Showing posts with label Hal PilihanRaya-Galas. Show all posts
Showing posts with label Hal PilihanRaya-Galas. Show all posts

PAS bedah siasat gagal pertahan Galas

on Nov 5, 2010


PAS akan melakukan bedah siasat terhadap kegagalan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.
Biar pun begitu jentera pilihan raya PAS Kelantan berpuas hati dengan gerak kerja kempen yang dijalankan dan bantuan jentera dari luar serta rakan-rakan dari Pakatan Rakyat.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, kesungguhan ditunjukkan jentera kempen begitu memberangsangkan sekali sehingga ramai tenaga dari luar datang membantu.
“Namun kita juga mengesan ada penyokong di peringkat Unit Peti Undi (UPU) tidak keluar mengundi mungkin berpunca dari masalah tertentu.
“Kegagalan mereka keluar mengundi menyebabkan prestasi pilihan raya umum lalu gagal dipertahankan,” katanya di sini.
Pada pilihan raya kecil hari ini calon Barisan Nasional (BN),  Abdul Aziz Yusoff mendapat 5,324 undi, manakala calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed memperolehi 4,134 undi.
BN mendapat majoriti sebanyak 1,190 undi. Dan peratusan keluar mengundi sebanyak 83 peratus.
Keputusan rasmi pilihan raya tersebut diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Galas, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid.
Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, faktor peningkatan ketara pengundi Orang Asal kepada BN kerana  penglibatan secara langsung agensi kerajaan terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela di penempatan mereka.
Katanya, penglibatan secara langsung agensi kerajaan terbabit dengan mengawal sepenuhnya masyarakat Orang Asal menyebabkan mereka tidak berani memberi sokongan kepada calon PAS.
“Biar apa pun PAS akan melakukan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan undi pada pilihan raya kecil ini. Selain jentera kerajaan pusat kita perlu lihat ada faktor sampingan lain,” ujarnya.                                                              

Dari Galas :- Analisa dan Predction Awal......???

on Nov 4, 2010

http://interaktif.mstar.com.my/getattachment/6b574593-8e62-4a24-9bf5-7b4e0af79662/012564738.aspx?maxsidesize=600
Gambar Hiasan

PERKEMBANGAN terbaru dan juga dari permerhatian dari beberbagai sudut, ternyata Pas berat untuk menggalas harapan bagi mengekalkan kerusi Dun Galas. ternyata penampilan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarAh pilihan raya memberi masalah kepada Pas. Walaupun pengaruh dan populariti Tengku Razaleigh sudah merosot, namun nostalgia mengenai kehebatannya di Galas kubu kuatnya itu masih terasa.

Paling jelas sekali ialah bagaimana tengku Razaleigh menguasai Tok Batin-Tok Batin Orang Asli. Undi Orang Asli yang seBelum ini meloncat hampir 100% kepada beliau kini kembali pulih. Orang Asli mempercayai semula kepada janji Tengku Razaleigh yang meletakkan calonnya Abdul Aziz Yusuf sebagai 'kuli' baru Tengku Razaleigh di Galas.

Dipercayai pada pilihan raua hari ini UBN menguasai undi Orang Asli melebih 90%. Ini bermakana Pas sekali kalah teruk di kesemua peti undi di kawasan Orang Asli.

Begitu juga dengan orang Melayu khususnya golongan muda yang sebelum ini tidak begitu mengingati Tengku Razaleigh tetapi kini mereka kembali mengingatinya semua. Mungkin kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah.
Pengundi dari saluran 1 - orang tua masih banyak mengenang dan malu mata dengan Tngku Razaleigh.

Adalah dipercayai Pas sukar untuk meraih sokongan undi Melayu lebih dari 50% undi dan ini menyukarkan Pas untuk menang.

Apa yang mengejutkan keputusan bakal diumumkan kira-kira tiga jam lagi ialah mengenai undi orang Cina. Sebelum ini semua orang optimis, Cina akan memberi undi kepada Melayu. Penurut sumber bilik gerakan UBN di Bukit Cekati pengundi Cina beralih angin sejak 48 jam lalu. Sebelum ini pemerhati mengira Pas akan berjaya menguasai undi Cina hingga 85%.

Keadaan i ni katanya tidak terjadi. Cina sudah beralih angin disaat-saat akhir ini menyebabkan undi Cina tidak berjaya untuk menimbus undi Orang Asli. Mulanya Pas menjangkakan undi Cina akan menimbuskan undi Orang Asli sehingga 50 hingga 60%. Kegagalan undi Cina menimbus undi Orang Asli ini menyebabkan Pas menghadapai kesusutan undi sekitar 600 hingga 700 undi
Kegagakan Pas meraih undi Cina melebih 80% memberi naas kepada parti berkenaan.

Saya mebuat perikaraan mudah untuk melihat bagaimana keputusan pilihan Galas nanti sekiranya momentun dan dapatan di atas tadi benar.

Sekiranya peratus mengundi keluar sekitar 80% ini bermakna kira-kira 9,000 orang pemilih keluar mengundi. Eceran daripaa itu saya mengira Pas mendapat undi Melayu bawah 48% undi atau sebanyak 3,400 manakala undi untuk UBN 3,700 undi. Undi Cina Pas dijangka akan mendapat sekitar 70% undi atau di bawah 65% undi atau 1,600 undi paling ntinggi, manakala UBN pula mendapat 500 undi. Sekiranya berlaku peralihan angin ini bermakna UBN dapat meriah undi Cina hampir 800 undi.

Bagi undi Orang Asli Pas mendapat paling tinggi 10% undi iaitu kira-kira 150 undi berbanding dengan UBN bakal menerima 1,650 undi.

Untuk undi Orang India Pas akan meraih sebanyak 20% undi atau 40 undi manakala UBN akan memperolehi sebanyak 140 undi.

Jumlah undi keseluruhannya Pas bakal memperolehi sebanyak 4,200 undi manakala UBN dijangka memperolehi sebanyak 4,800 undi. Ini bermakna UBN akan menang selesa sekitar 600 undi hampir menyamai majoriti yang diperoleh Che Hashim Sulaima dalam tahun 2008, 646. Majoriti di bawah 1,000 ini tidak akan memnberi erti banyak kepada Tengku Razaleigh yang mengharapkan undi untuk UBN akan berganjak hampir dua kali ganda, iaitu atas 1,000 undi.

Anagka ataupun dapatan ini berdasarkan pengamatan dan maklumat terpeinchi mengenai jumlah pengundi dan peratusnya masih belum dikeluarkan. Perkiraan ini berdasarkan permehertian dan dikira peratus mengundi 80% sahaja. Angka ranalan ini akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi terganjak dari apa yang diramalkan itu.


Mohd Sayuti Omar(MSO)

Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar......???

on




(Harakahdaily) - Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi  atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.
Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.
Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.
Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.
 "Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.
Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam.

Galas: 69.88 peratus keluar mengundi

on



4.28pm Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.

3.57pm Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS mendapat petunjuk yang baik berkaitan peluangnya untuk memenangi pilihan raya itu.

Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Halim berkata, andaian itu berdasarkan maklumat yang diperolehinya bahawa lebih 95 peratus pengundi luar didapati pulang ke kawasan untuk mengundi.

3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 66.23 peratus telah keluar mengundi.

2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. 

Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

1.45pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

'Budak sekolah balik rumah'

NONE
1.26pm Pada jam 12,30 tadi, kelihatan barisan panjang di bilik operasi BN di Bukit Cekati. Kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi untuk mendapatkan RM250.

1.16pm Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pemilihdibenarkan memasuki pusat pengundian dengan memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia.

12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi.

NONE
"Budak sekolah, budak universiti balik ke rumah," laung seorang penyokong BN yang memakai tudung merah jambu.

Ini disahut dengan, "budak tak sekolah balik ke rumah," daripada penyokong PAS.

Pemandu yang lalu lalang di kawasan berkenaan terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan berkenaan memandangkan keadaan jalannya yang menjadi sempit.

Langit cerah, helikopter berlegar

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

NONE
10.55am Pengerusi MCA Kelantan Dr Ng Yen Yen berkata beliau yakin kejayaan akan memihak kepada BN kerana rakyat tempatan mahukan perubahan.

"Mereka mahu kemajuan dan mereka mahu konsep 1Malaysia menjadi kenyataan," kata Ng kepada pemberita di luar SK Gua Musang di Bandar Lama Gua Musang, kawasan campuran Melayu dan Cina.

10.55am Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

Gear 2 naik bukit

10.15am Pemilih terpaksa berjalan 300 meter mendaki jalan yang curam ke pusat pengundian.

Ramai mengadu keletihan, terutamanya wanita mengandung dengan anak kecil dalam dukungan untuk berjalan ke SK Sri Wangi.

"Rehatlah dulu, sekejap lagi nak masuk gear dua," keluh mereka.

NONE
10.14am Di Sg Terah, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa tiba, bersalaman dan kelihatan berseloroh dengan Ahmad Maslan.

"Pertandingan persahabatan," kata Ahmad.

10.03am Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain insiden di SM Tengku Indera Putra, suasana tenang di tempat lain.

Ahli parlimen pontian itu berkata penyokong BN mengalami kececeraan ringan.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Ahmad berkata, kedua-dua pihak telah bersalaman dan berbaik semula selepas kejadian itu.

Mustapha: Penyokong dia nampak lebih ramai

10.02am Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. 

Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

NONE
9.49am Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed berkata proses membuang undi hari ini bermula perlahan.

"Tapi kita tengoklah nanti," katanya ringkas ketika ditemui di luar SK Seri Wangi.

"Penyokong dia (PAS) nampak lebih ramai dekat sini," katanya lagi ketika meninjau kumpulan penyokong berkenaan.

Beliau juga berkata, jalan utama di simpang yang menghala ke sekolah berkenaan juga terlalu sempit.

9.51am Setakat jam 9 pagi, peratusan keluar mengundi di Galas sebanyak 9.93 peratus. Sebanyak 1147 telah membuang undi. Ini tidak termasuk di enam kawasan orang asli.

Hadang dengan Landrover
9.18am Lebih seratus orang telah membuang undi di SRJKC Gua Musang sejak peti undi itu dibuka sejam lalu.

Sedikit ketegangan berlaku berhampiran SK Gua Musang, di Bandar Lama (kawasan campuran) apabila penyokong PAS melintas kawasannya, mengundang kemarahan penyokong Umno.

Polis menggunakan Landrover sebagai penghadang kepada dua kumpulan yang rancak berperang mulut.

SK Gua Musang, kawasan tumpuan, 600 orang daripada PAS dan BN berkumpul sejak pagi.

8.45am Nik Aziz dan calon PAS Zulkefli menghabiskan kira-kira 10 minit di SRJKC. Ramai mengambil kesempatan bergambar dengannya. Pengarah Strategik PKR turut tiba lima minit kemudian.

NONE
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi Umno negeri Mustapha Mohamad berlegar sekitar kawasan penyokong BN.

'Penimbang lama' lawan 1Malaysia

8.35am Penyokong PAS kelihatan jauh melebihi penyokong BN di sepanjang jalan menuju SK Sri Wangi.

Mereka mengejek penyokong BN yang agak senyap sebagai 'penimbang lama'.

Sementara itu, kelihatan beberapa pemilih memakai kemeja-T bertulis 1Malaysia di SK Gua Musang dan SRJKC Gua Musang.

NONE
8.26am Seorang penyokong PAS berpakaian Briged Muslimat menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kuat kepada SPR dengan mendakwa tidak membenarkan petugas Pakatan Rakyat memasuki kawasan yang ditutup sekitar SMK Agama di Taman Mawar.

8.25am Calon PAS Zulkefli meluangkan kira-kira 10 minit bertegur sapa dengan pemilih, pegawai polis dan kakitangan pilihan raya.

NONE
Beliau meninggalkan tempat itu dengan laungan takbir daripada penyokong PAS.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua penyokong menyebabkan polis dan pegawai SPR menjarakkan lagi kedudukan penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden tercetus. 

Pagi mendung 

8.15am Di SK Gua Musang - salah satu pusat pengundian di Kampung Baru Gua Musang - penyokong PAS yang berkumpul kelihatan memakai baju bertulis 'PAS for All, manakala penyokong Umno pula membawa poster bertulis 'PAS Penipu'.

azlan
8.02am Cuaca di Galas sedikit mendung. Bagaimanapun, tiada hujan lebat seperti malam tadi.

Di pusat pengundian SK Tengku Muhammad Fakhry Petra, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zulkefli ditentang calon BN Abdul Aziz Yusof dalan pertembungan satu lawan satu.

Zulkefli menggalas beban berat di DUN itu ekoran Galas merupakan antara kubu kuat Umno yang berjaya ditawan PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kejayaan dalam pilihan raya ini tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kawalan PAS di DUN. Parti itu kini menguasai 38 daripada 45 kerusi di Kelantan. 

Manakala sekutunya PKR mendapat satu dan Umno sebanyak enam.

Dun Galas : Habuan Pilihanraya.... Ratusan Lagi Beratur Untuk RM250.

on









Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. 


Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. 



Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.



Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.



Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.



Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.



Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.




76.23 Peratus Sudah Mengundi



3.27pm Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi.


2.15pm Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang. 



Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

Terkini: Info Pilihan Raya Kecil Batu Sapi & Galas

on






SPR Tetap Gunakan Helikopter Angkut Peti Undi
GUA MUSANG [3.43 pm] - Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galasditutup pada 1 tengah hari tadi kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter. Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu. Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dipercayai tiba pada 2 petang tadi.

Galas: SPR Kesal Penyokong Luar Buat Provokasi

GUA MUSANG [3.30 pm] - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar meluahkan rasa kesal dengan kekecohan yang berlaku ketika proses pembuangan undi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bermula pagi ini. Beliau berkata, berdasarkan laporan awal, kekecohan berpunca daripada provokasi melampau oleh ‘orang luar’ yang menyokong kedua-dua parti bertanding. "Kekecohan berkenaan bukanlah dicetuskan oleh penduduk tempatan sebaliknya melibatkan penyokong dari luar yang saya rasa mereka ini tidak memahami budaya tempatan. "Mereka tidak ada perasaan malu kepada penduduk tempatan. Inilah akibatnya... semua nak tunjukkan kekuatan,” katanya

Peratusan Keluar Mengundi Kini Mula Bertambah

KUALA LUMPUR [3.30 pm] - Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi. Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari tadi.

Pengundian Di Batu Sapi, Galas Bermula Perlahan

SANDAKAN [2.30 pm] - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas agak “perlahan” dalam tempoh satu jam pertama. Sehingga pukul 9 pagi tadi hanya 14.68 peratus atau 3,756 pemilih di Batu Sapi, manakala 9.93 peratus atau 1,147 pemilih di Galas telah keluar mengundi, katanya. Bagaimanapun katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian setakat ini dan berharap jumlah mereka yang keluar mengundi meningkat pada tengah hari dan petang. Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi di Batu Sapi, manakala pengundian secara pos diadakan pada Selasa dan semalam. Galas pula mempunyai 11,553 pengundi berdaftar. Keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan seawal 8 malam ini.
PDO

Terkini! Galas: Tumpuan Kini Kepada Undi Orang Asal.......!!!

on

Empat pusat pengundian di kawasan pedalaman bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas ditutup pada 1 tengah hari ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Setakat 1 tengah hari, seramai 55.75 peratus atau 6,441 orang telah selesai mengundi.

Pengundian bermula pukul 8 pagi tadi.

Empat pusat pengundian yang ditutup itu ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai dan Pos Balar atas faktor kesemua kertas undi di kawasan itu perlu dibawa keluar menggunakan helikopter.

Menurut SPR seramai 924 penduduk Orang Asli menjadi pengundi berdaftar di empat kawasan itu.

Kesemua peti undi itu dihantar ke pusat pengumpulan peti undi dan penjumlahan undi yang terletak di Dewan Sivik Gua Musang di sini. Helikopter dijangka tiba pada 2 petang ini.

Keputusan pilihan raya kecil itu dijangka diumumkan pada 8 malam ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September akibat barah usus.

Pertandingan di DUN Galas membabitkan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

DUN Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar.

Pandangan Luar Pas Sudah Atasi UBN Di Galas......???

on

PEMERHATIAN umum meletakkan dari segi moral, semangat dan sokongan Pas telah mengatasi BN di Galas. Boleh dikata di semua 12 saluran pengundian, Pas mendominasi dengan kehadiran jumlah penyokong dan perayu undi yang ramai.

Hanya di beberapa pusat pengudian saja kelihatan jumlah penyokong sama ramai. Ketika ini bandar Gua Musang dilaporkan telah sesak teruk. Ini berikutan kenderaan luar dipercayai pengundi luar sudah dibawa masuk ke Gua Musang.

Sementara menurut seorang Adun Pas yang bertanggungjawab mengawal sebuah pusat pengundian ramai anak-anak muda yang balik mengundi mendatangi ke pejabat Pas untuk mengambil wang perbelanjaan. Tawaran yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Pas untuk pilihan raya kecil itu, Abdul Halim Abdul Rahman untuk membiayai perbelanjaan menjadi tarikan. Halim menawarkan RM200 untuk penmgundi di Kuala Lumpur dan RM250 untuk pengundi di Johor.

Kira-kira 1,200 pengundi yang dikenal pasti berada diluar dan dipercayai Pas menguasai lebih 50%.

"Ada yang datang berseluar jens dan rambut gendrong dan jika dilihat kepada air muka mereka mengundi Pas," kata Adun berkenaan.

Mereka datang menuntut wang perbelanjaan itu sesudah mereka selesai menunaikan kewajiban.

Tuntutan wang tambang pulang mengundi bukan saja di pihak Pas tetapi UBN juga menyediakan peruntukan sama tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Mana-mana pengundi yang tergamak mengambil kesempatan dipercayai tuntutan akan diperolehi sehingga RM500 sekiranya mereka menyengat di kedua-dua parti.
MSO

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List