Showing posts with label Hal Negara Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Hal Negara Malaysia. Show all posts

Pesawat AirAsia terkeluar landasan di Filipina

on Dec 30, 2014




Pesawat AirAsia Z272 terkeluar landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina.
 
Beberapa penumpang menyiarkan gambar A320 Airbus yang dilihat terletak di atas rumput dan bukan di landasan.
 
Seorang penumpang, Jet Damazo Santos, berkata penumpang terpaksa turun dari pesawat dengan menggunakan gelongsor kecemasan.
 
"Tiada ada yang nampak cedera. Cuaca buruk... Pesawat berhenti secara mendadak.
 
"Enjin dimatikan serta-merta. Kami diminta meninggalkan beg dan turun secepat mungkin.
 
"Kereta bomba telah menunggu. Nampaknya ia ditangani dengan baik," katanya dalam satu siri posting Twitter.
 

Santos berkata sebelum itu, pesawat Cebu Pacific Air juga tidak dapat mendarat di lapangan terbang, menyebabkan penerbangan AirAsia itu tertangguh selama dua jam.
 
Menurut portal FlightRadar24, pesawat itu berlepas dari Manila pada jam 4.58 petang dan mendarat di Kalibo pada jam 5.41 petang.
 
AirAsia terbang di bawah nama AirAsia Zest di Filipina.
 
Insiden itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat di kalangan pengguna perkhidmatan udara selepas pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada hari Ahad.
 
Awal hari ini, pesawat AirAsia Thailand FD3254 ke Khon Kaen berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok selepas juruterbangnya mengesan "bunyi pelik".
 
Bagaimanapun jurutera tidak mengesan sebarang masalah teknikal dan pesawat itu dibenarkan menyambung semula penerbangan ke destinasinya.

Photobucket

Antara Mujahiddin Dan Militan

on Jul 11, 2014


Ini punca Malaysia gelar mujahiddin sebagai militan

Tontonlah dan dengarlah apa sebenarnya punca Malaysia menggelar mujahiddin sebagai militan atau pengganas. Bezakan antara ulama makan gaji dengan ulama tulin.





Photobucket

NOSTALGIA - A4 Skyhawk ...!

on Mar 23, 2014




A4 Skyhawk merupakan pembelian bundle 1982 oleh Kerajaan Malaysia yang pada ketika itu Menteri Pertahanannya ialah Tengku Ahmad Rithauddin. Pesawat A4-Skyhawk mula dihantar kepada TUDM dalam bulan Disember 1984 dan ditempatkan di TUDM Kuantan untuk berkhidmat dengan Skuadron No. 6 serta skuadron No. 9 TUDM.

Apa yang menarik ialah pembelian itu melibatkan 80 buah pesawat yang tersadai di Pusat Pembuangan Pesawat di Arizona. Keputusan membeli pesawat itu amatlah memeranjatkan kerana pesawat itu sudah di kira tarikh luput hayatnya sudah tamat .

Selepas proses pembelian pesawat tersebut, proses baik bulih telah di lakukan dan hanya 40 pesawat sahaja yang mampu di hantar pulang ke Malaysia. Manakala 40 pesawat lagi kekal tersadai seperti mana asal. 

Semenjak dari itu bermulalah episod duka siri pesawat A4 Skyhawk terhempas satu demi satu di Malaysia. Akhirnya 1992, pesawat Skyhawk telah di gantung penerbangannya dan pesawat yg tersadai di Arizona telah di jual oleh Malaysia. 


Cuba bayangkan Malaysia pada ketika itu hanya cuma membeli pesawat terpakai dan tersadai dari pusat Pembuangan Arizona untuk menjaga sistem pertahanan Negara. Bukankah ini sesuatu yang mengaibkan kerana dilihat berminat dengan barangan terpakai dan antik. Perlukah keselamatan Negara di kawal hanya dengan membeli besi buruk yang telah di kira antik..?

Skyhawk pernah di gunakan oleh USA ketika 'Vietnam War'. Serentak kekalahan USA di dalam peperangan itu, Skyhawk tersebut juga telah di tamatkan penggunaannya oleh USA sesuai dengan peredaran zaman kerana Technology, Maintenance, Rectification dan Servicing sudah ketinggalan jauh kebelakang. 

Amat sukar mempercayai Malaysia sanggup menggunakannya sebagai pembeli.? Apa untungnya pesawat terpakai antik..? Sebagaimana tidak relevannya pembelian A4 Skyhawk dengan masa dan arus teknologi moden ketika itu, begitu jugalah tidak relevannya pemegang jawatan Menteri Kabinet yang membuat keputusan. Sukar otak ini berfikir apa sebenarnya yang di fikirkan oleh Pak Menteri Malaysia dulu dan kini.....

A-4 Skyhawk - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas - http://ms.m.wikipedia.org/wiki/A-4_Skyhawk



Photobucket

MULUT LASER DAN MULUT CELUPAR...

on Mar 21, 2014





Kalau ya pun megah dengan memiliki mulut laser tapi ada batasannya ... mempersendakan kehilangan pesawat MH370 sudah kira amat lebih.

Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.



Photobucket

KAPTEN NIK YAKIN SERPIHAN YANG DIJUMPAI OLEH AUSTRALIA ADALAH PESAWAT MH370...!

on Mar 20, 2014



Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penemuan itu membuatkan kumpulan SAR Malaysia menghantar kapal untuk meninjau tempat dimana serpihan dijumpai.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan sewaktu  menerusi temuramah di TV3 berkata jika PM Australia yang berkata 99% kemungkinan adalah benar. Ini disebabkan radar dan satelit yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara Australia merupakan radar atau satelit yang paling terkini dan canggih.


Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, juga menjelaskan 24m sepihan itu kemungkinan sebelah sayap kerana lebar keseluruhannya adalah lebihkurang 60m.

Menurut beliau lagi kawasan tersebut merupakan bukan laluan kapal dagang, kapal terbang malah nelayan pun jarang melalui kawasan itu.

Jika benar itu adalah pesawat MH370 pencarian agak sukar kerana kedalamannya lebih 3km

BACA SETERUS NYA  SINI

Photobucket

MANA SILAPNYA PROTON...?

on Dec 13, 2013



Automotif Malaysia
Kadang-kadang tiba masa, Berita Semasa akan terfikir seketika bagaimana negara gajah putih seperti Thailand menjadi hub automotif iaitu NO.1 di Asia Tenggara diikuti Indonesia. Apa yang hebatnya mereka? Apa kurangnya Malaysia? Di mana silapnya?
Bagi Berita Semasa ini supaya berpunca daripada tabiat golongan yang berkepentingan dan berkuasa mahu terus membela lelaki tua yang telah sakit dan dasar automotif negara hanya bersifat setempat. Berita Semasa tidak menafikan langsung penambaikan yang berlaku pada model-model terbaru seperti Proton. Tetapi atas nama mahu menjaga kepentingan Proton akhirnya industri automotif mendapat tempias buruk sama.

Kereta Proton = Kereta Nasional. Jualan Terjamin!

Malaysia Vs ThailandKonsep kereta nasional yang diperkenalkan di Malaysia adalah satu industri yang tenat. Ia hanya bergantung semangat patriotik bagi melindungi terus industri yang tidak cekap ditambah dengan pelarasan cukai yang tinggi baik kepada kereta Nasonal sendiri mahupun kereta import. Akhirnya? Akhirnya pembeli kereta di Malaysia iaitu rakyat Malaysia menjadi mangsa & “terkorban”.
Terbaru atas nama alasan untuk membela Proton iaitu :
Jika kereta nasional dihapuskan jualannnya di Malaysia, ia akan menyebabkan negara kehilangan RM12 bilion dalam pertukaran matawang asing setahun dengan mengandaikan harga sebuah kereta sekitar RM40,000 melibatkan RM300,000 kereta nasional ditambah dnegan kos mengimport kereta import. Siapa kata? Arkitek bagi polisi Proton Tun Dr Mahathir yang dimiliki taikun Syed Mokhtar Al Bukhary melalui DRB Hicom.
Melihatkan pandangan di atas, agak logik juga. Tetapi….ada tetapinya.
Tetapi, jikalau dikaji dengan lebih lanjut melihatkan antara ungkapan yang biasa digunakan oleh kalangan ahli perniagaan. Apa dia? “High pain, high gain”

Buang Tongkat Proton

Apa yang Berita Semasa cadangkan, adalah supaya usah lagi diberikan tongkat dan perlindungan serta keutamaan kepada Proton. Insyaallah, kasar aliran tunai akan mula menyusut dan pendapatan negara akan meningkat dan menjadi ekonomi negara kembali mampan. Dengan menjadikan industri automotif negara lebih liberal, pengeluar kereta akan datang berkumpul dan berkampung untuk melabur ke Malaysia. Akhirnya kita Malaysia akan menjadi pengeksport sebenar kereta dan bahagian-bahagian aksesori. Kuncinya?
Proton MalaysiaMembuat jualan dengan cara mengenakan cukai kereta yang tinggi terhadap kereta import dengan harapan memberikan laluan untuk kereta Nasional untuk membuat jualan, adalah persaingan yang tidak adil dalam industri automotif dan memberikan bebanan hutang yang tinggi pembeli seperti rakyat Malaysia. Hyundai dari Korea Selatan, di mana mereka sekarang? Terus memanjat satu satu tangga untuk menakluk dunia. Apatah lagi umur Hyundai jauh lebih muda berbanding Proton. Tetapi di mana Proton sekarang selepas 28 tahun lamanya?
Tetapi media di Malaysia begitu takut untuk meletakkan kalimah kegagalan kepada Proton. Semacam penghinaan kepada mereka, satu karakter yang sepatutnya tidak patut ada dalam diri syarikat seperti Proton.
Kuncinya adalah membuang idea yang dipanggil istilah keramat dan sebuatan ramai selama ini iaitu, kereta Nasional. Jika ada kereta Nasional, adakah akan ada TV nasional, peti sejuk, loro, motosikal nasional atau apa-apa lagi selepas ini? Buat jualan bukan atas nama kereta Nasional tetapi kualiti.
Kereta Proton
Sumber : Thailand Automotive Institute (TAI)

Industri Automotif Thailand VS Industri Automotif Malaysia

Apa kereta dijual jauh lebih murah dan berpatutan, industri automotif akan terus bertenaga yang akan terbitnya potensi import yang tinggi sekaligus mampu meningkatkan pendapatan negara ke angka yang lebih tinggi :
  • Cara buat duit sekarang dengan industri kereta : kenakan cukai kereta tinggi RM 7 bilion
  • Cara buat duit pada masa akan datang yang lebih cekap : perbanyakan penghasilan & pengeluaran kereta untuk tujuan eksport
Mari kita lihat dan bandingkan industri automotif Thailand dengan Malaysia :
  • Thailand berjaya menghasilkan kira-kira 2.5 juta kenderaan.
  • Malaysia hanya menghasilkan sekitar 500,000 kenderaan sahaja, hanya satu perlima daripada Thailand
  • Thailand mengeksport lebih daripada 40 % berbanding Malaysia
  • Pendapatan eksport kereta untuk Thailand berjumlah US$27 bilion (lebih RM86 bilion) pada tahun 2011! Malaysia?
  • Thailand adalah pengeluar kereta ke-10 terbesar di dunia. Malaysia?
Bagaimana Thailand boleh berjaya melaksanakan dan mencapainya?
  1. Di Thailand, tiada kereta Nasional. Kerajaan Thailand tidak membela pembuat kereta. Semuanya diberikan lapangan yang sama rata.
  2. Dasar-dasarnya adalah liberal dan peluang yang sama diberikan di kalangan pelabur bermakna bahawa tidak ada diskriminasi dan diwujudkan persaingan bebas.
Sumber : Global Automobile Production Ranking 2012
Kereta MalaysiaKita tidak perlu membunuh Proton, tidak perlu. Cuma biarkan mereka berjalan sendiri. Sudah terlalu lama Proton berjalan “bertongkat”. Hanya perlu mengumumkan dasar tidak diskriminasi yang akan berkuat kuasa selama lima tahun daripada sekarang. Dan, pada masa itu mahu atau tidak Proton akan terus mencari rakan kongsi teknologi kerana ia perlu untuk terus hidup.
Anggaplah teguran kami ini kerana mahukan industri automotif Malaysia terus berkembang. Kami cemburukan kejayaan negara gajah putih. Jikalau Thailand boleh, mengapa tidak Malaysia?
P/S : Kepelbagaian sumber pendapatan negara bukan hanya berpaksikan kepada GST semata, malah boleh dipelbagaikan lagi, dengan cara merancakkan lagi indystri automotif negara. 

sumber

Photobucket

THE HIJACKING OF THE MALAY NATIONALIST AGENDA BY UMNO

on Dec 6, 2013





HOW UMNO HIJACKED THE MALAY NATIONALIST AGENDA   AND THE FIGHT FOR INDEPENDENCE FROM OTHERS AND THEN SUPPRESSED WITH ITS DISTORTED VERSION OF  MALAYSIAN HISTORY IN SCHOOL TEXTBOOKS AND THE MAINSTREAM MEDIA

TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (1906-1956)

September 4, 2011

oleh

Adnan Abdullah

 https://www.facebook.com/notes/adnan-abdullah/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-tanah-melayu-1906-1956/260795930607488

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sebahagian daripada pejuang-pejuang yang terlibat dengan perjuangan menentang penjajah itu telah gugur dan ada juga sebahagiannya yang masih hidup.

Ibrahim Haji Yaacob
Ibrahim Haji Yaacob
Ishak Haji Mohamad
(Pak Sako)
Ishak Haji Mohamad (Pak Sako)
Ahmad Boestamam
Ahmad Boestamam
Dr Burhanuddin al Helmy
Dr Burhanuddin al Helmy
Abdullah CD
Abdullah CD
Shamsiah Fakeh
Shamsiah Fakeh
Us Abu Bakar al-Baqir
Us Abu Bakar al-Baqir
Rashid Maidin
Rashid Maidin
Aziz Ishak
Aziz Ishak
A Samad Ismail
A Samad Ismail
S.A. Ganapathy
S.A. Ganapathy

Perjuangan awal menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha. Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

KMM telah ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur iaitu ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) untuk melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British. Antara pemimpinnya adalah Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy.

KMM merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah panji-panji Melayu Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris menggangap mereka pejuang berhaluan kiri. Pada tahun 1942, penjajah British telah mengharamkan KMM dan pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim Yaacob telah dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai pemimpin mereka ditangkap.

Jepun telah mengalahkan tentera Britsh dan menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941. Semasa pemerintahan Jepun, KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) untuk menentang penjajah Jepun pula. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM dan MPAJA kerana terlibat dengan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. MPAJA adalah penjelmaan Parti Kominis Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1930 untuk menentang penjajahan British. Selepas Jepun dikalahkan, pihak British telah memberi penghargaan kepada KMM dan PKM diatas kerjasama mereka menentang Jepun.

Selepas tamat peperangan dunia ke-2 (1939 - 1945) dan berundurnya Jepun dari Tanah Melayu, pihak British telah menguasai semula Tanah Melayu sebagai penjajah. Satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bertujuan menentang penjajahan British. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak dan meluluskan penggunaan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah (British).

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:

1) API (Angkatan Pemuda Insaf) dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2) AWAS (Angkata Wanita Sedar) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3) BTM - Barisan Tani Malaya (BATAS) yang ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johor - Kadir dan Negeri Sembilan - Ibrahim Baba.

4) Jabatan Kerja Melayu (JKM) yang telah didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin dan Setiausaha Abdullah CD, merangkap ketua bahagian Selatan. Bahagian Utara diketuai oleh Rashid Maidin dan bahagian Timur diketuai oleh Kamaruzaman Teh.

5) Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiyai Mashur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6) GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7) Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya (KBMM). Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8) Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang merupakan gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih S. A. Ganapathy sebagai Pesiden,  Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8) Kesatuan Opera Melayu (KOM).

9) Persatuan Pemandu Teksi (PPT).

10) PETA - Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11) Majlis Agama Tertinggi Se-Malaysia (MATA) pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dan membentuk Barisan Bersatu PUTERA-AMCJA. Dua badan politik utama yang membentuk PUTERA-AMCJA ialah Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

PUTERA dianggotai oleh:
1. Malay Nationalist Party (MNP) atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Peasants Union atau Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Angkatan Pemuda Insaf (API)
dan 70 pertubuhan2 kecil.

AMCJA pula dianggotai oleh:
1. Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
2. Malayan Indian Congress (MIC)
3. Malayan Democratic Union
(MDU)
4. Malayan New Democratic Youth League (MNDYL)
5. Malayan People's Anti-Japanese Army Ex-Service Comrades Association (MPAJA)
6. Women's Federation (W's Fed)
bersama Tan Cheng Lock (TCL) sebagai Pengerusi.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL., 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.

Putra-AMCJA telah menggubal 10 fasal PERLEMBAGAAN RAKYAT (The People’s Constitution) untuk kemerdekaan. Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera-AMCJA dengan menolak Perlembagaan Rakyat dan sebaliknya menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Yang Dipertua Umno, Dato’ Onn Jaafar untuk menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, telah diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. Sebelum itu pada tahun 1947, Ahmad Boestamam, salah seorang pemimpin Putera-AMCJA telah dipenjarakan oleh British selama 8 tahun. Tekanan pihak British terhadap kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah memaksa mereka meneruskan perjuangan bersenjata dari dalam hutan.

British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dengan mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera-ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu bertujuan melumpuhkan perjuangan rakyat disamping menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.




Bendera BATAS
Bendera BATAS
Bendera Sang Saka Merah Putih Malaya Merdeka
Bendera Sang Saka Merah Putih Malaya Merdeka


 
 Did they purposely miss this out in our school's Sejarah book?
Posted by Malaysian Unplug @ 11:40,

Photobucket

Rakyat Malaysia Negara Maju...?

on Aug 7, 2013



Rumah berdinding buluh tanpa air tanpa elektrik
Alhamdulllah program JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang bulan Ramadhan di daerah Baling, Kedah pada hari Sabtu minggu  ke-2  dan ke-3 Ramadhan yang turut merangkumi daerah Sik dan Kulim Bandar Bharu berlansung dengan lancarnya seperti yang dirancang.

 (Barisan konvoi 40-50 buah kenderaan membelah gerimis pagi, memecah kesunyian desa pedalaman di kawasan kaki Banjaran Bintang dalam daerah Baling)

Oleh kerana ramai sangat yang minat nak lihat rumah berdinding buluh dan juga attap rumbia, maka antara stop kami yang terawal ialah di kedua buah rumah yg berkenaan.

 (Rumah berdinding buluh tanpa air tanpa elektrik – bersama tuan rumah dan Dr Subri berbaju merah, Timb Rektor UiTM Pulau Pinang)

 (Atap Zink – untuk menadah AIR HUJAN)

(Rumah anaknya yang bersebelahan, atap rumbia – juga tanpa air dan bekalan letrik)


 (Saya pun tak pasti apa yang saya cakap dari atas jeep ini – sedikit emosi rasanya)

Tak silap ingatan saya, ada saya ceritakan kisah di beberapa siri Jln-Jln Masuk Kg yg lepas, kami sering disergah oleh JKKK dan pihak berkuasa kampung sebab dikatakan masuk kg orang main serbu saja tak minta kebenaran; tapi dalam kes ini, JKKK sendiri yang mai tunjukkan rumah ini kat kami.

JKKK itu kata “Saya dah bawa kes depa ini dua kali dah ke atas, naik turun naik turun, tak larat dah – hangpa try la pulak!”.

Kesian, dah 6 tahun rumah ini tak dak letrik – kalau ada org atas TNB yg baca blog ini, boleh kot pi tolong tengok sat.

Bercakap pasal JKKK dan politik ini, minggu sebelumnya waktu JJMK di sempadan Baling/Sik, ada sahabat post dalam FB gambar majlis serahan sumbangan barangan di rumah yang kebetulan berbendera BN, ada sahabat FB Wargakilang yang sedikit kurang senang, depa kata seeloknya Wargakilang buatlah bendera sendiri.

(Musim-musim raya ini bendera pun boleh jadi isu)


 (So, untuk JJMK minggu depannya, kami usung bawa bendera oren WARGAKILANG)

Bendera ini sebenarnya hanyalah sebuah perlambangan perjuangan kami di NGO WARGAKILANG ini yg sejak dulu lagi fungsinya hanyalah jadi posmen, tukang angkut barang, tukang tunjuk jalan dan tukang habag cerita kisah2 kemiskinan yang melata di seluruh pelusuk negara ini; siapa nak tolong sila pi sendiri atau pun pi buat follow up visit selepas ikut JJMK kami. Sebetulnya, banyak sebenarnya kisah realiti hidup org miskin dan susah yg terlindung daripada hijab kita semua selama ini.

Ada orang kampung yg sampai hari ini masih pakai jamban semula jadi.

(Ada berbagai jenis jamban semulajadi, ini jamban semula jadi di rumah Makcik Jaharah, Kg Ulu Bakai)

 Usia sudah pun lewat 60an, tapi tuan rumah ini belum pernah mendapat nikmat sebuah jamban/tandas yang sempurna.

(Jamban baru sedang dlm pembinaan – hasil usaha rakan2 di WK dengan dana sumbangan kakitangan UiTM P.Pinang)


 (Ini pula adalah rumah Melayu zaman P.Ramlee – di Kg Ulu Legong, Baling Kedah)


(Jangan duk ingat sudah tak ada dah org guna dapur kayu di zaman Facebook ini)


(Tau ke pa benda ini? – orang Baling panggil Coghang untuk kukur/parut kelapa)

Benda-benda ini tak keluar TV, cuma kalau kita turun mai baru boleh nampak dengan mata kepala sendiri.

Menyedari bahawa rata-rata yang turun bersama kami itu nak merasai suasana kampung yang betul-betul jauh ke dalam nak lihat realiti hidup masyarakat yg hidup nun jauh ke pedalaman, maka antara rumah yang kami kunjungi ialah sebuah rumah nun jauh ke dalam sekali, kata orang baling hat paling “Suk” sekali.

(Mengalir ke halaman rumah ini ialah air jernih dari kaki bukit berdekatan seperti lata di pusat peranginan)

(Bergambar ramai-ramai di hadapan rumah Abang Non)

Abang Non seorang Bapa Tunggal, bekerja kampung, yang baru kematian isterinya kerana serangan barah tulang; tinggal bersama 3 orang anaknya yang masih bersekolah dan ibunya yang sudah berusia.

(Mantan YDP Wargakilang, Sdra Warikh bersama Emak Abang Non. Seronok sekali Makcik ini dengan kunjungan kami – jelas kelihatan sengihnya sampai ke telinga)

Ya, memang beliau seronok sungguh dengan kedatangan kami sebab tinggal di hujung-hujung kg di kaki hutan ini hanya sesekali tetamu bertandang. Saya tak lupa bila Makcik ini meriwayatkan kpd kami kisah beliau dan arwah suaminya meneroka kawasan hutan ini untuk dibuat rumah – suasana biasa bagi beliau waktu itu bila dengar ngauman Harimau membaham babi hutan di kawasan rimba berdekatan.

(Sempit sungguh jalan masuk ke kampung ini, kereta Harrier seorang rakan kami terbabas masuk ke parit tepi jalan)

 Dari paparan di FB rakan-rakan yg turut serta, saya melihat JJMK kali ini banyak membuahkan kisah2 sedih dan curahan air mata penerima.

(Kak Hasnah dari Kg Ulu Tawar cuba menahan sebak - bila saya meriwayatkan kisah hidup beliau - 2 drpd 3 org anak-anaknya tak bersekolah sebab kemiskinan, apatah lagi beliau sendiri hanya bergantung kpd bantuan JKM RM150 sebulan dan dlm keadaan uzur, jalan pun berpapah kerana masalah kesihatan)

Ini pula kisah satu keluarga yang kami ter-berjumpa kembali secara tak sengaja setelah kunjungan akhir kami ke kawasan ini hampir 7 tahun yang lalu. Waktu itu kami di Wargakilang dihubungi oleh Kak Ani, pegawai bahagian Unit Khidmat Sosial Hospital Kulim mohon kerjasama NGO bantu keluarga Pn Halifah ini.
(Gambar 7 tahun lepas: Kakak ini baru melahirkan anak tapi tak mampu menyusukan bayinya dgn susu badan kerana masalah kesihatan. Anaknya yang kedua pula ada kecacatan di bahagian dagu)

Kak Ani cerita, sekali itu bila beliau dan attendan hospital mai melawat rumah Pn Halifah yang jauh ke dalam ini, dari kaki bukit itu lagi mereka boleh dengar suara bayi menangis, makin dekat makin kuat. Rupa-rupanya sebab budak itu lapar susu tapi susu tak ada. Kak Ani kata dia tak tau nak buat apa, kesian kat budak itu, tiba-tiba Kak Ani nampak saki baki susu abang si bayi ini, yg minum susu timbang beli kilo dalam cawan, adalah dua tiga titik tinggal. Kak Ani ambik sudu kecik, kaut susu itu dan bagi bayi itu minum. Kak Ani habag, dia rasa nak menitis air mata bila lihat si bayi itu tercungap-cungap hisap susu dlm sudu kecil itu tak tinggal sisa. Bila Kak Ani tarik sudu itu, si bayi ini secara otomatik genggam kuat2 sudu itu, pegang kuat-kuat, tak mau bagi lepas sebab terlalu lapar.

Kemudian dari itu, kami di WK diketuai oleh sdra Wahab melancarkan program susu untuk anak-anak Pn Halifah ini. Hasilnya si anak kecil itu yg kini berusia 7 tahun nampak sihat, cuma abangnya yg kami lihat ada sedikit kecacatan sewaktu kecil kini semakin teruk.

(Pn Halifah tidak dapat menahan rasa sebab sebaik-baik saja menerima sumbangan)

(Tanpa segan-silu beliau terus menangis teresak-esak di khalayak ramai. Semua yang melihat merasa sayu dan hiba – ramai yg menitiskan airmata)

Di lokasi yang lain pula adegan yang hampir sama berulang semula. Bila saya cerita kpd semua yg hadir kisah duka hidup Pn Radziah Muin dari Kg Badang, seorang ibu tunggal yg kematian suami, menyara hidup dua orang anaknya yg masih kecil dengan ZERO Income, tanpa apa-apa punca pendapatan, hanya sanya mengharapkan simpati saudara jiran dan rakan-rakan; berebut-rebut peserta konvoi mai hulur duit raya, zakat dan sedekah.

(Pn Radziah tidak dapat menahan rasa sebak di dada melihat rezeki dari langit yang mencurah turun secara tiba-tiba)

Mungkin adegan air mata yang begitu terkesan kpd kami AJK Wargakilang tapi tak ramai peserta konvoi yg perasan ialah sewaktu kunjungan ke rumah Puan Zalina, Ibu tunggal anak 8 di Kg Baru Siong Baling Kedah yg kematian suami hampir 6 bulan yg lepas.

(Potret sebuah keluarga ibu tunggal: Pn Zalina bersama 7 drpd 8 org anak-anaknya, kebanyakan anaknya ini bersekolah di sekolah agama/pondok)

(Lebih 50 buah kenderaan dan hampir 200 peserta konvoi memenuhi setiap ruang sudut di halaman rumah beliau)

(Pn Zalina, asal org Terengganu kini tinggal “keseorangan” tanpa suami di rantau orang, bersama anak-anak nun jauh di Baling, Kedah cuba sedaya upaya tidak mahu menitiskan air mata di hadapan anak-anaknya ini)

Di suatu penjuru di tepi rumahnya, sdra Wahab AJK Wargakilang melihat seorang Makcik sedang teresak-esak menangis semahu-mahunya.

(Kami diberitahu kemudiannya bahawa Makcik ini adalah ialah Ibu Mertua kepada Puan Zalina)

Tak pasti pula kenapa beliau menangis begitu emosi, mungkin teringat arwah anaknya – kali terakhir orang mai ramai macam ini ialah waktu jenazahnya anaknya di bawa pergi.

Bagi saya pula, kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah tatkala dipeluk oleh pakcik, tuan rumah berdinding buluh di Kg Selarong.

(Sebahagian peserta yang hadir dan tuan rumah bergambar kenangan)


(Hampir menitis air mata jantan saya ini bila mana dalam keadaan air matanya yg deras mengalir, pakcik ini berulang-ulang kali menyatakan rasa terima kasih yg tidak terhingga di atas kunjungan kami.)

Saya pun tak tau nak kata apa; pengalaman yg sebeginilah yang menambahkan lagi iltizam kami untuk meneruskan kerja buat kerja amal kami di Wargakilang ini.

(8 orang penerima di Kg Ulu Bakai terkejut tak sangka dengan sumbangan brg-brg yang begitu banyak sekali – depa duk ingatkan beras sekampit seorang saja)

(Walaupun saya dan rakan-rakan AJK Wargakilang tersadai keletihan, pancit dan kelesuan di penghujung program Jln-Jln Masuk Kg di bulan Ramadhan ini, tetapi semua pengalaman dan kenangan yang diperolehi akan menjadi tazkirah hidup yang berguna sampai bila-bila)

Sebenarnya apa yg kami buat ini hanyalah sedikit saja; orang alim cerita di Akhirat kelak kita akan menyesal bila tengok hasil pahala sumbangan barang-barang yang kita bagi itu; kalau kita tau begitu besarnya pahala yg kita dapat, beras 3 kampit yang kita bagi itu kalau kita dihidupkan semula kita akan bawa mai berjuta-juta kampit!

Akhir kata, terima kasih kpd semua yang terlibat dlm menjayakan program ini terutamanya kepada Pak Long dan team Marshal bermotornya, terima kasih di atas bantuan dan kerjasama rakan-rakan sekelian. Moga kerjabuat kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan diganjarkan dengan balasan pahala yang berlipat-lipat kali ganda hendaknya.

Terima Kasih.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List