KJ: PERKASA punca BN hilang undi

on Sep 7, 2010

Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno. 

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.

"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.

"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar.

Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu

on

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

NONEBekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

NONE"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh me

IGP kecewa KDN campur tangan urusan polis

on

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di Kuala Lumpur, semalam.


baca seterusnya

Hartawan kosmetik hilang: Polis ada petunjuk

on

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihaknya telah mempunyai maklumat berhubung kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sejak 30 Ogos lalu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat itu pihaknya yakin dapat menemui keempat-empat mereka.

"Kita ada maklumat-maklumat tertentu. InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di Shah Alam, hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, dan tiga lagi iaitu peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.

Mengulas lanjut, Musa berkata polis kini menyoal siasat semua anggota keluarga mereka yang hilang bagi mengesan jejak terakhir keempat-empat individu berkenaan termasuk siapa yang mereka bercadang untuk berjumpa pada hari tersebut.

"Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah," katanya.

Musa juga berkata tidak ada tanda mencurigakan ditemui polis pada kereta Sosilawati yang dijumpai di Subang Jaya semalam.

Sosilawati dilaporkan gagal pulang ke rumahnya sehingga hari ini selepas keluar untuk ke Banting, Selangor dipercayai bagi menguruskan jual-beli tanah di sana pada 30 Ogos lalu.

- Bernama

Lebih ramai perwakilan PKR nafi label 'pro-Azmin'

on

Beberpa perwakilan PKR di Selangor dan Negri Sembilan yang didakwa menyokong keputusan naib presiden, Azmin Ali dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu menafikan mereka dalam kumpulan berkenaan.

Pagi tadi, bertempat di Shah Alam, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang mendakwa mewakili sembilan rakannya di Selangor dan empat dari Negeri Sembilan berkata mereka berdiri teguh menyokong Azmin.

Sebelum ini, pada sidang akhbar yang hampir sama yang diadakan oleh kumpulan ahli parlimen PKR mendakwa 18 ahli parlimen dan dua senator menyokong Azmin mengisi jawatan nombor dua dalam parti itu.   baca seterusnya

Dr Jeffrey hadapi tiga penjuru di Pensiangan

on

KOTA KINABALU: Jika Naib Presiden PKR, Azmin Ali dicabar satu lawan satu di cabang Gombak, rakannya Datuk Dr Jeffrey Kitingan menghadapi saingan tiga penjuru di Pensiangan, Sabah.
Dr Jeffrey akan dicabar oleh Danny Anthony Andipai dan Richard Liwan dalam pemilihan 29 September ini.

PKR Gombak: Peniaga buku hantu cabar Azmin

on

PETALING JAYA: Seorang peniaga buku-buku hantu, Bakar Ninggal akan mencabar Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk jawatan Ketua Cabang Gombak pada pemilihan 3 Oktober nanti.
Azmin, Ahli Parlimen Gombak dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu setakat ini mendapat sokongan daripada ramai pemimpin parti yang lain untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, Oktober depan.

PAS ingatkan TV3 tidak ulangi kesilapan

on

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengingatkan stesen rangkaian Media Prima, TV3 agar tidak mengulangi kesilapan berhubung iklan Aidilfitri yang menganggap Sambutan Hari Raya adalah sama dengan sambutan perayaan Krismas, Hindu dan Buddha.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Hj Nasrudin Hassan Tantawi meminta agar setiap media terutamanya media eletronik di negara ini dapat menjaga sensitiviti umat Islam sebelum mengeluarkan iklan atau kenyataan.

Pandangan Nurul Izzah tentang ‘hak istimewa’ Melayu tepat

on

PETALING JAYA: Pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa frasa ‘hak istimewa’ Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi yang wujud hanya ‘kedudukan istimewa’ sangat tepat.
Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata, "begitu juga dengan slogan ‘Ketuanan Melayu’ memang tidak terdapat dalam Perlembagaan Negara.

Jawatan Timbalan Presiden PKR: Peluang Azmin semakin cerah

on

SHAH ALAM: Peluang Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan penghujung Oktober ini semakin cerah apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Negeri Sembilan pula hari ini tampil menyatakan sokongan.
Semalam, majoriti Ahli Parlimen dan Senator PKR memberi sokongan penuh kepada Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden itu.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List