Showing posts with label Hal Libya. Show all posts
Showing posts with label Hal Libya. Show all posts

Anak Lelaki Gaddafi Di Laporkan Terbunuh....???

on Mar 22, 2011

Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.

Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.

Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.

Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP.

Bangunan itu, terletak hanya 50 meter dari khemah di mana Gaddafi sering menerima tetamunya, ranap sama sekali dalam bedilan itu, kata jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim kepada wartawan yang dibawa ke lokasi kejadian dengan bas.

“Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menyebabkan kematian beratus-ratus orang awam yang berkumpul di kediaman Gaddafi kira-kira 400 meter dari bangunan yang dibedil,’’ kata Ibrahim.

Beliau mengutuk ‘percanggahan dalam retorik Barat’ dengan berkata, negara Barat mendakwa mahu melindungi penduduk awam tetapi mereka melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman dengan menyedari orang awam berada di dalamnya.

Berpuluh-puluh penyokong Gaddafi berkejar ke kompleks Bab al-Aziziah di selatan Tripoli itu selepas tersebar khabar angin sebuah pesawat tentera bersekutu telah ditembak jatuh, tetapi mereka tidak menemui bangkai sebarang pesawat.

Kepulan asap menjulang dari pekarangan kediaman itu sementara meriam antipesawat melepaskan tembakan ke udara.

Tripoli digegarkan oleh beberapa letupan kuat lewat semalam, termasuk satu yang kedengaran dari kawasan sekitar kediaman Gaddafi.  


AGENSI

Amerika bunuh 48 rakyat Libya

on Mar 20, 2011




Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini. 


Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh. 



Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia). 



Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn. 



Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain. 



Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali. 



Ulasan :-  Kita kecam Gadaffi yang membunuh rakyat Libya kerana bangun menentangnya tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak setuju Amerika serang Libya seperti mana yang pernah berlaku di Iraq. 



Amerika memang cukup licik memainkan peranannya hingga hampir semua negara di dunia masih dalam cengkaman Amerika walaupun sudah merdeka termasuk Malaysia. 



Itulah kuasa besar Amerika di dunia yang hingga kini tidak ada negara yang mampu menggugatnya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List