Showing posts with label Hal Azali. Show all posts
Showing posts with label Hal Azali. Show all posts

Naga Tasik Cini Di Kebun Basyir

on Jan 23, 2012



Gambar sekadar hiasan


Tahun 2012 tahun NAGA AIR bagi masyarakat tionghua yang merayakan tahun baru mereka. Tetapi di sebuah kampung bernama Kg Paya Baru  naga darat telah menyerang kawasan belukar tegar yang ditumbuhi rumput rampai yang tebal berserta pokok pokok liar. 

Ada lah difahamkan naga ini jelmaan dari naga tasik cini. Naga jantan sedang memerhatikan dan mengawasi pergerakan naga betina. Kepada penduduk kg Paya Baru adalah di nasihatkan agar berkurung dalam rumah masing-masing demi keselamatan diri.










Kau orang jangan ingat naga jantan relax aje. Naga jantan seawal lagi telah menyelinap dalam hutan belukar tu dan membaham segala spesis yang boleh mencederakan naga betina.



Photobucket

Unlucky

on Jan 3, 2012



Hospital Selayang

Jam 7.00 dah terpacak depan pintu besar klinik pakar hospital selayang. Depan aku dah berpuluh orang berbaris. Bila waktu agak nya dia orang ni datang ke hospital ni atau mungkin ada yang bertunggu tangga kat sini agak nya bila tarikh temu janji tiba.

7.15 pintu besar dibuka dan berpusu-pusu ler manusia berbagai jenis berebut rebut untuk mengambil nombor.

Aku selamba ajer masuk kerana aku tahu aku x perlu berebut-rebut untuk ambil nombor kerana pengambilan darah  tak ler sesak sangat......Wah meleset jangkaan aku.....berebut jugak nak tekan nombor....

Nombor 13. Ada orang kata unlucky number.....



Nombor giliran menunjukan angka 12.... Lepas ni mesti no 13......Assalamualaikum.....sambil hulur tangan... aku jawap w'alaikumsalam sambil menyambut tangan nya. berbual sebentar. Mata beralih pandang ke screen angka giliran.....aiiii kenapa pulak no 14, mana pegi no 13..... Betul le orang kata unlucky number.

Selepas no 16 baru lah no 13 dipanggil..... UNLUCKY...!

Encik komuter kepong bolih?.... OK Masuk.... Naik teksi aku ke komuter kepong setelah selesai urusan pengambilan darah.




Encik bandar tasik selatan satu....berapa.?.....rm2.20.

Naik komuter pulak aku ke bandar tasik selatan. TBS-BTS.... Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan.



TBS-BTS

Di Kaunter tiket. ...... Encik Melaka satu ....Tolong beri seat depan boleh.....Bas apa encik....Pukul berapa berlepas....Berapa harga...?  .... OK....Boleh Seat No 4 yer....... Mayang sari.....Berlepas pukul 10.30..... pintu no 5 ......RM10.00.





Mayang Sari

Melaka Sentral

12.20pm berada di Melaka Sentral. Perut kerak keruk kerak keruk... Kita makan dulu..... Selesai makan nak pergi cari teksi balik air molek......

teksi encik.....mana.....air molek boleh....ok......berapa.......rm25 cik......what???

.....mak aiiii cekik darah ke ni.... ambik npon.....allo noi kau ada kat mana...? kat tesco bah, beli lauk, napa bah....ko ambik abah kat MC bolih...?.....OK bah noi nak bayar kat kaunter ni...abah tunggu....

Emmmm selamat rm25..... Semua nya terkisah disebabkan black pearl rosak.


Photobucket

7 Faktor Seseorang Menjadi Sombong

on Dec 23, 2011



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBkPgwR92xxEOEKOOug9A8hnTdaZThbytx32y8zrQSQfdMAWUxizle1dyORY9aUWMCFcikqJ57u1pXdcJi6KxGU6nl7Iwu2_khUsBVXe-u39I9kW-V8i41UHHBLHOjHhV8uASIdKW6asB0/s400/sombong+tol+dia.jpg


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur :

1. Ilmu

Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Apabila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.

عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تعلموا العلم لتباهوا به العلماء ولا تماروا به السفهاء ولا تخيروابه المجالس فمن فعل ذلك فالنار النار"

Maksudnya; Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang bodoh, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة

Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat.

Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya :

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia:

عن أبي هريرة رضي الله عنه : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لم ينفعه الله بعلمه

Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu.

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..

2. Amal Ibadat

Terkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur.

Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “

إذا سمعتم الرجل يقول هلك الناس فهو أهلكهم

Maksudnya ;Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ

“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” .

3. Nasab Keturunan

Ramai manusia menjadi sombong kerana ketuurnannya dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan sepertinya. Mereka berasa keturunannya yang terdiri daripada salihin, ‘amilin, hartawan, bangsawan dan sebagainya menyebabkan mereka menjadi manusia yang mulia.

Dari Abu Dhar r.a. katanya:

روي أن أبا ذر رضي الله عنه قال قاولت رجلا عن النبي صلى الله عليه وسلم فقلت له يا ابن السوداء فغضب صلى الله عليه وسلم وقال يا أبا ذر ليس لابن البيضاء على ابن السوداء فضل

Maksudnya;“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, Aku berkata: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah s.a.w. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam

4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal

Manusia sering besifat sombong apabila merasakan dirinya cantik dan hebat, lalu timbullah rasa takjub dengan keindahan dan kehebatan rupa parasnya. Wajarlah mereka ini merenung sabda Rasulullah s.a.w.:

إن الله لا ينظرُ إلى أجسامكم، ولا إلى صوركم، ولكن ينظرُ إلى قلوبكم وأعمالكم

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.” .

5. Harta Kekayaan

Orang kaya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada Allah S.W.T.

Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Nabi s.a.w. telah bersabda:

قدمتم من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر مجاهدة العبد هواه

“Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar iaitu seorang hamba berjuang melawan hawa nafsu.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi Allah S.W.T.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

اللهمَّ أحييني مِسكيناً وأمتني مِسكيناً واحشرني في زمرةِ المساكين

“Ya Allah, hidupkan aku dalam keadaan miskin, dan mati aku miskin, dan himpunkan aku di kalangan orang-orang miskin.”

Maka kata A‘isyah Radhiyallahu ‘anha: “Kerana apa, ya Rasulullah?” Maka sabdanya: “Bahawasanya mereka itu masuk Syurga 40 tahun lebih dahulu daripada orang kaya . Hai A‘isyah, sayangilah orang-orang miskin dan hampirilah mereka itu, nescaya hampir kepada Allah Ta‘ala pada hari kiamat.”

6. Kekuasaan

Memiliki kuasa,sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu sekiranya tidak mempunyai hati yang baik akan mendorongnya menjadi sombong.

7. Pengikut dan penyokong

Manusia yang hatinya tidak sihat akan berasa hebat apabila di belakangnya ramai pengikut atau peminat. Keangkuhannya dan kesombongannya bertambah kuat apabila apa-apa yang diperkatakan dan dilakukan sentiasa mendapat sokongan daripada pengikut tanpa melihat sama ada ia satu kebenaran atau kebatilan.

Sahabat yang dimuliakan,
Justeru, marilah sama-sama kita menjaga hati kita agar sentiasa insaf dan merendah diri biarpun semua perkara di atas menjadi milik kita. Jangan jadikan ia sebab kepada kesombongan dan ketakabburan tetapi jadikanlah ia sebagai sebab untuk kita hampir kepada Allah swt dan menginsafi semua perkara tersebut merupakan ujian daripada Allah swt. Semoga kita berjaya dengan ujian ini dan mendapat keredhaan Allah swt.


Photobucket

Batu Karang

on Dec 13, 2011



sakit pinggang......

kerap ke tandas......

apa kah ini tanda nya...?




Photobucket

PESAWAT PAS

on Oct 9, 2011


Siapa agak nya yang akan terkejut dan terkedu melihat pesawat ini berada di KLIA.
Photobucket

Keburukan Kacang Soya...?

on Oct 5, 2011



KACANG SOYA MENGALIH KITA DARI PEMAKANAN SUNNAH
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai.
Hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengkagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous,
mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko
penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan  isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya.
Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan  sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT




Photobucket

APA ITU JUS MONAVIE...?

on Aug 27, 2011



range


Jus MonaVie merupakan gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan ekstrak 18 jenis pati buah-buahan terpilih dan terbaik didunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.


Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransang penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.


Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan yang meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah. Kesan-kesan pemulihan semulajadinya telah banyak terbukti dan diperkatakan melalui testimoni seluruh dunia dan kini MonaVie mula bertapak di pasaran Asia untuk kita berkongsi khasiat dan kehebatannya. Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan lain akan bertukar dan beralih arah kepada jus MonaVie setelah mula meminumnya. ANDA BILA LAGI!

Lawati Laman Ini


Khasiat Jus Monavie

Setiap hari badan kita setiap hari terdedah kepada pencemaran udara dan pelbagai kuman dan bakteria. Setiap kali itulah bahan-bahan pencemaran ini akan terkumpul dalam badan kita sedikit demi sedikit, dan membentuk radikal-radikal bebas yang membentuk pelbagai penyakit dalam badan kita. MonaVie merupakan makanan tambahan yang berfungsi untuk:

•    Menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurangkan dan menyahkan radikal-radikal bebas
     dalam badan kita

•    Membekalkan nutrient yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat
     dalam makanan tambahan yang lain

•    Menambahkan zat-zat yang kurang dalam tubuh kita.

•    Mengatasi masalah usus dan pencernaan

•    Merangsang sistem pernafasan yang lebih lancar

•    Membaiki dan membina semula sel/tisu dan segala sistem saraf yang
      rosak dalam tubuh agar kembali kepada asal seperti masalah sendi-
      sendi, organ dan lain-lain.

•    Membantu mengatasi masalah otot dan tulang

•    Meningkatkan ketegangan kulit serta melicinkan permukaan kulit
      muka

•    Menguatkan daya ketahanan melawan penyakit

•    Membekalkan tenaga yang optimum untuk badan kita. 
Serta juga khasiat berikut :-
  1. Kaya dengan pelbagai vitamin.
  2. Kaya dengan mineral.
  3. Kaya dengan asid amino.
  4. Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser.
  5. Mampu menjadi diet harian.
  6. Dapat menurunkan kolestrol dalam darah.


Khasiat Acai Berry

Acai berry merupakan kandungan buah yang utama didalam jus MonaVie dan telah dikenalpasti sebagai Super Anti-Oksidan yang mempunyai ORAC rating paling tinggi di dunia.
 Acai berry merupakan kandungan buah yang paling banyak di dalam produk MonaVie.

 MonaVie adalah hasil gabungan 19 buah-buahan organik yang diproses daripada kulit, isi
 dan juga bijinya.

 MonaVie adalah produk makanan kesihatan yang digunakan untuk membantu mengatasi
 masalah kesihatan seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, masalah pencernaan dan
 lain-lain

Untuk keterangan lanjut Klik Sini

Photobucket

PAK JANGGUT

on Aug 12, 2011

DESTROY ANWAR...?

on

Bila isteri tak mau disentuh

on Aug 7, 2011














“Kita akan begini selamanya... tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!”  Demikian tegas seorang isteri yang membuat ‘kejutan malam pertama’ kepada pengantin baru, sejurus melangsungkan pernikahan.

Terasa pelik dan hairan pula aku bila bacanya. Bagaimana boleh terjadi begitu? Nikah sudah tapi tak mau sentuh-sentuh .. apa kes ini?

Macam dalam filem hindi pula rasanya. Tapi kalau dalam filem hindi, memang pada mulanya ada penolakan jika si isteri itu dipaksa kahwin atau sekadar berkahwin kerana nak jaga hati ibubapanya. Kemudian lama-lama jika suaminya itu sabar dan tabah hati .. tunjukkan sifat penyayang .. selalu ceria dan gembirakan hati si isteri ..  nyanyi lagu cinta selagu dua.. macam dalam filem Dhadkan .. Akhirnya hati si isteri itu cair jua ..  kembali menjadi seorang isteri yang setia.


 Suami kena tiru cam ni kot ..

Tapi itu dalam filem .. kenyataannya? ia  tentu payah, sakit dan pedih  ..

p/s – banyak kali juga aku tengok filem dhadkan .. suka tengok kesabaran seorang suami melayan karenah isterinya yang masih ada hati dek cinta pertamanya pada orang lain .. akhirnya cinta suci kembali padanya.

Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia !!!

on Jul 24, 2011




Kajian mendapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan



TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.



Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini

“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.

“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”

Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.

“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.

“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.

“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.

“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.

Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.

Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai. 

Agensi


Cium Itu Bagus

on





Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1- Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
2- Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
3- Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
4- Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
5- Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
6- Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
7- Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
8- Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
9- Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
10- Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
11- Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
12- Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
P/S: Setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Tapi yang masih belum punyai isteri atau suami untuk bercium…Sabarlah dulu. Buat masa ini anda boleh mengunyah gula-gula getah yang mengandungi esktrak pudina dan menthol dulu ya…


Renungan......Pesanan dan wasiat abah

on Jul 15, 2011

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa “penebus rasa bersalah” anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah “tiba-tiba” salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya… ..
Sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.
“tiba-tiba” itu hanya “tuduhan” manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan “aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
  1. Upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka….)
  2. Upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat (”mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku”…)
  3. Tabur berbagai-bagai bunga atas kubur (”aku sayangkan mak/abah”walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )
  4. Cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan “sempena kematian ibu/bapaku tersayang… .”) dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab surah Yaasin
  5. Buat kenduri panggil “orang masjid” bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun “doa orang masjid ni lebih berkat”….)
  6. Buat pelbagai kenduri “hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47…..” kematian ibubapa
  7. Sedekah pisang (kenapa pisang?) kat masjid……
  8. Buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung “takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah”; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, “aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?”
Abah panggil semua ini sebagai “sindrom penebus rasa bersalah”- kerana ” dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!”…..
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini ;
TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah…. . memadai lah diselitkan satu ayat (DOA) yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - “Ya Allah, ampunkan dan kasihanilah ibu bapa ku sepertimana dia mengasihi ku semasa aku kecil“. Tak perlu belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.
Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat.
Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh.
Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat…… ..
Baca, fahamkan, ingat dan ambil iktibar dari hadith-hadith Rasulullah seperti dibawah ini;
Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya..” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan atau jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
“Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Wallahu’alam.
ceduk dari  : http://pakarhowto.com


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List