Showing posts with label Hal Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Hal Parlimen. Show all posts

Di sebalik penolakkan Speaker

on Apr 7, 2011







Rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang tidak akan ditayang di Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Katanya beliau tidak akan membenarkan Dewan Rakyat digunakan oleh mana-mana individu untuk kepentingan peribadi atau agenda politik.



"Pendapat saya mengenai hal ini adalah begini, iaitu sewaktu mesyuarat ahli-ahli Yang Berhormat adalah dilarang untuk menggunakan perkara-perkara yang dilarang oleh Peraturan Mesyuarat seperti 'unparlimentary words' atau tuduhan yang tidak berasas.



"(Jika) yang itu pun tidak dibenarkan mesyuarat, macamana saya boleh membenarkan dalam Parlimen untuk tayangan satu perkara yang pertama melanggar Peraturan Mesyuarat (dan) sengaja di bawa ke Dewan Rakyat, kedua dalam Islam itu adalah perkara yang haram.



"Jadi saya ingatkan Yang Berhormat kalau berpolitik, berpolitiklah di luar sana sewenang-wenangnya. Dalam Dewan ini kita dipandu oleh etika-etika tertentu, jangan oleh kerana kepentingan politik individu menjustifikasikan tindakan dahulu, lepas itu menggunakan wakil rakyat sebagai pelindung," katanya.



Terdahulu Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) bertanyakan pendirian Pandikar mengenai cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh agar video seks itu ditayangkan di Parlimen memandangkan anggota Parlimen mempunyai imuniti yang melindungi mereka daripada sebarang liabiliti jenayah.



Bagaimanapun Pandikar berkata beliau akan mengambil tindakan sewajarnya jika menerima usul daripada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang yang membangkitkan perkara itu.



"Tetapi dalam soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat (Ibrahim) itu saya tidak ada menerima usul dari mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan atau pembangkang yang membangkitkan perkara ini dan kalau ada usul di bawa di depan saya, saya akan mengambil tindakan.



"Yang dibincang dalam Dewan Rakyat ini ialah hal-hal rakyat dan perbincangan itu ada kaitan dengan usul, kalau sesuatu perkara itu mustahak dan perlu disegerakan ia di bawa di bawah usul mesyuarat 18 (1) dan terpulang kepada saya menolak atau tidak.



"Kalau hal itu berkaitan dengan hal lain maka usul juga di bawa dan peraturan mesyuarat 26 dan 27 ada kaitan iaitu notis 14 hari kalau bukan tujuh hari. Kalau usul di bawa oleh menteri mengenai kepentingan rakyat maka sehari atau 24 jam (adalah) memadai," katanya.



Pandikar berkata beliau juga tidak akan yang memberi sebarang kenyataan akhbar di luar Dewan mengenai sebarang isu yang tidak berbangkit di dalam Dewan.



"Saya dikejar oleh pemberita mohon pandangan saya kepada soal begini, saya tidak memberi kenyataan akhbar di luar, saya tidak pun menjawab atau respon kepada permohonan pemberita, bukan saya sombong atau apa.



"Kalau ada pemberita-pemberita yang buat liputan ini, lain kali tolong, saya mohon jangan minta pendapat saya mengenai soal-soal politik di luar sana.



"Saya seringkali nyatakan tugas Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua adalah seperti hakim mahkamah, takkan perkara yang belum sampai ke meja hakim, hakim terus menjatuhkan hukuman walaupun akhbar atau individu telah mengatakan bahawa satu pembunuhan berlaku, begitu juga hal Dewan Rakyat," katanya.



Mengenai imuniti yang melindungi anggota Parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah, beliau berkata: "Kalau perkara itu ada hubung kait dengan tugasnya sebagai ahli Parlimen maka pada pendapat saya barulah imuniti 'Parlimentary privilege' itu boleh digunakan," katanya.- Bernama


Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran........???

on Dec 24, 2010

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.
Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan menafikan Ketua Pembangkang itu hak membela diri.
Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel bukan benda baru.

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.
"Yang kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).
"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen," kata Aziz Bari.
Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.
Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.
"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.
Nazri semalam mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.
Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.
Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan. Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu. 
tvs

PAS mohon tangguh rang undang-undang pengangkutan

on Dec 23, 2010

PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.

"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.


Sumber  :-  MalaysiaKini

on Dec 17, 2010

PETALING JAYA 17 DIS: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan berkenaan kekecohan di Parlimen semalam apabila usul meminta Speaker menarik diri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya kecewa kerana Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan pihak Pakatan Rakyat memberi penerangan terhadap isu yang dibangkitkan.


"Tapi operasi mereka sebelum itu adalah Myteam. Malaysian Insider beri keterangan jelas wakil Apco menasihat Najib tentang 1Malaysia. Tiada penafian dari Najib. Apco nafi terbabit dengan Israel. Saya buktikan dokumen kerajaan Israel dengan Apco. Apa isunya? Isunya Umno tuduh orang lain agen Yahudi, tapi mereka sendiri meterai perjanjian," kata Anwar.

Turut Hadir ialah Karpal Singh, Datuk Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Ali, Dr Lo'Lo Ghazali, Tian Chua, R Sivarasa, Yusmadi Yusuf dan Datuk Johari Abdul.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpengkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri(PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit.

Jelas Anwar, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dihukum kerana sentuh surat Apco. Dia tidak menyiarkannya pun. Apa apco ini? Dewata raya ka? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," kata Anwar.

Parlimen - Akhirnya Anwar Digantung 6 Bulan

on Dec 16, 2010








Parliament suspends Anwar Ibrahim for 6 months over APCO issue.

All Pakatan MPs walked out from Dewan as motion to suspend Anwar was passed without debate.

Karpal Singh says to take Dewan Rakyat Speaker to court over misuse of power in suspending PR lawmakers.

Usul gantung DSAI - Dewan Rakyat Tegang - Ramai polis di luar Dewan

on

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.29am: Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya “undur diri” kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana “kepentingan lain”.

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan “Apco-Umno” semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, “Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!”

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit “Apco-Umno” berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.


Malaysiakini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List