Showing posts with label Hal Wartawan. Show all posts
Showing posts with label Hal Wartawan. Show all posts

Utusan pecat Hata Wahari

on May 2, 2011





Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.

"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.

Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.

Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.

Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - 

mkini


Hata Wahari bacakan hadis di depan pengerusi panel siasatan Utusan....

on Apr 14, 2011




KUALA LUMPUR: Wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, beliau membacakan sepotong hadis di hadapan pengerusi panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd, selepas didapati bersalah atas dakwaan mencemar imej syarikat majikannya itu.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu ketika dihubungi berkata, tidak ada sebab atau alasan diberikan panel siasatan terhadap hukuman bersalah yang dijatuhkan ke atasnya.

Namun katanya, beliau diminta membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.
“Pagi tadi keputusan itu dibacakan dihadapan saya yang didapati bersalah terhadap lapan tuduhan. Tetapi tidak pula memberikan sebab kenapa saya dituduh bersalah.

“Tetapi Mohd Basir menyuruh saya membuat rayuan, bagaimana saya mahu buat rayuan sedangkan tiada alasan dikemukakan. Memandangkan beliau hanya diam, saya bacakan sepotong hadis ‘kita semua akan mati dan akan hadapi pengadilan yang paling 
besar di Padang Mahsyar.

Di sana kita akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah’,” katanya kepada KeadilanDaily.

Hata sudah menjangka keputusan berkenaan, seperti nasib yang menimpa wartawan Utusan dan Presiden NUJ, Yazid Ismail pada 1982 dan Pengerusi NUJ Cawangan Utusan Melayu, Amran Ahmad, yang berakhir dengan pemecatan pada 2009.

“Tuduhan bersalah ke atas saya sudah dijangka daripada awal, memandangkan saya orang ketiga yang didakwa atas tuduhan ini. Kali pertama pada tahun 1982, kedua pada 2009 dan sekarang saya,” ujarnya.

Hata dalam pada itu menegaskan beliau tetap akan memperjuangkan haknya dan tidak menolak sekiranya terpaksa menggunakan saluran undang-undang bagi tujuan itu.
“Sekarang ini saya kena tunggu dulu surat hukuman daripada Utusan, jika dalam surat jelas memberikan sebab saya dijatuhkan hukuman, saya akan membuat rayuan.

“Walaupun saya sudah tidak berada di Utusan, tetapi saya sayang tempat saya bekerja. Saya akan perjuangkan Utusan supaya tidak dibinasakan pihak tertentu. Memandangkan syarikat itu dibangunkan atas duit rakyat,” katanya penuh beremosi.

Hata Wahari sebelum ini berdepan lapan tuduhan salah laku kerana mengeluarkan kenyataan kepada portal berita Malaysiakini, Malaysian Insider, Merdeka Review dan akhbar The Sun antara 21 September dan 14 Oktober 2010, yang didakwa memburuk imej syarikat.

Beliau digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh pengurusan Utusan.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List