Showing posts with label ghaib. Show all posts
Showing posts with label ghaib. Show all posts

KISAH SITI BALQIS LAGI.......???

on Oct 30, 2010

Siti Balqis mula bengis




JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.

"Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah). 

“Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri. 

Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya. 

Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan ‘ghaib’ di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok ‘jin Islam’ di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin. 

Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang. 

Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu. 

“Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi,” katanya. -BH

Ulasan GB

MasyaAllah, apa pulak tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum?

Ini menjelaskan bahawa sebenarnya bukan Siti Balqis saja yang "disukai oleh jin" tetapi ibubapanya juga. Memberi ruang dan laluan untuk tipudaya syaitan berterusan. Kaedah perubatan tradisional seperti perbomohan yang belum disemak kaedahnya hanya akan lebih mengusutkan keadaan.

Tidak ada sebab mengapa perlu dilayan sedemikian rupa. Tiada ada dalil aqli atau naqli untuk berbuat seperti itu. Kecuali untuk mewujudkan aura "jin itu kononnya raja" yang hendak menyesatkan lagi umat manusia.

GB merasakan ada hal yang disembunyikan oleh kedua ibubapa yang menyebakan anaknya jadi begitu kerana sebelum ini, yang terlalu gembira melihat wujudnya permata yang konon turun ke rumahnya adalah tidak lain ibunya sendiri.


Noziran, ibu Balqis menunjukkan konon adanya batu permata yang jatuh di rumahnya. Tiba-tiba batu permata itu hilang pula pada keesokannya.


Apa lagi yang boleh kita cakap jika ajaran (seruan) untuk kembali ke pangkal jalan tidak mahu dituruti? Kita seru agar berpegang kepada kalimah tauhid. Tidak ada yang lebih tinggi dan mulia daripadanya. 


Nak terus-terusan hidup ditipu dan menipu.

Pencak terakhir kita berhadapan dengan kedegilan melampau, kita bacakan hujung Surah At-Taubah supaya Allah singkapkan segala kebenaran:

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ 
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ 

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, penderitaanmu terasa berat olehnya, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia Rabb yang memiliki Arsy yang agung'." (At-Taubah: 128-129).

RAHSIA BALQIS TERBONGKAR JUA......???

on Oct 29, 2010

RAHSIA BALQISTERBONGKAR JUA. TIDAK PERNAH DILARIKAN JIN BERBULU





KETUA Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria menyerahkan Siti Balqis Mohd Noor yang didakwa dilarikan jin ke Gunung Jerai, Kedah, Ahad lalu kepada ibunya, Norizan Said (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kuala Terengganu, semalam. Siti Balqis ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam. Foto Mohamad Ishak

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.


Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning
. -BH


SITI BALQIS HILANG LAGI......???

on Oct 27, 2010

Siti Balqis kembali ‘ghaib’ hilang dipercayai dilari ke Gunung Jerai





BESUT - Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, dekat Apal, di sini, mengejutkan keluarganya apabila dia kembali ‘ghaib’ kira-kira jam 9 malam Ahad lalu selepas 15 hari tidak pulang.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, anaknya kali ini keluar dari rumah dengan menaiki kenderaan Perodua Kembara miliknya.

Kata Norizan, anaknya ada menghubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu dia meningalkan kenderaan itu di stesen bas.

“Gerakan mencari diusahakan dan menemui kenderaan itu berkunci berhampiran stesen kereta sewa berhampiran stesen bas Jertih kira-kira jam 1 pagi.

“Apa yang menjadi persoalan kenderaan itu tidak ada kunci pendua dan kunci berada dalam simpanan saya,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Jertih mengenai kehilangan anaknya dan kereta itu.

Norizan memberitahu, pada malam dia mula-mula hilang, anak saudaranya, Noraini Ghani, 25, yang tinggal di Sungai Petani, Kedah menghubunginya memberitahu terlihat kelibat Siti Balqis di rumah itu.

Katanya, Siti Balkis kali ini turut dilarikan makhluk halus ke Gunung Jerai berdasarkan SMS yang dikirimkan anaknya kira-kira jam 5 pagi kelmarin memberitahu berada di gunung itu.

Katanya, anaknya dilarikan makhluk halus selepas Siti Balqis meninggalkan kereta di stesen kereta sewa itu.

Sehingga jam 7.30 malam semalam, Siti Balqis masih belum ditemui dan kehilangannya dikatakan paling lama berbanding sebelum ini.

“Saya diberitahu (secara ghaib) Siti Balqis dalam perjalanan pulang,” dakwa Norizan ketika ditemui Sinar Harian malam semalam.

Sementera itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan gadis tersebut dan berkata pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan mengesan gadis itu.

Siti Balqis Ghaib Dibawa Lembaga Berbulu Tebal Berwajah Anjing

on Oct 13, 2010

Selepas gagal ‘mengghaibkan’ Siti Balqis Mohd Nor, 22, jin yang dikatakan mengawal gadis terbabit kini beralih mengganggu ketenteraman keluarganya di rumah mereka di Kampung Gong Nangka, dekat sini.

Senja kelmarin, seberkas kunci rumah yang disimpan dalam beg tangan ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, dikatakan hilang sebelum ditemui diikat dalam kain berwarna merah di atas meja kecil di rumah itu kira-kira sejam kemudian. 


Siti Balqis menggemparkan negara apabila sejak dua bulan lalu, dia dikatakan sudah ghaib lebih 100 kali dibawa lembaga besar berbulu tebal dan berwajah anjing ke pelbagai tempat termasuk yang pelik seperti dalam mesin pembancuh simen, kubur, atas siling rumah, atas pokok dan rumah tinggal. 


Sejak dirawat tiga pengamal perubatan Islam dari Yayasan Islam Terengganu (YIT), Siti Balqis sudah menunjukkan pemulihan dan tidak lagi ghaib sejak Sabtu lalu.

Beliau berkata, rumahnya kini terpaksa sentiasa ditutup kerana tidak mahu ada orang datang mengganggu keluarganya, terutama bomoh yang menawarkan khidmat merawat anak gadisnya itu.
“Tindakan ini adalah atas permintaan pegawai agama YIT yang meminta kami supaya tidak lagi membenarkan pihak lain mengadakan upacara merawat untuk tempoh tertentu kerana mahu memastikan proses rawatan bersandarkan syariat Islam itu dapat dilaksanakan secara berkesan tanpa gangguan dan campur tangan elemen lain,” katanya.

 Ratusan pengunjung masih menunggu di sekitar rumah keluarga itu untuk mengetahui perkembangan terkini gadis ghaib itu.

Bagaimanapun, orang ramai yang berkumpul berhampiran rumah itu akur dengan nasihat polis yang turut berada di kawasan itu dan meninggalkan rumah terbabit.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List