Showing posts with label Hal Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Hal Rakyat. Show all posts

HIDUP IHSAN GEREJA...?

on Aug 7, 2011



Nur, ibu empat anak, hidup ihsan gereja


Mana pergi duit zakat yang berjuta-juta dapat setiap tahu. Mana pergi orang jabatan agama islam,  mana pergi mufti yang dapat gaji beribu-ribu setiap bulan. Berilah hak orang fakir miskin ni. Janganlah pandang kabel. Tak takut ke disoal di akhirat nanti.
Inilah hasilnya apabila lebih 50 tahun memerintah....




BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.



BONUS 2 BULAN....?

on Aug 5, 2011


Tahun lepas pun 2010 minta 2 bulan gaji juga untuk kakitangan kerajaan, tetapi yang hakikinya dapat RM1000.00, itu pun dua kali bayar..... Nasib baiklah Kerajaan DAP Pulau Pinang mulakan dahulu bayaran buat kakitangan kerajaan negeri,,, Najib yang malu alah terpaksa jugalah bagi..

Tahun ni kat PRU 13,, bila lagi nak merasa sedikit duit lebihan,,, mintalah 3 bulan atau 5 bulan,, nii minta 2 bulan juga,,, mana mungkin Najib nak bagi 2 bulan,,, 1/2 bulan pun sakit........asyik Rosmah saja dok perabih,,, kakitangan dok langut tengok tepuk tangan ramai-ramai Rosmah pi shopping beli cincin permata 24 juta.......

Kesian juga bila dok dengar keluhan Datuk Omar ni.... "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini...

Lagi satu... mentang-mentang dah dapat Datuk.... nampaknya sebelum ini kakitangan bawahan sehingga gred 54 sahaja yang dapat, tetapi kali ini golongan yang lebih dari 54, jusa-jusa orang-orang elit dalam kakikatangan kerajaan pun dapat juga,,, bagi aku tak payahlah,, depa semua gaji dan 7-8 ribu sebulan, elaun keraian dan bermacam-macam elaun dapat, anak-anak semua dah besar panjang, tak ada tanggungan lagi kebanyakannya.. tunggu masa nak pencen belaka... tak payahlah,,, itu pasal bila patut pencen pun nak sambung kontrak lagi.... tutup peluang orang bawahannya...

Aku dok nampak, sekarang ni Najib lebihkan orang Felda daripada Kakitangan kerajaannya sendiri,,, apa kena ni.. sebab kakitangan kerajaan sokong pembangkang ka....



Fomca pertahankan peraturan baru jual kereta

on Jun 9, 2011



NONE
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mempertahankan pindaan Akta Sewa Beli 1967 yang mewajibkan semua kenderaan terpakai melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum boleh dipindah milik berkuatkuasa 15 Jun ini.

Naib presidennya K Koris Atan berkata pindaan itu akan memberi manfaat kepada pengguna dan menjamin hak mereka mendapatkan maklumat dan perlindungan keselamatan apabila membeli kereta terpakai.

Pengedar kereta terpakai yang membantah pindaan itu, kata Koris mungkin mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menjual kereta bermasalah dengan percubaan untuk menangguhkan penguat-kuasaan undang-undang itu.

Tindakan Undang-undang Ke Atas Polis Wajar Jika...

on Apr 15, 2011

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.

Menurut sumber, polis memberitahu kepada keluarga Ahmad Sarbaini bahawa hasil siasatan sudah hampir siap.

“Polis beritahu kepada keluarga siasatan sudah 70 peratus tetapi tidak beritahu apa perkembangan terbaru, sebaliknya saya difahamkan polis juga setiap hari datang ke rumah Ahmad Sarbaini,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun katanya, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat mengenai punca kematian.

Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini kini sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM atas sebab kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya penolong pengarah kastam membunuh diri.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini minggu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

“Keluarga Ahmad Sarbaini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM sekiranya hasil siasatan polis tidak memihak kepada mereka.

“Mereka mahu ambil tindakan undang-undang ini kerana mahu menuntut keadilan bagi Ahmad Sarbaini serta membersihkan namanya yang didakwa telah membunuh diri,” kata sumber itu.

Jelas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini tertekan apabila ada pihak termasuk media mengatakan dia membunuh diri dan menerima rasuah.

“Itu tidak benar, Ahmad Sarbaini tidak mungkin lalukan perkara itu. Kini keluarga berada dalam keadaan tertekan,” katanya.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima anak.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Sementara itu, peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Ghazali Mohd Ramli ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya tidak akan memberikan sebarang komen dalam perkara itu sebaliknya akan menunggu keputusan hasil siasatan polis.

“Saya tidak akan cakap apa-apa, kita biar polis jalankan siasatan dulu.

“Nanti kalau saya cakap apa-apa bimbang ia akan menggangu siasatan polis,” katanya.

Laporan media semalam menyebut polis telah mengambil keterangan daripada 40 individu bagi membantu siasatan kes kematian Ahmad Sarbaini.

Malah Ghazali juga berkata, pihaknya telah telah menyerahkan bukti baru, yang tidak dinamakan, kepada polis - yang dipercayai boleh menentukan sama ada Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana membunuh diri ataupun sebaliknya. -TMI

Ulasan GB

Demi kebenaran dan keadilan memang wajar untuk keluarga mangsa mengambil tindakan ke atas polis.

Pertama, belum pun selesai siasatan sudah dihebahkan "kononnya" Ahamad Sarbani terjun dan membunuh diri. Ia lambang tidak profesyenalnya polis.

Kedua, seperti ada sesuatu "cover-up", sama seperti kes Teoh Beng Hock. Rakyat yakin di dalam kes Teoh Beng Hock, polis dan SPRM tahu siapa pembunhnya tetapi sengaja tidak mendedahkannya tetapi melakukan cover-up sehinggakan terdedah banyak hal di dalam siasatan Suruhanjaya Diraja seperti wujudnya skrip kepada pihak yang dipanggil untuk disoalsiasat oleh Suruhanjara Siasatan.

Selain dari tindakan undang-undang ke atas polis, adalah wWajar bagi setiap rakyat memohon kepada Allah agar dikembalikan keadilan dan kebenaran dan setiap yang bersalah termasuk mana-mana pihak yang menyembunyikan kebenaran dan kebenaran diberikan balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kebenaran dan keadilan perlu diletakkan ke tempatnya yang wajar. Tiada siapa boleh memperrmainkannya.



http://greenboc.blogspot.com



Jangan kacau tanah kami, kata pemilik tanah Kg Baru

on Mar 15, 2011



PANAS!! Raja Nong Chik Khianati Penduduk Kampung Baru!!




Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai “rompakan secara senyap” untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu.

Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini.

“Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu.

“Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik,” katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider.
 

Zauriah Mat Nenggal menegaskan buat apa
kerajaan hendak mengacau tanah Kampung Baru.
 

Kata Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan.

“Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?” katanya.

Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut.

“Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan.

“Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati,” soalnya.

Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan.

“Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya.
“Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini,” katanya.

Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu.

“Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS... selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini.

“Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya,” katanya.

 
Salah satu kain rentang membantah cadangan
malaon Raja Nong Chik "merompak"
tanah Kampung Baru!
 
Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu.

“Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan,” katanya.

Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu.

“Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja... buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli.

“Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini,” katanya.

Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen.

“Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti.

“Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan,” katanya.

Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya.

Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu.

Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah.

“Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang.

“Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini,” katanya.

Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut.

“Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun.

“Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan,” katanya.

Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan.

“Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju.

“Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan,” katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu.

Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu.

“Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan.

“Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini,” katanya.

Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu.

“Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?” katanya.

Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar.




FOMCA : Kaji Semula Saman Ekor.....

on Dec 24, 2010

SHAH ALAM 24 DIS : Kerajaan diminta mengkaji semula saman ekor yang menjadi bantahan rakyat kerana diragui cara perlaksanaanya.

Pegawai Perhubungan FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menegaskan kerajaan perlu menilai semula dasar yang kurang berjaya dan menerima rungutan daripada rakyat.
Semalam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang dipimpin Pakatan Rakyat menganggap pindaaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 sebagai percubaan kerajaan untuk menswastakan saman ekor.

"Kita tengok sebelum ini ada beberapa dasar yang kerajaan tarik balik kerana salah satu daripadanya ialah bantahan daripada rakyat," katanya kepada Tv Selangor. 
Yusof juga mempertikaikan dasar yang kerajaan mahu laksanakan apabila tiada kajian dilakukan secara terperinci dan mengambil kira pandangan beberapa pihak yang pakar dalam bidangnya. 

"Kerajaan perlu melihat dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu dasar sebab akhirnya nanti yang akan menimbulkan masalahnya kepada rakyat kerajaan juga," katanya. 

Sebelum ini, PengerusiJawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor atau KASE, Datuk Mahfuz Omar bersama Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan KASE telah menghantar memorandum kepada Agong meminta baginda menolak kelulusan Rang undang-undang ini dan seterusnya memerintahkan agar ia dibahaskan semula di Parlimen.

Memorandum yang disertakan dengan hansard perdebatan Parlimen mengenai isu ini meminta agar Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara tidak menandatangai rang undang-undang yang baru diluluskan Dewan Negara kelmarin pada bacaan pertama.

"Bila mendapat bantahan daripada orang lain, kerajaan kaji balik, ia sebenarnya menjejaskan imej kerajaan sendiri seolah-olah sebelum kerajaan nak memperkenalkan satu dasar, kerajaan tak membuat pertimbangan secara mendalam terlebih dahulu," katanya.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List