KERAJAAN SELANGOR SAMAN UTUSAN ATAS ARTIKEL PKNS

on Oct 31, 2012






SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

 Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.

 Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini petang tadi.


 “Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini. Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

 Sehubungan itu juga, kerajaan negeri mengarahkan peguam menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini selain mengarahkan PKNS mengambil tindakan sama.

 “Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu, apa lagi untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu dan mengelirukan,” tambah beliau.

 Laporan akhbar berkenaan menyebut kerajaan negeri akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).



Photobucket

Gaji Sektor Awam Naik Lagi Tahun Depan?

on






MELAKA - Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.

Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.

Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000.
 

~bernama



Photobucket

Samy Vellu luluskan projek kondo Batu Caves – Anwar

on






Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.
Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.
Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
“Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua Pembangkang.
“Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.
“MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
“Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim,” katanya.
KeadilanDaily




Photobucket

PRU13: PKR Selangor tawar Wan Azizah 4 kerusi

on



PRU13: PKR Selangor tawar Wan Azizah 4 kerusi


PKR Selangor sedia menawarkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dipilih oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, empat kerusi tersebut adalah kerusi Dun paling selamat untuk ditandingi berdasarkan rekod baik kemenangan parti itu pada PRU lalu.
Katanya, kerusi Dun yang akan dicadangkan PKR Selangor untuk ditandingi Wan Azizah adalah kerusi Dun Seri Muda, Kota Anggerik, Seri Setia dan Sementa.
“Kita sedia untuk bagi cadangan dan pandangan kepada kepimpinan PKR Pusat sekiranya benar Wan Azizah mahu bertanding di Selangor pada PRU akan datang kerana kita nak pastikan beliau menang dan selamat di kawasan tersebut.
“Buat masa ini kita belum terima sebarang arahan tepat daripada (PKR) Pusat berhubung perkara ini dan ia hanya dinyatakan oleh Wan Azizah yang saya anggap sebagai salah satu strategi parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Walau bagaimanapun katanya, soal kerusi mana yang bakal ditandingi kelak hanya akan ditentukan oleh kepimpinan PKR Pusat.
"Tawaran kerusi-kerusi tersebut berdasarkan rekod baik dan saya sendiri selaku penyandang Seri Muda sedia memberikan memberi laluan jika presiden mahu bertanding di negeri ini.
“Apa yang penting semua ahli dan jentera parti akan bekerja 100 peratus bagi memastikan kemenangan parti dan presiden,” katanya.
Semalam Sinar Harian melaporkan Wan Azizah belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding di Dun Selangor atau Pulau Pinang.
Beliau menyatakan kesediaan itu dengan menyifatkan pilihannya itu berdasarkan kepada pilihan peribadi.
Shuhaimi berkata, PKR Selangor menyokong sepenuhnya sebarang keputusan Pusat tentukan bagi menghadapi PRU akan datang.
-sinarharian.com



Photobucket

Laluan Zahid Belum Tentu Selesa

on





Minggu lalu saya menulis mengenai Zahid Hamidi yang dianggap oleh banyak pihak mempunyai peluang paling terbuka untuk meningkat naik dalam hireaki UMNO selepas pilihanraya umum akan datang ini.

Beliau yang kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, mungkin akan bergandingan dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam UMNO sekiranya BN hanya mampu mencapai keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen dalam PRU 13 ini. Muhyiddin yang mungkin mencabar atau dipaksa mengambil alih teraju UMNO daripada Najib, dirasakan amat sesuai bergandingan dengan Zahid untuk memulihkan semula kekuatan parti.

Sekiranya BN mencapai kemenangan selesa pula, tidak mustahil juga Zahid akan diasak untuk mencabar kedudukan Muhyiddin di kerusi nombor dua berikutan Zahid dilihat mempunyai rangkaiann pengaruh yang luas dalam UMNO selain PRnya yang boleh menambat hati sesiapa saja yang berpeluang bertemu dengannya. Harus diakui dari segi hubungan dengan ahli dan perwakilan UMNO, Zahid bila-bila masa boleh menewaskan Muhyiddin.

Ataupun jika keputusan terlalu buruk dialami oleh UMNO yang mungkin memaksa Najib dan Muhyiddin mengundurkan diri sekaligus, Zahid juga dilihat paing berpotensi untuk menerajui UMNO berbanding pesaingnya sekarang iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal.

Ekoran tulisan itu, saya menerima pelbagai pandangan daripada rakan-rakan dalam UMNO sendiri mengenai perkara itu. Ada yang bersetuju dan ada pula yang kurang bersetuju.

Dalam konteks kedudukan Zahid, ramai pemimpin UMNO yang bersetuju bahawa Zahid mempunyai potensi yang lebih baik jika beliau mahu bertanding merebut jawatan nombor dua dalam UMNO. Sama ada beliau akan berhadapan dengan Muhyiddin atau bersaing dengan Hishammuddin bagi merebut jawatan itu, laluan Zahid tetap lebih baik.

Dengan imej bersih, perwatakan menarik, PR serta komunikasi dengan ahli UMNO yang cemerlang selain mempunyai rangkaian Grup Sahabat yang luas, Zahid dilihat boleh memenangi apa saja jawatan yang mahu ditandinginya. Lihat saja bagaimana beliau memenangi kedudukan undi tertinggi dalam perebutan Naib Presiden UMNO pada 2009 lalu serta bagaimana kemenangan bergaya dicapainya sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dahulu meskipun pesaingnya ketika ada yang berjawatan menteri dan menteri besar.

Namun beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi UMNO melihat Zahid juga mempunyai kekurangan yang ketara iaitu keupayaannnya yang kurang menyerlah sebagai menteri berbanding kemilau yang dimilikinya sebagai pemimpin UMNO.

Lebih-lebih lagi sebagai Menteri Pertahanan, peranan Zahid dianggap oleh banyak pihak langsung tidak menyerlah. Beliau gagal membawa idea-idea baru yang besar serta menampilkan dirinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang dinamik dan berwibawa.

Kalau ada pun idea baru yang dilakukan Zahid hanyalah mengembangkan Askar Wataniah ke peringkat semua kawasan Parlimen tetapi itu tidak cukup untuk menonjolkan dirinya sebagai Menteri Pertahanan yang berwibawa. Lebih dari itu, idea barunya hanpir tidak ada.

Dalam konteks LIMA yang diadakan dua tahun sekali di Langkawi pula, beberapa pihak juga melihat bahawa Zahid gagal memanfaatkan sepenuhnya program dwi tahunan yang diilhamkan oleh Tun Mahathir itu untuk melonjakkan lagi namanya di mata rakyat.

Pameran LIMA di bawah Zahid hanya dilihat sebagai pameran pertahanan laut dan udara yang biasa-biasa saja. Tiada idea baru atau perkara yang agak menonjol dapat diketengahkannya.

Seorang pemimpin UMNO bahagian berkata, kejayaan Zahid dalam LIMA hanyalah kejayaannya membawa ramai pemimpin dan mereka yang pernah yang menjadi perwakilan UMNO ke pameran di Langkawi dengan menggunakan kemudahan pesawat udara TUDM.

Berbanding Hishammuddin yang semakin dipertikaikan oleh banyak pihak sama ada dalam UMNO atau rakyat biasa, terutamanya sejak menjadi Menteri Dalam Negeri sehingga dianggap Menteri Dalam Negeri paling lemah dalam sejarah Malaysia, ramai pula yang berpandangan bahawa Shafie Afdal lebih menyerlah serta fokus dalam tugasnya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar berbanding Zahid.

Cumanya masalah Shafie Afdal ialah beliau berasal dari Sabah yang mungkin menghadkan peluangnya untuk mendaki tangga dalam hireaki UMNO berbanding pemimpin yang berasal daripada Semenanjung.

Kesimpulannya, di sebalik bercahayanya bintang Zahid dalam UMNO dan disukai oleh ramai ahli, pemimpin serta perwakilan UMNO itu sendiri, keupayaannya yang terhad sebagai Menteri Pertahanan dan pemimpin yang bermanfaat kepada seluruh rakyat, mungkin juga menipiskan peluangnya untuk mendaki tangga yang lebih tinggi.

Ini kerana berbanding kejayaan memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden dengan undi tertinggi sebelum ini, penilaian perwakilan UMNO mungkin berbeza dalam konteks jawatan yang lebih tinggi yang ingin ditandinginya.

Jika seseorang itu ingin merebut jawatan yang lebih tinggi seperti jawatan nombor dua misalnya, keupayaan sebagai pentadbir dan pemimpin kerajaan akan menjadi penilaian utama kerana selepas menang sudah tentu perlu memegang jawatan yang lebih tinggi atau penting dalam kerajaan.

Faktor inilah yanng mungkin menghalang kemaraan Zahid nanti, kata pemimpin UMNO bahagian itu lagi.


sumber

Photobucket

Marilah kita hukum MCA dan Umno pada PRU13

on






PAS Selangor melihat MCA sebagai sebuah parti politik yang sedang diancam kepupusan. Oleh itu mereka sedang bekerja keras untuk membuktikan relevensi mereka kepada masyarakat, khususnya masyarakat keturunan Tiong Hua, melalui isu sensasi dan kontroversi.

Di antara isu sensasi adalah persoalan hutang Talam yang telah berjaya dipungut balik oleh kerajaan PR Selangor tetapi diputar belit sebaliknya sebagai usaha ‘bail-out’ untuk syarikat kroni PR. Sedangkan semua tahu, dari sudut kronisma, Talam telah dibenarkan berhutang sebanyak RM372 juta pada zaman pemerintahan BN kerana mereka merupakan syarikat kroni BN.

Rakyat Selangor telah mendapat manfaat dari pengambil balik hutang dari Talam melalui pinjaman mikro-kredit SkimSel dan MIMBAR yang dibiayai oleh sebahagian dari duit yang diperolehi dari Talam.

PAS Selangor juga hairan mengapa isu ini tidak dibawa oleh ADUN BN, 18 dari mereka dari UMNO, di dalam DUN. Sebaliknya ia dibawa oleh wakil MCA yang bukan ADUN tetapi Ahli Parlimen sambil yang di DUN diam seribu bahasa. Pada masa yang sama ianya juga tidak merupakan isu yang dibahas semasa AGM MCA dan ini membuktikan ianya hanya sandiwara untuk tatapan awam.

Isu terbaru adalah kenyataan provokasi terhadap PAS dan ajaran agama Islam. Walaupun cuba diselindungi dengan mengatakan kritikan ditujukan kepada PAS dan bukan terhadap Islam itu sendiri, hakikatnya aspek yang dipertikaikan adalah berhubung ajaran Islam khususnya perlaksanaan undang-undang hudud. Ianya ditokok-tambah pula dengan fitnah melampau berhubung kebenaran merogol wanita bukan Islam dan kebenaran berkongsi isteri.

PAS Selangor menyedari ini adalah usaha terdesak pihak MCA untuk melonjakkan imejnya di kalangan masyarakat Tiong Hua dengan kononnya ‘bertindak berani’ menegur PAS.

PAS sedar pandangan MCA tidak mewakili pandangan masyarakat Tiong Hua dan yakin taktik murahan MCA tidak akan mencapai hasrat seperti yang diinginkan mereka. Sebaliknya ianya merupakan jenis politik murahan yang akan ditolak oleh masyarakat Tiong Hua yang secara umumnya menghormati agama Islam dan tidak ingin campur tangan dalam soal ajaran-ajarannya.
Pada masa yang sama, ianya merupakan ‘red herring’ atau sesuatu yang menarik perhatian masyarakat sehingga lupa akan isu sebenar yang berada di hadapan mereka. Persoalan yang berada di hadapan masyarakat ialah persoalan pemilihan kepimpinan yang baru yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan kronisma.

Pendedahan demi pendedahan berhubung persoalan rasuah dan kronisma tidak mampu ditangani mereka maka taktik ‘red herring’ ingin mereka gunakan dan diharap dapat membantu mereka.

Melalui isu dan tuduhan provokasi, MCA juga mengharapkan PAS akan bertindak dan menjadikan isu hudud dan Negara Islam isu utama pilihan raya sehingga meminggirkan kehendak dan aspirasi masyarakat bukan Islam yang buat masa ini hanya ingin melihat kepimpinan yang bersih dan amanah. Ia dianggap berpotensi untuk menjadikan hubungan di antara parti-parti PR tegang dan menyulitkan kerjasama.

PAS Selangor juga tidak menolak kemungkinan bahawa UMNO jugalah yang merupakan dalang di sebalik kenyataan MCA kebelakangan ini. Melalui kenyataan tersebut maka diharapkan ketegangan akan terhasil melalui mana UMNO dan BN boleh mendakwa ianya adalah kerana sikap dan pandangan PAS yang kononnya ekstrem. Dengan itu mereka boleh memujuk masyarakat Tiong Hua untuk kembali memberi undi kepada BN.

Oleh itu, PAS Selangor menyeru semua pihak, khususnya ummat Islam, untuk bertenang dan tidak bertindak melalui reaksi yang keterlaluan. Sebaliknya, marilah kita sama sama menghukum MCA dan UMNO dalam PRU ke-13 yang akan datang.

Apabila masyarakat Malaysia dibebaskan dari dikongkong pemimpin BN yang sering mengadu-domba rakyat, maka akan terhasil sebuah Negara yang benar-benar bersatu atas dasar saling hormat-menghormati dan pengiktirafan hak asasi setiap kaum dan bangsa. Ketika itu barulah keunggulan Islam mampu diserlahkan oleh ummat Islam.

WaLlahu 'Alam

Harakahdaily.com 




Photobucket

Apo Lopong Bonar Najib Oiii...?

on






Doreh lah Najib untuk meletak darjah paling prihatin kepada Agenda Melayu dulu, baru Kaum-kaum lain, sempena perang PRU-13 ini;

1. Dah berapa banyak duit kau bori pado Cina-MCA, bilo jumpo bori! Cubo kau kiro...? Apo yang sibuk sangat dengan Kafir Harbi ni, Cina cumo 18% rakyat Malaysia...

2. Kok kau jumpo Koling, kau labur lagi...apo yang keling nak...bori! Koling cumo 8% ajo

Cino di bandar dan Koling di pekan, dah bai'ah tak undi calon BN...apo lagi Bye-Bye ajolah...Tak payah sibuk layan PPP, Gerakan, MCA dan MIC...buktikan Pusat Daerah Mengundi mano dalam 222 Parlimen ini, mereka sepakat dengan UMNO?

3. Elok kau jang, semak...perangai lopong Ketua-ketua Bahagian dan AJK Bahagian UMNO, yang masih ado "hasad" dan dendam kesumat!

4. Elok kau buat perjumpaan rasmi dengan semua Tenaga Penggerak Melayu untuk dongar apo sobonar masalah tanahair dan Pilihanraya!

5. Elok kau buat perjumpaan rasmi dengan korum Kongres Ekonomi Melayu 2012 untuk kau tahu apo yang menjadi masalah kuasa ekonomi Melayu selepas 8 Mac 2008!

6. Elok kau minta Dato' Elis kembali ke arena sebenar, tak payah sibuk dalam gua. Kojo dio ialah jumpo semua Ketua Bahagian untuk clear the air.

7. Elok kau buat perjumpaan dengan Persatuan Bekas Pegawai Tertinggi Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh orang Johol berbinikan orang Ampangan tu, bersama kabinet persatuan dan 1000 bekas Pegawai PTD Tingkatan Kanan dari JUSA C ke atas, di PICC...sobab banyak bondo nak dikobarkan...!

8. Elok kau suruh dan paksa Rosmah Mansor dok ontok-ontok, jadi isteri kepada Najib Razak bukan isteri Perdana Menteri. Suruh Rosmah Mansor buat gerakan BAKTI masuk kampung bersama semua kabinet BAKTI bermula lopeh 13 Zulhijjah.

9. Elok kau buat peruntukan SEGERA daripada Perbendaharaan agar BTN dan IIM boleh buat program Transformasi Agenda Melayu (Wasatiyyah, Integriti, 1 Malaysia) kepada 1.45 juta warga penjawat awam.

10. Elok juo kalau Najib tak berani buat semua kerja ini...maka baiklah isytihar PRU-13 boleh dilaksana sebelum 27 November 2012...sonang, kok tidak lobih ramai UMNO pekak mengurus Negeri...orang suruh jadi Ahli Politik bukan Managing Director Cycle & Carriage.


sumber

Photobucket

BEREBUT JADI CALON.....UMNO Taiping Bergolak

on



Bukti dari Blog UMNO Taiping yang mendedahkan kepincangan dalaman UMNO




UMNO Taiping memang sah bergolak dasyat sekarang ini…

Sila baca artikal dibawah ini (Warna merah) yang dipostingkan oleh sebuah blog bernama“Taiping Aman Jaya”yang dipercayai dari blogger UMNO sendiri,aku yakin ini tulisan blogger UMNO yang popular di Taiping…mungkin juga Taipingmali…hehehe…sebab blog ni cam baru je…

Blog ini di create seolah-olah untuk menegur dalaman UMNO tapi hakikatnya mendedahkan pergolakan dalaman UMNO Taiping.


Bukan sekadar jamuan dan korban, agenda agenda lain termasuklah mengutuk mengata mencaci KBU Taiping yang sedia ada, dengan bangga dan mendabik dada kononnya dialah yang paling cerdik dalam semua AJK sedia ada. Agenda lain termasuklah memberi segala maklumat dalaman mesyuarat AJK U bahagian, kepada mantan, perancangan perancangan untuk mensabotaj U turut dibincangkan pada waktu yang sama.

antara topiknya ialah 101cara mengalahkan B/U di pru nanti yang dikelolakan sendiri oleh sang mantan, seronok tak terkiralah penyokong penyokong sang mantan yang masih bertongkat kuku.
dan topik lain di aidil adha ialah cara cara mengorbankan KB dan KP, haru sungguh dah tua kutuk tak sadar diri, untuk KB  sila pantau dan jangan percaya the red dotted names! Untuk Pusat, sekarang masanya untuk mencegah, mencegah lebih baik dari mengubati....

** KB= Ketua Bahagian *** KP= Ketua Pemuda

Yang bestnya kat bawah posting ni ada ayat gertak “p.s. kami ada video tau “….hahaha… tak payah dedah pun ramai dah tahu keadaan dalaman UMNO Taiping sekarang ibarat tongkang pecah berada ditengah laut yang sedang dilanda ribut taufan.

 Dato' Dr Abdul Malek Md Hanafiah
Mantan KBU Taiping
Majlis jamuan Aidiladha yang berlansung dirumah Mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping ,Dato Dr Abdul Malek Md Hanafiah ini dilaporan menjadi medan untuk menyembelih career politik Datuk Shalimin dan Dato Zahir. Mereka dikatakan sedang merancang untuk menjatuhkan UMNO Taiping sekiranya Shalimin dan Zahir masih bertahta dalam jawatan ataupun calon dalam PRU akan datang.

Shalimin syok sendiri

Khabarnya ini perancangan dari ahli-ahli vetaren UMNO Taiping ini berlaku kerana dikatakan dah amat-amat meluat sangat dengan sikap dan perangai  Ketua Bahagian UMNO Taiping sekarang (KB) Datuk Hj Shalimin..entah apa sebabnya aku pun tak tahu,yang aku tahu baru-baru Shalimin rasmi majlis arak kat Taiping [ Klik Sini ]. 

YB Zahir YB Banner
Begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Taiping (KP) Dato Mohd Zahir yang juga ADUN Kemunting yang dikhabarkan semakin lemah syawat dalam berpolitik di Taiping, ada sumber mengatakan Zahir ni takut bini…hehehe…pergerakan politiknya jadi terbatas kerana di remote control oleh bininya. Ada juga sumber mengatakan Zahir ni semakin kurang dana pulus dalam menyantuni rakyat,khabarnya nak laksanakan bantuan kepada rakyat pun terpaksa meminjam sana sini.

Patutlah otai-otai UMNO Taiping (Vateran) fedup dengan kedua-dua mereka ni...sorang syok sendiri dengan jawatan Setpol MB dan sorang lagi syok dengan status YB Banner tepi jalan,dengan poket kosong...habuk pun tarak.

Apapun sekarang UMNO di Perak khususnya di Taiping semakin dalam keadaan kritikal bergolak…jentera parti dah tak kuat..agenda sulit dalaman 24jam berlaku, jatuh menjatuhkan dah jadi tradisi turun temurun. 

Rakyat mana sanggup memilih lagi pemimpin dikalangan UMNO lagi..??? rasanya yang tinggal hanya sorang dua je macam Cikgu Najmy si TaipingMali….hehehe…

Jamuan sambutan aidil adha di rumah mantan Ketua Bahagian Taiping, ohh ramailah lah yang datang termasuklah yang dah ditandakan merah pada list yang diatas.
bertanda merah didakwa geng kuat mantan KBU Taiping.



sumber

Photobucket

Mansor Othman Cantas Chegubard di Parlimen Nibung Tebal...Mansor Othman Ni Bangang Politik Ke...?

on







Jauh la kalau nak dibanding dengan Mansor yang walaupun berjawatan Timbalan Ketua Menteri II atas kapasiti melayu tapi aura dia dikalangan orang melayu pun tak kuat mana dan dikalangan orang cina DAP terutamanya nama dia memang dah cukup busuk bila rakaman audio dia kata Guan Eng bongkak didedahkan.

Malaysian Insider melaporkan: 
Zainal dijangka akan berhadapan dengan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Mansor Othman, pengerusi PKR negeri, yang merupakan ahli DUN Penanti dan beliau dilihat untuk ke posisi yang lebih besar, untuk posisi Kabinet sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.

Seorang ahli PKR berkata penduduk Nibong Tebal masih lagi marah dengan Tee Beng meninggalkan parti dan menjadi ahli bebas yang mesra BN. “Hakikatnya, pengundi merasakan ini adalah kerja jahat BN dan kemarahan mereka bakal memberikan undi yang lebih kepada PKR,” katanya lagi. - TMI.  

Macamana pulak tiba-tiba boleh timbul nama Mansor di parlimen Nibong Tebal pulak ni. Kalau nama Nurul Nuha memang pernah timbul sebelum ni tapi ramai sangat yang tak setuju pasai boleh bagi persepsi negatif atas isu 'PKR parti anak beranak'.

Nama Nurul Nuha tenggelam terus bila nama Chegubard timbul dan kalau tengok ke aktiviti PKR dan PR di Nibong Tebal semenjak dua menjak ni, memang nampak jelas CheguBard dah mula 'turun kawasan' dan dia pun dah mula mengaku berasal dari Nibong Tebal.

Dan berdasarkan apa yang aku sempat sembang sekejap dengan dia masa dia turun ceramah di Dataran Purnama Parit Buntar baru ni, memang nampak dia bersungguh-sungguh sedang cuba menjiwai parlimen Nibong Tebal.

Walaupun aku tak duduk di Nibong Tebal tapi Parit Buntar terletak bersempadan dengan Nibong Tebal. Ramai jugak kawan-kawan aku di Nibong Tebal tapi tak pernah pulak keluar dari mulut depa nama Mansor nak jadi calon di Nibong Tebal, malah majoritinya akan sebut nama CheguBard kalau ditanya pasai sapa calon.

MalaysianInsider juga melaporkan:
Mansor dipilih untuk bertanding di kawasan ini kerana beliau adalah pengerusi PKR negeri dan Timbalan Ketua Menteri II. “Jika beliau bertanding, pengalaman beliau menjadi kelebihan bagi PKR,” katanya lagi. - Ibid.
Takkan Mansor Othman, sebagai Pengerusi PKR Negeri nak main bangsat kut. Kalau betul dia main bangsat memang sah la Mansor Othman ni bangang politik.

Aku harap laporan ni tak betul, pasainya majoriti orang Nibung Tebal masih tak puas hati dengan PKR gara-gara tindakan Tan Tee Beng bertukar jadi katak mengkhianati undi depa. Cuma pemimpin PKR yang punya aura yang hebat macam CheguBard mungkin dapat kembalikan balik kepercayaan majoriti orang Nibung Tebal kepada PKR.

Jauh la kalau nak dibanding dengan Mansor yang walaupun berjawatan Timbalan Ketua Menteri atas kapasiti melayu tapi aura dia dikalangan orang melayu pun tak kuat mana dan dikalangan orang cina DAP terutamanya nama dia memang dah cukup busuk bila rakaman audio dia kata Guan Eng bongkak didedahkan.

Aku teringin nak bagi nasihat kat Mansor Othman ni, lagi elok dia tak bertanding dari bertanding dan kalah. Buat malu PKR ja kalau bekas Timbalan ketua Menteri kalah dalam PRU13 nanti. Lebih elok kalau dia teruskan dengan niat dia nak jadi Duta tu macam yang dia sebut dalan audio yang terbongkar tu.


sumber


Photobucket

New York lumpuh akibat Taufan Sandy

on







Taufan Sandy mungkin akan menjadi ribut yang terbesar di negara ini jika berlaku dengan keadaan tiupan angin kencang dan banjir yang dahsyat, kata seorang pakar taufan. Taufan itu juga akan memberi kesan besar terutama kepada bandar-bandar utama negara ini termasuk di Boston, New York, Washington, Baltimore dan Philadelphia, yang mempunyai penduduk padat.. 

Ternyata dengan menyaksikan gambar gambar di bawah ini..

BANJIR... Laluan keluar dari tempat letak kenderaan bawah tanah dipenuhi air mengakibatkan orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan kenderaan masing-masing di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat hari ini, berikutan dilanda Taufan Sandy. - Foto AFP






BANJIR menenggelami kenderaan di daerah kewangan, New York, Amerika Syarikat berikutan Taufan Sandy melanda timur negara itu hari ini. - Foto AFP

  sumber 



Photobucket

UMNO Lumut bakal "Berputih Mata" Kerusi DUN Pasir Panjang hak MIC.

on





Semalam,...walaupun duk dalam penat yang masih belum hilang,, aku macam biasa round meronda dari satu ke satu tempat,,
Lalu terjumpalah satu berita yang menarik.. 
Ha ha ha... nampaknya tinggal angan-angan sahajalah UMNO Lumut untuk merampas kerusi DUN Pasir Panjang dari MIC.... 



Kalau Sekolah Simpang 4 Ghandi yang dah berumur 80 tahun boleh ditutup,, Zambry hanya berdiam diri tanpa apa-apa tindakan,, seolah-olah mengikut cakap MIC,, inikan pulak kerusi DUN Pasir Panjang,,,memang dah termaktub dari asal kerusi hak MIC,,, 





Orang UMNO dapat apa ?.  Dapatlah RM50 sorang, duit upah jadi PACA,, (Poling Agent Counting Aget)... 
Kalau sahabat aku yang sorang tu OK lah jugak,, dengar kata Kong Choo Ha bagi kamera DSLR,, 
MIC boleh bagi apa.... ha ha yellek... la.. Zambry lah tolong bagi ganti bagi pihak MIC..kan..kan..kan.
Rasanya Zambry tak ada hal calon parti MIC atau UMNO yang akan bertanding, kerana badi dia dua-dua parti itu sama saja,, buktinya lihat banner kat atas tu..............

s

Photobucket

POLIGAMI :- JAKIM sahkan suami tak perlu minta izin

on






Wanita2 di luar sana tak perlu melatah dengan hal neh. Sebenarnya tak salah pun dalam islam untuk suami beristeri 4. Lebih dari satu. Berlapang dada la.

Namun, suami2 yang mahu kahwin lebih dari satu pun kena berpada2 juga. Jangan gunakan alasan poligami ikut sunnah Nabi saw. Kalau mampu, kahwin la. Kalau tak mampu, satu dah cukup. Banyak lagi sunnah Nabi saw yang boleh difollow.. jangan la namp
ak bab neh jek oke.

Kebanyakkan perceraian zaman sekarang berlaku bukan disebabkan poligami tetapi masalah kewangan punca utama. Poligami takan menyebabkan perceraian namun ada yang bercerai kerana tidak mahu berpoligami.

Kita takmo tuduh2 tetapi mostly wanita yang tidak mahu berpoligami kerana yakin suami tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka. Ada yang telah berikan peluang dan terbukti suami gagal menjalankan peranan. Ada yang tak pernah langsung beri peluang untuk suami buktikan bahawa dia mampu terus minta cerai. Yang jadi mangsa anak2 juga.

Aku antara mangsa poligami dan kes perceraian oke. Rekod, jadi anak yang takde keluarga sempurna seringkali di pandang serong oleh masyarakat.

Sikit2 kalau berlaku apa2, anak2 macam neh la orang pandang negatif. Tengok tue la dia.. barang hilang.. tengok2 sikit budak tue kan miskin... jangan2 dia yang curi kot..

Cis.. mentang2 la aku dari anak keluarga yang tak sempurna.. macam2 persepsi timbul. Kadang2 menyampah juga melihat persepsi masyarakat terhadap aku dan family aku. Tapi boleh pergi mampos la dorang seme tue.

So kepada laki bini, mak bapak orang .. jangan suka2 berkahwin lain dan jangan juga suka2 bercerai berai. Kasihani la anak2 macam kami... fikir panjang walaupun apa pun korang yang nak buat fikir panjang dengan memastikan kebajikan anak2 di tangga pertama.


cetusan rasa :-  Admin Aien

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List