Iran tawar senjata kepada Lubnan........

on Aug 27, 2010

TEHERAN: Iran bersedia menjual senjata buatannya kepada Lubnan sekiranya Beirut meminta bantuan untuk melengkapkan senjata ketenteraannya, kata Menteri Pertahanan Iran, semalam.
Jeneral Ahmad Vahidi berkata demikian sehari selepas pemimpin kumpulan Syiah Hezbullah, Sheik Hassan Nasrallah menggesa kerajaan Lubnan meminta bantuan ketenteraan daripada Iran. “Lubnan adalah sahabat kami. Sekiranya mereka benar-benar memerlukan bantuan, kami sedia menjalankan urus niaga senjata,” kata Ahmad seperti dilaporkan agensi berita Irna. Dalam ucapan secara langsung di televisyen Selasa lalu, Sheikh Hassan berkata, kumpulan sokongan Hezbullah di Iran sedia menawarkan bantuan kepada Lubnan. Pemimpin Hezbullah itu membuat saranan demikian selepas Kongres Amerika Syarikat membatalkan bantuan ketenteraan bernilai AS$100 juta (RM320 juta) kepada Lubnan awal bulan ini. Amerika bimbang jika bantuan ketenteraan itu digunakan untuk menentang Israel. Kerajaan Lubnan mempunyai akaun di bank pusat bagi membolehkannya menerima sumbangan bagi urus niaga pembelian senjata ketenteraan.

Bagaimanapun, Beirut bukan saja bergantung kepada bantuan Amerika tetapi juga negara lain seperti Rusia dan dunia Arab. - AP

'Hidup saya bagai di neraka'.... La ni boleh le cakap......

on

Elin oh Elin....... Dah beranak dua baru nak cakap hidup dalam neraka. Dah kayo baru tahu tu semua... Piraaah.

pix_middle

WASHINGTON: Bekas isteri Tiger Woods berkata, kecurangan pemain golf itu selama ini membuatkan dia berasa amat bodoh dan hidup umpama dalam neraka.


Elin Nordegren bersuara buat kali pertama mengenai skandal seks bekas suaminya dengan memberitahu majalah People, dia menghadapi insomnia dan mengalami penurunan berat badan akibat tekanan daripada berita sensasi mengenai kecurangan Woods.
Dia juga mula mengalami masalah keguguran rambut beberapa hari sebelum kes perceraiannya selesai. “Penderitaan saya bagaikan hidup dalam neraka,” kata Elin, 30, bekas peragawati berketurunan Sweden dalam temu bualnya.

Woods mengahwini Elin pada Oktober 2008 di Barbados dan mereka dikurniai seorang anak perempuan, Samantha, 3, dan seorang anak lelaki, Charlie berusia 19 bulan. Kes perceraian pasangan itu selesai dalam sesi perbicaraan selama 10 minit di Florida, Isnin lalu. Woods yang mempunyai hubungan sulit dengan sebilangan perempuan simpanan sehingga menjejaskan imejnya mengaku menjadi punca perceraian ini. Pengakuan pertama Woods itu dibuat ketika memulakan pertandingan PGA AS di New York yang disertainya, semalam. “Keputusan perceraian ini berpunca daripada tindakan saya,” kata Woods. “Saya sudah melakukan banyak kesilapan dalam hidup ini dan kini saya terpaksa menanggung risikonya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah kini dia lega kerana kes perceraiannya sudah selesai, Woods berkata, dia amat sedih.

Elin pula memberitahu majalah People, dia terkejut dan tidak percaya apabila mendapat tahu Woods berlaku curang dan menipunya. Dia mula bertanya kepada diri sendiri apabila lebih banyak skandal seks Woods terbongkar termasuklah skandal bersama pelakon filem lucah, pelayan bar dan pengurus kelab Las Vegas. “Saya rasa begitu bodoh apabila lebih banyak skandalnya terbongkar. Bagaimana saya boleh tidak tahu mengenainya?” kata Elin.

“Istilah pengkhianatan tidak cukup untuk semua ini. Hidup saya sudah musnah,” katanya. - AFP

Gadai tunang langsai hutang......???

on


BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya. 

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya. 

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam. 

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya. 
“Dengan bantuan orang kampung, polis menahan suspek kira-kira jam 2.30 petang keesokan hari. Mengikut keterangan awal daripada suspek, dia melakukan perbuatan itu selepas membuat perjanjian dengan tunang mangsa.

“Suspek turut mendedahkan, tunang mangsa berusia 19 tahun ketika itu kehabisan wang berjanji akan menyerahkan gadis berkenaan jika dia gagal membayar hutang akibat kalah judi,” katanya. 




Susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan tunang mangsa bakal dipanggil memberi keterangan berikutan pengakuan suspek itu.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, manakala gadis berkenaan dihantar ke Hospital Betong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Hmetro

Warga Emas Maut Dirempuh Motosikal, Diseret Kereta Selepas Solat Tarawih

on

YAN, 27 Ogos (Bernama) -- Seorang warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas selesai menunaikan solat Tarawih maut apabila dirempuh sebuah motosikal dan kemudian diseret oleh sebuah kereta dalam kejadian di Batu 16, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di sini Khamis malam.

Ketika kejadian 10.30 malam itu, Manis Md Hassan, 77, hendak melintas jalan untuk pulang ke rumah setelah selesai solat Tarawih di masjid berhampiran rumahnya.

Semasa hendak melintas jalan itu secara tiba-tiba sebuah motosikal jenis Honda C70 yang tidak mempunyai lampu dinaiki dua remaja lelaki yang datang dari arah Sungai Petani Ke Alor Setar, merempuh mangsa sebelum beliau diseret sebuah kereta sejauh 300 meter.

Mangsa yang tinggal di Batu 16, Padang Lumat dekat sini cedera parah di kepala serta di bahagian perut dan mati di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal itu hanya mengalami cedera ringan.

Seorang saksi yang juga jiran mangsa, Azizan Abdullah, 60, berkata beliau terdengar bunyi rempuhan yang kuat dan segera ke tempat kejadian untuk menolong mangsa namun tidak dapat berbuat apa-apa ekoran sebuah kereta datang dari arah sama terlalu laju dan hanya terkaku melihat jirannya itu diseret kereta kerana kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas.

"Saya lari dari rumah nak tolong dia (mangsa) setelah dia menggapai tangan meminta pertolongan kerana dia betul-betul ada di tengah jalan namun tak sempat sebab sebuah kereta datang laju mengheret mangsa sejauh 300 meter dari tempat kejadian," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Yan di sini malam tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan bagi bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dibawa ke rumahnya dan dikebumikan di Masjid Kampung Batu 16.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan Insp Ahmad Salimi Md Ali ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu dan masih menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan boleh menghubungi IPD Yan di talian 04-4655222.

-- BERNAMA

PM Kecewa Serangan Ke Atas Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta

on


PUTRAJAYA, 26 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan rasa kecewa atas tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Perdana Menteri menzahirkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet semalam, setelah beliau memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku.

"Sudah tentu beliau amat kecewa. Perdana Menteri berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian. Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia, beliau yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini Khamis.

Anifah berkata mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelakkan kejadian yang sama di negara ini.

Anifah berkata Kementerian Dalam Negeri juga diminta untuk memastikan keselamatan warga Indonesia di negara ini tidak terjejas berhubung insiden itu.

Katanya Malaysia berharap Indonesia dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan "perlakuan keji" tersebut memandangkan tanah Kedutaan Besar Malaysia itu mempunyai keistimewaan dan kekebalannya sendiri sepertimana yang tertakluk mengikut Artikel 22 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Beliau berkata lebih-lebih lagi apabila Ketua Bendera itu sendiri mengakui melakukan perbuatan berkenaan dalam blognya, yang boleh dijadikan bahan bukti.

"Jika ia salah di sisi undang-undang Indonesia, saya harap tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat. Tetapi saya bukannya mahu mengajar Indonesia mengenai apa yang mereka harus lakukan mengikut undang-undang mereka. Kita menghormati," katanya.

Dalam kejadian berkenaan, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menandakan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang didakwa menceroboh ke kawasan perairan Malaysia baru-baru ini.

Anifah berkata Malaysia bagaimanapun tidak mengharapkan Indonesia memohon maaf terhadap kejadian yang berlaku itu, memandangkan ia hanya perbuatan segelintir pihak dan bukannya mewakili seluruh rakyat dan kerajaan Indonesia.

Pada masa sama, beliau berkata Malaysia juga tidak akan meminta maaf atas insiden penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu, walaupun benar mereka telah digari dan dipakaikan baju banduan.

"Kalau betul mereka digari dan sebagainya kita tidak meminta maaf kepada sesiapapun sebab itu adalah undang-undang negara kita, dan sesiapapun yang masuk ke negara Malaysia haruslah menghormati undang-undang Malaysia," katanya ketika diminta mengulas permintaan Parlimen Indonesia agar Malaysia meminta maaf kerana menggari dan memakaikan baju banduan kepada tiga petugas KKP itu.

Bagaimanapun, Anifah berkata beliau sedia berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menyemak semula prosedur berkenaan sekiranya ia tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak, memandangkan pencerobohan kawasan itu bukanlah jenayah yang berbahaya.

Dalam perkembangan lain Anifah berkata pihak media, dari kedua-dua Malaysia dan Indonesia juga harus bertanggungjawab dengan laporan masing-masing, dengan memberi laporan yang tepat berdasarkan fakta dan menjaga sensitiviti antara negara.

"Saya menyokong kebebasan media, tapi janganlah kebebasan media itu sehingga mengundang masalah yang lain. Janganlah kebebasan media itu digunakan oleh orang yang punya agenda yang lain," katanya.



-- BERNAMA

SUHAIMI IBRAHIM BERTANYAKAN ANWAR IBRAHIM.......

on

MALAM tadi seorang timbalan ketua bahagian Umno Kelantan berhajat untuk bertemu saya. Lama timbalan ketua bergelar Datuk ini tidak menghubungi saya. Tiba-tiba saja teringat dan ajak minum kopi. Tentu ada sesuatu yang mendorongnya untuk bertemu saya.

Saya sudah maklum kenapa Datuk seorang ini berhajat benar nak jumpa saya. Sebabnya ekoran posting'berita dalam siasatan' mengenai seorang ketua bahagian Umno Kelantan yang dikatakan terlibat dengan rasuah sex.

Malangnya ketua bahagian berkenaan tidak jadi datang, ada hal lain. Dia akan menghubungi kemudian, tetapi tidak berbuat demikian. Tak mengapa saya tak ambil hirau sangat kepadanya. Lagi pun yang nak jumpa beliau bukannya saya. Mungkin saya rasa dia ada nak tokok tambah mengenai posting berkenaan. Rasanyalah.

Malam semalam walaupun tak jumpa dengan Datuk ini tetapi terserempak dengan Datuk lain, Suhaimi Ibrahim yang kini jadi Setiausaha Politik, kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita, Sharizat Abdul Jalil. Lama juga saya tak jumpa dengan Suhaimi. Selalunya di kopitiam itulah, sesekali terserempak dengan beliau membawa anak bininya makan. Pernah sekali Suhaimi membayar bil saya secara diam-diam.

Semalam saya bersama sdr Sabree Shafee - bloger Yang Kudengar Dan Kulihat, sdr Dr Wan Suhaimi (juga Datuk) dan seorang kawan tradisi dan sepermainan. Saya sudah nampak Suhaimi di satu meja di kopitiam berkenaan. Tetapi tidak mahu ganggunya dan membiarkan dia bersembang dengan beberapa orang kawan. Saya cuba call tetapi tidak perasaan panggilan saya.

Ketika beliau beredar hendak pulang dan melewati kami duduk, baru dia terperasaan kami lalu mendekati dan duduk bersama. Inilah kelebihan yang ada kepada Suhaimi. Seorang yang mesra dan pandai mengambil hati. Dia juga tenang, baik dan sedia mendengar apa saja yang kita katakan serta tidak sombong.

Walaupun saya kadang kala mengkritiknya secara berdepan, beliau hanya tersenyum saja menahankan pedih di ulu hatinya. Beliau tidak melenting dan akan mendengar sebaik mungkin. Kalau dia tidak setuju akan dikemukakan hujahnya dan minta kita membalas balik. Dia juga tidak loket untuk telefon semula mendapat penjelasan mengenai sesuatu yang tidak jelas. Itulah Suhaimi seorang yang mempunyai daya tahan yang kuat dan inilah melayakkan beliau untuk menjadi politician yang penuh pancaroba.

Selalunya bila dia berjumpa saya dia tidak pernah lupa bertanya;apakah khabar Pak Sheikh. Itulah ayat mukadimah dia dengan saya. Saya tidak tahu kenapa, mungkin dia memahami 'hubungan' saya dengan Anwar. Atau seolah-olah dia merasakan saya mengikuti seitap jejak perjuangan Anwar menyebabkan beranggapan saya mengetahui luar dan dalam mengenai Anwar. Dan pada saya dari amalan/sikap itu menunjukkan nama Anwar masih terlekat di hatinya walaupun dia sudah bertukar bos kepada Najib Razak dan Sharizat kini.

Apa juga yang beliau ingin tahu atau bertanya setiap kali berjumpa, ialah apakah Anwar akan dipenjara dan apakah Pakatan Rakyat akan menang dan bagaimana dengan nasib Umno dalam pilihan raya akan datang.

Malam tadi sebelum saya memaklumkan perkembangan terkini Anwar saya sempat memberi pandangan ikhlas kepadanya supaya menjaga Sharizat baik-baik. Jangan sampai Sharizat diperalatkan oleh Rosman binti Mansor. Sebab saya lihat bila bercakap soal wanita Rosmah lebih berkuasa dari Sharizat dan ada kalanya Sharizat berstatus sebagai PA Rosmah saja. Gaya Rosmah mengendalikan aktiviti dan projek wanita seolah-olah dialah menteri.

"Tolonglah Mi jaga Sharizat jangan sampai jadi PA Rosmah. Kelemahan yang berlaku kepada Sharizat orang akan tuding kepadayou Mi, sebab you setiausaha politiknya. Suhaimi terkebel-kebel dengan kening berkerut mendengar kata-kata saya itu.

Suhaimi adalah dikenali dengan orang Anwar. Semasa Anwar kena tangkap tahun 1998 dulu beliau antara ratusan sang setia Anwar yang berlonggok di rumah Anwar. Tetapi sayangnya beliau tidak konsisten dalam menyokong Anwar. Antara percaya dengan tidak apa yang berlaku terhadap Anwar sering kali membedal atma jiwa politiknya. Al akhirnya dia terpaksa juga mufarakah dari Anwar selain daripada kerana tidak yakin bahawa rezeki akan datang kalau terus menyokong Anwar.

Suhaimi adalah salah seorang dari sebahagian kumpulan yang terbuang dari menjadi penyokong Anwar. Tetapi yang nyatanya beliau lebih soleh dan pengertian berbanding dengan Ezam Mohammad Noor yang bertindak membelasah Anwar. Walaupun Suhaimi berundur dari Anwar kerana masalah hidup, tetapi beliau tidak pernah menghentam dan memburukkan Anwar. Jauh sekali untuk mengharapkan Wan Azizah menceraikan Anwar.

Selain topik Anwar, selalunya juga Suhaimi tidak akan tinggal bertanya fasal Umno. Dia mahu pandangan dan dapatan bebas mengenai Umno. Jadi malam tadi bila dia tanya fasal Umno Pahang, saya berceritalah mengenai kedudukan Umno Pahang yang parah. Kalau mengikut maklumat enam atau lapan kerusi parlimen akan hanyut dalam pilihan raya akan datang. Dia juga mengakui bahawa orang Cina kini tidak menyokong Umno lagi. Dengan mengambil perangkaan Tengku Razaleigh Hamzah saya mengatakan 85% orang Cina sudah menolak Umno.

"Jadi Umno akan kalahlah!" tanya beliau. "Iya jawab saya!" tegas. Ini menyebabkan Suhaimi mengerut kening dan anak matanya terkebel-kebel di sebalik kaca matanya.

"Ini bahaya Sheikh?" tukasnya cemas.
"Iya bahaya," tekan saya serius dan disokong oleh Sabree dan Wan Suhaimi.

"Habis apa nak buat?" persoal beliau melontarkan kegusaran.

"Jalannya satu saja, Melayu kena bersatu. Umno kena lebih ikhlas melihat penyatuan Melayu bukan mahu mengundang Pas untuk menyelesai dan menyelamatkan kedudukannya. Tapi saya lihat Umno tidak ikhlas dalam soal ini. Bagi tahu Najib kalau dia ikhlas nak satukan Melayu, dia kena panggil sama Anwar Ibrahim..." balas saya panjang lebar menjadikan dahinya terus berkerut. Sesuatu yang mungkin difikirnya, apa yang saya kata itu betul tetapi payah untuk dilakukan.

Malam tadi Suhaimi secara perlahan mahu membawa isu mengenai Anwar sokong Amerika atau Amerika sokong Anwar. Tetapi hujah itu cepat dipatahkan, dengan sepotong pertanyaan saya, apakah dengan menyokong Najib Malaysia mampu berdepan dengan Amerika? Mungkin kerana malam atau berat dengan pertanyaan ini, bekas Presiden GPMS ini memohon untuk berundur.

Syoknya sebelum berundur, beliau sempat dilaungkan dengan slogan "Hidup Anwar..." oleh Sabree menyebabkan sekali lagi wajah Suhaimi merah. Mungkin terasa tercabar dan malu dengan slogan itu, beliau meninggalkan sepotong kata-kata, kita ada prinsip dan kita ada sistem. Maksunya laungan itu tidak mungkin diterima Suhaimi kerana kini beliau sudah berboaskan Najib. Namun nelihat kepada lenggang lenggok dan ombak politik Suhaimi saya rasa tidak mustahil kalau selepas ini setelah Anwar jadi PM dia akan mengubah kiblat perjuangannya sekali lagi.


MSO

Wow...Rumah RM21 juta: Hadiah untuk keluarga Taib......???

on



Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta (RM21 juta) kepada keluarga ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud?

azlanSoalan itu diajukan di sebuah laman sesawang anti-Abdul Taib - Sarawak Report dalam siri terbarunya yang mendedahkan kepincangan di negeri itu.

Rumah agam itu dibeli oleh firma Pelaburan CSY yang berpangkalan di California pada 1991 melalui anak syarikatnya, WA Boylston Inc, dan pemilikan hartanah itu didakwa dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun kemudian dengan harga nominal US$1 (RM3.1).

Menurut Sarawak Report, CSY adalah huruf pertama nama presiden Pelaburan CSY, - Chee Siew Yaw - anak lelaki Yaw Teck Seng yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai rakyat Malaysia yang ke-13 terkaya di Malaysia bersama anak sulungnya, Yaw Chee Ming.

NONETeck Seng, 72, adalah pengasas konglomerate Samling Global, yang menjalankan operasi pembalakan di hutan di Sarawak sebelum berpindah ke luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

Awal minggu ini, dana pencen Norway mengumumkan keputusan kerajaan untuk melupuskan 16 juta sahamnya di Samling berikutan operasi 'tidak beretika' yang dijalankan di syarikat itu di Sarawak dan Guyana. Ia termasuk dakwaan menjalankan kegiatan pembalakan haram dan memusnahkan alam sekitar.

Bagaimanapun semalam, Abdul Taib mempertahankan Samling, sambil menyifatkannya sebagai syarikat yang 'bertanggung-jawab'.

NONE“Abdul Taib dalam kapasitinya sebagai ketua menteri, menteri kewangan, menteri perancangan negeri dan sumber - telah menguasai pengeluaran lesen pembalakan Sarawak untuk lebih 30 tahun, - ini menimbulkan persoalan berhubung tindakannya yang memihak syarikat tidak beretika,” kata Sarawak Report.

Rumah agam dua tingkat ini, pada pada asalanya dibina pada 1910. Ia terletak di kawasan kejiranan eksklusif di Boylston Avenue East yang mempunyai pandangan bandar Seattle.

NONEBangunan ini mempunyai enam bilik mandi, lima bilik tidur dan bilik bawah tanh, patio yang luas, garaj, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

Menurut Sarawak Report, rumah agam milik keluarga ini mempunyai kawasan yang boleh memuatkan enam padang bola.



Malaysiakini

Mereka mereka yang tiada pendirian :- Ketua PKR Bukit Bintang, 15 anggota sertai Umno

on

Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.

Borang menyertai Umno itu diserahkan kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta disaksikan ketua penerangan Umno WP Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee.

Mahmood berkata keputusan keluar parti itu dibuat tanpa adanya rasa benci atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa sebaliknya ia diputuskan demi untuk mengukuhkan bangsa Melayu dan agama Islam yang secara konsisten diperjuangkan Umno.

"Tujuan kami kembali kepada Umno adalah kerana yakin dengan fokus perjuangan yang dibawa presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai agenda perjuangan yang tidak berubah-ubah berbanding PKR.

"PKR mempunyai pelbagai agenda dan matlamat...tidak fokus. Sebagai orang Melayu yang duduk dalam PKR saya rasa bersalah," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan borang di Pejabat Perhubungan Umno WP di Kuala Lumpur.

Katanya selepas mencatat kejayaan cemerlang semasa pilihan raya umum (PRU) 2008, segala kepincangan dalam perjuangan parti itu mula ketara dengan dihujani pelbagai masalah.

"Saya tak menyesal menyertai PKR tetapi berada di dalamnya, khususnya selepas PRU lalu membuatkan saya gelisah," katanya dan menambah lebih 200 lagi anggota parti itu akan menyertai Umno selepas Aidilfitri ini.

Ditanya apakah tindakannya itu didorong oleh pemilihan barisan kepimpinan PKR Sept ini, Mahmood berkata ia tidak langsung berkait kerana jawatan ketua bahagian Bukit Bintang yang disandangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak dicabar.


Peguam gagal hadir punca Felda tewas...... Betul ker tu...!!!!!!!

on

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor. 

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak. 

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. 

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil. 

Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya. 

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. 

Kenyataan Bekas KP BPR Buktikan SPRM Tidak Bebas

on

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada bekas bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah-BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM), Datuk Shafee Yahaya kerana mendedahkan kepada rakyat bahawa badan itu sebenarnya bukanlah sebuah badan bebas.

Dalam kenyataannya bersama Malaysiakini, beliau menyebut “Untuk mengatakan perkhidmatan awam atau ahli politik korup sepenuhnya, adalah tidak benar kerana, kadang-kadang, ia merupakan gabungan antara kedua-duanya.

Kadang-kadang, ahli politik yang korup, dan tekanan untuk kakitangan awam bersubahat atau melihat cara lain dan pada masa yang sama, mendapat imbuhan bagi diri mereka.”

Dalam temubual itu juga beliau menyatakan bahawa terdapat halangan-halangan untuk menangkap perasuah ini khususnya kalangan ahli politik yang menguasai Kerajaan (Menteri).

Tidak hairanlah, jika dilihat senarai mereka yang didakwa itu tidak ada Menteri-menteri pun. Walaupun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengakui 41 peratus daripada mereka yang didakwa atas tuduhan rasuah adalah kakitangan awam tapi mereka bukanlah Menteri.

Kakitangan awam ini seperti yang dinyatakan oleh Shafee, telah menjadi korban kepada orang-orang Politik ini yang mengambil kesempatan ke atas mereka.

Dalam kes AP yang melibatkan Rafidah Aziz, walaupun banyak laporan dibuat, akhirnya yang ditangkap hanyalah kerani cabuk. Dalam kes kehilangan enjin kapal terbang, Sarjan pula yang kena.

Menteri-menteri dan timbalannya yang juga ahli politik ini mempunyai kroni yang telah beri banyak sumbangan pada mereka masa Pilihanraya. Bila mereka dilantik, mereka kena bagi projek pada kroni. Mereka tidak akan keluar surat arahan kerana mereka tahu itu boleh jadi bahan bukti SPRM.

Jadi mereka hanya keluarkan arahan lisan atau nota arahan mengunakan Setiausaha sulit mereka untuk dilaksanakan oleh Pengarah atau Ketua Setiausaha Kementerian atau kakitangan lain.

Kakitangan Kerajaan inilah yang keluarkan surat kelulusan rasmi dengan slogan “Saya yang menurut perintah” tanpa berfikir panjang atau mahu menegur Menteri kerana takut dimaki atau ditukar ke jabatan lain.

Akhirnya, bila perkara ini bocor pegawai Kerajaan biasa ditahan tapi Menteri itu lepas. Pendedahan Shafee ini baru sedikit, DPPWP yakin lebih banyak kisah kecurangan pemimpin BN yang jadi menteri kerana bilangan orang politik yang rasuah yang dilaporkan begitu sedikit berbanding dengan apa yang beliau gambarkan.

DPPWP melihat SPRM tidak mempunyai kuasa yang cukup bebas kerana Ketua Pengarahnya dilantik dan dibayar gaji oleh Kerajaan dimana yang mengetuai Kerajaan adalah orang-orang Politik yang Korup ini.

Jadi tidak hairanlah jika hingga ke hari ini SPRM masih menyimpan fail-fail laporan ke atas Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah, Samy Vellu dan ramai pemimpin BN tanpa berbuat apa-apa.

Yang didedahkan hanya pemimpin dari MCA. Nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena kerana pemimpin Umno yang lebih banyak dilaporkan tidak disiasat.

DPPWP berharap agar Pengerusi SPRM berani untuk mengheret orang-orang politik ini termasuk Perdana Menteri. Setiap laporan haruslah disiasat segera dan didedahkan statusnya pada rakyat.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List