Showing posts with label Hal Negeri Melaka. Show all posts
Showing posts with label Hal Negeri Melaka. Show all posts

N3 YANG KU DENGAR - Tempat Memadu Kasih, Tilam Pun Ada..

on Feb 15, 2012



MELAKA: Biarpun terowong pejalan kaki di bawah Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dibina bagi menghubungkan Kampung Bukit Palah dan Masjid Al-Azim, di sini, namun kebanyakan pejalan kaki lebih rela mempertaruhkan nyawa melintasi lebuh raya enam lorong berkenaan.
Terowong yang dibina sejak lebih 10 tahun itu jarang digunakan dan penduduk khuatir dengan tahap keselamatan di dalam terowong sepanjang 50 meter itu berikutan kurang kemudahan asas. Malah, ada yang mendakwa terowong itu dijadikan tempat pasangan memadu kasih khususnya pada waktu malam termasuk pelajar.

Penduduk, Nordin Omar, 61, berkata keadaan terowong yang gelap berikutan lampu yang disediakan rosak selain persekitaran sunyi membolehkan terowong itu menjadi tumpuan pasangan muda melakukan perbuatan sumbang.

“Kami pernah menangkap beberapa pasangan. Dulu kawasan ini sunyi dan mereka suka memadu kasih di situ, malah pejalan kaki pernah menemui tilam atau tikar di dalam terowong itu, selain ia menjadi kawasan lepak Mat Gian.

“Pada waktu petang pula, terowong ini menjadi pilihan pasangan pelajar untuk berasmara. Namun kini, gerai berdekatan mula beroperasi dan ia dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat di dalam terowong berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Nordin, keadaan itu juga menyebabkan jemaah yang hendak ke masjid di situ untuk menunaikan solat Subuh takut menggunakan terowong berkenaan. Katanya, cadangan untuk membina pagar supaya laluan itu boleh ditutup pada waktu malam diaju kepada pihak bertanggungjawab, tetapi ia tidak dapat dilaksana kerana tiada individu yang sanggup memegang kunci pagar bagi menjaga laluan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Noorazman Ali, 40, berkata selain menjadi lokasi pasangan bercinta, terowong berkenaan juga kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat. Katanya, keadaan itu berpunca daripada sistem perparitan yang menghubungkan longkang di terowong itu dengan longkang berhampiran tidak diselenggara dengan baik.

“Setiap kali hujan lebat terowong ini dinaiki air kerana longkang sedia ada tidak dapat mengalirkan air keluar.

“Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk melalui terowong berkenaan, malah keadaan sistem perparitan yang tidak diselenggara dikhuatiri mengundang serangan haiwan berbisa,” katanya.

Menurut Noorazman, keadaan terowong berkenaan bertambah bahaya apabila lampu yang disediakan rosak sehingga laluan itu gelap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Abdul Razif Ibrahim, berkata pihaknya akan mengarahkan kakitangan jabatan itu untuk turun padang meninjau masalah yang dihadapi dan mengambil tindakan segera.

“Bagaimanapun, cadangan memasang pagar tidak dapat dilaksanakan kerana ia laluan awam dan kami tidak boleh menutupnya,” katanya.

 MyMetro


Photobucket

APAKAH IMPIAN MENJADI KENYATAAN.

on Aug 3, 2011

OH MELAKA.


Jambatan Selat Melaka yg menghubungi Pulau Rupat dan seterus nya Sumatera Indonesia, lama cadangan akhir dan dijangka bakal menghubungkan Pulau Rupat, Riau, dengan Melaka, dimaklumkan ukuran panjang nya lebihkurang 48.7 kilometer.

Oleh kerana infrastruktur di Pulau Rupat belum dikaji sepenuhnya, anggaran awal nya akan dibangun pula jalan sepanjang 71.2 km dan jambatan yang menghubungkan Pulau Rupat dengan Pulau Sumatera, sepanjang 8 km.

Sebuah syarikat dari Malaysia, Strait of Malacca Partners Sdn Bhd, membuat rekacipta bentuk jambatan utama Selat Melaka yg bakal dibina 12 km berhampiran dengan Pulau Rupat.

Bahagian jambatan yg berhampiran Pulau Rupat tidak menggunakan tiang, hanya diperkuatkankan dengan kabel-kabel besar, dengan jarak antara tiang penyangga kabel sejauh 4.3 km. Jambatan ini juga akan dibina tinggi nya se hingga 76 meter, bagi kemudahan laluan kapal-kapal tangki dan kargo.

Selat Melaka, merupakan salah satu jalurlaluan tersibuk di Asia Tenggara dan sering menjadi laluan kapal kapal besar yg berat sehingga 300 ribu ton serta selat ini mempunyai kedalaman angaran antara 50- 60 meter.

Rekabentuk jambatan ini dibuat penampilan yg agak menarik dan ekonomis malah ianya dijangkan menarik perhatian kepada para pengguna nya yg dapat menikmati keindahan suasana pandangan laut dihiasai dengan beberapa buah pulau yg terdapat dikawasan sekitar.

Kos pembinaan jambatan ini dijangka menelan belanja sebanyak US$12.75 million dollar termasuk sebatang jalan yg menghubungi Pulau Rapat Indonesia. 



 budakrompin 



JAMBATAN SEJENGKAL BERHARGA 7.6 JUTA

on Jul 23, 2011



Jambatan Styrofoam Beharga RM 7.6 Juta Yang Fail di Melaka! Ini ialah sebuah jambatan di Melaka yang dibina pada tahun 2008 dan siap dibina setahun kemudian. Mengikut laporan orang ramai yg melalui jembatan tersebut Jambatan Hang Jebat di Jalan Tun Mahathir ini menelan belanja RM 7.6 juta untuk dibina.Walaupun umur jambatan ini tak sampai 2 tahun sudah berlaku keretakan dan kerosakan pada strukturnya. Hiasan batu pada tepi jambatan sudah pecah dan rekahan panjang kelihatan. Paling memalukan dan mengejutkan ialah ada bahagian jambatan dibina dengan mengunakan STYROFOAM.!!!

Note: Jambatan sejengkal berharga RM7.6 juta.. kah kah kah kah.. Beruntung Melaka punya Ketua Menteri yang pandai buat kira-kira.. mungkinkah syarikat kontraktor yang bernama Al-Jofri yang mendapat projek ini? Cuba tanya kontraktor-kontraktor di Melaka Al-Jofri ni syarikat milik siapa.. kah kah kah kah.. kaya la ali ketam.. 




sumber  :-  http://rubbertapperz.blogspot.com

ALAHAI MELAKA NEGERI KU........

on Jul 18, 2011




Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

dances @ screwball penang namewee concert


rustam ali silat group bersih 4

baca sini   dan  sini  dan  sini


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List