Kegusaran ini diterjemahkan mereka dengan saranan demi saranan agar Melayu yang terpecah tiga ini kembali bersatu demi kesinambungan dan survival kuasa politik orang Melayu.Maka idea agar Umno dan Pas bersatu dalam satu Kerajaan Perpaduan sejak PRU12 2008 sering dilagukan mendambakan reaksi kedua belah pihak.Tetapi sehingga kini kata tidak besahut,gayung tidak bersambut bahkan mencetus polimik dari pihak pihak yang menentang idea ini.
Pada aku MASAALAH UTAMA yang berlaku hari ini bukanlah perpecahan orang Melayu.Membawa Melayu Umno dan Pas dalam satu kesatuan demi kuasa politik orang Melayu bukanlah satu tindakan yang bijak dan jalan penyelesaian jangka panjang.Orang Melayu pada aku tidak pernah berpecah dulu,kini dan selamanya macam juga slogan keramat Umno.Cuma orang Melayu kini melalui fasa kematangan dalam cara berfikir dan berpolitik,apatahlagi dalam memilih pemimpin.Pertembungan antara Melayu yang mendukung budaya politik lama dan pemikiran yang baru yang dilihat hari ini sebagai perpecahan.orang Melayu.Sedang hakikatnya ia baik untuk orang Melayu jangka panjang.Maka wajib bagi parti parti Melayu yang sedia ada mengorak langkah yang sama seiring dengan perubahan dan kematangan berfikir orang orang Melayu.
Mana mungkin Umno Dato On Jaafar atau Umno zaman Tunku Abd Rahman hendak disuap kemulut orang Melayu secara paksa bilamana pemimpin yang ada hari ini tidak mempunyai 'roh pejuangan' sebagaimana pejuang pejuang Umno terdahulu?Mana mungkin Umno dan pemimpin nya yang dah bertukar menjadi PARTI DAN PEMIMPIN MATERIAL ingin menggambarkan diri dan parti mereka sebagai sesuatu yang SPIRITUAL lantas mesti diterima rakyat.Retorik retorik kosong yang berjaya dinyanyikan 25 tahun lalu sudah jadi skrip skrip program Raja Lawak yang mendatangkan INSULT TO THE INTELIGENCE kebanyakan orang Melayu hari ini.
Adakah Umno sedar akan proses kematangan yang dilalui orang Melayu hari ini?Bukankah KEMATANGAN itu yang diperlukan dalam diri orang Melayu untuk berdaya saing dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara?
Apakah orang Melayu disaran untuk matang dan maju tapi dalam masa yang sama juga diminta berfikiran saperti 30 tahun dahulu dan berpura pura menerima Umno sebagai satu satunya parti yang membela orang Melayu yang tidak pernah tersasar dari tujuan asal penubuhan nya?
Sepatutnya Umno berkembang seiring dengan kematangan berfikir orang Melayu dan tidak terus beretorik dengan sejarah gemilang yang telah dilakukan oleh ayah,ibu dan tok nenek mereka sedangkan mereka tidak berbuat apa apa kecuali merosakan imej Umno dimata rakyat dengan kerakusan mereka mengumpul harta bertenggek atas parti keramat ini.Marah lah aku kalau kamu semua mahu...tapi itulah hakikatnya dan semua orang tahu.Orang Melayu hari ini tidak lagi bodoh dan senang diperbodohkan.
Tanyakan diri kamu wahai semua yang bergelar PEMIMPIN BESAR UMNO yang ada hari ini....
Apakah Umno yang ada saperti yang ada hari ini yang ingin kamu pacu untuk10,20,30 atau 50 tahun akan datang untuk membela Melayu?Apakah kamu fikir Umno yang sebegini masih relevan untuk mendepani kehendak dan keperluan orang Melayu dimasa akan datang.
Carilah kaedah yang terbaik untuk merelevankan Umno ini bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi supaya juga dipandang tinggi dan dihormati oleh bangsa lain,barulah kamu semua boleh berbangga mengaku diri kamu semua sebagaiPEJUANG UMNO ERA kini.
Atau apakah kamu semua ingin terus menjadi PEMINTA SEDEKAH untuk kekal berkuasa kepada bangsa yang suatu masa dahulu diberikan hak kerakyatan oleh datuk datuk kamu?
Fikir fikirkan...
Sumber Asal
0 comments:
Post a Comment