THE STAR SIAPA PUNYA........?????

on Aug 26, 2010

The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.


KENYATAAN MEDIA 


Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS.  Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya,  ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat  bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan  baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Trouble in Sabah with LDP breaking ties with CM Musa

on



KOTA KINABALU: The long ongoing undeclared war against the Sabah's Barisan Nasional boss and chief minister Musa Aman was today formally announced by a coalition member. In a shocking announcement, Liberal Democratic Party (LDP) said in a statement that the party could no longer cooperate with Musa.
LDP deputy president Chin Su Phin however said the party would continue to support and work together with Umno in the ruling coalition.

"We also fully support the Prime Minister Najib Tun Razak and his 1Malaysia Vision," he said in a statement which followed a meeting with several LDP supreme councillors here yesterday to deliberate on the outcome of the state BN meeting chaired by Musa the same day.

Chin said party president VK Liew, who is currently on a working trip overseas, will be briefed of the current political developments, including the outcome of the state BN meeting.

"LDP will submit a memorandum to BN chairman cum Prime Minister Najib on what had happened in Sabah," he said.

Chin said that the state BN meeting turned out to be a fiasco as LDP had not been allowed to fully express its views, suggestions or dissatisfactions.

"It is sad to note that the only the state BN chairman expressed his view and wanted us to accept his opinion but he didn't want to hear the views of other BN component parties or what they wanted to say."

Unfriendly district officer

Chin said during the meeting, he raised the issue of Kudat district chief Harun Bidin going against the BN in the March 2008 general election and Harun's recent decision in sacking eight community leaders without the knowledge of Tanjung Kapor assemblyman which hurt the BN spirit and tarnished the good image of Umno in Sabah.

He said Local Government and Housing Minister Hajiji Noor explained during the meeting that the latter had already called Harun and gave a stern warning to him not to damage the BN's image.

He said Musa brushed off the LDP leaders' call for action, saying he feared sacking Harun would provoke him to jump over to the opposition which will affect Umno and the BN.

Musa also said LDP should not have requested for the Harun's sacking, Chin said.

"We don't understand why the Chief Minister insists on protecting such a leader like Harun. I want to ask the Chief Minister, isn't Sabah the fixed deposit for BN? If Sabah Umno is really solid, why is it afraid of a small leader like Harun quitting?

"In our view,  Musa knows that Harun can't cooperate with the LDP and is bent on destroying LDP.
- Free Malaysia Today-

SIAPA SEBENARNYA PENGKHIANAT PERKAUMAN........?????

on

Tangkap segera pengkhianat perkauman: Perkasa 




SHAH ALAM – Polis didesak segera menangkap pengkhianat perkauman yang cuba menimbulkan sensitiviti di negara ini. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak tangkapan belum dibuat, terutama dalam kes-kes membabitkan rumah ibadat dan isu agama. 

Menurutnya, Perkasa berharap komitmen tinggi dapat diberikan dalam siasatan kes baling botol arak dan cat merah di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan. kelmarin. 

“Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap mereka yang membakar Gereja Protestan di Petaling Jaya dan (pesalah) sudah pun dipenjarakan. 

“Justeru, polis didesak supaya turut segera menangkap pengkhianat yang simbah cat merah dan baling botol arak di surau Sikamat,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap polis meningkatkan usaha menyelesaikan kes buang kepala babi di Masjid Taman Sentosa dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya akhir Januari lalu.


Sinarharian.

Bicara Kes Anwar Saman Anifah Aman 19 Oktober

on

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 19 Oktober untuk perbicaraan kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berjumlah RM100 juta.
Timbalan Pendaftar K. Pavani menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S.N. Nair mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Anifah atas kedudukan peribadinya.
Anwar menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai anggota Parlimen Kimanis serta kedudukan rasmi sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, sementara kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.
Pada 27 Mei tahun lepas, Anwar memfailkan saman itu berikutan kenyataan Menteri Luar itu pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton 16 Mei tahun lepas, yang mendakwa ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Ketua Pembangkang itu menubuhkan kerajaan pada 16 Sept, 2008.
Anwar juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara. 
 BERNAMA

BETAPA ANGKUH NYA NOH OMAR............????

on

Noh Omar: Tiap sudut Pakatan akan kena



Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar tidak mahu menganggap kempen 'Selamatkan Selangor' sebagai satu kejayaan, tetapi beliau berpendapat bahawa program tersebut telahpun menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mula berasa gelisah.

NONETegasnya, beliau dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program berkenaan oleh pengerusi Umno negeri Datuk Seri Najib Razak. Namun itu tidak bermaksud beliau akan menjadi menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula negeri itu.

Begitu juga untuk dua lagi nama yang ditonjolkan dalam 'Selamatkan Selangor' -- Senator Ezam Mohd Nor dan bekas menteri besar Datuk Seri Khir Toyo. Mereka tidak mahu memasang "angan-angan Mat Jenin."

Menyentuh soal kerjasama dengan PAS dalam mencapai perpaduan di kalangan orang Melayu dan Islam pula, seperti yang giat dilaporkan, Noh turut memilih untuk menutup mulut dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Kini, mereka sekadar mengharapkan keuntungan politik apabila PAS atau mana-mana parti tidak lagi "bersekedudukan secara haram" dan keluar daripada Pakatan ekoran pendiriannya untuk mempertahan dasar berhubung Islam, tambahnya.

Noh juga enggan mendedahkan rancangan Umno dalam merampas kembali negeri tersebut. Namun beliau menggambarkan bahawa serangan berkenaan akan dijalankan di peringkat akar umbi.

Bagi tujuan itu, Umno Selangor telahpun mengaktifkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bawah pimpinannya untuk menjalankan arahan berkenaan, kata Noh.

Berikut sedutan wawancara Noh dengan Malaysiakini:
Sejauh mana berkesan program 'Selamatkan Selangor'?

Saya tidak tahu sejauh mana berkesan atau tidak berkesan. Tapi saya difahamkan kalau tidak berkesan kenapa mesyuarat exco terpaksa panggil ketua polis negeri untuk datang? (Bertanya polis) kenapa bagi permit kepada kempen ini kalau ia tidak berkesan dan tidak menggugat mereka, apa pasal dia hendak ambil berat?

NONETapi kalau kenyataan ketua penerangan PKR Selangor kata yang datang itu cuma upahan kita dan juga orang tegar Umno. Tak apalah. Saya lebih suka dia kata kita tidak berjaya. Saya lebih suka dengan kenyataan yang dia buat ini yang katakan program yang kita buat ini tidak berjaya, Umno Selangor lemah, Umno Selangor tidur. Saya suka begitu. Tak apalah mereka bercakap, tapi rakyat yang boleh menilai.

Tuduhan yang dilemparkan?

Dia tuduh saya dengan Khir Toyo tak sehaluan. Kemudian masuk pula Ezam menenggelamkan saya, Ezam lebih popular. Oh, itu bagus. saya suka kenyataan macam ini. Biarlah, itu kerja dia. Dia hendak lagakan saya dengan Khir Toyo ke, nak lagakan saya dengan Ezam ke, nak laga, lagalah. Tak jadi masalah, saya lebih suka begitu.

Kalau saya ada kepentingan diri, takkan saya nak suruh Khir Toyo jadi penceramah dalam program saya. Takkan saya nak jemput Ezam jadi penceramah program saya. Tentu saya boleh ketepikan dia seperti PAS buat. Khalid Samad buat lain, (Datuk) Hasan Ali buat lain, bukan?

Tapi tengok kami tetap sama-sama, kalau nak buat kita buat sama-sama. Lepas raya ini kita akan tambah berceramah lagi. Siapa lagi yang popular di Selangor ini kita akan bawa bersama.

Setakat mana kesungguhan yang ditunjukkan dalam program ini?

Ezam tiap-tiap malam bersama. Saya lima belas kali, Ezam dalam lima belas kali juga turun. Tak dapat turun penuh sebab saya ada masanya kena (ikut program lain). Ezam yang saya tahu setiap malam dia turun. Ada sekali dua saja dia miss (terlepas).

NONETapi Khir Toyo masa kita ajak pada mula-mula tu dia ada program permukiman, tapi dia dapat juga ikut. Jadi sekarang ini, saya nak beritahu PAS, dia kena bersedia.

Kalau kami bertiga ini dia tengok sebagai tokoh Selangor, ya kamilah orang muda yang akan gempur Selangor. Dulu Khir Toyo seorang saja. Sekarang saya masuk, Ezam masuk sebagai satu pasukan. Setiap sudut dia (Pakatan) akan kena. Kita pun tak takut, kalau nak ajak debat pun kita tak takut.

Mengapa hanya Umno yang aktif dalam usaha ini sedangkan kekalahan BN di Selangor di kerusi majoriti kawasan bandar (yang dikuasai MCA atau MIC)?

Tak apalah, itu kita akan cuba bawalah dalam second round(pusingan kedua). Ini trend Umno lain sikit. Daripada dulu pun kita jarang ceramah sama-sama. MCA dia pergi ke cawangan MCA, cakap dalam bahasa Cina, yang India pegi jumpa India. Melayu cakap Melayu, itu (amalan) daripada dulu lagi.

Tapi sekarang kita nak kawal, kita nak buat seperti malam terakhir kempen pilihan raya kecil, mana ada orang lain. PM saja yang bercakap, mereka semua bercampur. Semua pemimpin datang. Kalau datang pun tak ada berucap. Itu memang budaya kita begitu. Generasi muda ini mungkin kita akan ambil juga penceramah daripada parti komponen. Dalam pusingan kedua, kita akan buat. Kita akan minta kerjasama daripada MIC, MCA siapa yang boleh bantu kita.

Apakah rancangan selepas kejayaan Selamatkan Selangor?

Saya tidak kata ini sebagai satu kejayaan. Saya tidak mahu kata ini sebagai satu kejayaan. Saya kata, ini satu tanggungjawab kepada kita untuk terangkan kepada rakyat segala isu yang saya cakap tadi. Lepas ini kita akan teruskan.

Datuk bersedia untuk bertanding kerusi negeri dan jadi menteri besar?

Itu kita tak boleh fikir itu semua. Saya sekarang tak fikir (perkara itu). Sekarang saya fikir kita nak tawan semula Selangor.... tidak lebih daripada itu.

Kalau kata Ezam patut ke depan, kalau ada orang luar daripada kami bertiga, orang luar pula masuk. Tidak ada masalah. Sebab bagi kita ialah Selangor mesti ditawan semula. Sebab itu tak ada gunanya kita hendak jadi angan-angan Mat Jenin. Wah, kalau dapat (Selangor) orang ini hendak jadi menteri besar, itu semua angan-angan Mat Jenin.

Hakikatnya Selangor mesti ditawan semula. Itu tanggungjawab saya yang diberikan oleh Datuk Najib. Datuk Khir, Ezam masing-masing juga ada peranan untuk disumbangkan.

Apa strategi sebenar untuk menawan Selangor

Strategi kita tak boleh cakaplah. Dari segi semangatnya, senang saja. BN bukan saja dia minta tapi menghayati tawan semula Selangor itu saja. Semalam saya jumpa dengan JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pusat), saya pun sampaikan mesej yang sama. Mesti masing-masing mainkan peranan untuk menawan semula Selangor.

DAP ada 14 kerusi, DAP 13 kerusi, PAS ada 8 kerusi. Ini kedudukan yang betul dan BN ada 21. Kalau nak memerintah Selangor, satu-satu parti mesti ada 29 kerusi. Kalau salah satu parti keluar daripada Pakatan kita kena ada pilihan raya baru di negeri Selangor.

PAS ada lapan kerusi tapi kalau PAS keluar, tinggal 27 kerusi. Runtuh, tidak boleh tubuh kerajaan. Kalau PAS saja keluar, cukuplah (untuk) runtuh kerajaan ataupun sekiranya PKR keluar atau DAP keluar.

Sejauh mana usaha untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan PAS?

Ini saya tidak mahu komenlah, ini senang saja, siapa yang sayang bangsa Melayu siapa nak tengok orang Islam terus maju, maka orang Melayu kena bersatu bukannya kerana Umno, kerana Islam pun kata kembalilah kamu kepada jalan Allah, janganlah kamu berpecah belah.

Saya dah kata PAS takut dengan DAP. Di Kelantan hukum hudud sudah diluluskan, mengapa tidak dilaksanakan? Kerajaan persekutuan tidak berkuasa untuk halang, ini kuasa mutlak kerajaan negeri.

PAS dan Umno susah dapat titik pertemuan, sebab pendekatan kita berbeza. PAS gunakan agama untuk mendapat kuasa politik. Mereka akan jual, lacurkan agama, mereka akan pengaruhi rakyat dengan agama kerana nak kuasa politik. ini PAS punya kerja.

Bagaimana keadaan ini akan beri keuntungan kepada BN?

Kita akan jelaskan bahawa PAS, dasar Islam ini berbeza-beza, guna banyak kitab. PAS Kelantan ikut kitab Nik Aziz kononnya untuk jadi negara Islam. Di Selangor dia pakai kitab Khalid Samad dengan kitab Hasan Ali.

Khalid Samad kata semasa kempen pilihan raya dulu Selangor negeri maksiat sebab BN yang bawa semua maksiat di sini. Dia kata akan tegakkan Islam kalau memerintah. Dia kata kalau dia memerintah, sebelum ayam berkokok, kilang Carlsberg akan tutup. Dia memerintah dua tahun, ayam dah puas berkokok, dia nak pindah dan besarkan lagi kilang itu sebab kecil, tak cukup besar lagi.


Sumber: MalaysiaKini

Melayu Akan Hilang Kuasa..................???????

on

Mahathir Ugut Melayu :-


http://buletinonline.net/images/stories/berita31/mahathir.JPG



PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.

Malah, parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS.”

“Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno.

“Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Idris mendakwa Dr Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja.

Katanya, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara.

“Dulu pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

“Hujah ini sudah lapuk, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas,” katanya.

Ketika ditemui wartawan semalam, Dr Mahathir berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

“Saya bukan rasis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain.

“Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.

“Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa,” katanya.

Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

Dalam tulisannya, Idris menambah rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
Sumber:- Buletinonline

Bazar Ramadan paling berisiko

on


KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.
Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.
"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.
Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.
Sumber:- KosmoOnline

Sankara Nair : 2 saksi mati tiada kiatan kes video Lingam

on Aug 25, 2010

610x


PETALING JAYA: Peguam mewakili kes Anwar Ibrahim, Sankara Nair berpendapat kematian dua saksi D Ramachandran dan V Ragendran berhubung kes klip video Datuk V K Lingam tidak ada kaitan dengan kes tersebut kerana ia kematian dengan sebab yang lain.
Menurutnya, kes pembunuhan berkaitan V Ragendran yang berlaku di Puchong adalah atas sebab lain dan pesalah-pesalah yang membunuhnya telah pun ditangkap untuk siasatan.
"Ia jelas tiada kaitan dengan kes video Lingam kerana polis memberi kenyataan bahawa berlaku pergelutan di antara kedua-dua pihak akibat pertengkaran berkaitan kuil.
"Mengenai kematian bekas pemandu D Ramachandran pula, ianya telah disahkan terbunuh dalam kemalangan jalanraya oleh pihak polis setelah siasatan dilakukan. Jika ada unsur pembunuhan sepatutnya telah dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Beliau berkata, kerajaan sememangnya perlu menyediakan jaminan kepada semua saksi yang terlibat dalam memberi keterangan kepada mahkamah supaya ianya dapat memastikan keselamatan setiap saksi mahkamah sentiasa terjamin.
"Jika kerajaan gagal untuk memberi jaminan keselamatan kepada setiap saksi mahkamah, saksi-saksi yang bakal memberi keterangan kelak tidak akan mahu memberi kerjasama kepada mahkamah nanti," jelasnya.
Tambah beliau, saksi-saksi kes klip video Lingam seperti Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne, bekas setiausaha Lingam, Jayanthi L Govindarajulu Naidu dan adik Lingam V Thirunama Karasu yang khuatir setelah menerima ugutan sepatutnya menyediakan bukti kukuh untuk membantu pihak berkuasa melakukan penyiasatan.
Masalah ugutan ke atas saksi
"Jika setiap laporan dari saksi telah disediakan bukti, ia jelas menunjukkan bahawa pihak polis gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan permasalah ugutan yang diterima oleh saksi-saksi berkenaan," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai kes semakan kehakiman video Lingam, Sankara berpendapat, mahkamah telah memutuskan keputusan terbaru dan ianya terpaksa dihormati untuk tidak menghina mahkamah.
"Kebenaran semakan dari mahkamah perlu dituruti walaupun kebenaran itu dilihat menghina suruhanjaya diraja yang telah menyiasat kes tersebut," katanya.
Semalam, Jayanti bersama Loh mengadakan satu sidang media berikutan menerima ugutan tanpa henti daripada individu tidak dikenali dan menganggap bahawa kematian kedua saksi kes klip video Lingam sebagai satu misteri.
Karpal Singh semalam juga membidas keputusan mahkamah rayuan yang membenarkan permohonan tiga individu mencabar hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai kemelut pita video Lingam.
Katanya, tidak pernah dalam sejarah Malaysia, kebenaran diberikan bagi mencabar hasil penemuan sebuah suruhanjaya diraja.
"Mahkamah Rayuan silap dalam keputusan hari ini yang membenarkan rayuan itu. Apa yang pihak berkuasa sepatutnya lakukan ialah bertindak ke atas cadangan dan hasil penemuan dan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terbabit,” kata Karpal

Sumber:- FreeMalaysiaToday

Percubaan NST,BERNAMA Putar Belit Pendirian Nik Nazmi Terhadap Syariah

on



Nak buat macamana. Dah memang kedua-dua akhbar ni (NST dan BERNAMA) akhbar milik UMNO. Sememangnya mereka akan cuba memutar belitkan segala nya untuk kepentingan politik UMNO/BN. 


Isnin lalu laporan New Straits Times memetik kata-kata saya menyatakan pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia adalah “tidak sesuai”.

Laporan ini kemudian dipetik pula oleh Bernama tanpa menghubungi saya.

Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa saya menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

Dalam 17 Perkara Dasar Keadilan, termaktub pendirian Keadilan dalam hal agama:

“Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.”

Pendirian Pakatan Rakyat juga adalah jelas. Dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Keadilan, PAS dan DAP pada Disember 2009 Pakatan memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

Pakatan juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam.

Dalam temubual saya Januari tahun ini dengan laman web the Nutgraph juga saya menegaskan adalah penting untuk semua menghormati mahkamah syariah (serta Perkara 121(1)(a)) dan memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Isu ini telah saya ulas dalam dua bab dalam buku saya, Mendepani Zaman iaitu Meraikan Warisan Wasatiyyah Kita – bagaimana kita boleh mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari dengan tradisi kesederhanaan Islam di Nusantara dan Tiada Paksaan: Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Malaysia – bagaimana mempertahankan muafakat Perlembagaan bahawa Mahkamah Syariah hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

Dalam aspek syariah kita harus lihat perlunya mengambilkira fiqh al awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam proses pelaksanaannya.

42Terbunuh Nahas Pesawat Terhempas

on

Nahas pesawat China:- 42 terbunuh

BEIJING, 25 Ogos — Seramai 42 orang terbunuh dalam nahas udara membabitkan pesawat China di utara negara itu lewat malam tadi.
Sun Bangnan, seorang pegawai polis di wilayah Heilongjiang berkata, mayat-mayat ditemui di lokasi pesawat Henan Airlines terbabas kira-kira 10.10 malam (waktu tempatan) di bandar Yichun.
Terdahulu Naib Datuk Bandar Yichun Wang Xuemei memberitahu stesen televisyen kerajaan bahawa 49 daripada 96 orang yang menaiki pesawat itu telah dibawa ke hospital, dengan tiga orang cedera parah. — Reuters

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List