Showing posts with label Hal Dalam Negara Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hal Dalam Negara Malaysia. Show all posts

MULUT LASER DAN MULUT CELUPAR...

on Mar 21, 2014





Kalau ya pun megah dengan memiliki mulut laser tapi ada batasannya ... mempersendakan kehilangan pesawat MH370 sudah kira amat lebih.

Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.



Photobucket

RUMAH KU SYURGA KU....RUMAH SEMENTARA.

on Aug 26, 2011



MEREMPAT...golongan gelandangan di kawasan lapang di Jalan Pudu.

KUALA LUMPUR: “Sewa bilik atau rumah di sini mahal, gaji saya pula cukup makan dan selebihnya digunakan mengisi minyak motosikal untuk ke tempat kerja.
“Jadi, saya tiada pilihan dan tinggal di sini sementara waktu sehingga mendapat pekerjaan dengan gaji lebih besar,” kata pemuda mahu dikenali sebagai Ahmad, 21, yang hidup gelandangan di kawasan lapang berhampiran Jalan Pudu, di sini.


Ahmad berkata, dia mula menjadikan kawasan luas itu sebagai ‘rumah’ sejak Mac lalu apabila berpindah ke ibu kota mencari pekerjaan.
Berasal daripada sebuah daerah di Perak, Ahmad berkata, setiap hari dia akan bangun seawal jam 5 pagi dan menumpang mandi di tandas awam berhampiran, pergi ke tempat kerja seperti biasa dan pulang semula untuk tidur kira-kira jam 12 tengah malam.

“Ramai yang menumpang tidur di sini. Bukan saja warga asing, ada juga warga tempatan yang tiada tempat tinggal di ibu kota. Kebanyakan seperti kami ada pekerjaan, cuma tidak mampu menyewa bilik.

“Berasal daripada luar ibu kota dan datang ke sini untuk mencari rezeki, tetapi kami tidak berkemampuan untuk hidup selesa berikutan gaji kecil dan kos sara hidup tinggi. 

“Bagaimanapun, kawasan ini persinggahan sementara sebelum mendapat tempat sesuai,” katanya ketika ditemui Metroplus, baru-baru ini.

Tinjauan Metroplus mendapati, tidak kurang 10 gelandangan menjadikan kawasan itu seperti rumah mereka. Biarpun tidak berbumbung atau beratap, mereka selesa tidur di situ dengan beralaskan bantal dan tilam.
Pada waktu siang, mereka menyimpan kelengkapan tidur, beg pakaian dan menyidai baju di atas pokok berhampiran dan belakang papan tanda di situ.

Menurut pekerja restoran makanan segera berhampiran, Murni, 40, ada segelintir mereka cuba menumpang tidur di premis kedai sekitar kawasan itu, tetapi dihalau pemilik kerana mengganggu operasi perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata kesedaran masyarakat perlu dipertingkatkan.

“Isu pengemis atau kutu rayau adalah kompleks kerana mereka mempunyai pelbagai kategori terdiri daripada pengemis tempatan dan warga asing serta tergolong sebagai warga emas, kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU). JKM menyelamatkan pengemis atau kutu rayau mengikut peruntukan seksyen 3(2) Akta Orang-Orang Papa (AOP) 1977,” katanya.



Photobucket

Fomca pertahankan peraturan baru jual kereta

on Jun 9, 2011



NONE
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mempertahankan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan semua kenderaan terpakai melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum boleh dipindah milik berkuatkuasa 15 Jun ini.

Naib presidennya K Koris Atan berkata pindaan itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan menjamin hak mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan keselamatan apabila membeli kereta terpakai.

Pengedar kereta terpakai yang membantah pindaan itu, kata Koris mungkin mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjual kereta bermasalah dengan percubaan untuk menangguhkan penguat-kuasaan undang-undang itu.

Peguam syarie bidas Kelab Isteri Taat

on



musa awang syarie lawyers association pgsm
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengecam kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang menyarankan golongan isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'. 

Timbalan presidennya, Musa Awang menyifatkan kenyataan Dr Rohana itu sebagai satu kenyataan yang "biadap dan celupar" kerana meletakkan diri seorang isteri serendah seorang pelacur. 

"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah. 

"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List