Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Jangan ambil mudah menang pilihan raya - kata ketua pemuda PBB. Pakatan Rakyat bagaimana.......???

on Dec 11, 2010

BN janganlah mengambil mudah untuk menang pilihan raya umum akan datang, sebagai ingatan kepada empat komponen BN di Sarawak untuk bekerja keras, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusuf.

NONE
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memberikan arahan jelas untuk mula bekerja keras dan tidak mengambil ringan dalam memenangi pilihan raya.

"Akhirnya pengundi akan menghakimkan kita berdasarkan perkhidmatan kita kepada rakyat...jadi jika anda berpuas hati dan ambil ringan, saya tidak terkejut calon BN akan tewas," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi dan Kreativiti Setiausaha Persekutuan Sarawak di Kuching, malam semalam.

Khamis lalu, Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem berkata bahawa calon BN tidak lagi mampu untuk mengambil mudah kerana minda rakyat terlah berubah dengan cepat apa lagi dengan akses maklumat yang mudah.

NONE
Beliau yang juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri bekata bahawa rakyat tidak lagi mengundi berdasarkan parti dan tidak lagi bersikap menghargai seperti sebelum ini apabila diberikan bantuan kerajaan kerana mereka percaya adalah tugas kerajaan untuk menjaganya.

Dalam mendengar masalah rakyat, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Pemuda PBB telah bersedia di peringkat bawah dengan melakukan kerja-kerja amal ataupolitik yang meliputi aspek sosial dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka.

Beliau berkata program kerja sedang dijalankan di peringkat cawangan di semua 71 kawasan pilihan raya negeri, yang merupakan arahan jelas daripada kepimpinan parti.

Seminar Belia BN juga baru sahaja berakhir yang disertai oleh semua parti komponen BN di Sarawak, yang meliputi PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Maju Demokrat Sarawak (SPDP), kata beliau.

Beliau berkata Unit Media Pemuda PBB juga melancarkan kempennya untuk menyalurkam maklumat mengenai isu yang membabitkan Sarawak.

Dengan cara ini, mana-mana isu boleh dijawab atau diterangkan dengan berkesan tanpa membuat serangan peribadi, kata beliau.

- Bernama

RAMALAN KU BENAR BELAKA.........???

on Dec 1, 2010

PRU 13 Mac Tahun Depan ???




Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan. Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.


Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

“Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR,” kata Anwar(gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.
Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.
“Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal,” katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun “medan pergelutan politik”.
Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

TMI

TANDA TANDA PRU 13 SUDAH HAMPIR........???

on Nov 17, 2010

Apabila orang gila sudah berkeliaran;pilihanraya dah dekat........???





Sepanjang minggu ini kita melihat banyak orang gila berkeliran di merata tempat dalam bandar Taiping.

Balik dua pagi,jumpa orang gila berkeliaran.Keluar pagi pergi ke pasar, muncul pula orang tak betul meminta derma dan mencari "sampah".

Solat Jumaat ,kelihatan juga orang kurang waras.Seperti sebelum PRU 12 pada tahun 2008,banyak betul orang gila muncul.Tau-tau pilihanraya.

Orang gila baru muncul, boleh kita kenal,antaranya kuku kaki ,kuku tangan bersih .Makan makanan berbungkus,tidak terdedah.Semua makan dibekal oleh orang gila.Kononnya orang gila makan makanan orang gila.

Orang gila ini bukan orang tempatan .SB polis atau perisik tentera ,berlakon sangat pandai,tetapi terdapat seorang dua , mereka juga memberi maklumat kepada kita.

Maaf SB kita juga ada kawan orang gila. Betul-betul gila.!

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List