Khairy Akan Keluar Dari Umno.........???

on Aug 26, 2010

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini “tenggelam” di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut


“Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar,” kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau di sini semalam.
Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.
Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ibrahim.
Ketika itu Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Datuk Dr Wee Ka Siong.
Khairy mengetuai Pergerakan Pemuda Umno sejak Mac 2009.
Dalam kenyataan terbaru awal minggu ini, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.
Ibrahim berkata “siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang.”
“Jangan hipokrit,” kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.
Dalam pada itu laporan Bernama memetik Khairy berkata, kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta.
“Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.
“Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, kesemua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus,” katanya.
Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.
“Jika kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?” katanya.

-Detikdaily-

PAKATAN:- Usah menunggu, bersiap hadapi perang lebih real

on

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN



TERBUKTI Umno-BN masih tidak berubah. Ia belum dapat mengambil iktibar atau gagal membaca mesej pengundi dalam pilihan raya umum Mac 2008. Formula menebus kekalahan yang dipakai jelas tidak dapat keluar daripada kepompong perkauman yang sempit dan berbahaya itu. Politik rasis yang berhasrat mahu "pecah dan perintah".
Umno masih mahu mengekalkan imej palsu sebagai wira Melayu, manakala MCA - seperti dizahirkan secara terbuka oleh presidennya, Dr Chua Soi Lek - ghairah mempromosi partinya sebagai penyelamat orang Cina dengan membuat pelbagai tuntutan dan tekanan.


Melalui "lidah rasmi Umno" yang boleh dijual di tempat awam dan tidak terhad kepada ahli parti (ya ... berbeda sekali dengan Harakah yang dikongkong dengan syarat-syarat ketat dan tidak munasabah), serta mendapat dokongan kewangan kerajaan, Utusan Malaysia tidak henti-henti meneruskan kempen berbahaya dengan memanipulasi isu-isu sensitif.

FITNAH DOA KHUTBAH 

Dari hal karut-marut macam "perlembagaan baru" sampailah kepada yang fitnah terkini, "doa buat Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) menggantikan Yang di-Pertuan Agong" dalam khutbah Jumaat.  Di samping itu, apa jua aktiviti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali seperti sudah menjadi laporan tetap akhbar berkenaan.
Justeru, ada pimpinan Pakatan Rakyat, terutama yang pernah menjadi mangsa "permainan jijik" Umno-BN sehingga disumbat ke Pusat Tahanan Kamunting melalui Operasi Lalang 1987, seperti Mahfuz Omar dan Guan Eng, sempat memberi ingatan agar tidak terperangkap dengan taktik kotor pihak yang terdesak itu.
Pada tahun itu nampak Umno dan MCA yang bertelagah, namun akhirnya yang dikurung tanpa bicara oleh Dr Mahathir Mohamad, adalah aktivis sosial dan pemimpin pembangkang.
Bagi Umno-BN, tanpa kuasa memang cukup menyakitkan dan memeritkan. Dr Mahathir semasa menjadi Presiden Umno sering mengingatkan ahli-ahlinya bahawa tidak ada gunanya berebut-rebut berkempen menjadi pemimpin parti itu tetapi akhirnya kalah dalam pilihan raya dan hilang kuasa memerintah.
Seolah-olah tanpa kuasa, Umno tiada peranan langsung.

GILA KUASA 

Bagi saya, ini penyakit gila kuasa yang cukup membimbangkan. Seolah-olah tanpa kuasa sesebuah parti politik hilang fungsinya sedangkan banyak sumbangan boleh diberikan kepada rakyat, seperti ditunjukkan PAS misalnya, walaupun kalah berulang kali (malah ramai calonnya pernah hilang deposit) dalam pilihan raya.
DAP juga membuktikan hal sama, menjadi pelindung kedaulatan rakyat tanpa letih meskipun sentiasa didiskriminasi dan ditindas. Aktivis PAS bukan sahaja dinafikan hak untuk berpolitik secara bebas seperti dibenarkan Perlembagaan, malah ramai yang dibuang daerah, dihalang daripada mendapat pelbagai kemudahan kerajaan, dipenjarakan tanpa bicara, malah ada yang dibunuh kejam.
Tetapi memang benar pun, Umno akan lumpuh sepenuhnya jika talian hayatnya di negeri-negeri yang kalah seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang kini bersumberkan kuasa di Putrajaya, dapat dicantas segera.
Selama ini Umno-BN berdepan dengan parti-parti lain bukannya seperti "anak jantan"; ia bergantung rapat dengan kekuatan di luar parti yang dieksploitasi secara tidak sah.
Apabila dirasakan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin cerah, maka pemimpin Umno-BN dan para strategisnya pasti tidak duduk diam merencanakan usaha memintas.

TEORI 4F KAMARUDIN JAFFAR 

Selepas pilihan raya 1999, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperalatkan semahunya - di samping pelbagai taktik kuno 3M (media, money, machinery) yang digunakan terus-menerus, ditambah teori 4F (Fun, Fund, Fear dan Future) - kini survival elit penguasa bagaikan telur di hujung tanduk.
Kamarudin Jaffar dalam buku terbarunya, Krisis Ketuanan Melayu (Ikdas, 2010) mengemukakan teori 4F bagi sebagai usaha untuk memahami bagaimana dan mengapa rakyat Melaysia mengundi BN. 4F itu ialah Fun(Hiburan), Fund (Wang/Dana), Fear (Takut) dan Future (Masa Depan).
"Perhatilah bagaimana setiap kali musim pilihan raya datang, akan bermulalah program dan majlis-majlis hiburan, akan diumumkan projek-projek dan bantuan-bantuan kewangan, akan ditakut-takutkan rakyat dengan imej-imej buruk yang kononnya ada pada parti-parti pembangkang, dan akan diberikan gambaran masa depan yang begitu baik jika mengundi BN dan begitu buruk jika mengundi pembangkang," tulisan Kamarudin, yang juga Ahli Parlimen Tumpat dan bekas Setiausaha Agung PAS dipetik.
Fitnah dan adu-domba media hanya cebisan kecil gerakan mempertahankan Putrajaya. Apatah lagi di zaman yang menyaksikan media baru lebih mendominasikan kecenderungan politik rakyat Malaysia.
Peluang pengundi untuk menghakimi pemerintah secara bijaksana lebih terbuka luas. Umno-BN tidak lagi memonopoli maklumat dan sumber berita.
Walau bagaimanapun, aktivis Pakatan Rakyat seharusnya  bersedia untuk diasak dengan "peperangan" yang lebih real, yang mungkin menuntut "korban" lebih besar.

SABOTAJ BN 

Bekas pemimpin Umno yang dahulunya menyertai Semangat 46 dan kini KeADILan tentu berpengalaman dengan kelaziman BN (sebelumnya Perikatan) berdepan situasi genting. Usaha sabotaj kerap dipakejkan bagi memburukkan parti lawan.
Jadi, tidak mustahil kes gambar Sultan Johor yang dieksplotasi dalam sepanduk KeADILan di Batu Pahat baru-baru ini tidak terlepas daripada usaha sabotaj pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan dan taktik jahat melaga-lagakan dengan pihak istana. 
Saya merasakan itu semua hanya permulaan, dan dijangka ia disusuli bermacam-macam lagi tindakan tidak terduga lainnya. Sepatah kata Anwar Ibrahim: "Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. ... Usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah-belahkan muafakat masyarakat ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil ..."
Langkah paling baik Pakatan bukannya sekadar bersiap mempertahankan dan membentengi diri tetapi harus bertindak balas secara proaktif dan sistematik melancarkan "serangan" berterusan mendombrak penyelewengan kerajaan BN, termasuk (malah lebih penting) menyuntik keyakinan pengundi dengan menunjukkan teladan pemerintahan yang baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Imej dan kemampuan Pakatan sebagai "kerajaan menunggu" harus ditampilkan dengan penuh wibawa. Keberkesanan parti-parti seperti PAS, DAP dan KeADILan sebagai pembangkang tidak boleh dinafikan lagi.

BERBILION WANG AWAM  HANGUS 

Banyak pendedahan terutama berkaitan skandal kewangan yang menghanguskan berbilion wang rakyat dikemukakan kepada publik dengan statistik meyakinkan. Keupayaan ahli-ahli Parlimennya membahaskan isu-isu rakyat sentiasa teruji.
Di samping itu ramai mengharapkan agar tidak timbul isu-isu (yang mungkin dianggap remeh) yang dilihat boleh memecah-belahkan kesatuan Pakatan.
Kini rakyat sedang memerhatikan dengan rapi langkah kerajaan negeri Pakatan menangani pelbagai masalah berbangkit di samping memenuhi janji-janji pilihan raya lalu dalam konteks keterbatasan kuasa yang ada.
Nada retorik politik mungkin boleh direndahkan kerana yang lebih utama bagi rakyat adalah kesungguhan dan keikhlasan pemimpin dan wakil rakyat Pakatan untuk turun padang menawarkan formula praktikal ke atas begitu banyak tekanan kehidupan semasa.
Buktikan bahawa sememangnya wakil rakyat dan kerajaan negeri Pakatan berbeda sama sekali dengan apa yang ditunjukkan BN sebelum ini. Usah terikut-ikut dengan tradisi  bobrok Umno-BN yang hanya mementingkan diri dan suku-sakat mereka sahaja.
Khazanah kekayaan negara lebih daripada mencukupi buat keperluan seluruh rakyatnya jika ia ditadbir secara baik dan telus. Kepelbagaian agama, budaya, adat resam jika diadun dengan bijaksana dan penuh keadilan merupakan satu kekuatan raksasa yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Sementara pendekatan perkauman yang diamalkan Perikatan-BN sejak merdeka mempunyai begitu banyak kelemahan dan kini ia terdedah satu demi satu.
Demokrasi konsosiasional (permuafakatan) dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia mungkin satu formula terbaik, tetapi terbukti kerjasama dan rundingan elit pemerintah, seperti pandangan beberapa pengkaji politik, hanya topeng semata-mata. Mereka seolah-olah berusaha keras menjamin kepentingan rakyat, sedangkan yang menjadi prioriti adalah kepentingan diri dan kelompok.

PERBEDAAN KELAS 

Dr Nidzamuddin Sulaiman dalam tulisannya, "Kaum dan Kelas: Pendekatan Popular Melihat Politik Gabungan Malaysia" (1999), cuba memaparkan realiti dihadapi rakyat yang dikuasai elit politik yang menggunakan pendekatan perkauman:  "Perbezaan kelas tetap wujud, miskin kaya tetap berleluasa malah menjadi semakin meluas. Kelas bawahan sentiasa mengeluh tentang makanan yang tidak mencukupi, sewa rumah yang semakin tinggi dan belanja sekolah anak yang perlu dibiaya.
"Sentimen dan keperitan ini ditanggung oleh semua tanpa mengira kaum kerana penderitaan tidak mengenal kaum, kemiskinan tidak mengenal keturunan dan perut anak yang lapar tidak akan bertahan lama. Semua ini dikongsi sama oleh kelas bawahan tetapi mereka tetap tidak sedar. Mereka tidak sedar bahawa mereka berada bersama-sama di dalam satu kelas, satu kedudukan, satu perasaan dan satu sentimen."
Pengagihan sumber ekonomi dan politik yang terhad itu dibolot penguasa dan suku-sakatnya. Kadang-kadang sikap pemimpin atasan daripada pelbagai parti berbeda (komponen BN) yang membentuk kerajaan itu nampak bercanggah (seperti tertonjol dalam kes Umno dan MCA mutakhir ini) tetapi realitinya ia sekadar satu taktik untuk saling memperkukuhkan kedudukan masing-masing.
Kuasa yang ada diperalatkan untuk menimbun kekayaan secara tidak sah, khususnya melalui rasuah, walhal para penyokong di akar umbi tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

ALASAN TINDAS MUSUH POLITIK 

Dr Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG semasa mengungkapkan kekhuatirannya terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini (dengan merujuk kenyataan perkauman dua pengetua sekolah kebangsaan dan percubaan Utusan Melayu mengapi-apikan sentimen perkauman), mengingatkan: "... sejarah telah menunjukajar kita, dalam satu negara berbagai kaum yang politiknya belum berlandaskan demokrasi, spekulator politik sering menggunakan alasan “hubungan kaum tegang” untuk menindas musuh politik dan pihak berlain pendapat, ia merintangi perkembangan sihat demokrasi."
Kunci kata dalam menyelesaikan problem besar umat dan negara adalah "keadilan", serentak masa sama mencampakkan pendekatan perkauman dalam bakul sejarah. Islam telah menggariskan dengan jelas kepentingan keadilan sebagai prinsip hidup yang penting.
Prof Dr M Din Syamsuddin (2007) menekan: "... Islam sering disebut sebagai agama keadilan (din al-'adalah) di samping sebutan-sebutan lain seperti agama perdamaian (din al-salamah), atau agama kasih sayang (din al-rahmah). Begitu penting keadilan dalam Islam, al-Quran menyebutnya sebanyak 28 kali, salah satunya mengandungi perintah untuk menegakkan keadilan kerana keadilan lebih dekat kepada ketakwaan (al-Quran 5:8).
"Tradisi Islam juga menegaskan pentingnya keadilan dengan memasukkan seruan menegakkan keadilan pada bahagian akhir setiap khutbah Jumaat (inna Allahya'mur bi al-'adl wa al-ihsan)."





Dato' Seri Jamil Khir taruhan Umno untuk jadi MB Kedah........???

on

Sedang ghairah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah ke hulu ke hilir seluruh pelosok negeri Kedah kononnya untuk memulihkan Umno di negeri ini, tiba-tiba 11 ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar meletakkan jawatan.
‘Pukulan’ kepada Ahmad Bashah ialah kerana Alor Setar adalah bahagian yang dipimpinnya. Bagaimana dia nak menyatukan Umno Kedah yang sedang berpecah-belah, kalau bahagian yang dipimpinnya sendiri bercelaru.


Dalam catatan politik tanahair hampir tidak pernah berlaku perletakan jawatan yang begitu ramai dalam sebuah parti yang besar seperti Umno. Ia sangat mengejutkan.
Setelah usaha memujuk mereka kembali kepada jawatan dilakukan dengan serius hanya tiga orang sahaja yang bersedia kembali. Itupun dikatakan berlaku selepas mereka dihulurkan sumbangan duit raya dengan jumlah yang ramai orang akan ketawa mendengarnya.
Perletakan jawatan beramai-ramai ini berlaku selepas beratus ahli Umno dari kawasan DUN Bakar Bata dan Alor Mengkudu (dalam Parlimen Alor Setar) keluar parti untuk menyertai PAS beramai-ramai.
Sama ada cerita perletakan jawatan beramai-ramai ini berlaku dengan percaturan pihak lain atau ‘keikhlasan’ mereka sendiri maka yang pasti imej Dato’ Bashah sebagai calon Menteri Besar Kedah jatuh menjunam. Spekulasi bahawa dia akan diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan berakhir di situ sahaja.
Menurut sumber dalaman Umno, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom akan dilantik dalam masa terdekat sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menggantikan Dato’ Shafie Afdhal yang sudah hilang keyakinan terhadap masa depan Umno negeri ini.
Serentak itu juga Jamil Khir adalah calon Menteri Besar bayangan BN. Sejak mendapat ‘arahan’ pihak atasan itu, anak aktivis PAS Jerai itu begitu kerap turun kawasan dengan memberi tumpuan kepada DUN Guar Chempedak.
Kawasan DUN Sungai Limau yang diwakili Dato’ Seri Ustaz Azizan tentulah bukan kerusi pilihan bagi Jamil Khir kerana di waktu PAS Kedah paling lemah pun, kerusi tersebut tidak pernah dirampas oleh BN.
Khabarnya banyak habuan duniawi telah dihampurkan beliau kepada penduduk di situ dengan menggunakan kedudukannya sebagai menteri.
Sekarang Jamil Khir adalah ketua Penerangan Umno Kedah. Dia dianggap tokoh paling layak memimpin Umno negeri ini.
Soalnya dalam Umno ia tidak semudah itu. Tan Sri Sanusi Junid yang tinggi profailnya dalam Umno Pusat pun, jadi ‘orang asing’ bila balik memimpin Umno Kedah.
Bukan setakat di peringkat negeri, di peringkat DUN Guar Chempedak pun usaha menyekat Jamil Khir sudah berlaku.
Calon lain untuk jawatan Menteri Besar Kedah BN dalam bayangan ialah Datuk Mukhriz Mahathir. Sebab itulah namanya turut tersenarai sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Kota Siputeh. Dia dianggap bisa selagi Tun Dr. Mahathir masih bernafas.
Seorang lagi calon yang dijangka tidak akan mengalah ialah Ketua Pembangkang DUN yang juga bekas Menteri Besar. Buat masa ini dia masih mempunyai rangkaian di Kedah namun kian lemah.
Biasalah, budaya Umno mereka tidak akan bersandar kepada pemimpin yang tiada kuasa. Dato’ Seri Mahdzir Khalid menjadi sasaran belasahan blog-blog Umno Kedah atas pelbagai isu.
Senario politik semasa di Kedah makin menjarakkan mereka dengan persada kuasa. Rata-rata veteran Umno yang ditemui di negeri ini tidak yakin bahawa Umno akan kembali berkuasa. Bukan kerana parti itu tidak besar tetapi perpecahan dalaman mereka sudah berada di tahap kronik.
Agak menarik jika dalam keadaan nazak begitu pun, jawatan Menteri Besar sudah jadi perhitungan.
Setiap isu yang berlaku dalam negeri tidak lagi menjadi talian hayat mereka. Sebaliknya semua isu yang mereka cuba manipulasikan kembali menikam diri sendiri.
Terbaru ialah isu banjir lumpur di Sik yang kononnya diakibatkan oleh aktiviti pembalakan yang berlaku di situ. Sedang ghairah mereka menuding jari menyalahkan kerajaan negeri, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan bahawa lesen pembalakan di kawasan itu diluluskan di zaman BN.
Kompartment 73 Hutan Simpan Rimba Teloi telah diluluskan untuk pembalakan pada 25 Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada tujuh blok.
Tiga blok telah dikeluarkan lesen menebang, 4 blok lagi belum diberi lesen menebang kerana belum sempurna prosedur yang perlu laksanakan.
Khabarnya, salah satu blok yang belum dapat lesen menebang itu dianugerahkan kepada ADUN yang beriya-iya menjuarai isu banjir lumpur tersebut. Kini dia pula yang diselaputi lumpur apabila orang kampung semua dah tahu.
Memang menjadi amalan sejak berzaman, ahli politik tidak akan menggunakan nama sendiri dalam perebutan balak. Di atas kertas hanya nama proksi yang digunakan sebagai pemilik lesen tapi pihak yang terbabit tahu, ini kawasan si anu si anu.
Setiausaha Politik Menteri Besar dalam blognya mendedahkan, biasanya apabila surat tawaran kelulusan balak dikeluarkan, pemilik sebenar ataupun ‘politikus balak’ akan menerima bayaran untuk bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan di kawasan itu. Pemilik atau penama lesen akan dapat bayaran duit lesen RM50 ribu (biasanya) untuk satu kawasan.
Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan pemilik lesen pun patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun di samping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha tersebut.
Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja (KSK), para ‘politikus balak’ ini mengaut keuntungan berjuta ringgit. Duit ini akan diguna untuk mendapat tempat dan membina pengaruh untuk memanjat hierarki dalam parti politik.
Apabila tiba-tiba, datangnya banjir lumpur yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan; maka pemimpin-pemimpin Umno berlumba-lumba nak jadi juara rakyat, ia mengingatkan kita kepada pepatah Melayu ‘kokok berderai-derai tapi badan penuh najis.’

Rangka Bayi Ditemui Dalam Kubur Misteri

on

UNIT Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mengeluarkan kain pembalut mayat yang berisi tulang bayi yang dipercayai ditanam kira-kira tiga bulan lalu, dari sebuah kubur yang mencurigakan dan terpencil di Tanah Perkuburan Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah.

TANAH MERAH: Misteri sebuah kubur kecil di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga Bijih di sini, terungkai apabila polis yang menggali kubur itu menemui rangka seorang bayi. Ketua Polis daerah DSP Abdul Aziz Mahmud berkata penggalian kubur itu dibuat hasil maklumat orang ramai yang hairan dengan kehadiran kubur kecil tersebut yang dikesan sejak lima hari lepas.
"Polis dan Jabatan Forensik tiba di kawasan perkuburan pada 11 pagi dan selepas digali pihak kami menemui rangka seorang bayi yang berbalut kain putih sepanjang 70 sentimeter," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata siasatan awal doktor mengesahkan mayat bayi itu yang belumdikenal pasti jantinanya sudah tertanam lebih tiga bulan.
"Rangka bayi berkenaan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik dalam liang lahad," katanya.
Beliau berkata mayat bayi akan dirujuk kepada Jabatan Kimia untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jantinanya.
Selain itu siasatan turut dijalankan di hospital daerah bagi mengetahui rekod pendaftaran kelahiran dan sijil kematian bayi berkenaan, katanya. -BERNAMA



Aisehmen Tan Sri….......

on



Entah le Kawan pun tak tau MB Selangor kita ni macam tak ada point lain.Memang tak salah nak buat peraturan apapun.Awak dah pegang kerajaan negeri buat le apa yang patut dan tak perlu lah nak cari alasan nak tutup itu kes ‘lobang besar’. 

Tan Sri Khalid Ibrahim kan pernah jadi bos PNB,orang korprat besar dan kaya raya.Mungkin orang sudah lupa sejak zaman bila Tan Sri jadi hebat begitu.Ada yang kata masa zaman BN.Betul ke Tan Sri? 

Tak apalah Tan Sri ini politik ada point yang nampak boleh hentam BN.Jangan kasi chan . 

Kawan ni dah lama tengok pi tengok mai orang politik ni dan Kawan boleh faham Tan Sri kena selalu intai point apa nak balon BN balik. 

Tapi kalau Tan Sri nak tau adalah beberapa orang Selangor yang kawan kepada Kawan kata depa hairan apalah MB depa ni. 

Kawan cuma nak bagi feedback kepada Tan Sri apa depa dok mengata kat Tan Sri bila depa baca pengumuman Tan Sri semalam ( Rabu) arah semua Pihak Berkuasa Tempatan henti layan surat sokongan yang minta kontrak dan tender. 

Depa kata Tan Sri dah le flip flop beberapa kali dalam bab ni. 

Yang depa tak syok tu buat apalah dok bagi alasan pengeluaran surat sokongan adalah budaya yang diwarisi dari pentabiran BN dulu dan sukar nak dihapuskan sekelip mata. 

wah..wah..wah ke situ perginya 

Bagus tu baguslah nak bertegas nak keluar peraturan segala macam dalam bab sokongan ni.PKR kan kena tunjuk dia tegas,telus dan baik-baik belaka. 

Tapi Tan Sri nak tau kawan-kawan kepada Kawan tu bukan main dok gelak bila depa dok bercakap bab alasan nak tibai BN tu kata ini semua budaya masa tu. 

Yang pertama,kata depa lah,dah dua tahun lebih perintah apa cerita dok tunjuk jari kat BN ni.Apapasal tak boleh buat peraturan tu awal-awal masa menang pilihanraya dulu.Bukankah manifesto PKR dulu hebat-hebat bukan main. 

Lagi depa dok gelak bukan pasai apa…sebabnya Tan Sri macam buat-buat lupa ini bukahkah semuanya sebab meletup kes wakil rakyat DAP Selangor dok kenduri surat sokongan.Tak gitu Tan Sri. 

Kalau tak ada kes Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock mungkin bab surat sokongan ini sengap terus dan kenduri kendara surat sokongan berterusan ‘ macam zaman BN’ dulu. 

Bukahkah terbukti ada syarikat-syarikat yang dah dapat tender dan kontrak dari surat-surat sokongan yang dikeluarkan tu? 

Ini bab Exco DAP Selangor Ronnie Liu pun belum selesai lagi.Ramai orang DAP Selangor sendiri dok hot pasal apa dia tak kena lepas jawatan kerana didakwa ‘ada tangan’ dalam pengeluaran surat sokongan. 

Kawan-kawan tu pun tau kalau Ronnie Liu yang berjawatan Exco kena pecat jawabnya lagi meletuplah politik Selangor. 

Tapi macam mana ye Tan Sri orang-orang DAP Selangor sendiri yang tak puashati pasal dia tak kena…dan yang kena Tee bekas pembantu dia seorang saja. 

Politik.Tak gitu Tan Sri.Kadang-kadang kena buat tak faham saja supaya kubu tak bergegar. 

Apapun Tan Sri kawan-kawan tadi berpesan tak payah le lain kali dalam kes macam surat sokongan ni cari ‘ kambing hitam’ dalam buat keputusan tu. 

Sendiri bikin sendiri tanggong le…bukankah DAP tu kan ke rakan taulan dalam pakatan. 

Jadi kenalah gentleman sikit.Mengaku aje lah peraturan ini semua sebab angkara orang DAP. 

Depa pun nak merasa juga kot.tan Sri bekas orang koprat besar lain le. 

Lagipun kes surat sokongan di Selangor ini seantero dunia dah tersebar. 

Kawan: tengah teropong cari salah Tan Sri lagi….

'Malay by heritage' Zaid slams Dr. M...........

on


KUALA LUMPUR: PKR supreme council member Zaid Ibrahim has diagnosed Dr Mahathir Mohamad with a psychological disorder, which has rendered his mind "convoluted and confused".
And a tell-tale symptom of this condition, according to him, is the former premier's "obnoxious and extraordinarily stupid" statement.

Commenting on Mahathir's latest blog posting on meritocracy, Zaid also took a swipe at the latter's Indian roots, by describing himself as "not just a Malay by constitutional definition, but by heritage (as well)."

In his posting, the former premier had labelled those who pushed for meritocracy as being just as racist as those who defended Malay rights.

Mahathir added that some Malays, “perhaps due to mistaken pride”, supported meritocracy and undermined the Malay position further.

However, Zaid disagreed.

“Many Malays want meritocracy for very good reasons. They want their applications for contracts and projects to be given fair consideration by the authorities. They do not want only those who are politically connected to have the upper hand. They want a level playing field.

“They believe that they can succeed on merit if only they get a fair chance. They want to succeed with their pride intact; and at the same time they want to tell their children that Malays who work hard and with the right attitude can succeed., like everybody else,” he said.

Zaid said many Malays wanted meritocracy so that they could get their dues like promotion and higher positions by working hard.

“They want to be judged fairly and not lose their position or seniority because some one else has the right political cable. They want a promotion system that is transparent and free of interference.

“They want to say that they have succeeded because they did it the hard way. Why does Mahathir have to belittle these Malays? Why must the Malays be scrapped off their self-respect just to prove that Umno is responsible for everything in this country?” he added.

'This is not misplaced pride'

Zaid, a former Umno leader himself, said he failed to understand why Malays who supported meritocracy were described as having misplaced pride.

On the contrary, the former law minister said, it was these Malays who carried the flagship of a proud people.

“We know our strengths and we have no shame of our limitations. But we will always strive to better ourselves. If by open competition and transparent policies the net effect is that some Malays still need extra help and support, then of course a responsible government will have to step in; to provide the incentives and the safety net to bridge the gap.

“But let us start with the notion that we must earn our success like everyone else. And the let the best amongst us prosper. We do not need to be instant millionaires. We can take our time so long as we work hard. All we want is the best education for the Malays,” he added.

Zaid said that his comments were aimed at reminding Mahathir of how wrong he was, and not because he had misplaced pride.

“Misplaced pride for a Malay is when he gets to be a minister because his father fixes it; or he has a few hundred millions in his coffers because he has the right Chinese partner to enrich him,” he added.
-newskini-

Apabila Tun Mahathir Berkata kata.....................

on

Isu khutbah: Tidak mustahil Islam bukan lagi agama rasmi Malaysia - Dr Mahathir




Tun Dr Mahathir Mohamad yang merujuk pada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat mengingatkan walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.
"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa,”katanya.
Serentak dengan itu bekas Perdana Menteri itu menegaskan nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini.

Berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di Kuala Lumpur Selasa Dr Mahathir berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.
"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya.

Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.
Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.
Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.
"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.
"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.
Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis.
Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.
"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentang persaudaraan ini," katanya.
-Agenda Daily-

Waris rayu bebas tahanan ISA sebelum raya.

on

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Harapan Mohammad Fadhlullah Abdul Razak, 28, tahanan terbaru ISA untuk beraya bersama keluarga bulan depan mungkin malap.
Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memberitahu tentang status tahanan abangnya itu sejak ditahan 36 hari lalu.
Bagaimana pun, katanya, Polis memanggil waris Fadhlullah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.
"Setakat ini, tidak ada apa-apa lagi tetapi esok, polis panggil kami ke Bukit Aman.
"Saya kerja, kedua-dua ibu bapa saya mungkin pergi melawat abang esok," ujarnya tengah hari tadi pada Harakahdaily.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan membebaskan abangnya itu sebelum raya ekoran tiada dakwaan yang jelas ke atas abangnya itu.
Difahamkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA membolehkan seseorang tahanan tanpa bicara ditahan maksimum selama 60 hari untuk membantu siasatan.
Turut difahamkan, berdasarkan Seksyen 8, ISA, tahanan tanpa bicara itu memberi kuasa kepada seorang Menteri Dalam Negeri untuk mengizinkan seseorang itu ditahan atau sebaliknya.
Lanjutan itu, katanya lagi, pihak pembelaan yang dilantik telah mengfail permohonan habeas corpus atau  'hak untuk bersuara di mahkamah'  beberapa hari lalu.
20 Julai lalu, Fadhlullah ditahan di Sungai Buloh oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.
Menurut laporan Harakahdaily, Hasnol ditahan kononnya demi memerangi keganasan Jamaah Islamiah (JI) dalam negara.
Namun, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri beberapa hari kemudian pada satu kenyataan media di ibu negara mengaku di depan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa Kuala Lumpur komited bersama Washington dalam memerangi keganasan global.
-Harakah daily-

THE STAR SIAPA PUNYA........?????

on

The Star tokok tambah kenyataan saya - Mustafa


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, berita yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak menggambarkan kenyataan beliau yang sebenar kepada media berkaitan dengan hukum hudud.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Mustafa berkata, "Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokok tambah dari akhbar itu."

Berikut adalah kenyataan beliau bagi menjelaskan perkara ini.


KENYATAAN MEDIA 


Kenyataan yang disiarkan oleh akhbar The Star semalam tidak memberikan gambaran sebenar apa yang saya sebutkan kepada media sehari sebelumnya. Saya hanya sebut secara ringkas sahaja tetapi telah ditarik begitu panjang dan ada tokot tambah dari akhbar itu.

Apa yang saya sebut bahawa Islam adalah dasar PAS dan PAS tidak berganjak dari dasar perjuangannya ini.

Apabila ditanya, apakah pendirian Tuan Guru Datuk Nik Aziz itu pendirian PAS, saya kata ia memang pendirian PAS.  Ia saya nyatakan tanpa saya sebut pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia dan bukan respon kepada kenyataan mana-mana orang.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme, negeri-negeri mempunyai hak tersendiri. Apa-apa pun yang hendak dibuat di peringkat negara dan negeri dalam konteks undang-undang, ia mesti diluluskan oleh Parlimen di peringkat pusat dan DUN di peringkat negeri.

Contohnya Kelantan dan Terengganu yang membuat enakmen jenayah syariah. Ia mestilah diluluskan di DUN masing-masing. Undang-undang yang diluluskan pula terbatas kepada orang Islam sahaja dan tidak dipaksakan ke atas bukan Islam.

Di peringkat pusat pula, apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang mestilah terlebih dahulu diluluskan diperingkat Parlimen. Andaikata PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kuasa di peringkat pusat, ia juga perlu melalui proses yang sama sebagaimana undang-undang yang lain.

Pindaan undang-undang Perlembagaan yang tidak mendapat sokongan 2 per 3, tidak akan boleh berjalan. Pendek kata pelaksanaannya mestilah mendapat persetujuan rakyat melalui wakil mereka dalam Parlimen. Tetapi menjadi tanggungjawab kepada PAS yang memperjuangkan Islam yang menyeluruh (syumul) untuk menjelaskan perkara ini kepada rakyat dan parti yang bersama dengan PAS.

Sudah tentu kalau ia tidak difahami oleh rakyat atau wakil rakyat, ia tidak akan mendapat sokongan di Parlimen. Penjelasan mengenainya mestilah dibuat secara berterusan dan bijaksana.

Memang menjadi keyakinan PAS dan pengikutnya,  ajaran Islam adalah yang terbaik dan PAS sedia berdialog dan berbincang mengenai hal ini dengan mana-mana pihak.

Perlu juga diingat soal perundangan ini hanya sebahagian sahaja daripada Islam. Sebab itu kita perlu sentuh semua hal samada sosial, ekonomi, salah laku, good governance dan lain-lain. Perundangan satu juzuk sahaja daripada Islam.

Atas dasar itu, saya tidak fikir hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas dengan hal ini sahaja. PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat  bersama dengan PKR dan DAP kerana kebersamaan kita banyak sebagaimana yang telah kita jelas dalam agenda bersama Pakatan Rakyat.

Kita akui dengan jujur bahawa kita ada perbezaan dasar dengan DAP bahkan PKR juga. Tetapi persamaan dalam perjuangan kita untuk hak rakyat jauh lebih banyak dari perbezaan antara kita.

Tidak seharusnya perkara ini di salah tafsirkan sehingga boleh jejaskan hubungan  baik yang sedang berjalan sekarang.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

Trouble in Sabah with LDP breaking ties with CM Musa

on



KOTA KINABALU: The long ongoing undeclared war against the Sabah's Barisan Nasional boss and chief minister Musa Aman was today formally announced by a coalition member. In a shocking announcement, Liberal Democratic Party (LDP) said in a statement that the party could no longer cooperate with Musa.
LDP deputy president Chin Su Phin however said the party would continue to support and work together with Umno in the ruling coalition.

"We also fully support the Prime Minister Najib Tun Razak and his 1Malaysia Vision," he said in a statement which followed a meeting with several LDP supreme councillors here yesterday to deliberate on the outcome of the state BN meeting chaired by Musa the same day.

Chin said party president VK Liew, who is currently on a working trip overseas, will be briefed of the current political developments, including the outcome of the state BN meeting.

"LDP will submit a memorandum to BN chairman cum Prime Minister Najib on what had happened in Sabah," he said.

Chin said that the state BN meeting turned out to be a fiasco as LDP had not been allowed to fully express its views, suggestions or dissatisfactions.

"It is sad to note that the only the state BN chairman expressed his view and wanted us to accept his opinion but he didn't want to hear the views of other BN component parties or what they wanted to say."

Unfriendly district officer

Chin said during the meeting, he raised the issue of Kudat district chief Harun Bidin going against the BN in the March 2008 general election and Harun's recent decision in sacking eight community leaders without the knowledge of Tanjung Kapor assemblyman which hurt the BN spirit and tarnished the good image of Umno in Sabah.

He said Local Government and Housing Minister Hajiji Noor explained during the meeting that the latter had already called Harun and gave a stern warning to him not to damage the BN's image.

He said Musa brushed off the LDP leaders' call for action, saying he feared sacking Harun would provoke him to jump over to the opposition which will affect Umno and the BN.

Musa also said LDP should not have requested for the Harun's sacking, Chin said.

"We don't understand why the Chief Minister insists on protecting such a leader like Harun. I want to ask the Chief Minister, isn't Sabah the fixed deposit for BN? If Sabah Umno is really solid, why is it afraid of a small leader like Harun quitting?

"In our view,  Musa knows that Harun can't cooperate with the LDP and is bent on destroying LDP.
- Free Malaysia Today-

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List