KENAPA TIBA-TIBA...
Copy & Posted By mahi on
Tiba-tiba UMNO menjadi ‘sedih’ kerana semua jawatan nombor dua dan tiga PAS dimenangi oleh individu bukan ulamak dalam pemilihan muktamar, padahal selama ini semua ulamak dalam PAS dituduh sebagai ulamak politik yang menjual agama untuk kepentingan kuasa.
Tiba-tiba PAS didakwa telah dikuasai oleh PKR dan DAP, dengan perubahan yang hanya berlaku di dua tempat iaitu satu Timbalan dan satu Naib Presiden, sedangkan lebih 90 peratus kepimpinan PAS Pusat yang menang dalam muktamar lalu adalah mereka yang pernah berada berada dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat sesi lalu.
Tauladan buat suami isteri yang selalu bergaduh
Copy & Posted By mahi on Jun 9, 2011

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.
Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.
Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.
Tafsir Mimpi Mengikut Islam
Copy & Posted By mahi on

* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'
Copy & Posted By mahi on
Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.
“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
Fomca pertahankan peraturan baru jual kereta
Copy & Posted By mahi on
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mempertahankan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan semua kenderaan terpakai melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum boleh dipindah milik berkuatkuasa 15 Jun ini.
Naib presidennya K Koris Atan berkata pindaan itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan menjamin hak mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan keselamatan apabila membeli kereta terpakai.
Pengedar kereta terpakai yang membantah pindaan itu, kata Koris mungkin mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjual kereta bermasalah dengan percubaan untuk menangguhkan penguat-kuasaan undang-undang itu.
Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat
Copy & Posted By mahi on
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.
Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur.
"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.
"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.
Bang Mat tidur pun umporno meroyan.
Copy & Posted By mahi on

Inilah insan yang mesra dengan panggilan Bang Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang baru. Tidurnya pun umporno dah meroyan dan meraban...
Bang Mat tidur pun mimpi hentam umporno apatah lagi bila celik mata...asal celik mata saja hentam umporno...asal hentam umporno saja Bang Mat...asal bang Mat saja hentam umporno....tidak ada ruang langsung untuk Kerajaan Perpaduan....itu sebab umporno meroyan dan meraban.
Lelongan Ibu Pejabat PKR dibatal saat akhir..... tapi...
Copy & Posted By mahi on

Lelongan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana, Petaling Jaya diberitakan telah dibatalkan pada saat-saat akhir berikutan pemilik sebenar bangunan tersebut yang mendapatkan perintah Mahkamah bagi menghalang proses lelongan tersebut.
Bangunan tersebut sebelum ini dilaporkan akan dilelong pada harga yang bermula dengan RM460,000 hingga RM1 Juta bergantung kepada tingkat menurut Bendahari PKR, William Leong.
Pemilik sebenar bangunan tersebut adalah Butiran Nyata Sdn Bhd dan bukannya Ainb Tech Malaysia Sdn Bhd seperti yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin PKR iaitu William Leong, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan juga Tian Chua.
ORANG ITU ADALAH MAHATHIR.
Copy & Posted By mahi on
TGNA:Orang Itu Mahathir Bukan Karpal Singh.
"Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan Negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh. Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya".
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-Menteri Besar Kelantan
Melayu mudah lupa.....Siapakah dia itu....