Showing posts with label Sumbangan. Show all posts
Showing posts with label Sumbangan. Show all posts

Politik jahat Umno..kami tak caya.....!!!

on Oct 13, 2010


BUTTERWORTH : Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

MP Selayang batal program di Masjid At-Taqwa esok

on Aug 30, 2010

Elok elok nak dapat bantuan dah terbatal..Bila PR nak bagi bantuan semua tak boleh. Satu cadangan aku kalau YB William nak beri bantuan pada yang memerlukan buat aje le kat Balai Raya ke Dewan orang ramai ke.Tak ada sapa nak persoalkan. Bantuan pada yang memerlukan bukan hanya boleh disampai kat masjid atau surau sahaja........


Program pemberian sumbangan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen kepada golongan yang memerlukan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pagi esok telah dibatalkan.

Perkara itu dinyatakan oleh pembantu peribadi ahli parlimen tersebut, Chan Foo Chuen dalam nota liputan kepada media.

"Harap maaf kerana program pemberian sumbangan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru dibatalkan. Sekian terima kasih," demikian menurut nota liputan dari Chan.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam nota liputan tersebut sebab majlis itu dibatalkan.
Ketika dihubung Malaysiakini, Chan berkata beliau tidak tahu mengapa majlis itu dibatalkan dan meminta supaya bertanya sendiri kepada William.
Malaysiakini kemudiannya berusaha untuk menghubungi William tetapi tidak berjawab. SMS yang dihantar kepada beliau juga belum dijawab.
Pembatalan tersebut dibuat beberapa jam selepas Chan menghantar nota liputan yang menyebut William akan menghadiri majlis tersebut di masjid berkenaan.

Menurut jadual awalnya, majlis sumbangan itu akan berlangsung pada jam 10 pagi di masjid berkenaan.

Sebelum ini, William menjadi sasaran Mingguan Malaysia kerana menghadiri majlis sumbangan kepada masjid yang sama.

Akhbar milik Umno itu melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

William menjadi sasaran selepas akhbar berkenaan menyiarkan di muka depannya mengenai kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor akhbar itu lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Malaysiakini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List