Showing posts with label istana. Show all posts
Showing posts with label istana. Show all posts

Elaun Yang Dipertuan Agong,Sultan Dan Kerabat Diraja Malaysia.

on Oct 26, 2010


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong



Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.


Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880
  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)
Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339
  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)
Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :
  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000
Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.


Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).


Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara :
1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000
Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan
Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan
1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480
Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan
1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan
Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :
  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000

http://malaysiaberih.blogspot.com/2010/10/elaun-yang-dipertuan-agongsultan-sultan.html

Gambar yang bisa buat penyokong Umno meracau dan meroyan....???

on Oct 22, 2010

Teringat beberapa minggu yg lepas..penyokong atau lebih tepat blogger fanatik Umno cuba memanipulasi gambar mesra Tok Guru bersama Tuanku Sultan Kelantan..Gambar yg memaparkan Tuanku Sultan memberi penghormatan (laluan) kepada Tok Guru Nik Aziz di'pusing'nya mengikut selera nafsu mereka...

Dituduhnya Tuanku Sultan telah 'mengajar' Tok Guru kononnya tidak tahu protokol, perkara biasa org yg lebih muda menghormati org yg lebih tua dan pelbagai lagi alasan2 mereka..kononnya nk menggambarkan penyokong PAS terdesak mahu menonjolkan hubungan akrab pihak istana dan kerajaan negeri..kononnya gambar itu menunjukkan Sultan sindir dan tidak berkenan dengan Tok Guru Nik Aziz..

Boleh rujuk di SINI dan di SINI...kisah sebenar sebagaimana yang diceritakan oleh blogger Topeng Perak yg berada di tempat kejadian boleh dilihat di SINI...

Apakah SPIN mereka untuk kali ini??...sama2 kita saksikan...;)

Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan

















Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.

Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.

Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.

Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.

Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.

Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.

“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.

“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.

Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.

Daulat Tuanku.

on Oct 20, 2010




“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.


“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. 

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” 

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

Tengku Muhammad Fa-iz Petra Pewaris Kesultanan Kelantan

on Oct 19, 2010

faizTengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.

Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri. 

Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi Raja.

"Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak melibatkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya.

Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini.

TERKINI DAN PANAS.....Istana Kelantan Tarik Balik Gelaran Datuk Ibrahim Ali......???

on Oct 13, 2010




KOTA BARU: Istana Kelantan menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dan bekas setiausaha kerajaan negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Penarikan semula gelaran itu selang beberapa hari setelah Ibrahim mengadap Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra.
Selepas kunjungan pada Jumaat lalu, Ibrahim dipetik sebagai berkata, Tuanku Ismail kononnya sangat gembira bertemu beliau dan sempat berkongsi pengalaman bersama beberapa tahun lalu.
Wan Hasim pula merupakan setiausaha sulit kepada Sultan Kelantan sebelum ini.

Pembantu peribadi nafi Sultan Ismail Petra akan dibawa ke negara jiran.

on Oct 5, 2010





Pembantu peribadi Sultan Ismail Petra menafikan khabar angin mendakwa ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V itu akan dibawa ke negara jiran hingga kawalan ketat terpaksa dilakukan di pintu sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok di sini, semalam.

Kolonel Zahari Bakri, berkata tiada sebab Sultan Ismail Petra perlu di bawa ke luar negara kerana sedang menjalani rawatan fisioterapi di Istana Mahkota.

“Memang ada khabar angin disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), tetapi tiada perancangan membawa Sultan Ismail Petra ke mana-mana. Sultan pun tidak mahu ke mana-mana,” katanya, semalam.

Khabar angin kembali melanda keluarga Diraja Kelantan apabila Sultan Ismail Petra dikatakan akan dibawa secara rahsia ke Bangkok menggunakan pintu sempadan Kelantan-Thailand menyebabkan pintu sempadan di kawal ketat.

Sementara itu, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Istana buat laporan komplot larikan bekas Sultan

on

sultan kelantan

Istana Mahkota hari ini membuat satu laporan polis berhubung penerimaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengatakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke negara Thailand.

Laporan itu dibuat Pegawai Tentera Istana Mahkota Zahari Bakri di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Zahari yang hadir bersama seorang kakitangan Istana Mahkota ketika ditemui pemberita berkata beliau menerima satu sms daripada individu yang tidak dikenali pada 9.21 pagi, 21 September lepas memaklumkan ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand.

Katanya sms itu berbunyi: "salam, mohon kawalan ketat dan rapi di sempadan (Kelantan-Thailand) ini kerana maklumat yang diperolehi ada pakatan jahat untuk membawa lari Sultan Ismail Petra melalui jalan darat ke Thailand, minta dikeluarkan serta-merta arahan ini kepada semua yang bertugas di sempadan untuk bersiap sedia untuk menyekat niat jahat ini, marilah kita berdoa semoga Sultan
Ismail Petra selamat dari golongan yang zalim. Please take nec action. Apa yang mungkin berlaku mereka ini akan menjadikan kem tentera sebagai tempat untuk berlindung. Elakkan dari perkara ini berlaku atau dituduh bersubahat."

Selain sms itu katanya beliau turut membaca satu laporan di sebuah laman blog 'The Kelantan Insider' pada 4 Oktober lalu yang bertajuk 'Posting 45: Sultan Ismail Petra akan dibawa lari ke Thailand?'

"Dalam laporan di blog itu juga menyentuh perkara yang sama iaitu mengenai perancangan pihak tertentu untuk membawa keluar secara sembunyi Sultan Ismail Petra untuk bersemayam di Thailand.

"Selain itu turut ditulis kebimbangan pihak blog berkenaan sekiranya benar kejadian itu berlaku selain menyeru pihak berkuasa menjalankan tindakan agar perkara berkenaan tidak terlaksana," katanya.

Justeru katanya beliau membuat laporan polis agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut kerana ianya dikhuatiri boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjejaskan nama baik Institusi Diraja Kelantan.

Zahari berkata penulis blog Kelantan Insider juga perlu disiasat agar dapat mengetahui dari sumber mana yang diperolehi mereka ketika menulis laporan mengenai komplot membawa lari bekas Sultan itu.

--Bernama

SPECIAL ALLOWANCE FOR KELANTAN'S SULTAN ISMAIL AND CONSORT.

on Sep 30, 2010

Special allowance for Kelantan’s Sultan Ismail and consort while Kelantan Sultan strips his younger brother of royal title






KOTA BARU: A special sitting of the Kelantan State Assembly today approved amendments to two enactments to provide a special allowance for Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra and his consort following the proclamation of their eldest son, Sultan Muhammad V, as the new sultan.
The Royal Family Allowances Enactment (Amendment No.2) 2010 and the Royal Allocation for the Raja Perempuan of Kelantan (Amendment) 2010 were unanimously approved with the agreement of all the assemblymen, including the six opposition members.
Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tabled the proposal for the amendments, and was seconded by Deputy Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Nik Aziz said the amendments enabled Sultan Ismail Petra and the Raja Perempuan of Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, to receive the special allowance following the proclamation of their eldest son, Sultan Muhammad V, as the new sultan on Sept 13.
State Assembly Speaker Datuk Mohd Nassuruddin Daud announced the approval of the amendments after it was agreed to by all the assembly members.
Earlier, the assembly extended its congratulations to Sultan Muhammad V on his proclamation as the new sultan.
Ahmad, when winding up debate, said the state government expressed its undivided loyalty to the sultan and wished for Kelantan to be blessed under his rule.
The assembly also recorded its condolences over the death Galas assemblyman, Che Hashim Sulaima, 46, of PAS, from colon cancer three days ago.
All the assembly members observed a moment's silence and recited the "al-fatihah".
Opposition Leader Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, when approached, said all the six opposition assemblymen supported the amendments because they had adhered to the constitutional requirements.
"There is no reason not to support what is for the good, and it is hoped that Kelantan will be blessed under the rule of Tuanku," he said.
The state assembly adjourned to Nov 1.
In another development, the newly proclaimed Sultan of Kelantan Sultan Muhammad V has stripped his youngest brother Tengku Muhammad Fakhry Petra of his royal title “Tengku Temenggong” with immediate effect.
Tengku Muhammad Fakhry was also stripped of his two royal awards bestowed on him by the previous sultan and his father, Tuanku Ismail Petra.
Notice on the removal of the royal title and awards was served on Tengku Fakhry by a member of the state secretariat to an employee of Istana Mahkota in Kubang Kerian around 10am Thursday.
State Secretary Datuk Seri Mohd Aiseri Alias when announcing the matter yesterday said Tengku Muhammad Fakhry had been notified about the revocation of his title earlier through a letter.
He said the Sultan’s had his own reasons for revoking his youngest brother’s royal title and for withdrawing his royal awards.
Tengku Muhammad Fakhry has been embroiled in long-standing bitter rivalry with is eldest brother Tengku Muhammad Faris Petra when the latter was the Kelantan Regeant.
Tengku Muhammad Faris was proclaimed the new Sultan of Kelantan by the State Royal Succession Council on Sept 13 and has assumed the name Sultan Muhammad V.
Malaysianmustknowthethruth

Isu Istana : Wakil BN Sokong Pinda Undang-Undang Tubuh Kelantan

on Sep 19, 2010

KOTA BAHARU: Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang akan dibuat pada persidangan khas 27 Sept ini.
Ketua Pembangkang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata pindaan tersebut mesti disokong kerana melibatkan kebajikan bekas Sultan Kelantan itu.
"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan, kerana ia adalah raja kita," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh, dekat sini Ahad.
Md Alwi yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kok Lanas berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian anggota Pembangkang mengenai isu tersebut.
Rabu lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias dilapor berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang DUN khas dalam tempoh terdekat bagi meminda undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan negeri.
Pindaan itu bertujuan menggunakan wang daripada Peruntukan Wang Yang Disatukan untuk disalur sebagai elaun seumur hidup kepada bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Enam wakil Pembangkang dalam Dewan itu ialah Datuk Noor Zahidi Omar (Pengkalan Kubor), Datuk Ab Aziz Derashid (Kuala Balah), Mohd Adhan Kechik (Bukit Panau), Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) dan Mat Yusoff Abd Ghani (Nenggiri).
Bagaimanapun, Md Alwi berkata setakat ini mereka belum menerima notis rasmi mengenai persidangan khas tersebut. - BERNAMA

Sultan Kelantan terharu sokongan rakyat

on Sep 17, 2010

Pejabat Sultan Kelantan hari ini menzahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberi oleh seluruh rakyat ke atas pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan
Kelantan yang baru.

tengku faris kelantan 130910Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata banyak ucapan tahniah diterima bagi menyatakan rasa gembira dan taat setia kepada Sultan Kelantan serta yakin baginda dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

"Bagi pihak pejabat Sultan, saya terharu dan berterima kasih di atas sokongan dan taat setia rakyat kepada Tuanku Sultan," katanya melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama di Kota baharu, hari ini.

Abdul Halim berkata beliau, yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Perdana hari ini setelah menerima rawatan akibat keletihan sejak dua hari lepas, membolehkan beliau menguruskan beberapa program lawatan tetamu baginda Sultan ke Kelantan.

"Kita doakan Tuanku selamat sejahtera dan dapat terus memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan sempurna," katanya.

--Bernama

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan

on Sep 14, 2010

Seorang anggotatengku faris kelantan 130910 Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.


 “Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.  sumber

Panji Hitam Dari Sebelah Timur

on













Gabungan Tuanku Faris - Nik Aziz Sebagai Lambang Panji Hitam Naik Dari Sebelah Timur. sumber

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

on

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.


Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.  seterusnya...

Kegeringan Berpanjangan Tuanku Ismail Petra Perlukan Pengganti:SUK

on Sep 13, 2010

KOTA BARU: Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan adalah selaras dengan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berikutan keadaan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang gering sejak lebih setahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata mengikut peruntukan Perkara 23A,Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), menyatakan jika setelah siasatan dilakukan, Majlis Perajaan Negeri berpendapat raja mempunyai kecacatan yang besar, maka seorang pengganti hendaklah dipilih untuk menjadi raja mengikut syarat-syarat tertentu.
"Majlis Perajaan Negeri dalam sidangnya Isnin berpendapat bahawa keadaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang ini memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik untuk menjadi Raja bagi menggantikan baginda mengikut Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
"Keputusan Majlis Perajaan Negeri tersebut telah dibuat secara sebulat suara oleh 15 orang anggota majlis yang hadir pada pagi tadi yang mengikut peruntukan itu telah memilih, melantik dan mengesahkan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra menjadi Raja yang memerintah," katanya pada sidang akhbar di Istana Negeri, Kubang Kerian selepas Majlis Penghadapan Penyerahan Watikah Pemasyhuran Kepada Sultan Kelantan yang baru itu.
Pada tengah hari Isnin, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri itu yang diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim bagaimanapun tidak dihadiri dua anggotanya iaitu Anggota Parlimen Gua Musang yang juga bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah dan adinda bongsu Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'Ishah Putri.
Aiseri berkata Perkara 23A Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan adalah peruntukan pindaan yang telah diwartakan pada 22 Julai lalu setelah Majlis Penasihat Raja bersidang pada 18 Julai bagi membolehkan pindaan Bahagian Yang Kedua undang-undang tersebut melalui Perwawai.
"Pindaan tersebut amat perlu bagi mengatasi kelompongan dalam Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan berkaitan kegeringan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra yang bermula pada 14 Mei 2009 sehingga sekarang dan dikhuatiri ianya terus berlanjutan," katanya.
Katanya antara kuasa dan syarat pada pindaan itu adalah berkaitan pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal Raja atau bakal-bakal Raja dan pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada takhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun anggota Majlis Pangkuan Raja bagi negeri.
"Saya berharap dengan kenyataan ini akan dapat memperjelaskan lagi tentang keputusan Majlis Perajaan Negeri sebagaimana yang disebutkan tadi," katanya. - BERNAMA

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List