Ahmad Lutfi turut menekankan kepentingan kebebasan media dalam sebuah negara demokratik, apatah lagi semasa kempen pilihan raya umum. Katanya, peruntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 tidak membawa makna apa-apa jika pelbagai akta dan peraturan yang mengongkong kebebasan bersuara masih berjalan di Malaysia.
Showing posts with label Hal Media. Show all posts
Showing posts with label Hal Media. Show all posts
KEBEBASAN MEDIA :- Apa Malaysia Berada Di Belakang Myanmar Ker...?
Copy & Posted By mahi on Apr 6, 2012
Media baru gusarkan Umno-BN hadapi PRU13
Copy & Posted By mahi on Sep 2, 2011

Monopoli media perdana telah dipecahkan oleh media baru dibuktikan apabila jualan akhbar merosot dengan teruk dan pengunjung media baru semakin meningkat dengan mendadak kata Ketua Pe nerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor.
Menurutnya, media perdana ditentukan agendanya oleh penguasa atau pemerintah, berbeza media baru menjadi alternatif yang digerakkan oleh pejuang rakyat yang mahu kebebasan bersuara.
“Orang melihat televisyen bukan lagi bagi mendapatkan maklumat sebaliknya sekadar untuk hiburan sahaja.
“Mungkin maklumat dari televisyen relevan di pendalaman tetapi tidak lagi di bandar atau pinggir bandar,” katanya dan ini menyebabkan media baru menjadi sumber bagi mendapatkan maklumat terkini.
Kata Ustaz Riduan, Malaysia antara negara terpantas menggunakan media baru dan internet menurut satu kajian antarabangsa pada 2010 akibat daripada kongkongan atau sekatan kerajaan terhadap media konvensional.
Dakwanya, maklumat yang disalurkan oleh media baru begitu berkesan sehingga mampu menumbangkan pemerintahan rejim seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan mengurangkan majoriti pemerintah di beberapa negara lain seperti di Singapura.
Media alternatif ini begitu pantas sampai ke pintu rumah bagi menjawab isu, mengolah dan sebagainya, ujar beliau.
Katanya, media baru juga berjaya menarik pelbagai kelompok dan mereka mula mengeluarkan pelbagai suara hati berkenaan negara walaupun mereka ini bukanlah terlibat dengan politik.
Keadaan ini tambahnya, menyebabkan Umno-BN ter desak dan terpaksa mengubah cybertrooper dan menyediakan video klip bagi mengimbangi laporan yang ada.
“BN melalui blogger upahannya juga mula memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan dengan cara pecah dan perintah. “Media baru juga bolos kepada anak muda yang merupakan pengundi terbesar pada Pilihan Raya ke-13,” tegasnya.
Beliau mendakwa, media perdana juga telah hilang integriti dan prestasi yang baik apabila sentiasa menghidangkan maklumat yang dimanupulasi untuk kepen tingan Umno-BN.
Ruang demokrasi yang semakin disempitkan oleh pemerintah seperti tekanan hebat jaringan sivil dan kekangan bagi mengekalkan kuasa pemerintah menyebabkan rakyat mula beralih kepada media
Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO...
Copy & Posted By mahi on Aug 26, 2011
Baru-baru ini Berita Harian cuba mengapi-apikan isu agama yang kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang disekat dan dinafikan hak untuk menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Berita tersebut disertakan juga wawancara dengan Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. Mengikut Ahmad Zahid, "Perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam"
Tambahnya, "Larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri". Dengan perkiraan politik ala-UMNO, tambahnya sekali lagi, "Larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat".
Selepas berita tersebut disiarkan, seperti biasalah, isu ini berjaya dipolitikkan dan mengajak pihak-pihak berkepentingan untuk mengulas dan mengkritik dilema Islam di bawah pemerintahan DAP. Malangnya, rupa-rupanya "larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih". Lebih-lebih lagi, larangan tersebut sudah wujud di negeri Perlis yang di bawah pemerintahan UMNO.
Maka dengan jelas sekali, kegagalan Ahmad Zahid (gambar kiri) dalam memahami isu sebenar. Tanpa menyiasat dengan lebih mendalam dia melaungkan bahawa, "sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati" Kenyataan ini akhirnya bukan sahaja tidak releven bahkan mendedahkan hipokritnya kepada semua rakyat.
Cara yang sama digunakan MCA, Gerakan...
Beberapa hari selepas isu tersebut, timbul pula satu isu yang berkaitan dengan perayaan hari bulan ketujuh iaitu Bulan Hantu Lapar. Akhbar berbahasa Cina memaparkan kesukaran ahli jawatankuasa perayaan di beberapa kawasan di Pulau Pinang mendapat permit polis. Ini diikuti pula dengan orang-orang politik dari parti MCA, Gerakan dan DAP memulakan permainan politik. Cara dan modelnya adalah serupa.
Sebenarnya pencemaran bunyi yang berkaitan dengan adat dan agama amat ketara di Malaysia. Saya berpendapat bahawa semua pencemaran-pencemaran bunyi yang dapat dielakkan patut dikawal. Ini termasuk bunyi persembahan semasa perayaan Bulan Hantu Lapar, bunyi bacaan sutra yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran semasa upacara pengebumian kaum Cina, musik tarian singa dan naga semasa perayaan Tahun Baru Cina, permainan mercun api dan sebagainya.
Kita semua ingin hidup dengan aman dan damai. Bunyi yang terlalu kuat yang disebarkan terlalu awal atau larut malam akan mendera telinga kita. Disebabkan itu, perasaan kita mungkin terusik dan jikalau tidak dapat tidur atau kualiti tidur kita tidak baik, prestasi pelajaran atau kerja mungkin terjejas. Bayi-bayi yang kecil lebih terdedah lagi dengan ancaman bunyi kuat yang akan menakut-nakutkan mereka.
Berita Harian bukannya media yang selalu sengaja membangkit-bangkitkan isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan kaum. Utusan Malaysia sebenarnya lebih "pandai" dalam hal ini. Harap selepas isu tersebut Berita Harian tidak terikut-ikut dengan kewartawanan Utusan Malaysia.

Dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia
Saya memulakan tabiat membaca bahan bacaan Bahasa Melayu/ Malaysia semasa masih belajar di sekolah menengah. Saya melanggan Dewan Siswa semasa tingkatan dua dan mengikuti semua isu Dewan Masyarakat di perpustakaan semasa tingkatan empat untuk menyediakan diri dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SPM. Sebagai generasi Malaysia yang mengikuti pendidikan di bawah dasar kebangsaan, saya dan kebanyakan kawan saya dapat membaca surat khabar Bahasa Malaysia dengan tiada sebarang kesukaran.
Semasa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, saya sering membaca Utusan Malaysia. Secara kabur dalam ingatan pada masa itu masih menggunakan nama "Utusan Melayu". Utusan Malaysia pada suatu ketika adalah media yang masih dihormati ramai. Kualiti Utusan Melayu atauUtusan Malaysia mulai menyusut pada akhir tahun 1990-an. Utusan Melayu yang pada suatu waktu mempunyai pendirian tersendiri yang menyuarakan ketidakpuasan masyarakat Melayu sudah menjadi media UMNO.
Bermula dari saat gerakan reformasi, ianya hanya menjadi saluran penyampaian maklumat untuk parti pemerintah. Dan ianya dijalankan dengan berat sebelah tanpa mempertimbangkan rasional pembaca. Pada zaman teknologi ini, pembaca tidak menerima maklumat yang disalurkan oleh media arus perdana dengan membuta tuli. Pembaca-pembaca yang berpendidikan mampu menilai mesej yang ingin disampaikan dengan rujukan kepada media baru di Internet.
Entah bila nama Utusan Melayu sudah bertukar kepada Utusan Malaysia. Walaupun demikian, Utusan Malaysia ini bukan sahaja kurang Malaysia malah lebih Melayu daripadaUtusan Melayu yang wujud pada suatu ketika dahulu. Penukaran nama tidak diikuti dengan perubahan pemikiran yang lebih Malaysia.
Kualiti Utusan Malaysia merosot dengan lebih serius lagi selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah di beberapa buah negeri selepas pilihan raya pada tahun 2008. Pada hari ini,Utusan Malaysia sepatutnya ditukar nama menjadi Utusan UMNO. Segala berita yang disiarkan pada masa kini amat memihak kepada UMNO tanpa pertimbangan kerasionalannya.
Berita sensasi yang disukai olehUtusan Malaysia ialah isu-isu perkauman dan agama yang dianggap kegagalan yang disebabkan oleh persaingan UMNO dengan Pakatan Rakyat. Di sebaliknya, kegagalan yang disebabkan oleh UMNO dibiarkan atau hanya sengaja menutup sebelah mata. Kegagalan Utusan Malaysia dapat dibuktikan dengan kekecewaan yang ditunjukkan oleh (bekas) wartawannya sendiri Hata Wahari (gambar kanan, kanan).

Mimpi hari kemerdekaan saya...
Struktur media Malaysia yang dibelah bahagi mengikut pembaca kaum tertentu menjadi masalah. Akhbar Cina menyuarakan permintaan masyarakat Cina, Tamil Nesan untuk masyarakat India, manakala Berita Harian menyuarakan keperluan masyarakat Melayu (Utusan Malaysia sudah merosot menjadi wadah untuk UMNO). Selama ini, kita sering menggunakan nama agama dan kaum untuk menyekat sesama sendiri.
Memang tinggalan sejarah yang menyebabkan struktur media sedemikian wujud. Tetapi banyak perubahan telah berubah sejak merdeka dan selepas Mei 13. Sesuatu isu bukan hanya dapat difahami daripada perspektif satu-satu kaum sahaja. Misalannya isu berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya bukan hanya memanfaatkan elit-elit UMNO tetapi juga taukeh-taukeh Cina dan peniaga India yang rapat dengan UMNO. Isu DEB lebih kompleks daripada yang pernah kita fikirkan. Ia bukan hanya melibatkan kepentingan satu kaum.
Ramai daripada kita sudah bosan dan muak dengan Malaysia yang selalu diputarbelitkan oleh isu perkauman dalam media arus perdana. Kita memerlukan media yang menyuarakan kepentingan semua dan bukannya hanya memihak kepada satu kaum.
Harap pada suatu hari nanti media yang menampung suara semua rakyat dapat wujud. Perspektif berita adalah berdasarkan pertimbangan keadilan dan kesaksaman hak seseorang individu dan komuniti yang dinilai tanpa mengira kaum. Bagi isu nasional, kepentingan negara lebih diambil kira daripada hanya mementingkan hak sesuatu kaum.
Ini mimpi saya buat Hari Kemerdekaan.
*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

"Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari
Copy & Posted By mahi on Aug 25, 2011

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang. Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.
Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.
Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.
“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan. Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.
"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang. Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rais semalam yang mahukan semua blogger di Malaysia mencontohi tindakan editorial akhbar Indonesia, Kompas kononnya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Laporan berita Kompas yang disiarkan 4 Ogos lalu turut menyentuh isu pembelian cincin AS$24 juta yang didakwa dibeli Rosmah.
“Kalau kita lihat pada blogger- blogger lain kita menyiarkan perkara- perkara yang benar. Kebanyakan blogger- blogger lain membuat persoalan-persoalan benarkah perkara ini berlaku.
"Padahal soal cincin kalau kita tengok kepada blog itu, sebenarnya blogger itu hanya bertanya benarkah Rosmah membeli cincin AS$24 juta. Adakah betul ? Jadi masalahnya dengan blogger Umno mereka menulis tanpa fakta. Membuat tohmahan- tohmahan yang teruk, fitnah- fitnah yang tiada asas langsung,“ tegasnya.
Justeru Hatta menegaskan Dr Rais perlu berhati- hati dengan gesaannya mahukan blogger pro- Pakatan Rakyat membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno tetapi menutup mata kepada keterlanjuran blogger pro-Umno melempar tuduhan demi tuduhan kepada pemimpin Pakatan Rakyat.
“Blogger-blogger Umno ini 24 jam sentiasa melemparkan fitnah sebab memang mereka dibayar untuk melemparkan fitnah. Ini masalahnya dan fitnah- fitnah ini diasah oleh JASA sendiri, jabatan khas di bawah Kementerian Penerangan di bawah kementerian beliau.
"Jadi kalau Datuk Rais Yatim kata nak minta blogger mohon maaf, suruhlah blogger- blogger Umno ini mohon maaf dulu, sebab mereka inilah syaitan yang sepatutnya,” tegasnya.-Tsnews
Pas Plastik, Anwar The Renaissance Man
Copy & Posted By mahi on Aug 24, 2011
SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin. Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.
Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup ‘masak’ dengan cara ucapannya ditulis.
Difahamkan ramai penulis ucapannya, pada masa itu. Tapi yang pasti, beliau mahu ucapannya itu ditulis dalam bahasa yang tinggi, berjargon, berfalsafah – yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.
Semasa membela diri (yang tidak boleh disoal balas), Anwar membacakan keterangannya. Pernyataan itu bertaip setebal 32 muka surat dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.
Anwar menyelit kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah?
Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi, berbeza dengan bosnya masa itu, Dr. Mahathir yang hanya menggunakan bahasa paling sempoi, baik Melayu atau Inggeris.
Anwar mahu orang mengenalinya sebagai the renaissance man, atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini. Buku yang ditulisnya juga ada kaitan dengan renaissance bertajuk The Asian Renaissance.
Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.
Leonardo da Vinci juga dikenali sebagai the Rennaissance man. Leonardo juga ada melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.
Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.
Kelmarin, di hari pertama Anwar dipanggil membela diri – dia membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Satu persatu dia mula menghentam. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, hakim yang gagal dinyahkannya, adalah orang yang paling teruk kena hentam.
Seperti biasa juga dia menganggap perbicaraannya penuh dengan konspirasi politik. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat. Sekali mungkin benar, tapi ini sudah dua kali.
Hakim kelihatan menggeleng kepala beberapa kali mendengar asakan Anwar. Sedangkan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu, hakim yang mendengar perbicaraannya telah membenarkan penangguhan sebanyak kira-kira lebih 55 kali.
Rakyat sendiri berang kerana kes itu terlalu kerap ditangguhkan. Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.
Yang kita tahu, hakim begitu toleran (bertimbang rasa) dalam kes ini dan mengikut kehendak political games Anwar dan Karpal Singh.
Diandaikan kes ini membabitkan orang biasa macam kita, macam mana agaknya? Mungkin hukuman akan dijatuhkan dengan begitu cepat sekali.
Alahai...
Perjuangan plastik Pas
SAYA cukup hairan Pas tidak respons langsung dengan isu cubaan memurtadkan kanak-kanak Melayu Islam di Jalan Klang Lama yang didedahkan minggu lalu.
GAMIS, atau Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, yang dikaitkan dengan Pas juga senyap menyepi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini.
Biasanya merekalah yang lantang.
Masing-masing tidak berani ke hadapan bagi memperjuangkan isu akidah umat Islam ini. Isu Gereja Methodist Damansara Utara (DUMC) juga disenyapsepikan oleh mereka.
Isu konsert di I-City Selangor pun tiada siapa pun yang tergerak hati untuk membuat demonstrasi (yang lazimnya dipekikkan sebelum ini).
Baju kuning Bersih kan masih ada lagi dalam almari, pakai baju itu dan berdemolah di situ.
Banyak perkara yang tidak betul dalam Selangor sekarang terus didiamkan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Jika semasa kerajaan dulu, pandai pula mereka bising itu dan ini, tapi kini mereka terus berdiam diri – walaupun ia membabitkan soal agama kepercayaan mereka sendiri.
Tapi yang peliknya, dalam ceramah-ceramah, mereka masih lagi terus-menerus menghentam itu dan ini, walaupun orang yang dihentam itu tidak lagi berkuasa di negeri yang mereka perintah itu.
Alahai, sedihnya bangsaku ini. Perjuangan mereka selama ini hanya bersifat plastik.
Ketua Menteri Pulau Pinang untuk UMNO?
SEBAGAI orang media (arus perdana), saya pun kurang arif kenapa dan mengapa Koh Tsu Koon selaku Presiden Gerakan dan Pengerusi BN Pulau Pinang kena gasak sakan.
Kiri kanan dia kena hentam. TV (arus perdana) pun menyiarkan cerita dia dihentam. Masa dia bagi penjelasan pun, dia kena hentam.
Apa cerita ni?
Sepatutnya BN Pulau Pinang jangan buat kecoh. Tumpuan ialah mengambil balik negeri itu. Yang kecoh sekarang ialah Lim Guan Eng. Mengapa beliau disenyapkan sahaja?
Sepatutnya perbincangan sekarang ialah untuk memberi balik pusingan Ketua Menteri kepada UMNO yang menang semua kerusi yang ada dalam DUN sekarang.
Jika semua pihak setuju UMNO akan menjadi Ketua Menteri selepas pilihan raya umum kelak ini, saya yakin Pulau Pinang akan berjaya diambil semula.
Untuk rekod, kedudukan kerusi dalam DUN Pulau Pinang sekarang ialah: UMNO 11 kerusi, Gerakan (0), MCA (0), MIC (0). DAP (19), PKR (19) dan Pas (1).
Jika semua pihak setuju maka, undi Melayu yang diberi kepada PKR itu akan kembali kepada UMNO dan UMNO pastinya akan menerajui semula negeri itu kelak.
Walaupun ada yang kata idea ini seperti mimpi di siang hari atau mustahil kerana orang Cina tidak akan bagi, tapi dalam politik ia boleh berlaku.
Tak payah bising-bising. Gerakan jangan buat kecoh. Senyap dan tumpukan kepada pilihan raya.
KOH DI SERANG HEBAT
Copy & Posted By mahi on Aug 17, 2011
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus menyerang presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon dengan laporan hari ini yang mencabar beliau bertanding di Pulau Pinang bagi membuktikan dirinya masih relevan serta diterima rakyat negeri itu.
Kali ini, Utusan memetik kenyataan ahli parlimen Nibong Tebal yang berpaling tadah, Tan Tee Beng (kiri) yang mendakwa Koh seolah-olah tidak tahu malu apabila terus menyalahkan orang lain semata-mata untuk mempertahankan dirinya yang didakwa telah membawa banyak sumbangan kepada Pulau Pinang sepanjang 18 tahun menjadi ketua menteri.
"Tapi dia (Koh Tsu Koon) buat-buat tak faham dan mendakwa rakyat negeri ini masih menyokongnya. Kalau sokong kenapa boleh kalah dengan majoriti 10,000 undi.
"Oleh itu, saya cabar dia bertanding di Pulau Pinang, jangan menjadi pengecut nak bertanding di Johor atau tempat lain. Kita tengok nanti sama ada dia boleh menang atau tidak," katanya pada Utusan.
Ahad lalu, Utusan memetik Senator Umno Mohamed Ezam Mohd Noor (kanan) yang melabelkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sebagai dangkal kerana terikut-ikut dengan pemimpin pembangkang berhubung isu ugutannya untuk membakar portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider.
Menurut Mohd Ezam, dia tidak bermaksud untuk membakar betul kedua-dua portal berita itu "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.
Kempen menyerang Koh oleh akhbar milik Umno itu sebenarnya bermula minggu lalu apabila mereka menyiarkan laporan bahawa parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang.
Memetik seorang lagi ahli parlimen PKR yang berpaling tadah iatu MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim, Utusan melaporkan jika BN mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008,” kata Zahrain (kiri) dipetik akhbar itu.
Selain itu, Utusan juga memperbesar-besarkan cabaran Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping kepada Koh supaya berdebat.
Ia berikutan laporan Utusan sebelum itu yang memetik Koh berkata bahawa “Kok Ping buta atau nyanyuk apabila tidak dapat melihat pembangunan yang berlaku di Pulau Pinang sebelum 2008”.
Kedudukan Gerakan dalam BN kini ibarat melukut di tepi gantang. Pada pilihan raya umum 2008, Gerakan hanya mampu memenangi dua kerusi parlimen dan tiga kerusi dewan undangan negeri. Semua kerusi berkenaan juga bukannya dari Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuat parti itu dan dikuasai mereka sejak 1969.
Koh yang melepaskan jawatan ketua menteri yang dipegangnya selama 18 tahun untuk bertanding kerusi parlimen Batu Kawan pada 2008 tewas dengan majoriti 9,48 5 undi kepada calon muka baru P Ramasamy dari DAP.
Bagi membolehkan beliau aktif dalam politik, beliau dilantik sebagai senator dan diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagi sesetengah pemimpin BN, khususnya Umno, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi tempat kepada pemimpin Gerakan itu suatu tindakan sesia kerana tidak yakin Gerakan mampu 'bangkit semula'.
Menurut mereka, usaha Gerakan mahupun MCA untuk merampas semula Pulau Pinang mahupun mengembalikan sokongan masyarakat Cina sesuatu yang sukar kerana sebahagian besar masyarakat itu menolak BN yang didakwa tidak ikhlas dalam perjuangan membela rakyat negara ini.
Meskipun pemimpin Umno tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan tetapi sebagai organ rasmi parti, segala yang disiarkan Utusan sudah pasti mendapat restu pemimpin peringkat tertinggi Umno, khususnya jika sesuatu isu itu terus berlarutan.

Utusan pecat Hata Wahari
Copy & Posted By mahi on May 2, 2011

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.
Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.
"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.
Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.
Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.
Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -
mkini