RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN.....TETAPI AKUJANJI BN CIPLAK MANIFESTO PR

on Apr 11, 2013










Tentu ramai tak sabar nak kenal siapakah menteri pengampu Umno paling bangang dalam sejarah. Menteri pengampu bangang neh terpaksa menjilat kembali ludah dan kahak yang telah di ludahkannya tidak beberapa lama dulu.

Menteri yang sekapal dengan Madey Kutty neh telah memnberikan respon terhadap manifesto Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta...

"RAMAI ORANG AKAN MUFLIS JIKA HARGA KERETA TURUN SEPERTI DISARAN PAKATAN"
Dan kelmarin dalam manifesto ciplakan BN dari PR, Najib dengan gaya menahan berak mengumumkan harga kereta akan diturunkan sebanyak 20% hingga ke 30%.

Inilah rupanya menteri bangang tersebut...

Jikapun mangkok neh tercalon sekali lagi, itu bukannya kerana kehebatan dan kebijaksanaannya menjaga kebajikan rakyat tapi lebih kepada kesetiaannya menjilat kembali ludah berkahaknya mengampu Najib...

Ayuh semua...!! Bangun kita, UBAH demi kebajikan anak cucu kita... Ini kalilah...



*******************************


Manifesto Rakyat : BN kata akan bankrap, tapi ciplak pula..ha..ha.ha..

KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN.

Rendang ayam lauk lazat,
Terlampau banyak jadi biasa,
Mulut jangan cepat sangat,
Kerana mulut diri binasa.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List