Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Punca Kemalangan Di malaysia Ialah Rasuah.......???

on Dec 24, 2010





Baru-baru ini media utama negara dipenuhi dengan berita kemalangan jalanraya, sebab  dan cara penyelesaiannya. Pelbagai pihak memberi komen dan cadangan dari pihak kerajaan hinggalah kepada rakyat biasa.


Ada yang kata punca terbesar masaalah kemalangan melibatkan bas ialah kerana keadaan bas yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan JPJ, sistem brake tidak berfungsi lah , enjn lama lah ,tidak diselenggaralah dan macam-macam lagi. Ada juga yang yang salahkan pemandu bas expres, kerana nak mendapat duit lebih sanggup bekerja lebih masa sehingga menggunakan dadah untuk mendapat tenaga.



Ada pihak yang kata puncanya kerana keadaan jalanraya yang tidak sempurna membahayakan pengguna dan macam-macam lagi.Bagi saya masaalahnya satu saja iaitu rasuah. Kenapa rasuah..Kerana rasuah lah menyebabkan kenderaan yang sepatutnya ditahan PUSPAKOM kerana tak selamat, dilepaskan oleh pegawai yang tak bertangungjawab, akibatnya orang lain yang jadi mangsa bila terjadi kemalangan. Kerana rasuah juga Bas hantu (tak ada permit) boleh terus meluncur laju di jalan raya membahayakan nyawa penumpang. Tidak mustahil bas tak ada brake pun boleh terlepas kerana rasuah.



Kerana rasuah orang-orang berduit tak risau bila melanggar undang2 jalanraya kerana mereka ada duit untuk menjamu puak-puak serigala jalanan ni yang sentiasa menunggu di tepi jalan mencari daging busuk untuk disuap pada anak isteri dirumah.



Kerana rasuah menyebabkan orang yang tidak sepatutnya boleh naik jadi YB dan Menteri. Akhirnya menggunakan kuasanya hanya untuk kepentingan diri dan kroni tanpa pedulikan nasib rakyat. Jadi YB dengan beli undi (rasuah) pegang jawatan dalam partipun dengan rasuah, akhirnya menyebabkan terbentuknya sebuah kerajaan yang  hanya mencari keuntungan dari kedaifan dan kejahilan rakyat. Kerajaan yang diterajui oleh perasuah-perasuah negara.



Bukan hanya kemalangan jalanraya, kerana rasuah juga boleh menyebabkan orang yang bersalah dibebaskan dan orang yang tak bersalah dipenjarakan.

Kesimpulannya rasuah akan menyebabkan negara sentiasa tidak aman..

Soalan :-  Rasuah adalah punca segala masaalah di Malaysia ,setuju atau tidak ? 


Pengantin baru mati tukar mentol.......???

on Dec 23, 2010

MUAR: Seorang guru lelaki hanya sempat mengecap nikmat perkahwinan empat hari sebelum meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menukar mentol di rumah keluarganya di Parit Pinang Seribu di sini, malam kelmarin.

Keluarganya cuba membantu, tetapi Shahrizal Salleh, 30, gagal diselamatkan. Polis yang datang menyiasat menghantar mangsa ke ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), tetapi dia disahkan meninggal dunia.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu.

Menurutnya, keluarga Shahrizal dijadualkan mengadakan majlis menyambut menantu, Sabtu ini.

Katanya, persiapan untuk majlis di rumah keluarga Shahrizal sudah hampir siap sepenuhnya.

“Difahamkan, mangsa cuba menukar mentol lampu tanpa menyedari terdapat aliran elektrik menyebabkan dia terkena renjatan, terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Keluarganya cuba membantu, tetapi mendapati mangsa sudah tidak bernafas dan menghubungi polis. Mangsa dibawa ke HPSF oleh polis tetapi disahkan sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan renjatan elektrik itu berlaku.

Shahrizal yang mengajar di sekolah berhampiran kampungnya berkahwin dengan pasangannya yang juga mendiami daerah ini.

Ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan ditemubual kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kami percaya mangsa terkena renjatan elektrik. Keluarga mangsa menuntut jenazahnya di HPSF selepas bedah siasat,” katanya.

hmetro-

Kerajaan Tubuh Badan Siasatan Bebas........???

on

Kemalangan Bas Di Cameron Highlands: Kerajaan Tubuh Badan Siasatan Bebas


PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan supaya sebuah Badan Siasatan Bebas ditubuhkan bagi menyiasat kemalangan bas di jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai yang mengorbankan 27 orang baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata badan berkenaan akan turut meneliti struktur keseluruhan operasi kenderaan perdagangan.
Beliau berkata pengerusi dan anggota badan itu akan dilantik selepas kementerian mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.
"Perdana Menteri amat dukacita dengan insiden ini, malah kami semua sangat prihatin, maka sebab itulah kami mengambil serius perkara ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Rabu.
Dua puluh lima pelancong Thai dan pemandu bas serta pemandu pelancong warga Malaysia terbunuh selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik ketika sedang menuruni destinasi pelancongan tanah tinggi itu pada Isnin, dalam kemalangan jalan raya yang dipercayai paling buruk di negara ini.
Sepuluh pelancong Thai cedera dalam kemalangan yang berlaku pada 11.40 pagi ketika bas itu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur di manamereka sepatutnya menaiki penerbangan untuk pulang ke Bangkok.
Kong berkata badan itu akan meneliti penyelarasan dan kebertanggungjawaban bukan sahaja membabitkan badan pelesenan tetapi juga pengusaha dan pemegang permit.
"Malah syarat yang ditetapkan kepada pengusaha, jenis kenderaan perdagangan, kecekapan pemandu dan sama ada syarikat terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan dalam permit," katanya.
Beliau berkata jika badan itu mendapati sebarang pelanggaran syarat, mereka yang bertanggungjawab akan didakwa, katanya. 

Kalau kat luar negara dah lama menteri nya letak jawatan. Kat sini jangan harap lah. Tu kemalangan 10.10.10 apa cerita. Badan bebas apa cerita. Memang bukan salah menteri tapi menteri bertanggungjawap hal hal berkaitan. Kalau kerap sangat kemalangan dahsyat berlaklu salah siapa???. Jangan salahkan pemandu. Pemandu dibayar gaji dan elaun, kejar trip untuk dapat duit lebih. Jadi sistem yang tak betul. Pelaksanaan undang undang, pemantauan undang undang yang ditetapkan. Menteri hanya pandai keluar arahan. Minta lulus kabinet keluar kertas kabinet tapi seterusnya siapa yang melaksanakan. Adakah menteri melihat perkara perkara tersebut sehingga perlaksanaan dijalankan hingga keperingkat akar umbi......Jangan harap perkara sebegitu berlaku. Menteri datang dan pergi.... Nak dapat kelulusan makan masa bertahun. Ini lah realiti yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan masa kini. Kecepatan berlaku untuk kes kes tertentu yang melibat individu individu tertentu sahaja. Ini lah hakikatnya dan senario MALAYSIAKU...... yang lain lain lu fikir lah sendiri.
 BERNAMA

Helikopter Terhempas Di Kota Damansara

on Dec 4, 2010

Helikopter S031 berkuasa turbo terbang tinggi secara tiba-tiba menjunam dari udara, enjin gagal berfungsi. Operasi mencari dijalankan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor namun pesawat terbabit gagal ditemui.

Hanya selepas hampir 2 jam usaha mencari terbabit berhasil, mujur helikopter tidak berkecai.

Berikut gambar crash site yang dirakamkan.


Bukan hutan tebal, hanya kawasan datar ditumbuhi lalang dan pokok besar berhampiran laluan menuju ke Lebuhraya Utara Selatan. Juruterbang gagal mengawal helikopter berikutan kali pertama cuba menerbangkan pesawat ringan terbabit. 

Sukar sebenarnya menerbangkan helikopter, biarpun dilengkapi sistem Gyro.

Huh!

Biarlah anak mengendalikan pesawat itu di lain kali.


Menerbangkan helikopter kawalan jauh kelihatan mudah, kenyataannya berbeza. Apabila diterbangkan tinggi lebih daripada ketinggian bangunan 7 tingkat, tiba-tiba diri menjadi gabrah sekaligus secara drastik cuba merendahkan kedudukan helikopter terbabit dengan tergesa-gesa.

Enjin mati, kipas terhenti, helikopter hilang kawalan.

Jatuh terhempas di atas lalang.

SATU KAMPUNG PELUK ISLAM........???

on Nov 19, 2010

Satu kampung masuk Islam


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here and here)

MINA: Satu pembedahan untuk memisahkan sepasang kembar siam, yang diketuai oleh Menteri Kesihatan Dr. Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabeeah, telah menyebabkan seluruh penduduk sebuah kampung di Cameroon memeluk Islam.

Ini didedahkan oleh seorang pegawai tinggi negara Afrika itu, Sultan Omar, semasa mengadakan lawatan untuk bertemu dengan Al-Rabeeah di Hospital Kecemasan Mina. Kembar tersebut, Rahima dan Hamidah, dipisahkan pada April 2007.

"Kejayaan pembedahan yang dijalankan oleh Al-Rabeeah itu telah menyebabkan ketua dan ahli-ahli puak di kampung Banki Tungo, yang berpenduduk seramai 1,100 orang, dan ramai lagi di beberapa bahagian Cameroon memeluk Islam secara beramai-ramai. Tindakan mereka didorong oleh sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh Raja Abdullah,” katanya.

Omar diiringi delegasi seramai 26 orang saudara baru warga Cameroon, yang sedang mengerjakan Haji sebagai tetamu Raja Abdullah, mengunjungi Al-Rabeeah untuk menyampaikan ucapan terima-kasih kepada beliau. “Kami bukan sahaja terhutang budi kepada Al-Rabeeah, tetapi juga kepada Raja Abdullah yang mengarahkan supaya kembar tersebut dipisahkan dengan kos ditanggung baginda.

Pembawa sial

Kembar Siam warga Cameroon Rahima dan Hamidah (dulunya dikenali Pheinbom dan Shevoboh) dianggap sebagai pembawa sial semasa dilahirkan, tetapi kejayaan pakar-pakar bedah Arab Saudi melakukan pemisahan telah merubah kehidupan mereka – dan keimanan penduduk kampung mereka.


Mereka bercantum di dada, perut dan punggung sewaktu dilahirkan dan para jururawat yang menyambut kelahiran bayi tersebut di Babanki Tungo, sebuah kampung utara Cameroon, berasa terkejut dengan “kelahiran pelik” itu sehingga lari bertempiaran meninggalkan klinik.

Perkhidmatan perubatan asas di Babanki Tungo sangat terbatas untuk merawat kambar perempuan tersebut dan, setelah rayuan dibuat melalui internet, Raja Abdullah bersetuju menanggung kos membawa mereka ke Arab Saudi untuk tujuan pembedahan pada 2007.

Pembedahan yang mengambil masa selama 16 jam tersebut berjaya memisahkan kembar tersebut dan kini masing-masing memiliki perut sendiri.


Memeluk Islam

Beberapa orang di Babanki Tungo – sebuah kampung yang mengeluarkan hasil-hasil sayuran – menganggap kembar tersebut sebagai “hadiah syaitan” yang dihantar untuk menghukum ayah mereka, yang sudahpun mempunyai 13 anak dengan dua isteri yang lain.

Setengah yang lain pula percaya yang Rahima dan Hamidah dihantar untuk menghukum seluruh kampung, selepas seorang pemimpin tradisi dalam wilayah berkenaan dibakar hidup-hidup oleh orang-orang bawahannya.

"Segalanya sangat sukar sewaktu bayi-bayi itu masih bercantum," kata Emerencia Nyumale, ibu kepada pasangan kembar tersebut. "Apabila orang nampak saya membawa anak-anak, mereka akan lari dan ini membuatkan saya berasa sungguh bersalah dan sepi keseorangan," katanya. "Syukur kepada tuhan segalanya sudah berakhir selepas pemisahan dilakukan."

Cerita tentang kanak-kanak tersebut juga membawa kesan lain kepada penduduk Babanki Tungo.

Kerajaan Saudi membiayai pembinaan sebuah pusat Islam di kampung tersebut yang terdiri daripada sebuah masjid, taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah dan pusat kesihatan.

Beberapa orang penduduk percaya tindakan ini akan menyebabkan lebih ramai penduduk Kristian Babanki Tungo memeluk Islam. Langkah ini telah dimulakan oleh ibubapa kembar tersebut. Si ayah, Ngong James Akumbu, sekarang dikenali sebagai "Abdallah", Emerencia sebagai "Aisha", dan lima orang anak-anak mereka telahpun memasuki sekolah rendah Islam.


Rahmat atau sumpahan?

Kum Edwin, seorang guru di sekolah tersebut, juga telah memeluk Islam. "Sebelum sekolah dibuka, saya menganggur, dan memiliki ramai teman wanita dan banyak minum," kata Edwin, yang menukar nama kepada "Abdallah Wagf".

"Bila saya dengar sebuah sekolah Islam akan dibuka, saya terus mengikuti kursus pengajian Islam selama tiga bulan… Saya dah tak minum dan sekarang sedang mencari calon isteri kerana memiliki ramai teman wanita bukannya satu sikap yang baik."

Ramai penduduk di Babanki Tungo menganggap kelahiran Rahima dan Hamidah telah membawa rahmat dan bukannya sumpahan. Masyarakat tidak lagi memandang serong melihat kanak-kanak kembar tersebut merangkak dalam kampung, seperti yang mereka lakukan dahulu.

"Saya selalu memberitahu para ibubapa supaya bersabar apabila menerima ujian tuhan kerana sesuatu yang buruk akan bertukar menjadi baik di masa depan," kata ayah si kembar.

Sememangnya, kembar tersebut telah mengubah nasib mereka. Setelah melalui kepahitan dipinggirkan, sekarang kembar tersebut mempunyai kehidupan masing-masing dan menjadi faktor kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.


ISU RON95 :- Kerajaan Akan Kaji Punca Kenderaan Terbakar.....???

on Nov 9, 2010

Punca kenderaan babit nahas terbakar dikaji



KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang untuk melaksanakan kajian berhubung punca kenderaan terbakar selepas terbabit kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kementerian memandang serius perkara itu walaupun bilangan kemalangan membabitkan kenderaan terbakar dan menyebabkan mangsa rentung kecil.

Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang kajian, tetapi kementerian akan melihatnya secara serius dan membuat penyelidikan berhubung perkara itu. 

“Kajian itu akan dilaksanakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Bahagian Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kenderaan terbakar dan yang terbaru membabitkan empat saudara termasuk bekas wartawan Berita Harian apabila kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler bermuatan kelapa lalu terbakar di Kilometer 119 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Pahang, 6 November lalu. 

Terdahulu, Abdul Rahim merasmikan majlis pelancaran Bengkel Keselamatan Jalan Raya Antarabangsa Malaysia-Sweden Kali ke-3, di sini, semalam. 

Hadir sama, Duta Besar Sweden di Malaysia, Per-Arne Hjelmborn dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh. 

Mengulas wujudnya spekulasi penggunaan petrol RON95 adalah punca kenderaan terbakar pula, beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat sebarang andaian kerana tiada kajian saintifik membuktikan perkara itu. 

“Setakat ini kita tidak mengetahui penyebab sebenar kenderaan yang terbabit kemalangan terbakar. Kita akan buat kajian untuk mengetahui puncanya terlebih dulu,” katanya. 

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan juga akan berbincang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mengenai keperluan menyediakan perkhidmatan ambulans di lebuh raya bagi menyelamatkan mangsa kemalangan sekali gus mengurangkan angka kematian. 

“Syarikat konsesi lebuh raya mungkin boleh membantu menyediakan perkhidmatan ambulans berpusat di plaza tol kerana kemalangan yang berlaku di lebuh raya berkemungkinan jauh dari hospital dan ia menyulitkan operasi menyelamat mangsa,” katanya. 

Kelab Greenboc

Pemandu Bas Hanya Memilik Lesen 'L' Tamat Tempoh Dan 7 Penumpang Terbunuh

on Oct 30, 2010

Jam 7.50 malam semalam 7 terkorban, apabila bas terbabas di KM38 Genting Sempah.

JPJ mengesahkan pemandu bas terbabit tidak memiliki lesen memandu biarpun kenyataan awalnya dirakam pihak polis berbeza.

Gila! Gila! Gila!


Sebilangan penumpang meninggal dunia dan cedera manakala dia patah kaki kanan, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau keduanya.


Akta tetap akta, jika pemandu dihadapkan ke mahkamah sekalipun, perbicaraan bakal mengambil masa.

... sedangkan 7 keluarga kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.

Sebelum ini apabila 4 mangsa mati dibunuh secara kejam di Banting, Selangor, majoriti berkata, jenayah tidak mengenal bangsa mangsa dan pemangsa.

10 Oktober lalu, 13 terkorban dalam kemalangan membabitkan bas di Alor Gajah, Melaka. Majoriti berkata, kemalangan dan pemandu tidak ada hubungkait dengan bangsa si pemandu berusia 52 tahun terbabit.

Dalam kemalangan terbaru ini, barangkali majoriti kita akan melontarkan komen sama.

Sumber melaporkan, pemandu berusia 25 tahun itu berbangsa India dan hanya memiliki lesen 'L' tamat tempoh pada tahun 1997. Lebih mengejutkan, dia pernah disaman pihak berkuasa 6 kali sebelum ini.

Cukuplah, maklumat selebihnya bakal diumumkan Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat.

Saya kurang berminat menyentuh isu berhubung bangsa mereka terbabit tetapi lebih kepada soal sikap.

Manusia jenis apakah begitu berani memandu tanpa lesen, bukan kenderaan kecil tetapi bas membawa lebih 44 nyawa? Tidak cukup dengan tindakan itu, dia juga berbohong kepada pihak polis kononnya mempunyai lesen memandu. Pada masa sama, rekod pemanduannya juga meragukan berikutan saman dikeluarkan.

Saya pasti fakta bakal didedahkan pihak berkuasa berhubung salah laku pemandu terbabit akan lebih mengejutkan, percayalah buat sementara waktu.

GAMBAR KEMALANGAN BAS PELANCONG DI GENTING HIGHLANG.

on


Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;
Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;
Mohamad Firdaus Rosedi, 16;
Mohammad Yussof A. Akhit, 16;
Mohd Ridzuan Husin, 17;
Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA














Bas pelancong terbabas: Enam maut, 21 cedera

on Oct 29, 2010

Kelihatan sebuah bas pelancongan yang terbabas lalu 
terbalik di KM38 Genting Sempah di sini, 
kira-kira 7.50 malam tadi.


Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang yang maut: Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17. 
-Bernama-

Bahaya ke Minyak RON95......Lu Fikir Le Sendiri....???

on Oct 15, 2010




Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa (gambar bawah) tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
 
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
 
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
 
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
 
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celciusberbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
 
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?

KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.

MARANG: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki meletup dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Putih, Jambu Bongkok, pagi tadi.

JERLUN: Empat mangsa yang rentung dalam kemalangan di KM 394, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Kuala Lumpur pagi tadi sudah bertolak ke Kuala Lumpur tengah hari semalam tetapi berpatah semula sewaktu tiba di Kulim untuk mengambil ketupat palas yang tertinggal di Kampung Matang Bongor, Ayer Hitam di sini.
 


Nyahkan Pelesit Jalan Raya.....???

on

Kemalangan ngeri pada waktu senja di KM 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu melibatkan dua bas, dua kereta dan satu van. Sebuah bas ekspres dari arah Melaka yang dikatakan hilang kawalan telah merempuh pembahagi jalan, lalu masuk ke lorong bertentangan, dan bertembung dengan kenderaan-kenderaan lain.

Akibatnya 12 maut, berpuluh lagi cedera. Selain mayat bergelimpangan di atas jalan raya, kelihatan juga kereta yang remuk sama sekali, badan bas menghempap kereta, dan darah yang masih merah bertompok-tompok di sana-sini.


Fakta paling menyayat ialah 12 mangsa tidak berdosa, termasuk wanita, yang terkorban secara tiba-tiba. Hasrat dan hajat mereka tidak tertunai. Tentu sekali ini menjadi tangisan kaum keluarga dan sanak-saudara. Orang yang ditunggu kepulangannya dengan penuh harapan, tiba-tiba maut dalam keadaan mengerikan.

Dan, fakta yang paling menyakitkan hati semua orang ialah pihak berkuasa masih amat lembap bertindak untuk perkara-perkara seperti ini. Sebenarnya apa yang terjadi pada tarikh 10/10/10 (sesetengah orang terlalu percaya pada tuah atau sial angka-angka tertentu!), bukan luar biasa sangat.

Cerita-cerita darah dan air mata di lebuh raya bukan lagi luar biasa. Sebelum ini sudah beratus kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspres yang dipandu tidak mengikut peraturan keselamatan. Sudah beratus – mungkin beribu – nyawa pengguna jalan raya melayang akibat pemandu bas ekspres yang cuai.

Mereka yang biasa memandu jauh menggunakan lebuh raya pasti akan terserempak dengan bas-bas ekspres – juga lori-lori besar! – yang menekan minyak tanpa menghiraukan had laju. Betapa kenderaan-kenderaan besar ini yang telah ditetapkan had laju 90kmj, telah memecut lebih dari yang dibenarkan.

Mereka menekan hon untuk meminta laluan dari kenderaan yang bergerak mengikut undang-undang. Mentang-mentang mereka besar, mereka tidak menghiraukan kenderaan kecil dan memecut bagaikan kereta api peluru @ ‘bullet train’ di Jepun. Mereka memotong ikut suka, seolah-olah lebuh raya hanya milik mereka.

Selalu saya berasa hairan apakah kelajuan bas-bas ekspres itu tidak boleh dikesan oleh kamera-kamera trafik yang dipasang sepanjang lebuh raya? Apakah kamera trafik dan saman ekor hanya untuk pemandu kerdil seperti saya? Atau, apakah bas-bas ekspres kita dilengkapkan dengan alat yang lebih canggih untuk mengesan kamera trafik?

Menjadi kebiasaan setiap kali ada tragedi besar lebuh raya, badan penyiasat khas akan ditubuhkan. Kemudian terbongkarlah macam-macam kalut-malut dalam industri pengangkutan awam, khasnya bas ekspres kita. Antara yang telah dibongkar sebelum ini ialah perihal sebuah syarikat bas ekspres yang telah beratus kali menerima kompaun, tetapi tidak dilangsaikan.

Ada syarikat bas ekspres yang dikesan melakukan beratus kesalahan trafik, saman telah dikeluarkan tetapi pihak syarikat tidak mempedulikannya. Ada syarikat ekspres yang menggunakan pemandu yang telah disahkan sebagai penagih. Ada pemandu bas ekspres yang telah disenaraihitamkan tetapi masih memandu bas. Ada pemandu bas ekspres yang mengantuk sebab memandu berterusan lebih 16 jam. Malah, ada sekian ramai pemandu bas ekspres yang mengaku telah menjadi ‘pelesit’ jalan raya.

Persoalannya: apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa, khasnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, untuk menghukum pesalah dan pelesit jalanan ini? Apakah syarikat ekspres yang menerima beratus kompaun dan saman itu sudah ditarik permitnya? Atau, apakah setelah bayaran kompaun dibuat, syarikat itu dikira telah bersih sehingga tidak ada sebarang tindakan susulan dilakukan?

Sudahkah pihak berkuasa mengadakan pemeriksaan dan ujian menyeluruh ke atas pemandu bas ekspres untuk memastikan penagih dan orang gila tidak menjadi pemandu bas ekspres kita? Tindakan tegas – termasuk menarik permit, menggantung lesen – hendaklah dikenakan ke atas mana-mana syarikat ekspres yang melakukan kesalahan dan kecuaian. Mereka sebenarnya pembunuh secara tidak langsung. Mana boleh orang-orang ini dilepaskan begitu sahaja?

Sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan orang ramai akan membuat berbagai andaian. Salah satu persepsi popular sekarang ialah sekiranya syarikat ekspres tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun berulang kali melakukan kesalahan, pasti ada ‘orang besar’ atau orang politik di belakang syarikat ekspres tersebut. Persepsi ini tidak semestinya betul, tetapi ia perlu diperbetulkan. Tidak kira orang biasa, orang kecil, orang besar, orang politik, kalau buat salah mereka patut dihukum.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List