Showing posts with label Third Force. Show all posts
Showing posts with label Third Force. Show all posts

Mahasiswa golongan ‘Third Force’ semasa PRU nanti – SMM

on Dec 24, 2010

Mahasiswa merupakan golongan ‘third force’ yang bila-bila masa sahaja akan membuat keputusan penentu sama ada mengekalkan kepimpinan yang ada atau menggulingkan kepimpinan baik di negeri Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Ridzuan Othman berpendapat, mahasiswa berperanan sebagai ‘check and balance’ yang akan menentukan sokongan kepada kerajaan yang diperintah BN ataupun pembangkang bukan kerana agenda politik mereka tetapi menilai sejauh mana ketelusan, keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh sesebuah parti dalam negara.

Beliau menegaskan "tidak perlu melabelkan mahasiswa pro kerajaan atau pro pembangkang.

"Jika hak mahasiswa dijamin, jika mahasiswa diberikan ruang bebas berbicara dan melontarkan pendapat, jika AUKU tidak mengekang hidup mahasiswa, jika PTPTN tidak menyusahkan hidup mahasiswa dengan kadar faedah yang tinggi, saya yakin dan percaya mahasiswa sudah celik dan mampu berfikir siapa yang mereka perlu pilih untuk perjuangkan hak-hak mahasiswa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kelmarin, yang berkata pemimpin mahasiswa berperanan penting untuk membantu mengembalikan keyakinan di kalangan penuntut universiti supaya menyokong kerajaan kerana trend kebanyakan mahasiswa yang kini lebih cenderung untuk menyokong pembangkang.

Mahasiswa menolak politik sempit

Sehubungan itu, beliau menasihati penuntut universiti agar tidak terpedaya dengan pelbagai tohmahan dan janji-janji yang diberikan oleh mereka kerana ia akan merugikan negara dan rakyat Malaysia.

"Mahasiswa dan mahasiswi perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang dan menilai sendiri pihak manakah yang lebih berkhidmat kepada rakyat," kata Mukhriz.

Mohd Ridzuan berkata, walaupun kenyataan Mukhriz hanya merupakan pandangan peribadi, ‘ketakutan’ yang dirasai oleh sesetengah pihak terhadap mahasiswa adalah pandangan sisi yang perlu dinilai sebaik mungkin kerana mahasiswa hanya akan memilih kerajaan yang adil dan amanah di dalam pemerintahan.

Beliau menegaskan mahasiswa adalah golongan bersifat bebas dan tegas menolak politik sempit dan perkauman yang menebal, berpendapat tidak tepat jika mengatakan bahawa kerajaan telah memberikan pelbagai kemudahan dan peluang kepada mahasiswa.

"Bagi saya mana-mana parti pun yang memerintah, tanggungjawab sebagai kerajaan adalah membantu rakyatnya.

Jika parti itu tidak mampu menunaikan tanggungjawab, maka mahasiswa akan menghukum di dalam pilihan raya, berteraskan konsep demokrasi berparlimen," katanya.

Raja Petra Nak Tubuh Third Force Pro BN......???

on




Raja Petra dengan penubuhan MCLM menyebut dirinya sebagai Kuasa Ketiga dalam pilihanraya. Teman tak dapat nak pastikanlah kalau dia mampu ke tidak nak sumbat deposit untuk 572 DUN dan 222 Parlimen.

Kata nak jadi Third Force? Kena la bertanding semua kerusi. Cuma RM9.05 juta je. RM3.33 juta untuk Parlimen, dan RM5.72 juta untuk DUN.

Yang pasti RM3.90 juta pasti dikembalikan setelah selesai buang poster. Maka jumlah sebenar yang hendak 'digagalkan' semaksimumnya (jika hilang wang deposit) cumaRM5.15 juta je.

Teman rasa, kalau Donald Trump nak buat parti, bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN, dah boleh dah.

Apatah lagi MCLM seakan-akan mempunyai corak aliran pemikiran yang sama dengan KITA pimpinan Zaid Ibrahim, sahabat baik Raja Petra.

Tapi apa manifestonya?

Apa kebaikannya untuk rakyat yang majoriti. Rakyat yang tak mahu minda mereka dibentuk dalam acuan bebas dan sekular, meletakkan agama ke tepi dan berlagak seperti orang Barat yang tidak Barat pun. Tetap masih di Timur.

For example, Dr Mahathir feels that, in the next general election, Barisan Nasional should field some non-political party members from amongst the professionals and civil society movements. I too feel the same and that is what the Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) will be trying to achieve.

Ujar Raja Petra dalam blognya 9 Disember lalu. Apa helahnya memetik kata Dr. M bahawa dalam PRU seterusnya BN perlu meletakkan calon bukan politik yang terdiri dari kumpulan profesional dan gerakan masyarakat sivil? Dia menambah "saya juga merasakan sedemikian dan itulah apa yang Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) cuba capai".

Apakah akhirnya ia akan menjadi sebahagian Barisan Nasional disebalik kata-kata "Kuasa Ketiga" yang jika mereka berjaya menang 30 kerusi sekalipun, sebagai fragmen terkecil, mereka tidak mampu berbuat apa.

Isyarat jelas, jika ini berlaku, mereka akan mendesak untuk menjadi rakan kongsi BN yang terpecah akibat pencelahan mereka ini.

Mereka akan kemudian mendesak ditubuhkan kerajaan campuran demi pemerintahan dua pertiga berbanding Pakatan Rakyat supaya dapat mereka naik menjadi menteri .

Haris Ibrahim: Kami bukan kuasa ketiga

on Dec 16, 2010

Bila berita mengenai "kuasa ketiga" mula-mula muncul beberapa bulan lalu ketika pemilihan langsung kepimpinan PKR sedang berlangsung, ramai yang merasa skeptikal daripada optimistik.

NONEBeberapa pemimpin parti politik, terutama dari PKR, menolak tanggapan 'kuasa ketiga' itu, manakala yang lainnya pula menganggap penubuhan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) adalah untuk menarik undi dari parti itu.

Malah, waktu gerakan itu ditubuhkan juga memudahkan lagi MCLM dikaitkan dengan pemilihan langsung pucuk pimpinan PKR yang dilanda kontroversi.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, presiden MCLM, Haris Ibrahim menjelaskan mengenai objektif utama dan label "kuasa ketiga" yang dilekatkan pada gerakan tersebut.

Sambil menegaskan bahawa gerakan itu bukan sebuah parti politik, dan tidak bercadang menuju ke arah itu, Haris tampak kurang senang dengan label "kuasa ketiga" itu.

Menurutnya, jika parti-parti masih bercakap tentang ketuanan rakyat, atau Makkal Sakthi pada 2007, maka rakyat ketika itulah yang merupakan kuasa ketiga. 

Dibiayai rakyat M'sia di luar negeri


raja petra Live telecast of the MCLM Forum in LondonKetika penubuhan MCLM diumumkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin, ramai yang tersentak kerana ia dilakukan di kota London.

Menurut Haris, ia merupakan soal kemudahan forum itu diadakan di sebuah hotel di London.

"Apakah ia akan membawa apa-apa perbezaan sekiranya diadakan di negara lain?" soalnya sambil menambah, terdapat usaha untuk mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan di sini "tapi ia tidak ke mana-mana".

"Jadi mengapa London? Kerana di situlah terdapat ramai rakyat Malaysia yang benar-benar mahukan idea tersebut menjadi kenyataan," katanya.

MCLM, katanya, dibiayai oleh rakyat Malaysia "yang mempunyai aspirasi untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih baik".

NONECalon-calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya, tambahnya, hanya perlu setia kepada rakyat.

Salah seorang calon tersebut ialah peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang namanya telah diumumkan oleh Raja Petra hujung minggu lalu. Menurut Haris, 18 lagi telah membayangkan mereka juga mahu turut serta.

"Kami tidak inginkan festival katak seperti apa yang berlaku awal tahun ini Dan bolehkah anda percaya orang seperti (ahli parlimen Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar (Radin) terus menerus dicalonkan?" soalnya.

"Mereka (calon) tidak perlu setia kepada kami. Jika mereka kemudian mahu menyertai PKR atau Gerakan, mereka boleh teruskan..."

Kuasa Ketiga untuk PRU 13.........???

on Nov 18, 2010

16 orang telah menawar diri, Haris Ibrahim




"Kuasa ketiga" bakal meletakkan calon yang berkualiti untuk mengisi kekosongan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13, menurut pelopornya, Haris Ibrahim.  Peguam hak asasi manusia ini menafikan bahawa Zaid Ibrahim adalah sebahagian daripada gerakan ini, sambil memaklumkan bahawa 16 orang telah menawar diri untuk menjadi calon bebas dalam PRU akan datang.

Haris Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk membentuk "Kuasa Ketiga" sejak awal Ogos tahun ini.  Matlamatnya adalah memilih mereka yang berkualiti dari masyarakat sivil untuk dijadikan calon, agar peristiwa lompat parti untuk kepentingan diri oleh ahli parlimen pembangkang tidak berulang.  Cadangan ini mengundang pujian dan kritikan setelah diutarakan.  Mereka yang kecewa dengan PR bertepuk tangan, sementara ada yang menganggap ia terlalu "naif" - kerana tindakan ini bakal memecah-belahkan kekuatan pembangkang.

Haris Ibrahim menjelaskan kepada MerdekaReviewbahawa menumpaskan Barisan Nasional adalah matlamat yang dikongsi bersama oleh "kuasa ketiga" dan PR.  Namun demikian, PR kekurangan calon yang berkualiti untuk bertanding di kesemua 222 kawasan parlimen.  Oleh itu, "kuasa ketiga" cuba mendapatkan mereka yang berkualiti tetapi tidak berniat untuk menyertai mana-mana parti politik dari masyarakat sivil, untuk ditawarkan kepada PR.

"Kemudian, terserahlah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan.  Mereka sendiri yang kekurangan calon," katanya ketika dihubungi MerdekaReview, semalam.
Namun, ketika ditanya sama ada "perang tiga penjuru" bakal menghakis sokongan terhadap PR, Haris Ibrahim berkata, "Tengoklah PRK Batu Sapi, perang tiga penjuru tetap wujud walaupun tiada masyarakat sivil."

Kuncinya, calon terbaik harus diletakkan untuk bertanding, tegas Haris Ibrahim.
Ketika ditanya kayu ukur penilaian calon, beliau berkata piawaiannya telah ditetapkan PKR sendiri.  "Kuasa ketiga" akan menilai calon berdasarkan kayu ukur yang ditetapkan PKR.  Sambil mengambil ahli parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne (gambar kanan) sebagai contoh, Haris berkata mereka sudi menerima Loh sebagai calon, seandainya Loh lulus mengikut kayu ukur PKR.

Sebaliknya, Haris mempersoalkan, "Jikalau Loh Gwo-Burne sudah tidak lulus mengikut kayu ukur kamu sendiri (PKR), mengapa masih lagi diletakkannya sebagai calon?"

Integriti menjadi keutamaan

Beliau memaklumkan bahawa keutamaan yang diberikan ketika memilih calon bukan berasaskan prestasi calon tersebut, tetapi integriti - untuk mengelakkan peristiwa keluar parti seperti Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong, Zahrain Hashim dan sebagainya daripada berlaku.

Haris berkata, daripada 222 kerusi parlimen, BN dan pro-BN mempunyai 146 sementara PR mempunyai 76 kerusi, menunjukkan bahawa PR kelihatan tidak mempunyai calon berintegriti yang mencukupi untuk bertanding.

"Seandainya PR menang dalam PRU ke-13, dan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.  BN menawarkan RM2 bilion, dan kita akan menyaksikan satu lagi krisis Perak," katanya.

Haris turut memaklumkan bahawa setakat ini, terdapat 16 orang calon yang "sangat baik" telah menawar diri sebagai calon bebas.

Haris Ibrahim berkata, beliau mencadangkan tiga usaha untuk gerakan di bawah inisiatif masyarakat sivil ini.  Selain menawarkan calon bebas yang berintegriti, dan berpendirian sama dengan PR dalam isu berhubung kepentingan rakyat, mereka juga akan menyebarkan maklumat tentang masyarakat sivil, malah memulakan gerakan peringkat kebangsaan untuk menyeru agar rakyat menghukum parti politik yang terlebih belanja ketika berkempen.

"Akta Pilihan Raya menetapkan bahawa perbelanjaan di setiap kawasan pengundian (parlimen) tidak boleh melebihi RM200 ribu.  Tetapi dalam PRK Hulu Selangor, RM100 juta telah dibelanjakan."

Nafi berkempen untuk Zaid

Satu mesyuarat tertutup dijadualkan pada hujung minggu lalu di kalangan wakil dari masyarakat sivil untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk gerakan tersebut, namun terpaksa digugurkan kerana kehadiran yang terlalu rendah.  Haris Ibrahim memberitahu bahawa satu mesyuarat meja bulat akan dipanggil pada 19 Disember ini untuk mengumpulkan wakil dari badan bukan kerajaan.  Seterusnya, satu Konvensyen Rakyat akan diadakan pada awal Januari 2011 untuk merestui hasil perbincangan meja bulat tersebut.

"Tidak, tidak, tidak," beliau menafikan Zaid Ibrahim (gambar kanan) sebagai sebahagian daripada gerakan ini.  Zaid Ibrahim menjadi tumpuan media sejak kebelakangan ini apabila menarik diri dari pemilihan parti dan meletak jawatan partinya dalam PKR.
Ketika dibangkitkan bahawa Haris Ibrahim kelihatan seolah-olah berkempen untuk Zaid Ibrahim dalam pemilihan PKR, beliau mengajukan soalan kepada wartawan sebaliknya, "Kamu tunjukkan mana artikel saya dalam tiga bulan kebelakangan ini berkempen untuk Zaid?  Saya mengkritik proses Pemilihan PKR, ya, saya mengkritik Anwar dan Azmin Ali mempunyai agenda Islam, saya akan terus berbuat demikian."

Beliau menambah, oleh sebab PKR menuntut pilihan raya yang adil dan mendukung konsep ketuanan rakyat, maka PKR perlu menunjukkan teladan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List