Showing posts with label Hal BN. Show all posts
Showing posts with label Hal BN. Show all posts

BN SENARAI PENDEK 2,181 CALON

on Sep 19, 2012





KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN.
Jumlah keseluruhan DUN ialah 576, tetapi hanya 505 dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi di Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri April tahun lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai nama calon UMNO dan BN sudah diteliti di peringkat tertinggi semua parti komponen, namun hanya Najib yang memberi kata putus dan bukan kepimpinan parti yang membuat keputusan.

Terpulang kepada PM Beliau berkata terpulang kepada Perdana Menteri memutuskan calon terbaik mengikut pertimbangan dan kriteria tertentu.

Dari segi calon, UMNO dan BN meminta akar umbi mencalonkan tiga nama bagi setiap DUN dan Parlimen. Ini sudah dijalankan dan siap diteliti dengan memanggil semua pengerusi badan perhubungan UMNO dan presiden komponen BN.

Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan, kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon... itu kita serah kepada Perdana Menteri. Watikah akan dikeluarkan apabila sampai masanya, katanya kepada BH semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, apa yang ada sekarang adalah watikah kosong yang tidak mempunyai nama.

Mahu calon bersih

Nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan. Pelantikan dibuat berdasarkan beberapa faktor, kalau calon dilihat mempunyai masalah, nama itu akan ditolak. Dalam keadaan sekarang kita mahu calon bersih dan kelihatan bersih, katanya.

Mengenai pembahagian kerusi antara komponen BN, Ahmad Zahid berkata kemungkinan akan berlaku penyelarasan dan ia akan dibincang-kan antara Perdana Menteri dan presiden parti komponen.

Beliau turut yakin sumbangan parti komponen BN dapat membantu meraih kejayaan besar pada pilihan raya kali ini.

Komponen parti menyumbang mengikut cara mereka dengan mengadakan bilik gerakan dan menggiatkan jentera parti pada peringkat akar umbi, katanya.




Photobucket

Sabotaj dalaman terus hantui Umno

on Jun 12, 2012


12 JUN 2012  -


"Cah keting" menjadi istilah popular dalam kalangan Umno pada masa ini, ketika Pilihan Raya Umum ke-13 sedang dinanti-nanti.

Isu cah keting atau sabotaj menjadi salah satu isu utama yang disuarakan pemimpin-pemimpin parti, yang semakin kerap memberi amaran kepada ahli supaya tidak melakukan sabotajsejak kebelakangan ini.

Terbaharu, dalam Mingguan Malaysia semalam, pengerusi lembaga disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menggesa supaya amalan cah keting dihentikan dalam usaha menawan kembali negeri Kelantan dari PAS.

Walaupun isu cah keting dan istilah itu sendiri paling utama dikaitkan dengan Umno Kelantan, kebimbangan ini kini dirasai di seluruh negara, termasuk negeri kritikal seperti Selangor yang mempunyai ramai "warlord" dan bekas pemimpin yang kini kecewa seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketika isu cah keting hangat diperkatakan, tercetus pula isu penggantungan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel), yang jelas kelihatan seperti satu tindakan politik dendam oleh pemimpin parti pemerintah.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin muncul menjuarai tindakan yang akhirnya memalukan Umno itu, malah sehingga kini terus mempertahakan tindakan itu.

Episod ini telah mendedahkan ketidakmatangan politik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang yang menaburkan janji populis memberi pendidikan percuma, malah turut mencadangkan hutang PTPTN tidak dibayar balik.

Tetapi, pihak yang mempunyai kuasa dalam ini ialah pemerintah, dan akhirnya telah menunjukkan kuasanya dengan cara yang terburu-buru, tidak matang dan memalukan, yang didedahkan melalui tindakan membekukan pinjaman itu dan kenyataan mempertahankan tindakan itu yang bersifat kebudak-budakan.

Tindakan mengembalikan semula pinjaman selepas dikecam hebat menambahkan lagi kesan negatif kepada Umno dan Barisan Nasional, kerana menunjukkan bahawa tindakan menghentikan pinjaman itu tidak dapat dijustifikasi sewajarnya.

Tindakan menahan pinjaman itu mewakili elemen berhaluan kanan yang lebih ekstrem dalam Umno, yang menyaingi usaha pemimpin utama parti, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengemukakan pendekatan lebih liberal dan bergerak ke tengah dalam usaha menarik pengundi pertengahan

Elemen ini,yang bergerak dengan gaya politik lama yang tidak memisahkan pentadbiran dengan politik kepartian dan berkecenderungan kuat untuk menghukum mereka yang tidak menunjukkan sokongan masih berleluasa dalam Umno.

Perkembangan ini menunjukkan satu masalah Umno menangani elemen berhaluan kanan dalam parti yang berpotensi bertindak sebagai satu bentuk sabotaj kepada usaha menunjukkan wajah dan pendekatan politik yang lebih matang, dalam keadaan parti pemerintah diperhatikan setiap tindakannya oleh rakyat dan parti lawan.






Photobucket

PRU-13:- BN Sedia 'Bertempur' Di Alam Siber

on Apr 9, 2012



 Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) di alam siber kini bersiap sedia berdepan taktik pembangkang yang dijangka menjadikan media baru sebagai medium melemparkan tohmahan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, BN tidak mahu terikut-ikut dengan strategi pembangkang menabur fitnah sebaliknya memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu semasa dengan menggunakan kebenaran fakta.

''Pembangkang sudah tidak ada cara lain, mereka sedang tercari-cari isu dan bila tiada, mereka akan memburuk-burukkan pemimpin kerajaan dalam ceramah dan alam siber dengan harapan pemimpin berkenaan tidak akan turun padang.

''Sebab itu, jentera kita melalui media-media baru perlu bersiap sedia menangkis segala tohmahan dan fitnah dengan memberi penjelasan dan maklumat serta fakta kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas program anak angkat Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampung Sungai Dulang, di sini hari ini.

-Utusan




Photobucket

Bila Bom Akan Di Gugurkan...?

on Jan 17, 2012




A former federal minister from Umno claimed today that cash was handed out in previous election campaigns in attempts to buy votes, a tactic known as “bomb”.
Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir said in a forum today that he had experienced himself how cash handouts ranging from RM200 to RM1,000 was used in Barisan Nasional’s election campaigns to gain voter support.
“I have been the head of delegation of many campaigns and I have been given lump sums of money to distribute,” said the former Information Minister at the Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 here. “It was a blatant use of money to buy votes.”
Abdul Kadir (picture), who was also formerly the Minister of Culture, Arts and Tourism, said that the word used for the strategy was called “bomb”.
He added though that he personally didn’t use the money.
James Chin, who heads the School of Social Sciences at Monash University at Sunway, and who spoke at the forum after Abdul Kadir said that “bombing” was a very effective tool in Sabah and Sarawak.
During his presentation, Abdul Kadir said that while he still held positions in Umno, he wanted to remind them of the “Merdeka trust” — which meant giving the people the right to truly free and fair elections.
He also urged Umno not to fear losing if it was sincere in its intentions.
“If you lose accept it; people change governments all the time in US and Australia,” he said. “I am an Umno man, I don’t mind if I lose. If you are there just to make millions for yourself and your cronies or if I have made my billions and am afraid I will be arrested after I lose power, then I will do all these tricks.”
“If you are sincere, you have nothing to fear,” he added.
He said that to have free and fair elections, there must be equal access to the media and GLCs and government departments must be neutral.
“You must give them (the opposition) the freedom to have TV, radio and newspapers,” he said. “For 50 years, PAS has been asking for a newspaper licence but none given — the government is a big bully.”
He also said that during elections, Barisan Nasional should not be making use of the Ministry of Information, Felda, Felcra, the Special Branch and other federal agencies to support their campaign.
Abdul Kadir is also the deputy president of non-partisan pro-unity NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) and executive chairman of the Sazean group.



Photobucket

Adun BN Menipu Najib

on Feb 8, 2011

NONEBeberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.


Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.

NONE 
Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

NONEDaud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List