Showing posts with label Isu Agama. Show all posts
Showing posts with label Isu Agama. Show all posts

Melangkah Mesti Ke Hadapan.........???

on Jan 20, 2011

Penyesalan ketika maut datang menjemput


"Siapa yang menyalahgunakan segala pemberian Allah kepadanya, pasti akan menyesal ketika maut datang menjemputnya, dan akan ditanya masa hidupnya sekalipun hanya sebentar, untuk dicela dan tahu apa yang telah hilang, jauh, yang telah ada, dan yang datang kemudian, semua menurut kelalaiannya." 
(Tafsir Ibnu Katsir)





SUATU hari ketika menatap halaman sebuah akhbar, saya tersenyum sendirian apabila membaca temu ramah wartawan yang bertanya seorang wanita yang dipilih penyimpan paling konsisten sebuah bank tempatan mengapa dia prihatin dalam hal itu, dia berkata: “Untuk masa depan!”

Hati saya tergeletek kerana wanita itu berusia 75 tahun, masa depan apa lagi yang mahu difikirkannya? Namun di samping ketawa saya juga kagum kerana dia masih beringat-ingat akan masa depan pada usia itu.

Namun kekaguman itu serta merta pudar apabila saya teringat tazkirah seorang rakan tabligh yang berkata lebih kurang begini: “Di hadapan orang berusia 60 atau 70 tahun adalah kubur, itulah yang perlu difikirkan, itulah destinasi kita, sudah cukupkah bekalan ke alam sana?”

Pada hari yang lain pula saya terbaca kisah menarik ini: Seorang profesor sudah terlambat untuk ke kelas pengajian di universiti berdekatan. Dia menahan sebuah teksi, memberitahu si pemandu membawa kereta paling laju dia mampu. Pemandu menekan pedal minyak, membawa teksi bagikan orang gila.

Si profesor lantas bertanya, “eh mana kamu mahu bawa aku?” Pemandu menjawab: “Bukankah tuan hanya menyuruh saya pandu selaju mungkin tanpa menyatakan destinasinya?”

Demikianlah antara misalnya akan terjadi jika pemimpin kita sibuk mencanangkan mahu menjadikan negara maju atau berpendapatan tinggi tetapi tidak mempunyai destinasi (matlamat)nya.

Sewajarnya negara boleh dipandu menuju status maju, tetapi rakyat kebanyakan jangan dibiarkan keciciran. Dalam Islam, seseorang itu boleh menjadi kaya raya tetapi dia jangan lupa dalam kekayaannya itu ada hak orang miskin yang perlu dilunaskan. Itulah zakat namanya.

Ya., kini negara kita dipandu laju menjadi negara maju atau berpendapat tinggi tetapi mengapa soal haram tidak diambil peduli? Mengapa pula mahu diadakan hab hiburan maksiat, mengapa mahu dibenarkan judi bola dan sebagainya? Tak ingatkah di depan kita (kebanyakan menteri sudah berusia lebih 60 tahun) ada kubur seperti diingatkan teman tabligh saya.

Kemudian mengapa kehidupan rakyat awam (orang kebanyakan) mahu disusahkan? Apabila harga barangan asas seperti petroleum, gula dan gas dinaikkan, secara automatik harga barangan dan perkhidmatan turut melambung. Kini minyak masak sukar ditemui dalam pasaran, harga bawang melambung tinggi manakala pengusaha warung dan restoran turut menaikkan harga makanan dan minuman.

Negara ini boleh saja dipenuhi bangunan tinggi pencakar langit, hab-hab maksiat yang hebat, restoran bertaraf antarabangsa, rumah mewah bagaikan istana dengan segelitir rakyat berpendapatan hebat bagi melayakkan ia digelar negara maju berpendapatan tinggi, tetapi apakah ertinya jika sebahagian besar rakyat bagaikan slogan lama – dulu, kini dan selamanya – miskin dan merempat?

Ini yang kita tidak mahu, jadi agihkan wang pendapatan negara yang kerap rakyat dengar berbilion-bilion ringgit itu secara bijaksana; berilah rakyat peluang menikmatinya sekarang ini, janganlah biarkan mereka kempunan sehinggalah mereka masuk kubur seperti diingatkan teman tabligh itu. Bahagiakan rakyat sekarang bukan cuba bahagiakan mereka selepas mereka dimamah tanah! 

Dr Asri: Berdialog dengan Syiah, jangan keras kepala....

on Dec 24, 2010


asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan perlunya mendengar hujah pengikut Syiah kerana menurutnya, "menghukum tanpa mendengar hujah orang lain adalah tidak adil dan dianggap keras kepala".


"Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan," tulis beliau dalam blognyahari ini. 



"Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. 



"Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal," tegasnya.

NONE
Sebelum ini, Dr Mohd Asri mengulas mengenai penangkapan beramai-ramai pengikut Syiah di Gombak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini yang dibimbanginya akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.


Setakat ini, dua daripada mereka telah didakwa di mahkamah rendah Syariah di Kuang manakala yang lainnya selesai diminta memberi keterangan dan dijangka didakwa Mac tahun depan.



Dalam tulisannya hari ini, Dr Mohd Asri menegaskan golongan 'Ahlus Sunnah' mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah.



Katanya, timbulnya mazhab Syiah ekoran berlakunya pertelingkahan antara sahabat Nabi Muhammad SAW.



Sehubungan itu, beliau memetik pandangan ulama Ibn Taimiyyah sebagai berkata Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil sikap "mendiamkan diri tentang pertelingkahan antara para sahabat dan berlepas diri daripada sikap kumpulan yang membenci dan mencerca para sahabat menyakitiAhl al-Bayt (keluarga Rasulullah SAW)".



Katanya, beliau telah menjelaskan mengenai sejarah dan sebab kemunculan mazhab tersebut secara terperinci di dalam bukunya"Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah". 



Pada masa yang sama Dr Mohd Asri turut mempertahankan 'Ahlus Sunnah' yang menjadi sasaran 'kemarahan warisan' golongan Syiah kerana enggan berkongsi tafsiran politik berhubung isu pembunuhan Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasullullah SAW.



"Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. 



"Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'," coretnya lagi.

Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah......

on Dec 23, 2010


SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

(Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah)
Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.

Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.

Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.

(Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian)
Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. 

Namun kini, Khir Toyo berkata, ia telah diluluskan sebelum tahun 2000 lagi.

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana  pemegang-pemegang sahamnya adalah: Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.

Faekah menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta," tegasnya.

Namun begitu, kata Faekah, kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

PENJELASAN ISU ROBOHNYA SURAU DI RAWANG........???

on Dec 22, 2010




PENJELASAN ISU ROBOHNYA SURAU DI RAWANG (MESTI BACA JIKA TIDAK ANDA TERTIPU OLEH APCO)





Jika ada pembaca yang malas tonton berita maka sila ke sini. Jika ada pembaca yang malas mengambil tahu perihal isu semasa juga sila ke sini terlebih dahulu. Bukan apa kalau tak faham isi cerita nanti meroyan 18 pula. Sebab tue lah saya nasihatkan sila baca link yang telah diberikan untuk memahami susur galur kejadian sebenarnya.

Ini berkenaan isu surau di rawang. Seperti yang kita sedia maklum, surau tersebut telah diberikan notis untuk dibinasakan. Ya. Surau tersebut bakal di nyahkan dari rawang untuk selama-lamanya. Ramai dari penduduk rawang yang beragama islam protes. Mereka kata tanah tersebut ialah tanah rizab. Mana aci main jual aje. Lagipun di atas tanah tersebut ada surau. Dan surau tersebut digunakan untuk beribadat dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi penduduk setempat. Sabar dulu. Jangan meroyan 18 sepertimana penduduk rawang meroyan. 

Mari kita review dulu kisah sebenarnya. 
1. Surau tersebut di dirikan atas tanah rizab. Namun ada juga yang cakap ada tanah wakaf. Yang mana betul saya tak pasti. Pembaca boleh semak sendiri.

2. Tak kesahlah rizab atau wakaf,  yang penting motif. Kalau dah digazetkan untuk membina surau 10 tahun yang lepas, kenapa selepas 10 tahun (anggaran 10 tahun itu hanya andaian penulis) tidak boleh dikekalkan begitu? Jika benar itu tanah rizab. Tapi jika tanah wakaf, enh boleh ke jual? Lue fikir sendiri.

3. Tujuan penjualan kena amek peduli juga. Sekarang surau tersebut di jual ketika BN menguasai selangor. Dalang penjualan surau tersebut ini salah seorang nya, tengok gambar di bawah ;




Okey dah tengok? Nama hero dalam citer neh ialah Datuk Zainal Abidin Sarkom. Datuk ini ialah pengerusi biro agama umno selangor. Pelik. Saya memang pelik. Kenapa ahad lepas dia beria-ria bantah perobohan surau ini jika dia salah seorang yang 'membiarkan' tanah tersebut berkalih pemilik? Herm. Drama semakin menarik. Lebih menarik dari drama korea. 

4. Tanah tersebut di jual pada tahun 2002. Baca betul-betul. 2002. Ini tahun 2010. Baca betul-betul 2010. 2010 - 2002 = 8 tahun yang lepas. PR memerintah selangor pada tahun 2008. Iaitu2 tahun yang lepas. Ini bermaksud ada baki 6 tahun. So selama 6 tahun apa yang BN buat? Mereka dah buat macam2 sebenarnya. Mereka jual tanah, mereka rampas surau dan sepatutnya surau ini dirobohkan pada 2008, nasib tak baik apabila bn kalah. Kesian bn. Disebabkan mereka kalah lah, surau ini tak dapat dirobohkan pada tahun tersebut. Ciss..

5. Untuk rekod tanah tersebut dikatakan dimiliki oleh KDEB melalui SAP Holdings. KDEB telah mengazetkan tanah tersebut sebagai harta rizab / wakaf kepada penduduk di sekitar untuk membina surau. [Saya tidak pasti samada mereka mengazetkan tanah tersebut sebagai rizab orang melayu untuk beribadat ataupun mewakafkan tanah tersebut kepada penduduk untuk beribadat]

6. Namun pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka kepada beberapa penama di bawah ini ;

Chew Ting Teck
Francis Chew
Tan Pang Kuan

Untuk senarai penuh lihat sini.

7. KDEB = Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

8. KDEB = Anak syarikat kerajaan negeri selangor.

9. Setelah KDEB menjual saham di SAP Holdings mereka kepada penama-penama tersebut, maka tanah tersebut secara automatiknya jatuh kepada pemilik terbaru.

10. Kalau ikut akal cerdik saya, akal cerdik neh, sepatutnya saya pindah milik tanah tersebut kepada milik KDEB dulu barulah pergi jual saham kat dalam SAP Holdings tue. Heh. Ini akal cerdik saya lah kan. Kalau akal yang tak cerdik dan kurang makan kismis minda memang main jual je segala harta benda melayu neh. Heh.

11. So benda dah jual. Dah jual neh. Boleh ke kita rampas semula dan paksa orang lain jual kepada kita semula? Of courselah tak boleh beb. So kenapa nak mengamuk2 pula? Fikir matang sketlah. Sendiri buat pasal memang pandai. Sendiri kasi selesai memang tak pandai. Heh.

12. Sekarang kita dah tahu punca kes, kejadian sebenar dan penyebab kisah ini terjadi. Tapi apa yang kita boleh buat? Nak marah umno? Nak tumbuk zainal? Sabar dulu. Sabar dulu kawan-kawan. Kalau korang tumbuk mereka pun, mereka hanya sakit di tumbuk je. Yang lain takde kesan beb. Silap-silap korang kena saman lak sebab tumbuk hero dalam citer neh. Bangang ke tak bangang tue? Heh

13. Pemilik tanah tersebut berhak mendirikan pembangunan atas tanah tersebut sebab tanah tersebut adalah hak mereka. Penduduk rawang jika diselidiki secara undang-undang mereka penceroboh dan tak berhak untuk menghalang tindakan pemaju. Ini fakta. Kena amek peduli.
Even kerajaan selangor berdemo ke, umno mengamuk ke, perkasa meroyan ke, fakta tetap fakta dan fakta tidak boleh disangkal lagi.

14. Perkara yang terbaik boleh dilakukan kerajaan negeri selangor ialah mendirikan surau baru untuk penduduk sekitar. Tak tahu kat mana tetapi itulah alternatif terbaik yang mereka ada. 

15. Beli tanah semula? Ya itu alternatif yang baik juga. Tetapi berapa jumlah yang mampu di 'bailout' oleh kerajaan negeri, kita kena amek peduli gak? Silap2 pemaju letak rega 100 jutamampu ke kerajaan negeri keluarkan duit sebanyak itu? 100 juta boleh bantu beberapa rakyat di selangor?

16. Nak taknak, penduduk rawang kena terima fakta. Kena terima kenyataan. Kena telan hakikat.


17. Kalau nak tunding jari, tunding je jari kat dalam hero citer neh. Selalu kat dalam filem atau drama mereka [peminat] memang suka tunding jari [tunjuk] kat hero. So dalam drama neh korang boleh buat macam tue gak.

18. Namun kerajaan negeri sekarang kena settlekan problem tersebut sebab apa, surau tersebut dah dapat notis finale untuk kosongkan surau yang akan dirobohkan dalam beberapa hari sahaja lagi.

19. Untuk penduduk rawang pula mereka kena belajar untuk terima yang mereka kalah dalam tuntutan mereka. Kalau tak puas ahti, marah kepada pihak yang berkenaan. Mereka tahu kepada siapa mereka marah sebenarnya, apa yang dipaparkan dalam akhbar tidak sama apa yang mereka proteskan. Mereka lebih benci UMNO dari apa yang kita sangka. Ini dasat beb.

20. Adun di sana patut amek peduli kisah ini. Saya lihat adun tersebut tidak berbuat apa2 tindakan. Samada adun tersebut bangkit menyatakan apa2 perkara yang perlu atau dia akan berdepan dengan peralihan undi. Jangan ingat dia DAP dan jangan ingat dia cina maka masalah seperti ini dia boleh tutup mata.



Menulis kebenaran itu satu  perjuangan.
Melapur kebenaran itu satu perjuangan.

Isu doa khutbah Jumaat: Khatib saman NST, Utusan, Ketua UMNO Tasek Gelugor

on

Zakaria Ahmad, pendakwah bebas mengambil tindakan mahkamah untuk menyamanNew Straits Times Press, Utusan Melayu (M) Berhad dan mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (YDP MAIPP), Shabudin Yahaya merangkap ADUN Permatang Berangan dan juga merupakan Ketua UMNO Tasek Gelugor, semalam.

Tindakan saman ini dilakukan kerana Zakaria Ahmad dikaitkan dengan bacaan doa khutbah Jumaat menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Ogos yang lalu oleh pihak tersebut.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar itu, Zakaria mendakwa fitnah telah dilemparkan kepada beliau dalam isu membabitkan doa khutbah Jumaat yang dibaca oleh beliau di Masjid Kubang Buaya dan Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Zakaria juga mendakwa dalam akhbar Berita Mingguan keluaran 22 Ogos 2010 pada mukasurat 16 dalam ruangan Nasional di bawah tajuk 'Khatib terus doakan Guan Eng'adalah kenyataan fitnah dan tidak benar.

Katanya lagi, kenyataan berbaur fitnah juga turut dilemparkan kepada beliau melalui siaran dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos 2010 dengan perkataan "tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau serta etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain".
"Manakala bekas YDP MAIPP pula mengesahkan saya tidak mempunyai tauliah untuk membaca khutbah, sedangkan pada hakikatnya saya mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh MAIPP pada tahun 2003 lagi," jelasnya.

Zakaria Ahmad (gambar kanan) berkata, "Fitnah yang dilemparkan kepada saya ini adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan reputasi, kepercayaan dan mencalarkan imej saya sebagai seorang tokoh agama.  Kebenaran adalah menjadi pegangan untuk saya terus memperjuangkannya dari diperlekehkan untuk kepentingan politik sesetengah pihak."

Sebelum ini, Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang telah membangkitkan isu ini apabila mendakwa wujudnya khatib yang membacakan doa dalam khutbah Jumaat dengan menggantikan nama Yang Dipertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Rentetan itu, Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan Polis di Balai Polis Butterworth, Tasek Gelugor dan juga Bayan Baru.

Manakala Zakaria turut dipanggil untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Lebuh Pantai pada 24 Ogos yang lalu.  Pertemuan yang turut dihadiri oleh YDP MAIPP, Ellias Zakaria itu turut mendapat liputan luas media dan menjadi tumpuan seluruh negara apabila isu ini dipaparkan secara meluas melalui media elektronik dan media bercetak.

Zakaria Ahmad juga berkata, tindakan mahkamah yang diambil oleh beliau adalah bagi menegakkan keadilan agar masyarakat tidak lagi dengan mudah menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka untuk meraih sokongan.
"Kita tunggu apabila kes ini disebut di Mahkamah Tinggi nanti untuk mengetahui kebenaran fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya selama ini, " tegasnya lagi.

JAIS Serbu Markas Syiah Ketika Ceramah Berlangsung.......???

on Dec 17, 2010




Memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam adalah antara 23 penyelewengan agama diamalkan kumpulan ajaran sesat dikenali Hauzah Ar Ridha yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Taman Sri Gombak di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, kira-kira 200 orang, termasuk kakitangan awam, pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) ditahan.

Turut ditahan wanita dan kanak-kanak ketika masing-masing sedang mendengar ceramah disampaikan seorang lelaki warga Iran yang dipercayai ketua fahaman berkenaan.

Bagaimanapun, berpuluh lagi melarikan diri dengan memanjat bumbung bangunan empat tingkat itu sambil melaungkan takbir sebaik menyedari markas itu diserbu 80 pegawai dan anggota JAIS.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan dibekalkan tiga batu sebesar kurma yang diletakkan di depan sejadah dan ketika sujud dahi jemaah perlu menyentuh batu itu.

Penyelewengan lain dilakukan kumpulan ajaran sesat itu ialah menziarahi kubur Saidina Husain sebagai ganjaran ke syurga, menghina isteri-isteri Nabi SAW serta mengharuskan sembahyang jamak pada bila-bila masa.

Petang semalam, lelaki warga Iran berusia 48 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang dekat sini, bagi perintah jaminan sementara pendakwa syarie menyiapkan kertas siasatan.
Hakim Syarie, Saiful Azli Jamaludin membenarkan mereka dijamin RM2,000 seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan lelaki Iran menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta tidak dibenarkan ke luar negeri sehingga tarikh sebutan akan datang.

Saiful kemudian menetapkan 20 Januari depan untuk sebutan kes.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, mempertikaikan arahan pihak berkuasa agama yang dinyatakan dan diberikan melalui fatwa.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAIS, Datuk Muhammad Khusrin Munawi, berkata ciri-ciri kesalahan kumpulan itu termasuk Imam adalah maksum, kemunculan Imam Mahadi bersama orang mati untuk memberi keadilan, menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan dengan menambah dalam Syahadah serta menghalalkan dan mengamalkan nikah mutaah (perkahwinan kontrak).

Katanya, kumpulan itu dikenal pasti dua tahun lalu dan dikategorikan sebagai serius kerana mereka menyebarkan fahaman Syiah secara sembunyi dan menggunakan pelajar Malaysia yang belajar di republik itu dengan menawarkan biasiswa serta memberi hadiah berupa buku.

“Malah, apabila ada pembesar Iran melawat negara ini, mereka mengadakan kempen dan penerangan berhubung fahaman itu sebelum membuat lawatan ke pusat pengajian tinggi tempatan untuk menyebarkan fahaman mereka,” katanya di sini, semalam.

Beliau menyifatkan tangkapan kelmarin adalah yang terbesar dalam sejarah JAIS dan tidak menolak kemungkinan orang ramai berminat menyertai ajaran itu kerana membenarkan perkahwinan mutaah yang menjurus kepada perkhidmatan seks.

Muhammad Khusrin berkata, daripada 200 yang ditahan, 128 masih berada dalam tahanan, manakala selebihnya kanak-kanak dan remaja dibebaskan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List