Showing posts with label Hal Blogger. Show all posts
Showing posts with label Hal Blogger. Show all posts

Bloger Milo Suam ditahan polis

on May 2, 2013





Bloger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.

Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.

"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



Photobucket

Blogger Popular UMNO Dari Utara Bakal Sertai PKR?

on Nov 12, 2012






Perbualan di kedai nasi kandar dari salah satu negeri utara tanah air oleh rakan-rakan dan pejuang-pejuang siber UMNO agak menarik perhatian saya. Saya tertanya-tanya juga siapa blogger tersebut, kerana setakat ini kita tidak dengar ada blogger dari utara disaman oleh pembangkang.

Mungkin rakan-rakan blogger dari utara cuba sembunyikan cerita ini daripada diketahui oleh rakan-rakan blogger lain. 

Tapi yang pasti jika berita ini benar, maka nasihat saya kepada rakan-rakan blogger berhati-hati dalam penulisan, kerana jika anda berhadapan tindakan undang-undang. Pemimpin UMNO melayan anda bagaikan orang asing.

Perbualan antara si A dan si B keduanya sahabat pejuang siber saya dari utara tanah air :
"Hang ada dengar tak blogger top dari utara nak masuk PKR?" 
"Takdak dengar pulak, betoi ka hang cakap ni, siapa dia..?" 
"Itulah hang, selalu dok lepak padang kota jaa, sekali-sekala lepak lepak Komtar baru hang dapat tahu isu terkini...!" 
"Hang ini loqlak betoi, aku lepak Padang Kota sebab aku meniaga rojak kat sana, kalau meniaga dekat Komtar boleh la lepak Komtar...weih awat blogger tu nak masuk PKR, nak khianat parti..?" 
"Puii..hang jangan dok tuduh dia macam tu, aku kenai dia macam mana...cuba hang pikiq kalau hang kat tempat dia, apa hang rasa bila berjuang untuk UMNO habis-habisan tapi bila ada masalah pemimpin UMNO buat tak pedulik jer..." 
"Mana hang dapat tahu cerita ni...?" 
"Ehh...cerita ini kecoh dah kat sini, pembesaq UMNO pun ada call blogger tu tanya, tapi blogger tu kata itu semua khabar angin.." 
"Apa masalah yang hang rasa dia sanggup buat keputusan lagu tu...?" 
"Aku rasa dia frust, frust dengan pemimpin kita ni, time nak guna kita jer dia panggil suruh dedah video, dokumen yang sulit-sulit, bila ada yang kenakan tindakan undang-undang kat kita, sekoq pemimpin UMNO pun taknak bantu, dajei betoi..!" 
"Maksud hang...dia kena saman ka, sapa saman dia...?" 
"Dia kena saman dengan orang pembangkang la , aaah.. kes kecik jaa, kalau pasang lawyer boleh menang, hang tengok kawan kita dah menang lawan Husam Musa, orang pembangkang ni saman sebab nak tutup mulut kita je, bukan sebab depa betoi..." 
"Dah tu pasang lawyer lah lawan kat mahkamah, kalau aku, aku lawan kat mahkamah..!" 
"Tadi hang kata aku loqlak, hang ingat pasang lawyer kos dia 2-3 kupang kaa..kos dia besaq hang tau cecah puluh-puluh ribu..!" 
"Ek eleh...setakat pulu-puluh ribu tu mintak je UMNO bantu, takkan la UMNO takdak duit!" 
"Dia dah mintak UMNO negeri bantu, Pembesaq UMNO Negeri pun dia dah pi jumpa, tapi hang tau apa depa kata kat blogger ni...?" 
"Haa.. apa dia...?" 
"Depa kata UMNO tadak duit nak pasang lawyer untuk dia..." 
"Kahkahkahkahkah...." 
"Hang dengar pun gelak kan, peliaq punya pemimpin, nak bantu blogger yang berjuang untuk parti pun payah, angau bini baru kaa apa...?" 
"Haaa... itu yang buat blogger tu frust, dia kata dok dalam UMNO lama-lama buat apa, baik dia terima tawaran PKR, silap hari bulan dia boleh jadi ADUN..." 
"Kalau betoi dia masuk, aku rasa pembesaq UMNO negeri yang kata UMNO takleh bantu sebab takdak duit boleh gali kuboq sendiri la nooo..."

YY : Masih mencari identiti blogger terbabit untuk beri sokongan moral, kerna itu saja yang mampu saya berikan...




Photobucket

Polis sahkan tiada laporan Mahasiswa dakwa diliwat Anwar...

on Jul 17, 2012


Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh PapaGomo semalam.. 

Jadi terbukti ianya hanya satu helah PapaGomo untuk mengejar hits demi mengembalikan populariti Blog miliknya di arena Blogsphere ini..


Liwat: Tiada laporan libatkan Anwar

SHAH ALAM - Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam. 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog itu menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog itu menambah bahawa dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya. 


 Sinar Harian


Photobucket

Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis

on Jul 15, 2012




 Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di Johor Bahru.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

- Bernama

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List