NAMEWEE DICARI POLIS........???

on Aug 31, 2010

Polis dikatakan telah mengunjungi rumah rapper kontroversi Namewee di Muar, Johor sejurus belum tengah malam tadi, dipercayai untuk membawanya bagi disoalsiasat berhubung klip video yang didakwa berunsur hasutan yang dimuat-naiknya ke YouTube, mengutuk unsur perkauman di negara ini.

namewee pc 160310 01Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.

"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.

Sementara itu, laman FacebookWee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kerea polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).

Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.

Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.

Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan laguNegaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.

Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.

Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman.



Malaysiakini

PENJUAL ROTI JOHN......

on

Sehari Dalam Kehidupan Seorang Penjual Roti John




KEHADIRAN bulan Ramadan bukan sahaja memberi peluang kepada semua umat Islam untuk bermuhasabah diri dan meningkatkan amal ibadat tetapi juga telah membuka ruang rezeki.
Di situlah hadirnya kemeriahan dengan bazar Ramadan dibuka di merata-rata tempat dan telah membuka peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk mencari rezeki tambahan pada bulan yang mulia ini.
mStar Online berkesempatan mengikuti seorang peniaga bazar untuk mengetahui aktiviti hariannya sebagai seorang peniaga di bazar Ramadan.
Menurut Tatan Majid, 38, dia mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan makanan sejak awal tahun ini setelah kehilangan kerja ekoran kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
“Selepas merasai tempias kegawatan ekonomi pada ketika itu, saya banyak melakukan kerja-kerja bebas dan biasalah ada ketikanya peluang kerja yang datang agak terhad.
“Awal tahun ini baru saya tergerak hati untuk melakukan perniagaan roti john setelah memikirkan saya perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki taraf hidup dan tidak bergantung harap kepada kerja bebas,” katanya ketika menuju ke Pasar Borong Klang untuk membeli barang keperluan gerainya.
Memulakan perniagaan dengan menyewa gerai di sebuah restoran milik rakannya, In Auto Bistro, Tatan turut mendapat galakan penuh daripada isterinya, Nurhayati Ali Pekri, 38, dengan niat murni suaminya itu.
Bagaimanapun, menurut lelaki peramah ini, walaupun isterinya berkeras untuk membantu dalam menjalankan perniagaan itu bersama-samanya, dia lebih senang membiarkan isterinya menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
“Mencari rezeki adalah tanggungjawab suami dan saya tidak mahu membebankan isteri. Biarlah dia tumpukan perhatian kepada anak-anak.
“Tetapi kadang-kala jika bosan,dia akan menolong juga saya di gerai dan bazar Ramadan,” katanya yang membuka gerai di bazar Ramadan Puncak Alam Fasa 3, Shah Alam.
Tatan puas dapat menghasilkan roti john yang digemari ramai.
Rutin bermula seawal 10 pagi
Rancak bercerita mengenai aktiviti hariannya, Tatan berkata, pada bulan Ramadan dia memulakan rutin seawal pukul 10 pagi setiap hari untuk pergi ke pasar bagi membeli bahan-bahan untuk menyediakan roti john istimewa buatannya.
Pada kebiasaanya, Tatan memberitahu dia mendapatkan semua bahan-bahan mentah untuk membuat roti john di Kompleks Pasar Borong Klang dan pasar raya.
“Sebagai peniaga, perbandingan harga adalah penting untuk menjimatkan kos sedari kebanyakan harga barang pada hari ini telah meningkat naik,” katanya.
Menurut Tatan, urusan membeli bahan mentah biasanya dilakukan dua hari sekali mengikut keperluan dan kebiasaanya dia tidak akan membeli bahan mentah dalam kuantiti yang terlalu banyak bagi menjaga kualiti roti john yang dihasilkan.
“Kalau beli daging kisar sebagai contoh, terlalu banyak pun tidak elok juga kerana jika disimpan lama, dikhuatiri daging tidak lagi segar,” katanya yang mengambil masa dua ke tiga jam untuk membuat tinjauan dan pembelian.
Hanya selepas itu, dia akan kembali ke kedainya di In Auto Bistro untuk memproses semua bahan-bahan yang dibeli di pasar untuk di bawa ke tapak bazar Ramadan.
“Memandangkan semua kelengkapan saya simpan di sini, jadi lebih senang saya memproses semua bahan-bahan yang dibeli tadi di sini,” katanya yang mengakui aktiviti penyediaan bahan untuk roti john seperti memotong cendawan, mengisar bawang dan sebagainya agak memenatkan tetapi cukup menyeronokkan.
Setelah selesai, lebih kurang pukul 4 petang baru Tatan akan bergerak ke tapak bazar Ramadan untuk memulakan perniagaan sehinggalah masuk waktu berbuka puasa sebelum menyambung perniagaan di gerainya di restoran In Auto Bistro.
Bukan chef
Tidak mudah mengalah dan sanggup mencuba apa sahaja, bapa kepada lima cahaya mata ini memberitahu, pada awalnya dia ragu-ragu dengan keputusan untuk berniaga kerana tidak yakin dengan kebolehan memasak. Tatan memberitahu dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai seorang chef yang tahu mengenai serba serbi mengenai dunia masakan tetapi belajar melalui pengalaman dan pemerhatian.
“Bertitik tolak daripada itu saya cuba memperbaiki dan menambah beberapa bahan terhadap resepi roti john sedia ada dalam mencipta kelainan,” katanya.
Antara roti john yang dijual adalah seperti roti john biasa, cendawan dan keju, Keju dan nenas dan sebagainya. turut dijual di gerainya di In Auto Bistro pada sebelah malam adalah seperti oblong shroom, oblong steak, mini john pizza dan pelbagai jenis roti john.

Zainuddin Maidin, kenapa hang merapu .......???.

on



Pengampu tegar zaman che det kembali lagi.........!!!!!!!!


Previously, maybe PAS was racist, but who can deny the fact that Umno itself is racist today? Since PAS has become a Pakatan member, it has become less racist, but Umno has become worse.'

Zam's back... and gets nasty with PAS

Lim Cheng Inn: Zainuddin Maidin has faded with time, why the sudden emergence wanting to run down PAS? Are you aware that PAS today is different from yesterday? As for you, you remain stagnant in your mentality.

For your information, today the number of Malaysians who believe in 'PAS For All' is growing. Your Umno's Malays are trying to mobilise support by making a ruckus about PAS will be futile. Let's wait and see what the next general election will bring.

KayKay: Whatever Zam's saying won't go down in history. It will not make any difference for the better. As usual, he is trying to twist-and-turn every issue, Umno-style, into a racial issue. This is just to confuse the public, play to the gallery and mask the big crimes going on under our noses, i.e. politicians taking government projects for themselves through nominees and stealing the people's hard-earned money from the public treasury.

Why doesn't this good-for-nothing talk about that? Instead, he's trying to twist PAS' so-called statements from the past on the Chinese into something else to drive a wedge between DAP, PAS and PKR.

Rober727: During that when PAS (was racist), it was with the BN, but now PAS had left the BN, that is why the party has different ideology compared to Umno.

Mahathir: Previously, maybe PAS was racist, but who can deny the fact that Umno itself is racist today after 22 years of 'bastardisation' by Dr Mahathir Mohamad?

The old Umno is different, it comprised of people like Tunku Abdul Rahman, whom Zam agreed was for the people of Malaysia. The new Umno was created by Mahathir. He has made the Malays look like they are racist by openly admitting that Umno Baru is a racist organisation.

Since PAS has become a Pakatan member, it has become less racist, but Umno has become worse.

ISA@Penyu: PAS always sings different tunes, it's just a political party using Islam as a means to govern. They want to implement 'hudud', but don't want to say so openly. Some PAS leaders will say yes, while others say no. They want to work with Umno but don't want to say it so openly. They work with DAP, but in each session, they bang DAP too.

PAS does not stick to Islam's accepted methods in Malaysia, and whatever decisions they make is just political. If PAS members do it, it is 'halal', if others do it, it is 'haram'. For example, non-Muslims in surau - since it's a PAS surau, it's okay. But if it's not, they will say it's not okay.
That is PAS: one rule for them and another for the rest of us.

A Coward: Zainuddin, in Umno there are full of such leaders (those whom you accuse of racism). They are not innovative. They can only resort to digging and creating problems for others which will never benefit the country and the rakyat. What one believed in the past is not too important, because one might already have regretted and now have a positive mindset. What's important is what ideology they are having now.

Paul Warren: This guy is such an idiot. He should know that those pictures of Elizabeth Wong were taken without her knowledge. She was sleeping! A slimebag took those pictures, and he exposed it for profit obviously. Is Elizabeth the one who is immoral? Or will Zam admit that he is nothing but a liar?

Linov20: What about the video of that man in a hotel room with a woman? Isn't he is now a big shot in MCA? Why is it that BN can accept him as a leader but not Wong? This is the pot calling the kettle black - very double standard and chauvinistic. A woman cannot do this while a man can?

Multi Racial: Maybe Zam is right. Forty years ago PAS was extreme and that was why they were not accepted. They changed for the better. This explains why the majority of Malaysians support them now. Umno 40 years ago under Tunku Abdul Rahman was fair and neutral. That why most Malaysians gave them their support without any hesitation.

Today, Umno is extremist and irresponsible. That why they've lost support. The problem with Umno is that they know the cause of the problem, but instead of prescribing the right medicine they blame others.

Md Imraz Muhd Ikhbal: Has Zam and Umno run out of ammunition to undermine the opposition for him to be so desperate as to dig out old stories just to discredit PAS? So what if PAS was all about genocide 40 years back? In fact, 20 years ago, I myself would not even touch PAS with a 10-foot pole due to their chauvinistic stance and racist ideology.

On a parallel comparison, how popular was Anwar Ibrahim then? But don't we all want him to be our next PM? People do change over time. Only Umno is different. It will never change and shall rot in its hypocrisy and corruption.

SayaAnakBangsaMalaysia: I think it's time for Malaysiakini or Al-Jazeera to interview Zainuddin Maidin again. His lies and slander seem to indicate that he has forgotten his last self-inflicted humiliation on the world stage.

Also, Zam, the so-called 'intimate photos scandal' of exco Elizabeth Wong was a vile stunt orchestrated by Umno's own poster boy for corruption, Dr Mohd Khir Toyo, who in his vindictiveness over losing his lucrative post as MB, paid her sleazebag ex-boyfriend to betray her and sell photos taken of her while she was sleeping in her own bed.

Clearly this is the kind of high moral and ethical conduct in Umno that Zam is so proud of. - malaysiakini

"Saya bukan calon pilihan Anwar"

on

SHAH ALAM - Calon yang pernah meletak jawatan sebagai anggota Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada 2004, Rafizi Ramli kembali menawarkan diri bertanding jawatan Ketua AMK Pusat. 

Penawaran diri Rafizi itu bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Shamsul Iskandar Md Akin dan anggota MPP, Badrul Hisam Shaharin. 

Tindakan beliau bertanding ini dilihat oleh beberapa pihak sebagai calon yang berpotensi untuk menang kerana dikatakan antara calon yang direstui oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Namun Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan dakwaan tersebut dan hanya beranggapan bahawa dakwaan tersebut timbul disebabkan beliau kini bekerja sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. 

Menurutnya, beliau kurang senang sekiranya banyak pihak menganggap beliau kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri. 

“Saya bukanlah calon yang direstui Anwar, bukan begitu maksudnya. Orang salah anggap kerana saya kini merupakan staf bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. 

Rafizi berkata, beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda dan bukan bersandarkan ghairah dan semangat. 

Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik lebih banyak sokongan golongan anak .

Bahagia bersuami muda

on


Jarak usia 26 tahun bukanlah penghalang bagi wanita yang berusia seperti Rosnah Mat Aris, 55, untuk menikmati kebahagiaan bersama suami tercinta, Thaj Afendi, 29. 

Bahkan, pelakon veteran mengaku, perkahwinannya yang masuk tahun kedua tidak pernah dilanda badai, sebaliknya semakin mekar dengan perasaan cinta dan kasih sayang. 

“Secara jujurnya, kami tak pernah bergaduh. Malah, suami pernah tanya saya ‘kenapa kita tak pernah gaduh sejak kahwin? Tapi saya kata jangan mintak, nantikan gaduh besar pula. 

“Orang mungkin nampak saya macam ni, kecoh dan ‘cengih’ (garang), tapi saya sebenarnya sangat menghormati suami. Malah, hubungan kami sangat romantis dan saling memanjakan antara satu sama lain. 

“Dia pula, walaupun masih muda, tapi sangat matang dan tahu tanggungjawab. Sebab itulah hubungan kami masih bertahan hingga ke hari ini,” kata Rosnah yang pernah merahsiakan perkahwinannya itu dari pengetahuan umum dan juga pihak media. 

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengan lelaki muda, apatah lagi yang boleh dianggap seperti anaknya sendiri. Namun, itulah yang dikatakan jodoh, dan dia tidak mampu menolaknya. 

“Saya dah berkawan dengan dia lima tahun dan saya tak pernah fikir akan sampai ke tahap ini kerana saya menganggapnya sebagai kawan biasa saja. 

“Tapi dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap saya dan begitu bersungguh-sungguh mahu mengahwini saya. Dan syukurlah hubungan kami tidak pula mendapat tentangan orang tuanya,” katanya yang menjalinkan hubungan baik dengan keluarga mentuanya. 

Ketika ditanya tentang zuriat, Rosnah berkata, suaminya akur yang dia tidak lagi mampu memberikan zuriat. 

“Sebelum kahwin lagi saya dah bincang perkara ini dengannya. Tapi, dia sedia terima dan berkata, dia ingin berkahwin dengan saya bukannya sebab zuriat, tapi dia ingin buat saya bahagia dan gembira selagi masih ada hayat kami berdua,” katanya yang turut memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana mengurniakan suami yang baik untuknya.

Rahmah Gadai Gelang Merdekakan Negara

on


Gembira...Reaksi tiga tokoh kemerdekaan negara, dari kiri Datuk Siti Rahmah Kassim, Datuk Seri Yuen Yuet Leng dan Datuk Rasammah Bhupalan.
ANAK kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan pada 6 September 1926 ini tidak dapat melupakan peristiwa disebat ibunya hanya kerana memberikan gelang emas hadiah perkahwinan pemberian ayah kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Perjuangan Datuk Siti Rahmah Kassim mendapat perhatian satu Malaya apabila membantu mendapatkan dana bagi rombongan Tunku ke London untuk rundingan menuntut kemerdekaan.
Niat suci itu dirahsiakan, namun terbongkar apabila ibunya dimaklumkan orang kampung mendapat tahu dalam akhbar. “Merdeka? Apa dengan merdeka?” kata ibu yang menyebat Siti Rahmah sebanyak lima kali sehingga mengalirkan darah, habis merah baju yang dipakainya.
Baju berlumuran darah itu disimpannya sebagai kenangan tanpa dibasuh kerana menyifatkan ia sebagai titisan darah memperjuangkan kemerdekaan.
Mengimbas kembali kenangan itu, Siti Rahmah berkata, Tunku ketika berucap dalam loghat Kedah: “Saya nak pi (pergi) jumpa orang putih bersama raja-raja naik kapai (kapal). Umno tak dak (tiada) duit. Saya tak dak duit.
“Saya jual istana, ayahanda dok murka. Ayahanda suruh jadi raja, saya tak mau. Saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka.”
Mengenangkan kembali saat itu, beliau memberitahu, Bapa Kemerdekaan itu menitiskan air mata apabila menyebut untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Titisan air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah terpanggil melakukan sesuatu dengan lantas terus berdiri di tengah kesesakan orang ramai di dalam Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka.
Datuk Siti Rahmah Kassim.
“Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara.
“Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku,” kata-kata itu menyebabkan Tunku sekali lagi menitiskan air mata.
Presiden Umno pertama itu membalas; “Selalunya orang perempuan, emaih (emas) ni bukan main sayang. Tapi ibu muda ni dok bagi gelang. Terima kasih banyaklah.”
Kemudiannya, Siti Rahmah memohon izin pemimpin itu menyeru hadirin untuk turut sama memberi sumbangan bagi menambah dana rombongan ke London.
Jelasnya, ahli Umno di bahagian atas dewan menjatuhkan duit bagaikan daun getah berguguran manakala mereka di bawah menyerahkan barangan kemas.
“Mereka beri rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk tongkat berkepala emas,” katanya yang mengelilingi dewan mendapatkan sumbangan hadirin kerana menyifatkan gelang emas pemberiannya saja tidak mencukupi.
Apabila kemerdekaan negara sudah ditetapkan pada 31 Ogos 1957, semangat beliau berkobar-kobar dengan menyertai rombongan dari Rembau, Negeri Sembilan dengan empat buah bas pada 30 Ogos ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan Tunku melaungkan istilah keramat ‘merdeka’.
myStar

KLIA 2 ganti LCCT pada 2012

on


GAMBARAN artis bentuk terminal baru KLIA 2 di Sepang yang pembinaannya dijangka siap pada April 2012.

SEPANG - Terminal dan Kompleks Tetap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini bakal siap pada pertengahan tahun 2012.
Terminal baru itu yang menelan belanja kira-kira RM2 bilion dibina bagi menampung pertumbuhan trafik penerbangan yang makin meningkat dan bakal menampung sehingga 30 juta penumpang setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, KLIA 2 merupakan satu keperluan kerana kapasiti LCCT sekarang hanya mampu menampung sehingga 15 juta penumpang setahun.
Menurutnya, sasaran itu sudah hampir dicapai.
"Sejak 10 tahun kebelakangan ini penerbangan tambang murah semakin meningkat di KLIA dengan pertumbuhan sebanyak 37 peratus setahun," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah terminal KLIA 2 di tapak projek itu di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengarah Urusan Malaysia Airports Berhad (MAB), Tan Sri Bashir Ahmad.
Najib memberitahu, pertumbuhan dalam industri penerbangan dijangka terus meningkat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan ia memerlukan terminal baru bagi menampung penumpang yang semakin meningkat.
Kosmo

Sindiket tepuk bahu curi duit

on

KUALA TERENGGANU – Kekerapan orang ramai berkunjung ke bank untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menjelang Aidilfitri memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Azmi Adam berkata, minggu lalu sebanyak tiga kes membabitkan kes tipu dengan modus operandi ahli sindiket tepuk bahu dilaporkan.
Sebelum ini, beberapa kes sama turut dilaporkan dan pihaknya percaya kejadian itu dilakukan oleh kumpulan sama yang mungkin terdiri daripada tiga atau empat suspek.
“Modus operandi sama iaitu selepas tepuk bahu mangsa yang berurusan di mesin ATM dan beritahu wang mangsa tercicir,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, beberapa suspek yang berada di tempat kejadian akan menunjukkan lokasi wang yang didakwa terjatuh sebelum seorang lagi suspek bertindak menukarkan kad ATM mangsa dan mengambil duit dari ATM yang dikeluarkan.
“Kejadian terbaru berlaku semalam ketika mangsa berada di sebuah bank di Jalan Sulaimani, Kemaman dan membuat transaksi pada pukul 9.51 pagi,” kata beliau.
Azmi berkata, ketika urusan itu bahu mangsa yang merupakan seorang kerani yang berusia 35 tahun ditepuk dari belakang sebelum mangsa toleh dan ada seorang lelaki memaklumkan ada wang mangsa jatuh. Namun mangsa tidak mengambil wang itu kerana ia bukan miliknya.
Dalam masa itu, ahli sindiket itu mengambil kad ATM dan wang RM1,500 yang dikeluarkan oleh mangsa sebelum suspek-suspek meninggalkan bank tersebut.
Kosmo

SAMAN EKOR

on



PAS anjur petisyen di internet pula


Memanfaatkan populariti dunia siber di kalangan anak muda, Pemuda PAS meluaskan lagi kempen membantah saman ekornya dengan mengadakan petisyen dalam talian.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, usaha itu merupakan lanjutan daripada kempen "sejuta tandatangan" dewan itu yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

"Walaupun kempen ini sedang giat rancak gerak kerjanya di peringkat Parlimen yang diuruskan oleh setiausaha Pemuda PAS kawasan-kawasan, namun Pemuda PAS merasakan perlunya satu alternatif melalui dunia siber yang semakin popular, terutamanya di kalangan masyarakat bandar dan ibu kota," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairul Faizi berkata usaha terbaru tersebut dapat menarik sokongan anak-anak muda bagi menyatakan sikap mereka supaya kerajaan memansuhkan terus saman ekor, bukannya menangguhkannya. 

"Pemuda PAS berharap agar anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara dalam talian ini sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu, sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara yang halus," katanya.

Menurut Khairul Faizi lagi, kesemua petisyen itu akan diserahkan kepada pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai tanda bantahan.

Orang ramai boleh menurunkan tandatangan masing-masing di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html sehingga 31 Oktober 2010 ini, tambahnya.



Malaysiakini



MERDEKA MERDEKA MERDEKA

on

Anwar selar 'pelampau peralat sentimen'




Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. 

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.


Malaysiakini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List