Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Risalah perkauman: DAP buat laporan polis

on Dec 25, 2010

BENTONG, 25 Dis: Susulan penyebaran risalah berbentuk poster yang berbau hasutan dan perkauman yang banyak ditampal oleh pihak tertentu di daerah ini, DAP Bahagian Bentong telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini.

Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn berkata, laporan polis terpaksa dibuat dan meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan rapi kerana kewujudan risalah provokasi bertajuk ‘Kedudukan agama Islam tercabar’ sangat serius sehingga boleh mengganggu gugat ketenteraman penduduk di daerah ini. 

Choong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teras berkata, kelmarin (Rabu) Pengerusi DAP Bentong Ching See Thai telah memberitahunya berhubung risalah yang tertampal di dinding banyak bangunan dan kedai makan berhampiran stesen minyak di bandar Bentong dan pergi melihatnya sendiri.

Menurutnya, risalah tersebut turut memaparkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan hamburan kata-kata kesat.
“Apa yang tertulis pada risalah itu termasuk penjualan arak secara terbuka tidak boleh dihalang, kuil dibina di kawasan majoriti masyarakat Melayu, kalimah Allah boleh diguna bukan Islam dan kepala pemimpin Melayu dipijak.
“Selain itu, ia turut menyentuh mengenai perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang diharamkan oleh DAP dan seakan-akan mempertikaikan suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat berhubung isu agama Islam semakin terhakis akibat tunduk kepada DAP,” katanya.
Tambah Choong, DAP memandang serius pengedaran risalah seumpama itu kerana boleh menimbulkan suasana tegang dan membakar api perkauman dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai fahaman dan pegangan agama masing-masing.
Menurutnya, beliau difahamkan risalah seumpama ini ada ditampal di tempat-tempat tertentu yang ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya seperti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak.
“Bagi kami (DAP Bentong) taktik kotor ini sangat berbahaya kerana menghasut dan mencabar kesabaran kaum meskipun kami tidak tahu pihak mana yang melakukannya. Justeru itu kami berharap pihak berkuasa bertindak segera untuk mengelakkan ia berlarutan,” katanya.

Hadapi PRU 13, DAP Tangguh Pemilihan

on Dec 15, 2010



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan penangguhan konvensyen tahunan parti itu selama 12 bulan sehingga bulan Ogos 2012.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ianya selaras dengan keputusan parti komponen Barisan Nasional, Umno dan MCA menangguhkan parti masing-masing sebagai isyarat jelas Pilihanraya Umum mengejut yang berkemungkinan akan diadakan tahun depan.

"Ini untuk mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 yang paling kritikal.

"Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pertemuan malam tadi memutuskan untuk menggunakan Klausa VIII dari Perlembagaan Parti untuk menunda kongres parti dan konvensyen negeri selama 12 bulan.

"Ini bermakna pemilihan parti yang akan diadakan ketika sidang kongres pada bulan Ogos 2011 ditangguhkan sehingga Ogos 2012.

Keputusan ini ujar Guan Eng turut mempengaruhi pemilihan parti itu di Negeri Sembilan dan Sarawak yang sepatutnya dijadualkan pada akhir tahun 2011.

Pertama kali doa dibaca di konvensyen DAP.......???

on Dec 13, 2010












Ini berita tentu gerombolan Umno tak suka


Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahu pun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Malaysiakini

Riwayat Ronnie Liu Bakal Berkubur .......???

on Dec 10, 2010




Alamak .... apalah nasib aku nie ..... dahlah jatuh terjelupuk .... kini ditimpa tangga plak ....Susah aku kalau macam nie .... sia-sia sahaja aku berjuang bagai nak gila ...."

Mungkin itulah luahan Ronnie Liu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja tewas dalam pemilihan DAP Selangor bulan lepas, malah hari ini sekali lagi dipinggirkan apabila tidak tersenarai sebagai lima yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti negeri itu.

Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik Azman Masri, peguam dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V.Ganabatirau, Lee Kee Hiong, anggota Majlis Bandar Raya Shah Alam Ang Leng Kiat, dan Lwi Kian Keong.

Senarai itu diumumkan Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian yang dimuktamadkan selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut malam tadi.

"Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 28 Nov lepas, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP Selangor.

Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam tadi, masa depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja pusat.

Minggu lepas, Liu diberikan surat tunjuk sebab selepas membuat kenyataan kepada sebuah portal berita mendakwa berlaku politik wang semasa pemilihan parti.

Adakah ini tanda-tanda RIWAYAT POLITIK RONNIE LIU akan terkubur tidak lama lagi .... Apakah punca Ronnie Liu disingkirkan, benarkan POLITIK WANG wujud dalam DAP ..... Selepas PKR, DAP plak bermain POLITIK WANG ......

Pemilihan DAP S'gor: Ronnie Liu tewas

on Nov 28, 2010



Keputusan pemilihan jawatankuasa DAP Selangor menunjukkan Pasukan Perpaduan pimpinan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok menguasai tujuh daripada 15 kerusi.

Manakala Pasukan Pelangi pimpinan Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pula memenangi lima kerusi, manakala bagi tiga kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas.

Teresa dan Teng masing-masing berjaya terpilih. Teng mendapat 504 undi di tangga keempat, manakala Teresa mendapat 437 undi ditangga ke-11.

Seorang lagi exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu gagal untuk menganggotai jawatankuasa DAP Selangor.

Ronnie menduduki tempat ke-21 dengan mendapat 369 undi.
Dua lagi ADUN yang tewas ialah Philip Tan Choon Swee (Teluk Datuk) dan Edward Lee (Bukit Gasing).

Berikut adalah keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa DAP Selangor:

1) Jenice Lee (B) 703
2) Hannah Yeoh (B) 644
3) Charles Santiago (B) 596
4) Teng Chang Khim (Rainbow) 504
5) Ng Suee Lim (Rainbow) 498
6) Ean Yong Hian Wah (Unity) 478
7) Gobind Singh (Unity) 478
8) Tony Pua (Unity) 463
9) Lau Weng San (Unity) 459
10) Teo Nie Ching (Unity) 452
11) Teresa kok (Unity) 437
12) Tiew Way Keng(Unity) 428
13) Ramakrishnan (Rainbow) 405
14) Lim Soo Hong (Rainbow) 403
15) Kannan (Rainbow) 402

Proses pengiraan undi bermula kira-kira jam 1.30 tengahari selepas sekurang-kurangnya 812 daripada 1,016 perwakilan yang layak, selesai mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan DAP Selangor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sunway hari ini.

Sewaktu perwakilan memasuki dewan konvensyen untuk mengundi bagi memilih barisan kepimpinan DAP negeri untuk tempoh dua tahun akan datang, para calon termasuk Teng Chang Kim (kanan) dan Yong Hian wah kelihatan sibuk bersalaman dengan mereka.

Suasana kelihatan tenang dan mesra, manakala calon-calon kelihatan menjalankan kempen saat akhir untuk mendapatkan sokongan para perwakilan.

Paling jelas ialah Ronnie Liu (kiri), di mana penyokongnya sejak awal pagi lagi mengedarkan risalah dalam bahasa Inggeris dan Cina, yang memaparkan latar belakang dan manifesto ahli exco kerajaan Selangor itu.

Risalah itu berbunyi: 'Satu undi untuk YB Ronnie Liu adalah satu undi bagi kemajuan DAP khususnya dan rakyat umumnya'.

Beberapa perwakilan juga menerima SMS, konon dihantar oleh penyokong pasukan Pasukan Perpaduan yang diketuai oleh exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, meminta mereka memilih kombinasi calon pasukan tersebut.

Perwakilan dari 145 cawangan DAP mula mengundi pada kira-kira jam 12.15 tengahari, selepas majlis perasmian dan ucapan oleh pengerusi DAP Selangor DAP Ean Yong Hian Wah dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Seramai 50 calon bertanding merebut 15 kerusi dalam jawatankuasa DAP Selangor. 

Speaker DUN Selangor Tewas Di Tangan Wanita......!!!

on

Kumpulan yang memihak Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah memenangi 10 daripada 15 kerusi pada pemilihan hari ini, yang turut mendapat perhatian ramai selepas perkembangan Perak dua minggu lalu.

Pemilihan hari ini menyaksikan kekalahan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang berkontroversi Ronnie Liu.

Kumpulan yang menguasai pemilihan hari ini, yang diketuai seorang lagi Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok dijangka akan memilih beliau sebagai pengerusi baru DAP Selangor.

Bagaimanapun Kok menerima kurang undi berbanding ketua kumpulan pesaing iaitu Teng Chang Khim, yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Teng berada di tempat keempat teratas.

Kok, Adun Kinrara, menduduki tempat ke-11 dengan menerima 437 undi manakala Teng mendapat 504 undi.

Kumpulan Teng disokong oleh bekas ahli anggota Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock yang mendakwa dirinya dipecat dari jawatan itu dengan tidak adil berhubung isu mengeluarkan surat sokongan.

Liu juga dikaitkan dengan isu itu tetapi menjauhkan diri daripada Tee, sekali gus menjadi sasaran kempen penyokong-penyokong bekas ahli majlis MPK itu.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List