Showing posts with label Hal Negeri Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Hal Negeri Terengganu. Show all posts

Dahsyat! dari RM3.5 juta boleh melonjak kepada RM36.........

on Apr 13, 2011


WarkahDaily – Sudah menjadi amalan di negara ini yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN), bila seseorang itu dapat tender sesebuah projek, dianggap peluang atau tiket untuk songlap duit, untuk jadi kaya-raya dan lubuk melombong duit.

Tak pelik bagi kita di zaman BN memerintah, jika sesuatu projek yang pada asalnya berharga RM3.5 juta, tetapi boleh melonjak naik peningkatan kosnya kepada RM36 juta. 12 kali ganda daripada harga asal.

Acara pecah tanah projek veledrom mini di Dungun tahun lepas oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dan tak pelik, selepas sesuatu projek itu siap, yang terlibat dengan tender berkenaan akan dapat ’durian runtuh’, hidup senang, pakai kereta mewah, dapat rumah besar dan pergi melancong ke luar negara.

Lapor Kosmo hari ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said amat terkejut dengan peningkatan kos terlalu ketara pembinaan velodrom mini di Dungun, Terengganu sehingga mencecah RM36 juta iaitu 12 kali ganda daripada kos sepatutnya sebanyak 3.5 juta.

Ahmad juga pelik bagaimana kos pembinaan kemudahan sukan itu boleh melonjak begitu ketara dan menyifatkan ia tidak rasional dan perlu diteliti semula kerana perbezaan daripada kos asal yang sangat ketara.

Sambil menegaskan supaya kos pembinaan velodrom tersebut mengikut ketetapan asal, Ahmad mahu pihak yang terbabit, terutamanya Jabatan Kerja Raya supaya mengkaji semula tentang perkara itu.

“Memang saya terkejut... sebab itu saya mahu ia dikaji semula,” kata Ahmad di Kuala Terengganu kelmarin.

Sebelum ini, kos asal pembinaan velodrom mini yang dicadangkan Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN) dianggarkan sekitar RM3.5 juta.

Ahmad menambah, pihaknya menyerahkan kepada JKR untuk menetapkan pelan atau reka bentuk velodrom mini itu agar bersesuaian dengan jumlah kos seperti mana perancangan asal.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong turut menyifatkan kos projek tersebut amat tinggi.






“Kos pembinaan velodrom mini itu amat tinggi memandangkan kita hanya mahu membina sebuah velodrom biasa untuk dijadikan pusat latihan serta venue pertandingan peringkat tempatan,” katanya.

Dalam hal demikian, tak mustahil pembinaan velodrom mini berkenaan ada unsur-unsur rasuah. SPRM tidak boleh berdiam diri dan diminta siasat segera agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab tidak sesuka hati melonjakkan kos sesuatu projek demi keuntungan kantong peribadi orang-orang tertentu.




Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat......

on Mar 11, 2011



Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/mercutandakemaman1.jpg



KUALA TERENGGANU - Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno kali yang kedua yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu, rakyat perlu penjelasan yang munasabah berkenaan isu-isu besar yang belum terjawab sehinggan kini

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kijal

Ketika ADUN Kijal Dato' Seri Ahmad Said disebut-sebut, akan menggantikan ADUN JertehDato' Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.

TV3 menyiarkan berita tentang seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan terhadap perlaksanaan tiga projek; Mercu Tanda Kemaman, Pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.

Pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005), Majlis Perbandaran Kemaman telah mengeluarkan tender cadangan membina Mercu Tanda Kemaman yang terletak Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, Terengganu, berhadapan dengan Balai Bomba daerah Kemaman.

Tender tersebut telah dibida oleh sebuah syarikat; ZHA Development Sdn. Bhd.(ZHADSB) yang beralamat di K03, Lot 3195k, Tingkat Dua, Komplek Permint Harmoni, Jalan Batas Baru dengan harga RM3.99 juta

Salah seorang pemilik ZHASB adalah Ahmad Zubir Azhari, selain Din Jusoh dan Haslina Abdul Rahim.

Nama Ahmad Zubir Azhari muncul dalam semakan bersama senarai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, memegang jawatan Bendahari

Mercu Tanda Kemaman telah disiapkan ZHASB sekitar tahun 2006, namun tidak berapa lama kemudian ia telah rosak dan tidak dapat berfungsi langsung.

Menteri Besar dan kerajaan negeri Terengganu perlu memberi penjelasan mengapa TV3 telah menyenarai pembinaan Mercu Tanda Kemaman sebagai salah satu projek yang melibatkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh ADUN dari Kijal.

Oleh kerana ianya melibatkan wang rakyat jutaan ringgit dan tuduhan tersebut telah disiarkan secara terbuka, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil dan memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sekiranya ADUN terbabit tidak melakukan sebarang rasuah atau penyelewengan, SPRM perlu bertindak ke atas TV3 yang telah menyiarkan berita 'bohong ;lagi palsu' kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai.

Menteri Besar dan kerajaan Terengganu juga perlu memberikan secara terperinci bagaimana binaan monumen tersebut yang hanya melibatkan batu, pasir, simen dan besi menelan kos RM3.99 juta.

Begitu juga dengan dua kes lagi yang disiarkan oleh TV3 iaitu Pembinaan Dewan Seri Amar dan Bandar Baru Kijal.

SPRM perlu membersihkan nama ADUN Kijal dan mengambil tindakan ke atas TV3 sekiranya tidak ada sebarang perlakuan rasuah dan pemyelewengan yang berlaku.

Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kemasik?

PAS YAKIN TAWAN SEMULA TERENGGANU.......???

on Jan 12, 2011

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/DSC_3051a.JPG
PAS berkeyakinan tinggi mampu menawan kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan ‘mood’ rakyat yang kini marahkan kerajaan, rentetan kenaikan harga petrol sekali gus menyebabkan beberapa barangan keperluan harian turut melambung tinggi ketika ini. 

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Chukai, Hanafiah Mat berkata, rentetan kenaikan harga petrol, beberapa barangan keperluan termasuk bawang naik mendadak sehingga rakyat semakin susah dan menderita. 

Katanya, kenaikan harga barang yang bertembung dengan musim pembukaan sesi persekolahan baru menyebabkan rakyat semakin terbeban disebabkan di sesetengah sekolah, yuran persekolahan turut naik. 

“Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat pada awal tahun ini cukup hebat dengan bahang kenaikan harga barang. Malah, rakyat juga semakin tidak yakin dengan sistem pengurusan Kerajaan Negeri yang berkecamuk. 

“Paling teruk, pertukaran pegawai kanan Kerajaan Negeri pada tahun lalu. Pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai kanan ini sehingga ada yang melangkau beberapa gred turut mencetuskan rasa tidak puas hati,” katanya yang memantau kerja persiapan program Himpunan Kebangkitan Rakyat bertemakan Pas Ganti UMNO di Dataran Tok Guru, di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, berdasarkan beberapa faktor berkenaan, Pas yakin mampu meraih sokongan daripada golongan pegawai, rakyat kelas sederhana (yang terbeban dengan fenomena barang naik) dan pengundi atas pagar.

Katanya, rakyat juga sudah muak dengan isu perbalahan antara pemimpin UMNO negeri yang tidak berkesudahan sehingga sekarang. 

“Justeru, Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan dalam tempoh 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat, kami akan menyelesaikan segala masalah mereka. 

“Dalam 100 hari mendapat mandat rakyat kami akan merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, setakat semalam persiapan bagi menjalankan program mega itu telah siap kira-kira 95 peratus.

Panas! Terengganu runtuh lagi.......???

on Jan 9, 2011






Tak serik-serik membahanakan wang dan nyawa rakyat sendiri. Memang patut pun orang gelar ‘Darul Runtuh’ bahkan rakyat Terengganu sendiri pun tumpang sekaki gelarkannya. Bukan kerana mahu hinakan negeri sendiri tapi bosan dengan karenah pemimpin sendiri yang bangsat taruhkan nyawa mereka dan bazirkan duit rakyat.

Kalau satu bangunan aje yang runtuh, takdaklah sampai orang cuak sangat tapi kalau dah berderet yang runtuh, dah pasti ada benda yang tak kena dengan pemerintah bangsat BN. Yang paling masyhur, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang tak sampai setahun digunakan telah pun runtuh tanpa ada gempa bumi atau bencana lain yang mengakibatkan berlakunya runtuhan berkenaan. Namun, belum lagi stadium berkenaan dibaik-pulih, ada satu lagi binaan di negeri berkenaan runtuh. Memang betul-betul ‘Darul Runtuh’. Woi! hangpa ni tahu perintah ke tak. Sembang cam hebat je.

Awal pagi semalam, satu kejadian runtuh telah berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Kejadian itu berlaku terhadap satu lagi projek membazir BN yang berhadapan dengan Bazar Warisan, berhampiran Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Projek yang dimaksudkan itu ialah pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang yang dilihat baru sahaja siap untuk digunakan.

Rakyat Terengganu bernasib baik lagi kerana tidak ditimpa pondok rehat untuk berteduh itu kerana ianya berlaku waktu pengunjung belum lagi tiba di kawasan tumpuan orang ramai berkenaan. Sama juga kejadian stadium runtuh di Gong Badak yang juga kebetulan tiada orang yang hadir. Kalau tak, dah berapa ramai dah rakyat Terengganu yang ditimpa malapetaka yang sengaja ditempah oleh pihak pemaju yang diluluskan kerajaan BN Terengganu.

Pondok rehat yang dihias dengan ukiran kayu itu hanya cantik dan megah dari segi pandangan mata semata-mata tapi kualitinya boleh dipertikaikan. Seorang wakil WarkahDaily yang kebetulan berada di tempat kejadian memberitahu mungkin pondok kayu yang cantik itu runtuh hanya ditiup angin monsoon yang bertiup di negeri pantai timur itu. Kalau kerana angin dah runtuh, bagaimana kalau ada berlakunya gempa bumi?

Menurut wakil WarkahDaily itu lagi, sebelum kejadian runtuh itu berlaku,mungkin tiada siapa tahu bagaimana tiang pondok rehat itu dibina dan dipacak pada bumi hanya sekadar bersandarkan kepada sebatang besi konkrit sebesar ibu jari bagi setiap tiang, namun Allah maha berkuasa untuk membongkarkan rahsia kroni-kroni BN b$angsat yang dapat projek itu.

Wakil WarkahDaily berkata, tiang yang hanya dicucuk dengan sebatang besi sebesar ibu jari tangan ditengah-tengah tiang berkenaan, kemudian ianya dikelirukan dengan sedikit simen di sekeliling tiang tidak mampu untuk menahan bebanan kayu dan atap pondok berkenaan yang berat.

Bagaimana mungkin hanya sebatang besi yang halus dilekatkan bawah setiap empat tiang itu bagi menahan keseluruhan berat pondok yang diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan atap genting itu untuk bertahan?

Menurut seorang pengunjung yang ditemui wakil WarkahDaily di tempat kejadian, beliau menyebut inilah koleksi kebanggaan pembangunan kerajaan BN yang selalu runtuh sambil menyatakan, projek itu sekadar untuk memuaskan tembolok kroni-kroni yang begitu rakus membolot harta rakyat.

Seorang lagi pengunjung awal ke Pasar Kedai Payang berkata, “runtuh lagi”.

“Inilah cara pemimpin Umno dapatkan wang rakyat untuk kenyangkan perut mereka”, kata pengunjung berkenaan kepada wakil WarkahDaily.

Rakyat Terengganu kena buka mata dalam pilihanraya akan datang agar tiada lagi kejadian bangunan runtuh di negeri berkenaan, tambah pengunjung yang tidak mahu dikenali itu.

Yang menjadi persoalan, kenapa pemaju yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan boleh menggadai nyawa orang ramai semata-mata mahu mengaut keuntungan lebih dari projek berkenaan. Padahal tiada gegaran gempa bumi di negara ini yang menyebabkan pondok berkenaan runtuh. Setakat ini, pihak WarkahDaily belum mendapat kepastian berapa kos yang dibelanjakan untuk satu pondok rehat berkenaan. Tak mustahil jika ianya ratusan ribu ringgit bahkan tak mustahil keseluruhan projek memakan jutaan ringgit.

Atas kertas belanja jutaan ringgit tapi bila laksanakan projek, bahan binaan yang digunakan tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya maka dapatlah lebihan kos projek masuk poket kroni BN.

Apakah pemimpin Umno Terengganu belum serik dengan apa yang dilakukan oleh MB sebelum ini dalam mengkucar-kacirkan Terengganu? Apakah hanya mahu menjaga tembolok jahat pemimpin-pemimpin Umno-BN semata-mata sehingga mengadaikan nyawa rakyat dan membazir wang rakyat.

Kalau itulah cara pemimpin BN memerintah negeri berkenaan, apa sebab nak bangga sangat dengan pembangunan yang diwar-warkan itu. Nak bangga apa kalau selalu runtuh.

WarkahDaily

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List