Showing posts with label Hal Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Hal Kesihatan. Show all posts

Tanda Awal Penyakit Kronik

on Dec 14, 2011


HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu kesihatan.

Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.

Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.

Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.

"Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.

"Selalunya, sama ada seseorang itu mempunyai sindrom metabolik atau tidak, beberapa persoalan perlu ditanya kepada diri sendiri," katanya ketika ditemui sempena Minggu Kesihatan, di hospital berkenaan baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.

Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah peningkatan umur, berat badan berlebihan, sejarah keluarga, perokok, pemakanan yang tidak sihat serta cara hidup yang tidak sihat.

Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, menurut Dr. Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.

"Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan.

"Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini," tambahnya lagi.

Justeru, katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka


Photobucket

Rehatkan Minda Sebentar

on Sep 16, 2011



Bermacam-macam usaha dilakukan untuk mendapatkan cahaya mata bagi mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Umpamanya mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar, makan ubat-ubatan dan sebagainya untuk meningkatkan kesuburan. Berdasarkan informasi, ternyata faktor makanan juga merupakan alternatif untuk mempertingkat kesuburan sistem reproduksi manusia.

Bahan-bahan makanan, seperti sejumlah sayuran dan buah-buahan dapat meningkatkan kesuburan dan sering kita temui. Berikut adalah jenis pemakanan yang dapat membantu meningkatkan kesuburan yang mudah diperoleh;

Pegagan @ Pegaga
Pegagan merupakan tanaman menjalar yang sering dimakan sebagai ulaman segar. Dalam pegaga terkandung asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahminoside, brahmic acid, madasiatic acid, meso-inositol, centellose, carotenoids, garam-garam mineral seperti garam kalium, natrium,magnesium, kalsium, besi, vellarine, dan zat samak atau tanin.

Madecocassosida dapat memacu produksi kolagen. Kolagen berperanan besar dalam regenerasi sel kulit termasuk sel telur (ovum) pada wanita dan sel sperma pada lelaki. Pegaga mengandung karoten yang berperan sebagai antioksidan. Karoten menjaga kualiti sperma dan sel telur. Caranya dengan melindungi dinding sperma dan sel telur dari kerosakan akibat radikal bebas. Mineral-mineral seperti kalium, natrium, kalsium, besi dan fosfor dalam pegaga juga penting bagi keshatan tubuh.

Wortel @ Lobak Merah
Wortel atau lobak merah mengandung air, protein, karbohidrat, lemak, serat, abu, nutrisi anti kanker, gula alamiah (fruktosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, dan maltosa), pektin, glutanion, mineral (kalsium, fosfor, besi, kalium, natrium, amgnesium, kromium), vitamin (beta karoten, B1, dan C) serta asparagine.

Beta Karoten merupakan anti oksidan yang menjaga kesihatan dan menghambat proses penuaan. Beta Karoten dapat mencegah dan mengawal pertumbuhan sel kanser serta melindungi asid lemak dari proses oksidasi.
Daun wortel mengandung porphyrins. Zat ini dapat merangsang kelenjar pituary dan meningkatkan hormon seks.

Jambu Batu Merah
Hampir semua buah berwarna cerah kaya likopen. Seperti halnya tomato, isi buah jambu batu merah juga kaya akan likopen. Likopen dalam jambu batu merah bersifat antioksidan dan menyuburkan sistem reproduksi lelaki. Oleh, makan jus jambu batu merah secara rutin juga dapat meningkatkan kesuburan kaum lelaki.

Kemangi
Kemangi juga dikenal sebagai sayuran yang dapat dimakan segar sebagai ulaman. Tanaman beraroma wangi ini mengandungi arginine yang memperkuat daya tahan hidup sperma, mencegah kemandulan, dan menurunkan gula dalam darah. Daya tahan hidup sperma penting untuk membantu proses pembuahan sel telur. Sedangkan kandungan boron berperanan merangsang hormon androgen dan estrogen serta mencegah pereputan tulang. Kedua hormon ini besar perannya dalam sistem reproduksi wanita.

Saderi @ Seledri @ Daun Sup
Sayuran ini berfungsi memacu enzim pencernaan, menurunkan tekanan darah, menghentikan pendarahan, pelawas kencing, haid, buang angin, dan membersihkan darah.
Perananya dalam sistem reproduksi kerana saderi mampu memperbaiki fungsi hormon yang terganggu, seperti nyeri haid, haid tidak teratur, ataupun haid terlalu banyak.
Daun seledri kaya zat minyak atsiri, kalsium, besi dan magnesium. Daun ini juga kaya vitamin A, vitamin B, dan vitamin C.
Setiap 100 gram daun saderi segar terkandung 130IU vitamin A dan 15 mg vitamin C. Vitamin A dan vitamin C diakui sebagai antioksidan cukup kuat. Serangan radikal bebas terhadap dinding sperma dan sel telur dapat dihambat oleh kedua vitamin ini.

Cekur Manis @ Daun Katuk
Daun cekur manis juga kaya senyawa yang dapat meningkatkan mutu dan jumlah sperma, termasuk membangkitkan tenaga seksual. Daun cekur manis ini dipenuhi zat fitokimia berkhasiat ubat. 

Sayur cekur manis akan merangsang pembentukan hormon keperkasaan, yang akan meningkatkan vitaliti atau tenaga seksual lelaki. Bahkan, produksi sperma meningkat pesat seiring dengan peningkatan kualitinya. Daun cekur manis dipuji mampu mengembalikan tenaga dan kesuburan lelaki lemah tenaga batin.

Tembikai
Bersama vitamin C dan betakaroten dalam buah tembikai, likopen dapat melawan berbagai jenis kanser. Dalam sebuah riset dilaporkan bahwa konsumsi likopen yang cukup pada lelaki dapat membantu menurunkan risiko kanser prostat, mengakibatkan masalah dengan sperma, iaitu jumlah sperma terbatas, struktur sperma tidak normal, dan pergerakannya lembam.

Buah tembikai juga memiliki zat pembangkit ghairah, iaitu sitrulin. Tugas zat ini diketahui setara dengan viagra. Sebatian kelompok asid amino ini dapat memicu produksi nitrit oksida, yang berperanan dalam peningkatan kemampuan seksual lelaki. 



Photobucket

Kolesterol tidak mengira saiz badan !!!

on Jul 24, 2011







APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini.
Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang.
Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.
''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya.
Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.
''Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,'' katanya.
Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.
Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini.
Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.
"Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.
Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).
Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL).
"Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),'' katanya.
Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.
Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).
Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.
''Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,'' katanya.
Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu.
''Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,'' katanya.
Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.
Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebus dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat.
Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak


JANTUNG :- Baca dan terus sebarkan...

on Apr 15, 2011

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. 


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. 

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

*** Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!! ***


Heart Attack info on New Aspirin !!

on Mar 21, 2011


Monday, 21 March, 2011- Heart Attack info on New AspirinThis is good info. did not know that you should  not lie downwhile waiting for the EMT


 Heart attack info NEW ASPIRIN/ Serious stuff, no joke!! Just a reminder to all: purchase a box, keep one in your car, pocketbook, wallet, bedside, etc. IMPORTANT READ......

 Something that we can do to help ourselves. Nice to know. Bayer is making crystal aspirin to dissolve under the tongue. They work much faster than the tablets.  Why keep aspirin by your bedside? About Heart Attacks.

 
There are other symptoms of an heart attack besides the pain on the left arm.
One must also be aware ofan 
 spintense pain on the chin , as well as  and lots of sweating 
 however these symptoms may also occur less frequently.
 Note: There may be NO pain in the chest during a heart attack 
 The majority of people (about 60%) who had a heart attack during their sleep, did not wake up.
 However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep. If that happens,immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water Afterwards

 CALL 999

-say"heart attack!"

-say that you have taken 2 aspirins..

 -phone a neighbor or a family member who lives very close by -take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and...  DO NOT lie down



A Cardiologist has stated that, if each person, after receiving this e-mail, sends it to 10 people, probably one life can be saved!

I have already shared the information- - What about you?
   Do forward this message; it may save lives!


Tahukah anda! Tembikai Merupakan Viagra Semulajadi

on Mar 19, 2011





Berita baik kepada penggemar kekerasan. Artikel ini ditujukan kepada lelaki yang rasa ianya kurang keras, dan juga kepada wanita yang suka benda yang keras. Walaupun, permulaan entri ini nampak macam lucah, tapi ketahuilah wahai lelaki - Sesungguhnya wanita tidak menceritakan bahawa dia suka kepada benda keras yang ada pada anda. Cuma dia merahsiakannya.
Viagra Semulajadi
Belahan tembikai yang merah menyala, buka hanya meransang selera tetapi turutmeransang ghairah suami isteri. Para akademik di Texas, Amerika Syarikat, menemui kandungan citrulline, sejenis zat yang melancarkan pengaliran darah di dalam tubuh yang memberi efek persis viagra. Citrulline berkuasa mengatasi disfungsi ereksi den meransang produksi senyawa kimia yang membantu merehatkan pembuluh darah. Zat ini juga baik untuk kesihatan jantung dan enzim tubuh.
Selain itu, citrulline juga mampu meransang arginine di dalam tubuh. Ransangan arginineberupaya memicu pengeluaran nitrat oksida yang membuat pembuluh darah menjadi relaks seperti efek viagra serta mengatasi dan mencegah disfungsi ereksi. ~ TanyaLelaki ~

Apakah tindakan anda sekarang?

a. Bergegas ke gerai buah sekarang
b. Ambil makan tembikai di dapur sekarang
c. Memaksa suami anda makan tembikai sekarang
d. Dapat maklumat lambat. Buat dek je la.

Awas,Sedut Lemak Boleh Sebabkan Kanser....

on Feb 12, 2011



gambar sekadar hiasan



Kaedah menyedut lemak dari mana-mana bahagian tubuh sebelum dipindahkan ke payudara dianggap berbahaya kerana ia mendatangkan risiko kanser dan kesan negatifnya lebih tinggi berbanding kaedah pembedahan implan.

Pakar Bedah Plastik dan Rekonduktif, Hospital Ampang Puteri, Datuk Dr Abdul Jalil Jidon berkata, pembedahan membabitkan payudara memerlukan pemeriksaan teliti dan perlu dilakukan pakar.

“Pembedahan yang tidak dilakukan mengikut prosedur betul boleh menyebabkan kesan buruk sehingga mengancam nyawa pesakit.

“Biasanya wanita yang ghairah ingin membesarkan payudara enggan menjalani sesi rundingan dan nasihat dengan pakar kerana menganggap ia memakan masa serta proses rawatan yang lambat,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kaedah pemindahan lemak bagi membesarkan payudara sudah lama wujud, namun tidak ramai doktor pakar mahu melakukannya kerana ia memerlukan pemeriksaan teliti.

“Memang ada kaedah menyedut mana-mana lemak pada bahagian badan untuk disuntik pada payudara supaya lebih besar, anjal dan menarik.

“Bagaimanapun, kaedah ini tidak digalakkan dalam rawatan pembedahan plastik kerana ia lebih mendatangkan risiko kanser dan kesan negatif yang lebih tinggi daripada kaedah pembedahan implan,” katanya.

Selain itu, katanya, kaedah pemindahan lemak boleh menyebabkan kerosakan pada tisu payudara akibat disuntik dengan lemak, sekali gus mengundang kesan sampingan.

“Lemak yang disuntik ke dalam payudara itu akan menjadi tepu dan gagal dikesan melalui kaedah imbasan sinar-X setahun selepas pesakit menjalani rawatan berkenaan.

“Lebih teruk lagi, doktor juga tidak dapat mengenal pasti punca sebenar sekiranya wujud benjolan dan sakit yang teruk pada bahagian itu,” katanya.


Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat

on Jan 27, 2011


Kacang Soya Mampu Melawan Kanser Payudara & Prostat



Para saintis percaya kacang soya dapat meningkatkan pertempuran melawan prostat dan kanser payudara.  Penyelidik dari Universiti di Buffalo, New York telah melakukan kajian ke atas 1,300 orang wanita dan menunjukkan isoflavon dari kacang soya dapat mengurangkan risiko terkena kanser payudara.
Penyelidik, Anne Weaver menemui hasil kajiannya,  mereka yang diberi rawatan dengan  isoflavon  mempunyai 30 peratus pada risiko yang lebih rendah daripada tumor payudara invasif dan 60 peratus risiko yang lebih rendah dari tumor peringkat rendah. 
Ms Weaver dan pasukannya menilai 683 wanita dengan kanser payudara dan membandingkannya dengan 611 wanita sihat.  Dia berkata: 'Seperti kajian diet  yang lainya, penemuan-penemuan tersebut tidak definitif dan perlu dipertimbangkan dalam konteks tindakan lanjut dan pengesahan seterusnya. 

Dalam satu  kaji selidik yang lain oleh sekumpulan pakar dari Northwestern University, Chicago, mendapati bahawa dengan satu pil sehari yang mengandungi  genistein, sejenis bahan kimia isoflavon yang terdapat  pada kacang soya, dapat  melambatkan atau menghentikan penyebaran kanser prostat.

Walaupun kajian yang dilakukan hanya ke atas sekumpulan kecil serama 38 orang lelaki, sanitis mendapati hasil daripada kajian tersebut adalah yang pertama kaedah rawatan tanpa menggunakan dadah untuk menghalang gerakan sel kanser dalam badan. Professor Raymond Bergan berkata, " Langkah pertama ialah untuk melihat sama ada ubat ini berkesan mengawal kanser daripada merebak dalam badan dan jawapannya adalah ya. Ia berkesan. 



[dailymail.co.uk]

Saring kesihatan anda........???

on Jan 8, 2011

Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian saringan atau pemeriksaan kesihatan? Mungkin ada di antara kita yang hanya menjalani pemeriksaan kesihatan ketika diterima bekerja, tidak kurang beranggapan ia tidak penting kerana berasakan mereka cukup sihat.

Ada juga yang takut hendak menjalani pemeriksaan kesihatan, bimbang jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawatan sewajarnya dengan segera. Kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal.

Mungkin ada yang bertanya, apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

Pemeriksaan kesihatan adalah kaedah untuk mengesan penyakit sebelum gejala penyakit muncul dan mengenalpasti punca sekiranya ada sebarang tanda tidak normal. Ini kerana ada banyak penyakit terutama penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kanser yang bersarang dalam diam; gejala hanya muncul apabila penyakit sudah teruk.

Penyakit jantung, strok dan kanser adalah faktor utama kemasukan ke hospital dan kematian. Kegemukan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko utama untuk penyakit jantung dan strok. Mengawal keadaan tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan kadar kejadian serangan jantung dan strok.

Keperluan ujian saringan kesihatan bergantung kepada umur, jantina, sejarah kesihatan keluarga dan sama ada anda mempunyai faktor risiko terhadap penyakit tertentu. Contohnya individu gemuk atau terlalu gemuk (obes) berisiko tinggi mendapat kencing manis.

Malah orang yang mempunyai salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya menghidap kencing manis juga berisiko tinggi mendapat penyakit yang sama.
Penyakit gaya hidup seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi adalah antara penyakit kronik yang tidak menunjukkan gejala awal sehinggalah ia sampai ke tahap serius.

Banyak masalah kesihatan dan penyakit kronik yang boleh menyebabkan kematian awal sebenarnya boleh dicegah. Melalui pemeriksaan kesihatan berkala, kita bukan saja mengetahui status kesihatan diri sendiri malah meningkatkan kesedaran terhadap penyakit, faktor risiko, jenis rawatan dan bentuk sokongan yang ada jika disahkan menghidap penyakit tertentu.

Ujian yang boleh dilakukan:

Ujian darah - Paling penting dalam saringan atau pemeriksaan kesihatan. Ujian darah bukan saja penting untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang tetapi juga dijadikan asas bagi memantau keberkesanan rawatan yang diterima seseorang pesakit.

Gejala penyakit biasanya tidak disedari pada peringkat awal tetapi ketidaknormalan ini boleh dikesan pada darah. Apabila penyakit semakin berkembang, ketidaknormalan pada darah juga bertambah banyak. Jika penyakit dirawat, kesan perubahan pertama (pada status kesihatan) akan dilihat pada darah.
Ujian darah juga adalah cara paling lazim digunakan doktor apabila pesakit mengadu kurang sihat. Walaupun mereka boleh mengagak masalah kesihatan yang dihadapi, tetapi dengan ujian darah pengesahan jenis penyakit adalah lebih tepat.

Bagi individu sihat, ujian darah juga boleh mengesan sebarang ketidaknormalan yang tidak disedari dan memberikan pelbagai maklumat penting untuk diagnosis, rawatan dan kaedah pencegahan bagi satu-satu penyakit.

Ujian darah mengesan paras komponen penting dalam darah; adakah ia dalam julat yang normal. Ini termasuklah jumlah kiraan darah untuk jenis sel dalam darah (sel darah merah, sel darah putih dan platelet). Sel ini kemudiannya dianalisis untuk melihat sama ada ia menunjukkan ketidaknormalan.

Antara penyakit yang boleh dikesan melalui ujian darah ialah kencing manis, jantung dan aterosklerosis, buah pinggang, hati, talasemia, anemia, hepatitis B, artritis, gout, masalah tiroid, jangkitan dan sesetengah jenis kanser seperti prostat, hati dan kolon.

l Ujian air kencing - Doktor biasanya mencadangkan ujian air kencing untuk memastikan buah pinggang pesakit berfungsi dengan baik atau apabila mereka mengesyaki pesakit itu mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan buah pinggang.

Buah pinggang berfungsi menapis kekotoran dalam darah supaya bahan penting seperti gula dan protein dapat dialirkan ke seluruh badan. Jadi apabila air kencing mengandungi gula, protein atau bahan-bahan lain, ia biasanya menandakan ada masalah pada buah pinggang.

Ujian air kencing digunakan untuk mengesan penyakit atau jangkitan pada saluran kencing, kencing manis, batu karang, tekanan darah tinggi, masalah hati dan buah pinggang.

Umur yang panjang tidak bermakna jika kita tidak sihat. Jangan perjudikan kesihatan anda dan segeralah jalani pemeriksaan kesihatan seperti yang disarankan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, seharusnya menjalani saringan pemeriksaan.

Oleh DR L.Y. KAM

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List