Pergolakan Pemuda UMNO Pahang...?

on Jan 22, 2014




Inilah sedutan dari memorandum yang dikirimkan kepada Omak Kau yang dihantar oleh 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Negeri Pahang kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin atas bantahan dan sebab mengapa tidak setuju Sdr Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang.

Memorandum ini sudah dihantar kepada Khairy Jamaluddin lebih 2 minggu yang lalu namun tiada sebarang maklum balas dan respon sedikit pun dari beliau.

Atas sikap keangkuhan dan pekak badak KJ, menyebabkan kumpulan "bughah" ini membuat sidang akhbar di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.



Salam YB, Semoga YB dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat & dalam perlindungan Allah SWT.

Dengan hormat dan takzimnya, saya panjangkan perkara ini sebagaimana yang dipersetujui dan disalinkan kepada saya untuk perhatian dan pertimbangan YB selanjutnya.

MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG

Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.

Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:

1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.

Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.

Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.

Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang.


sumber
Photobucket

Kritikan Mahathir Semakin Lantang...

on




SUKA atau tidak, sama ada diturunkan atau turun dengan sendiri, Najib Razak akan menyertai Abdullah Badawi dalam senarai Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara ini.  Jika diwujudkan juga kategori Perdana Menteri paling tidak memberikan apa-apa sumbangan, maka senarai tersebut juga turut mengandungi mereka sebagai dua entri tunggal.
    
Dalam sejarah politik Malaysia, tidak ada Perdana Menteri yang tidak dikritik oleh pembangkang.  Fungsi pembangkang adalah untuk tujuan ‘semak dan imbang’ dan itulah yang dilakukan oleh semua parti pembangkang sejak pilihan raya umum (PRU) pertama lagi.

Namun apabila seseorang Perdana Menteri bukan sahaja dikritik oleh pembangkang tetapi turut mendapat kecaman dari majoriti rakyat termasuk dari mereka yang menyokong dan mengundi parti kerajaan sendiri, maka orang  tersebut (bukannya tokoh) sesungguhnya tidak layak menjadi pemimpin politik dan apatah lagi menjadi seorang Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi ialah apabila seseorang Perdana Menteri dikecam dan dibalun oleh seorang bekas Perdana Menteri sebagaimana Dr. Mahathir Mohamad mengecam Pak Lah kerana gagal menunjukkan sebarang prestasi dan sama sekali tidak bijak dalam mengurus tadbir negara.

Tentu sekali Pak Lah merupakan orang pertama diabadikan dalam senarai disebut itu.  Kini bakal menyertainya tentulah tidak lain dan tidak bukan dari Najib Razak.

Lupakan tentang kangkung.  Bolehkah sesiapa menamakan  10 manfaat yang telah diberikan oleh Najib kepada rakyat dan negara.  Jika tak boleh sepuluh, mungkin boleh beri lima.

Rasanya lima pun susah.  Tapi sekiranya hendak disebut kelemahan dan mudarat kepada rakyat akibat keputusan yang dibuat atau tidak dibuat oleh Najib, rasanya bila-bila masa sahaja seseorang rakyat Malaysia yang waras boleh menyebut sepuluh, atau malah lebih dari itu.

Tidak dapat dipastikan apakah sifat atau perwatakan ‘menjanjikan’ yang dilihat oleh Dr. Mahathir ke atas Najib ketika meninggalkan wasiat kepada Pak Lah ketika mana mengambil alih jawatan Perdana Menteri.  

Dr. Mahathir mahukan Najib ditabalkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mahukan Pak Lah menduduki pejabat utama Putrajaya untuk satu penggal sebelum menyerahkan pejabat tersebut kepada Najib.

Juga tidak dapat dipastikan juga dalam kesibukan membuat komen itu dan ini dan memfalsafahkan itu dan ini,  Dr. Mahathir sedar atau tidak betapa hirarki dan tradisi  penyokongan ke atas seseorang dalam Umno lebih banyak bersifat mengampu dari menilai kemampuan dan daya kepimpinan seseorang secara hakiki.

Jika dilihat sejarah penglibatan baik Pak Lah dan Najib dalam kerajaan (dan juga dalam Pemuda Umno dalam kes Najib) apakah ciri-ciri kepimpinan menyerlah yang telah dicatatkan oleh mereka berdua?  Tidak perlulah dibincangkan betapa tradisi mengampu yang sebati dalam Umno kini merosakkan bukan sahaja parti itu sendiri, malah juga orang Melayu, rakyat  dan negara Malaysia.

Sayang Dr. Mahathir tidak nampak hal seperti ini walaupun telah menjadi Presiden parti tersebut selama lebih dua dekad. Sekira nampak sekalipun, ia adalah sebagai satu ‘afterthought’ atau difikiran setelah sesuatu yang buruk berlaku.  Dalam lain perkataan sudah terlambat.

Akhir-akhir ini sudah mula kedengaran suara Dr. Mahathir mengkritik Najib sama ada selaku seorang Perdana Menteri mahupun sebagai seorang Menteri Kewangan.  Walaupun mantan Perdana Menteri itu sudah melakukan hal demikian secara lebih sederhana sejak 2011 lagi, namun sejak akhir-akhirnya kritikan beliau semakin lantang apabila Najib gagal memperolehi prestasi lebih baik dari Pak Lah dalam PRU lalu, dan apabila Najib gagal mengawal ekonomi negara dan pelbagai lagi.

Dr. Mahathir sering memetik kata-kata novelis Sepanyol  George Santayana, “Mereka yang gagal belajar dari sejarah akan berkali-kali dihukum oleh sejarah”.   

Persoalannya mengapakah beliau sendiri tidak pernah mahu mempelajari dari sejarahnya sendiri bermula dari perlantikan Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri?  

Bukankah apa yang berlaku kini dan Malaysia terpaksa diterajui oleh dua Perdana Menteri terburuk secara berturut-turut adalah akibat dari kegagalan Dr.Mahathir belajar dari sejarah?


  Harakahdaily

Photobucket

Tuanku Zanariah Tunku Ahmad.....Pelik sungguh kes perceraian bekas Sultanah Johor ni

on


Bekas Sultanah gagal ketepi arahan mahkamah kerana Mahkamah Syariah terikat dengan fatwa

Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad hari ini gagal untuk mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan beliau diceraikan oleh bekas suami, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Hakim Muhammad Khaldun Mohd Sharif berkata Mahkamah Syariah Johor terikat dengan fatwa mengenai perkara itu.

Tuanku Zanariah memfailkan tuntutan untuk mengenepikan arahan mahkamah tersebut di Mahkamah Syariah pada 1 Januari.

Ketika sidang mahkamah hari ini, tiada satu pun wakil daripada Sultan Iskandar yang hadir.

Selepas keputusan diumumkan, anak bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Sultan Iskandar serta adik beradik mula menangis teresak-esak.

"Anda akan dihukum oleh Tuhan atas semua perbuatan anda... Allahuakbar," katanya kepada wakil Majlis Fatwa Negeri yang turut hadir di sidang mahkamah.

Pagi ini, peguam bekas Sultanah tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah bahawa ucapan yang dilafazkan Almarhum Sultan itu tidak sah dari segi undang-undang Islam.

Peguam Afshah Arifin mendakwa bahawa Majlis Fatwa Negeri telah menyalahguna kuasa mereka dengan mencerobohi kuasa penghakiman Mahkamah Syariah Johor.

"Daripada fakta yang diberikan, kita tidak tahu siapa yang mendakwa dalam fail penceraian tersebut.

"Mustahil Almarhum (Sultan Iskandar) kembali lapan bulan selepas kemangkatannya untuk memfailkan kes ini," katanya.

Afshah turut mempersoalkan talak dua yang dipercayai telah dilafazkan oleh Almarhum Sultan Iskandar di Wad Diraja Hospital Pakar Puteri pada 23 Januari, 2009 seperti yang tertulis dalam afidavitnya.

"Apabila Almarhum (Sultan Iskandar Sultan Ismail) melafazkan talak tersebut, adakah beliau dalam keadaan waras? Adakah perubatan yang diambil menjejas pemikiran beliau?

"Saksi talak juga tidak memberikan sebarang kenyataan tentang pengumuman talak tersebut," katanya.

Afshah turut mempersoalkan kuasa bekas Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang menarik balik pangkat Diraja bekas Sultanah Johor itu.

Pada 1 Januari lalu, Tuanku Zanariah mengenepikan arahan mahkamah yang mengatakan Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikan beliau dengan talak dua pada 23 Januari, 2009.

Ekoran itu, permohonan rujuk oleh Tuanku Zanariah adalah tidak sah.

Dalam afidavitnya, Tuanku Zanariah mendakwa beliau dan Sultan Iskandar difitnah dengan menggunakan nama kerajaan negeri, terutama sekali penguatkuasa agama.

Tambahnya, kedua mereka hidup bahagia sebagai suami isteri yang sah sehingga beliau mangkat pada 22 Januari, 2010 dan Almarhum juga tidak memfailkan sebarang dakwaan untuk penceraian tersebut.

Sultan Iskandar merupakan plaintif manakala Tuanku Zanariah merupakan defendan, bermaksud Almarhum memfailkan tuntutan mahkamah terhadap isteri beliau.

Penceraian tersebut dipercayai berlaku pada tahun 2009.

Tuanku Zanariah berkata beliau hanya mendapat tahu penceraian tersebut melalui surat yang ditulis Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin pada 30 September lalu. 
-TMI-


Photobucket

Sekadar mohon maaf.....MCA tegar...?

on Jan 19, 2014






Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menggesa tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina atau mempersenda agama Islam, sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata, perbuatan meminta maaf secara terbuka sahaja tidak boleh diterima kerana agak sukar menentukan sama ada kemaafan yang dipinta disertai dengan keinsafan.

"Jika tidak, perbuatan menghina Islam akan menjadi 'trend' kepada mana-mana pihak melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja kerana ia boleh selesai dengan cara meminta maaf," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai pasukan sukarela Bees & Ant (BN) bergotong-royong membersih kawasan perumahan Taman Guru di Jalan Temenggung di Muar, semalam.

Beliau diminta mengulas kewajaran penyelesaian isu guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya, Kota Tinggi, Chew Swee Tuan yang melarang seorang guru mualaf wanita daripada memakai tudung ketika mengajar di sekolah tersebut.

Semalam Chew bersama Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah berkenaan, Phang Ah Ngang membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka berhubung isu tersebut. - Bernama



Photobucket

RM326 juta....Sinar Harian Padam Laporan....?

on Jan 14, 2014




Sinar Harian padam laporan 'Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara'.. kenapa agaknya?

Kenapa agaknya tiba-tiba Sinar Harian memadamkan laporannya tentang kejayaan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street?

Adakah ada pihak yang telah menghubungi Ketua Pengarang Sinar Harian meminta pihak mereka memadamkan artikel berkenaan?

Selain dari melaporkan tentang produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Sinar juga melaporkan kerana ianya turut melaporkan filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Printscreen sila lihat di AmenoWorld.

Apa yang tinggal jika korang klik pada tajuk ini 'Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara' hanyalah paparan di bawah ini..


Lebih menarik lagi mStar yang pada mulanya turut melaporkan perkara yang sama mengenai perkara tersebut telah turut memadamkan perenggan yang menyentuh Rosmah Mansor itu..

Ini printscreen sebelum perenggan tersebut dipadam..


Ini setelah perenggan tersebut dipadam..

Kenapa agaknya ya??? adakah mereka menerima arahan?

Photobucket

DIAMBANG 2014...TURUN DI DATARAN MERDEKA

on Dec 31, 2013










 














Gambar dari rakan-rakan blogger - terima kaseh



Photobucket

ADAKAH BN AKAN TERJUNAM SEBELUM PRU14....?

on Dec 30, 2013





Selagi rakyat senang diperbodohkan maka peluang masih lagi berat tetapi sentiasa lah berdoa kepada ALLAH agar mereka-mereka ini tersedar dari suntikan yang berbisa dari UMNO-BN. 

Mereka perlu gunakan otak untuk berfikir apakah selama ini dengan memberi sokongan pada UMNO-BN mereka akan terkecuali dari perbuatan yang tidak mengendahkan kesengsaraan rakyat menempuh perbagai masalah kos sara hidup yang sentiasa naik.

 Jika mereka ada mendapat habun dari UMNO tiap bulan memang tak dapat dipertikaikan, ini apa..abuk pun tak ada, lagi musibah dibuatnya. Janganlah dibodohkan kerana nak sekupang tetapi rugi berkupang-kupang. 

Untung setahun tapi rugi lima tahun. Kita dah diberi mandat memilih yang lebih baik dari yang terbaik, apatah lagi macam sekarang ini yang penuh dengan masalah kurang jujur dari pemimpin untuk membela rakyat. 

Sana sini terjerumus dengan pemikiran bagaimana untuk memperkaya diri sendiri, sampai negara tak terurus dengan betul asalkan kantung penuh berisi, rakyat peduli apa kerana mudah diperbodohkan. Cubalah buat perubahan, tiada siapa yang boleh merubah jika kita sendiri tidak mahu perubahan. 

Tiap-tiap lima tahun kita boleh memilih sesiapa yang kita harap dapat membantu dan memberi harapan untuk kita hidup selesa, andaikata tak termampu ditunai hanya pembohongan waktu kempen kita boleh menukar lagi kepada mereka-mereka yang lebih baik. 

Negara tidak akan mundur kerana ada persaingan sihat, sebagai contoh seperti Amerika, UK dan banyak lagi yang kita perlu tahu. Tak pun negara mereka dalam kerugian, yang rugi hanyalah mereka-mereka yang ingin nak dapat kuasa yang mana menjurus kepada perbuatan kurang amanah seperti rausah, dwi-standard dalam menjalankan tugas,misalnya pihak PDRM, pejabat peguam negara dan kehakiman dll. 

Jika negara kita ada sistem yang terbaik saja patut memerintah negara, alangkah bahagianya kehidupan rakyat.


sumber
Photobucket

Senarai 5 Menteri Pilihan Rakyat Tahun 2013....!

on




Carta ini khusus untuk menteri2 aje. Kalau la Bung Moktar itu menteri (nasib baik bukan, syukur Alhamdullilah) mesti dia menjuarai carta kali neh dengan aksi bangang dia kat parlimen iaitu ketika dia koyakan kertas usul untuk bincang isu bencana alam banjir di Kuantan ketika itu.. tipuuu tipuuuuu harammm harammmmmm tipuuuuu tipuuuuuu harammmmmm

KAH KAH KAH

Baikla. Terus kepada tajuk sebenar. Susunan 1 sampai 5 ini memang ada sebab. Di kedudukan 5 menteri itu masih di anggap bodoh. Cuma di kedudukan no 1 ialah menteri yang paling paling paling paling paling paling paling paling di anggap bodoh oleh rakyat marhaen. Rakyat anggap mereka bodoh adalah disebabkan mereka kerap kali keluarkan kenyataan2 yang sangat2 tidak cerdik di dalam PC. Langsung tidak memahami persoalan yang rakyat timbulkan. Bukan suka2 anggap mereka bodoh hanya disebabkan berbeza pendapat, tidak hormat ataupun kerana tidak meraikan kepelbagaian idelogi politik.

Harap faham.

Oke terus kepada carta. 

5. Ahmad Shabery Cheek

Isu KPOP sudah membuktikan betapa kita tidak mempercayai kata2 menteri ini. Mulanya kerajaan menafikan bahawa dana awam digunakan untuk biayai konsert KPOP selepas invois berkaitan didedahkan di laman blog. Lepas tue audit sebut lain. Eh konsert kpop gunakan dana awam la pula. Lepas tue menteri KBS yang baru pun mengaku. Lepas tue dia cakap konsert KPOP bawa untung juta2 pada negara. 140 juta. Ko boleh percaya tak kalau ko jadi aku? Jangan tipu diri sendiri der. Kalau sungguh ada untung sampai 140juta takan la audit nak tegur konsert kpop tersebut sebagai perbelanjaan yang tidak berhemah. Kenyataan demi kenyataan Shabery Cheek yang dibuat dalam isu neh menjatuhkan imej dan krediblitinya sebagai seorang menteri. Begitu juga bila dia sebut khemah tak berapa sesuai untuk disediakan buat mangsa banjir angkara iklim cuaca yang berbeza. Rakyat hanya mampu tepuk kepala melihat jawapan menteri sedemikian rupa. Kalaula Shabery Cheek tahu..



4. Najib Razak

Ya. PIEM kita hanya mampu menduduki tangga keempat saja tahun neh memandangkan kita ada 3 individu lain yang lebih bodoh dari piem kita. Maaf Najib sebab aku terlalu berterus terang. Aku nak juga tipu2 tapi aku rasa tak guna gak. Kalau aku tipu ko pun bukan ko boleh dengar. Jadi alang2 tak boleh tipu dan bodek ko baik aku jadi jujur dan ikhlas aje. 


Wakaka.. 

Siapa boleh lupakan kenyataan2 yang terbit dari Najib Razak ini?

 
 Lagi ;



Dan lagi ;


Bayangkan seorang perdana menteri tidak tahu apa perbezaan antara kesan kenaikan gaji dengan kesan kenaikan harga barang terhadap rakyat marhaen. Sejak bila pula kenaikan gaji wakil2 rakyat di Selangor akan menyebabkan petrol, minyak masak, beras, tambang bas, tambang LRT akan turut sama naik? Dan kenapa pula Najib tak sebut begitu bila gaji wakil rakyat di Sarawak, Johor, Kedah dan Perlis dinaikkan? 

Itu belum lagi masuk bab dia asyik sebut2 di tv, di berita bahawa kenaikan harga barang tak berlaku. Pembangkang putar belit. Apa yang berlaku ialah subsidi dikurangkan. Gunakan ayat yang berbelit2 supaya rakyat paksa diri berfikir bahawa kenaikan minyak tak berlaku, kenaikan gula tak berlaku. Macam isu ayat rasionalisasikan subsidi neh la juga kisahnya. Tapi macam mana nak paksa diri untuk fikir begitu kalau dulu ko bayar 1.90 sekarang ko bayar 2.10? Tak berlaku kenaikan ke tue walaupun ko kena keluarkan lebih wang ketika membayar? 

Alasan2 bodoh seringkali dikeluarkan untuk halalkan keputusan2 yang kerajaan buat yang mana keputusan2 tersebut sebenarnya menyusahkan rakyat terbanyak. Sebab tue Najib dengan muka tak malu nya suruh rakyat kurangkan gula atas alasan nak kurangkan stastistik penyakit diabetes. Yelah sangat tue. Rokok boleh pula jual ye walaupun dikatakan punca utama kanser. Baik punya belit piem kita neh kan.  

Begitu juga bila Najib berulang kali memberitahu bahawa kerajaan ada formula yang tepat untuk selesaikan masalah rakyat. Untuk minimakan kesan rantaian kenaikan barang. Tetapi sejak dari PRU lepas, tiada satu pun formula2 Najib itu berkesan. Sembang aje kencang depan tv. Sikit2 ada formula. Sikit2 ada formula. Apa formula hebat dia tue? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat terpaksa tanggung beban dengan kenaikan demi kenaikan yang berlaku selepas BN berjaya memperolehi mandat pentadbiran dengar? Benar la apa yang dilafazkan melalui gambar kat bawah neh ;



Janji ditepati konon. My foot la. Dulu berjanji akan kurangkan kadar tol. Tetapi sekarang janji ke mana, kadar tol bakal dinaikkan. Sembang je la. Satu Malaysia kena main dengan permainan Najib sudahnya. Padan muka aku dan ko sekarang neh kena tanggung beban. Amek kaw.

3. Ahmad Maslan

Ada banyak. Tapi aku rasa yang paling terkesan sekali di ahti rakyat ialah bila dia sebut begini.


Kadar penggunaan minyak ikut tangga gaji. Kenyataan ini terang terangan bangang. Seolah2 si penutur neh menuturkan kenyataan ini tanpa berfikir lanjut. Bagaimana pula kita boleh tentukan penggunaan minyak sebulan berdasarkan tangga gaji seseorang? Aku tatau. Korang tanyala menteri di atas ye. Formula tue dia yang bagi. 

2. Shahidan Kassim



Sejak2 naik semula. Dulu jatuh sebagai MB Perlis. Lepas tue naik sebagai menteri. Menteri di jabatan perdana menteri. Ketika mula2 dia keluarkan kenyataan demi kenyataan bangang, rakyat memang asyik nak maki hamun. Tetapi sekarang rakyat dah tak mampu nak maki. Rasa kesian. Hanya gelak je la. Sebab dah terlalu banyak sangat kenyataan bangang yang dia keluarkan.

Bayangkan bukan satu dua kenyataan2 bangang yang dia keluarkan. Banyak wooooo. Kenyataan Malaysia terbaik itu jek dah berapa kali dia sebut. Malaysia bebas rasuah la, Malaysia terbaik sistem banjir la. Kenyataan suruh berterima kasih pada Rosmah je dah 2,3 kali dia sebut. Akan tetapi yang mungkin rakyat akan kenang sampai bila2 ialah bila dia sebut ;

"Pembekal syarikat dakwat kekal tidak boleh didedahkan nanti rakyat berlumba2 nak pergi beli"  - Shahidan Kassim.

Sampai sekarang HARAM aku faham kenapa kalau aku tahu apa nama syarikat tersebut aku akan beria2 pergi beli dakwat kekal (of coz, tak kekal oke). Kenyataan yang dikeluarkan tanpa ada penjelasan yang jelas. Sudah tentu menteri tak perlu kan logik akal ketika mengeluarkan statement yang tak berasas. Cukup dengan hanya kehadiran press, ada microfon dan mampu bercakap. Itu je. 

1. Hasan Malek 

Aku percaya majoriti dari BN dan PR bersetuju aku letakkan dia no 1. Mereka takan bekap pun menteri neh. Kalau dia ada facebook atau twitter, nescayalah dia pasti akan teruk diserang bertubi2 oleh rakyat marhaen kerana baru saja sebut begini 2 hari yang lepas ;



Hari2 rakyat pongpang2 bising isu kenaikan harga barang sampai masuk paper sampai bakal buat perhimpunan besar besaran pada malam 31 Dec 2013, dan siap ada page khas di facebook lagi

==> https://www.facebook.com/BenciHargaNaik

SAYA BENCI HARGA BARANG NAIK  

Menteri kita boleh bercakap bahawa mereka tak terima sebarang aduan kenaikan ini membuktikana rakyat sokong kenaikan harga barang?

WHAT THE HELL IS THAT?

Dalam pada dia pongpang2 cakap tak terima aduan dia boleh pula nak kenakan tindakan keras terhadap mana2 pihak yang naikkan alat tulis. Bayangkan. Ko baru aje sembang pasal nak banteras kegiatan pekedai2 yang bertindak naikkan harga alatan tulis sebab kementerian terima aduan, lepas tue ko cakap kami tak terima pun sebarang aduan kenaikan barang itu bermaksud rakyat terima kenaikan harga barang...

Hello. Ko bukan tatau ada perhimpunan besar besaran yang dibuat kerana membantah kenaikan harga barang nanti. Apakah kewujudan perhimpunan itu sendiri tidak memberikan mesej yang sangat jelas kepada menteri kita? 

Boleh nampak tak macam mana Hasan Malek neh berfikir? Dia sebenarnya bukan saja berfikir di luar kotak bahkan berfikir di luar kewarasan akal seorang manusia. Inila mentaliti menteri kita yang bernama Hasan Malek. Rakyat hanya mampu bersedih dan tadah tangan berdoa. Itupun selagi BN tak kenakan cukai setiap kali berdoa dan rasa sedih la kan. Berapa lama lagi dia akan menyimpan kedudukan dia sebagai menteri. Rakyat takut oke, takut. 

Menteri ini mula dikenali bila dia start keluarkan kenyataan bangang yang pertama sejak dilantik menjadi menteri penuh ;


Maka sejak2 itu rakyat dah tak letakkan harapan yang tinggi terhadap menteri ini setiap kali dia berucap. Rakyat hanya mampu redha dan mungkin kadang kala menangis bila mengenangkan diri diperintah oleh sekumpulan manusia yang tidak cerdik.

 






Di sudahi dengan harapan dan teguran. Minta tolong kepada menteri2 di negara neh. Sebelum keluarkan apa2 statement sila faham dulu situasi sebenar rakyat. Bila dah faham situasi sebenar barula keluarkan statement. 

Dan jangan keluarkan kenyataan2 yang memperbodohkan rakyat. Paksa rakyat terima keputusan2 yang berat sebelah terutamanya yang melibatkan pemotongan subsidi. Di saat kerajaan pongpang2 suruh rakyat berjimat, kerajaan sendiri berboros. Sampai Mahathir buka mulut. Bila Mahathir buka mulut semua senyap menikus. Takde sapa2 pula nak tuduh Mahathir nak jual negara, agent Israel, tatau bersyukur, dasar tak kenang budi, halau dia ke luar negara, lucut kewarganegaraan, fitnah Mahathir nak bom negara apa bagai. Cuma kalau pembangkang yang sebut? Rakyat yang sebut? Macam2 tuduhan dicampakkan ke atas kami. 

Kenapa? Apa beza Mahathir dengan rakyat sedangkan isi teguran kami adalah sama?

Menteri2 di Malaysia perlu belajar menerima kritikan secara matang. Perlu belajar menerima perbezaan secara waras. Dan perlu meraikan kepelbagaian pendapat itu ialah satu kebaikan.

Ada sesetengah perkara yang menteri tak faham, tak nampak kerana mereka tak berada di kasut rakyat. Jadi rakyat nyatakan pendapat. Amek pendapat tersebut dan kaji dulu, bukan saling tuduh menuduh atau salah menyalahkan. Kalau ini menteri buat, kurang2 90% masalah2 penting dalam negara dapat di atasi. Tolong la faham.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/senarai-5-menteri-terbodoh-pilihan.html#ixzz2ovYmkgvG



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List