Showing posts with label Orang Politik/Islam. Show all posts
Showing posts with label Orang Politik/Islam. Show all posts

"Rumours semata-mata", kata Datuk khusrin Munawai.

on Dec 23, 2010

NONE
Di balik segala kontroversi dan kritikan bertubi-tubi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi, kini wujud desas-desus yang beliau akan menamatkan tugasnya di jabatan berkenaan bulan depan.

Menurut sumber-sumber dalaman jabatan bawah Majlis Agama Islam Selangor itu, Mohammed Khusrin (kanan) akan ditukarkan ke jabatan lain yang belum dapat dipastikan.

"Beliau kini menghabiskan cutinya di sini (JAIS)," kata sumber-sumber itu sambil memberitahu Mohammed Khusrin "naik pangkat".

Difahamkan, kekosongannya kerusi panas itu akan diisi pada 6 Januari depan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan menjelaskan lanjut perkara itu.

Sebelum ini, nama beliau menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Isu itu berpanjangan apabila, tindakan itu dan isu pentauliahan mengundang kritikan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad (Shah Alam), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Shaari Sungip (Hulu Kelang).

Ketegangan terus berterusan dan merebak dalam isu lain, seperti dalam 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa Dr Mohd Asri (kiri) berlaku di sebuah masjid di negeri itu.

Belum pun reda, timbul pula isu ahli parlimen bukan Islam Teo Nie Ching daripada DAP yang memasuki sebuah surau di Kajang.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcIsu yang mendapat perhatian istana Selangor itu bermula apabilaUtusan Malaysia memetik kenyataan Mohammed Khusrin yang dilaporkan berkata, perkara itu tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkantangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Sementara itu, Mohammed Khusrin ketika dihubungi Malaysiakinibagaimanapun menafikan perkara itu.

"Itu semua cerita orang, tak betullah tu, rumours (khabar angin) semata-mata," kata Khusrin.

"Minggu hadapan saya akan mula bekerja semula."

Malaysiakini

Di Kota Raja orang Hindu & Kristian datang Tazkirah.... UmNo?

on Sep 3, 2010

Minda Dr Siti Mariah
Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Presiden dapat melihat sendiri dan tersenyum bangga melihat kebangkitan luar biasa sokongan non-muslim terhadapat perjuangan Parti PAS. Tidak cukup dengan itu mereka yang non-muslim ini yang kini menjadi sayap parti yang dipanggil DHPP terkadang lebih terkehadapan dalam memperjuang dan mempertahankan kemenangan PAS dalam PRU 12 yang lalu.  seterusnya

HILANG AKAL DAN KERJA ORANG GILA YANG MEMALUKAN ISLAM

on

Minda Wan Fauzdin
HURU-HARA puak-puak perkauman di P.Pinang dengan kredibiliti KM P.Pinang yang Non Malay, Non Muslim tetapi jauh lebih baik dari pemimpin yang sedia ada di dalam Bn/Umno. Berbagai cara mereka atur dan susun dengan menggunakan kepala otak mereka yang sudah sedia bodoh itu untuk meruntuhkan Kerajaan PR P.Pinang, namun sehingga ini semuanya berjaya `dijentik' oleh pemimpin PR di P.Pinang.  seterusnya

Siapa Ibrahim Ali dia bukan Tuhan - Datuk Harun Taib

on Aug 30, 2010



Perkasa larang bukan Muslim bercanggah suruhan Islam

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

“Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang,” kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

“Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

“Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?” kata beliau.

TMI

Teo dapatkan pandangan mursyidul am PAS

on


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Pertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.

MenurutHarakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh.

BACA TELITI DAN FIKIR KAN MINDA ZULKIFLI NOORDIN...........???

on

Dulu aku ingat terror mamat peguam ni. MP PKR, ada masalah kena buang. Rupa nya ahli PAS. Tu macam mana tu, ada 2 keahlian. Tamak ke atau tamak ke atau tamak ke.... mana satu nak pilih yeek. Sekarang nak cerita pasal islam lak. Oiiiiit mamat pi betul dulu diri hang tu baru boleh datang sembang.................................???






Minda Zulkifli Noordin


Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan! 

Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini?

Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah.

Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang.

Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.

Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.


Mindarakyat

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List