Showing posts with label dunia. Show all posts
Showing posts with label dunia. Show all posts

WANITA BERJANGGUT.......???

on Oct 25, 2010

Rekod Dunia Wanita berjanggut.......???






JANGGUT putih yang terbiar panjang mencecah paras dada diusapnya perlahan-lahan. Sekilas pandang, dengan rambut putihnya yang semakin menipis, beliau kelihatan seperti seorang lelaki yang dimamah usia. Bagaimanapun, blaus ungu dan skirt kembangnya yang berwarna-warni bak pelangi, mencetus tanda tanya dalam hati: 'Orang macam Santa Claus ini perempuan ke lelaki?' 

Bergenang air mata Cik Vivian Wheeler dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat, mengenangkan nasib malangnya dilahirkan dengan penyakit hypertrichosis atau lebih dikenali sebagai sindrom serigala.Mendiang ibunya, Cik Wheeler, 62 tahun, tumbuh misai dan janggut sejak kanak-kanak lagi. Lebih menyedihkan, beliau juga dilahirkan sebagai khunsa, dengan kededua organ reproduktif lelaki dan perempuan dimilikinya. Namun, kerana ibunya inginkan seorang anak perempuan, maka alat kelamin lelaki Cik Wheeler 'dibuang' dalam satu pembedahan yang dijalankan sewaktu beliau kecil lagi.  

Kehidupan Cik Wheeler penuh onak dan duri. Beliau memberitahu bapanya berasa malu memiliki anak perempuan berjanggut. Namun, sebagai lelaki yang licik lagi tamak haloba, si bapa ingin meraih keuntungan daripada keadaan anaknya itu. Maka, Cik Wheeler dipaksa membuat persembahan dan dijadikan bahan tontonan di karnival-karnival keluarga. Siapa yang ingin menyaksikan 'gadis berjanggut' itu perlu membayar wang untuk pertemuan eksklusif. 
  
Selepas ibunya meninggal dunia pada 1990,  beliau berhenti mengurus wajah dan penampilannya. 'Saya biarkan sahaja janggut saya tumbuh. Saya tidak kuasa nak uruskannya. Tanpa janggut itu, ia bukan diri saya yang sebenar! 'Saya tidak harus pura-pura menjadi seorang wanita yang bukannya saya!'. Sejak itu, janggutnya tumbuh semakin panjang, mencecah 30 sentimeter. Bahkan, beliau diundang untuk muncul dalam program 'pelik tetapi benar', Ripley's Believe It or Not! Namanya juga tercatat pada Buku Rekod Dunia Guinness sebagai wanita dengan janggut terpanjang. 

***sebenarnya perkara ini tidak sangat memalukan, kerana ia adalah pemberian Pencipta kepada sesiapa yang dia kehendaki. bila sentuh bab perempuan ni teringat orangkasai akan kata-kata seorang ustaz, 'babi haram disentuh tetapi boleh dipandang. perempuan yang tidak menutup aurat haram dipandang. antara babi dan wanita yang tidak menutup aurat mana yang lebih teruk?' fikir-fikirkan sendirikesimpulan, hinanya wanita bukan kerana paras rupa, tetapi hinanya mereka kerana melanggar perintah Allah***.

Berakhirnya pertempuran di Iraq.....???

on Sep 1, 2010

obama-saidaonline

WASHINGTON:  Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama secara resmi mengumumkan berakhirnya peranan AS dalam pertempuran di Iraq setelah terlibat dalam aksi pertumpahan darah selama tujuh  tahun.
Dari Oval Office, Washington, tempat dideklarasi pencerobohan  ke atas Iraq oleh Presiden George W Bush, Obama menekankan berakhirnya pertempuran dengan menyatakan, "Saatnya membuka lembaran baru."
Dengan tidak mendakwa kemenangan dalam pertempuran di Iraq, Obama menerangkan keutamaan yang paling utama dan darurat ketika ini bagi AS adalah memperbaiki keadaan ekonominya.
Keterangan Obama disampaikan  malam semalam waktu Washington di hadapan jutaan warga yang berbeza pandangan terhadap pencerobohan  ke atas Iraq baik di AS mahupun seluruh dunia.
Obama menerangkan, AS "telah menanggung biaya sangat besar" untuk memberikan peluang  bagi warga Iraq membentuk masa depan mereka.
Harga yang dinilai sangat tinggi itu mencakup lebih dari 4,400 orang terkorban, puluhan ribu pasukan pasukan cedera serta ratusan juta  dollar AS dibelanjakan  sejak pencerobohan yang  dimulai Mac 2003.
Dalam pidato yang ditujukan pada kesukaran  yang membelenggu  AS dan jawatannya sebagai presiden, Obama menekankan pertempuran yang dihadapi oleh negaranya saat ini adalah mengatasi masalah pengangguran di AS.
Pidato yang berlangsung kurang dari 20 minit itu merupakan pidato kedua yang disampaikan oleh Obama dari Oval Office. Dalam menyampaikan pidatonya, Obama tampak memandang langsung ke arah TV dengan foto keluarga serta bendera AS dan presiden AS berada di belakangnya.
Sumber:- MT

Ribuan lari gunung berapi meletus

on Aug 30, 2010

GAMBAR menunjukkan Gunung Sinabung meletus di daerah Tanah Karo, di luar bandar Medan, Sumatera Utara semalam.


JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.
Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam.
Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
"Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono.
"Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.
"Pada mulannya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.
Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan.
Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe.
"Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List