Pemilik muzium mainan label k'jaan P Pinang 'the Joker'

on Sep 9, 2010

Sebuah patung bersaiz manusia yang memaparkan 'the Joker' daripada filem Hollywood The Dark Knight menghiasi pameran sebuah muzium mainan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi melambangkan kerajaan negeri itu.

Pemiliknya, Loh Leng Heng berkata jika kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal bertindak - berdasarkan konsep kompeten, akauntabiliti dan telus yang dijuarai mereka - CAT (competent, accountable and transparent), mereka akan bertukar menjadi'the Joker' - penjahat dalam filem keluaran 2008 itu.

Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan. seterusnya

Banner Raya ADUN N.Sembilan diturunkan MPS, ZALIM

on

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !




Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .  

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .

PKR : Bukan Parti Keadilan

on

  




 




27 Jun 2010, Anwar Ibrahim melakukan rombakan mengejut dalam PKR. Azmin ganti tempat Khalid, Zaid ganti tempat Azmin. Akhirnya yang hilang tempat adalah Khalid. Hanya sebagai Menteri Besar. Dihukum kerana kehilangan kerusi parlimen di Hulu Selangor oleh Anwar Ibrahim. Sebenarnya dari segi ekonomi sudah lama Anwar ganti tempat Khalid sebagai penasihat ekonomi. Bila kalah di Hulu Selangor terus kedudukan politik Khalid diberikan kepada Azmin.

Anwar nampaknya lebih percayakan Azmin dari Khalid atau Zaid. Kenapa tidak diberikan sahaja tugas Pengerusi PKR Selangor kepada Zaid? Ini kerana Zaid kalah bertanding dalam kerusi parlimen di Selangor. Azmin sudah ada jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi PKR di Wilayah Persekutuan, kenapa perlukan Azmin untuk pertahankan Selangor? Jawapanya, kerana Anwar mahu siap sediakan Azmin untuk ganti tempatnya di kerusi no. 1. Selain Azizah , Anwar lebih percaya lagi pada Azmin. Anwar boleh hilang "mood" jika Azmin merajuk. Itulah istimewanya Azmin di sisi Anwar.

Bila Zaid umum untuk lawan Azmin di kerusi no. 2, maka Zaid seolah menempah "kerusi elektrik" untuk politiknya dalam PKR. Politik Khalid sudah dikuburkan bila 15 ahli parlimen PKR desak Khalid undur selepas kalah di Hulu Selangor. 6 September 2010, 13 orang ADUN PKR buat kenyataan politik sokong Azmin untuk kerusi nombor 2. Mereka mungkin orang yang sama yang desak Khalid berundur sebagai Pengerusi PKR dan mungkin orang yang sama sabotaj Zaid di Hulu Selangor. Sebenarnya yang membunuh karier Zaid di Hulu Selangor adalah Azmin sendiri.  Azmin tidak setuju Zaid jadi calon di Hulu Selangor. Azmin beri kenyataan pada 18 April 2010 minta UMNO buktikan Zaid minum arak. Mengapa perlu Azmin yang minta bukti? Karier Zaid dibunuh satu demi satu termasuklah sidang media menyatakan sokongan pada Azmin.

Kesimpulannya, politik PKR hanya akan diwarisi oleh orang yang "terpilih" oleh 3A (Anwar, Azizah & Azmin). Zaid yang dianggap setahun jagung dalam PKR akan dikuburkan sebegitu sahaja. Nasib yang sama akan menimpa Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK). Mengapa bekas-bekas Setiausaha Politik Anwar nyatakan sokongan terbuka pada Rafizi Ramli sebagai bakal Ketua AMK? Mereka buat sidang media nyatakan sokongan macam apa yang dibuat oleh 13 ADUN PKR untuk sokong Azmin. PKR sebenarnya bukan parti yang demokrasi. Hanya orang terpilih secara eksklusif sahaja oleh telunjuk 3A akan berada di atas. Di mana keadilan yang dilaung-laungkan dalam parti tersebut. PKR bukan parti keadilan sebenar. 


Zaid kena tulis buku baru. Tajuknya "Aku pun PKR juga". 



Angin Perubahan
Enhanced by Zemanta

PEMILIHAN PKR - KOMEN PENYOKONG DATO ZAID IBRAHIM

on

azlan



SECARA peribadi, saya menyokong YB Azmin Ali untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR nanti. Sokongan ini bukan bermakna untuk menjadikan Dato Zaid Ibrahim senasib dengan Almarhum Tun Ghafar Baba di dalam Umno seperti yang Dato Zaid khuatirkan itu.


Tentulah banyak perkiraan kita yang mana menyokong YB Azmin Ali begitulah juga yang menyokong Dato Zaid Ibrahim. Kedua-duanya adalah wira rakyat dan mereka sudah menjalani ujian untuk melayakkan diri mereka sebagai pemimpin di dalam PKR. Bagi saya, YB Azmin dilihat lebih hampir dan sinonim dengan rakan utama PKR iaitu dari PAS dan DAP. Justeru itu, mustahak Timbalan Presiden PKR adalah tokoh yang mesra dan sinonim dengan parti sekutu PR itu. Lebih penting lagi, keperibadian pemimpin juga memainkan peranan penting dan saya lihat YB Azmin mempunyai kelebihan dalam aspek itu.

Tentunya Dato Zaid juga punyai kelebihan lain. Saya suka untuk menyiarkan komen seorang pengunjung blog ini berkaitan artikel saya sebelum ini. Berikut adalah komen beliau yang mana boleh kita kongsi bersama. Terima kasih kepada penulis komen berkenaan;

Tanpa Nama berkata...

Salam,


Zaid ibrahim tentu beralasan kuat untuk menukar fikirannya untuk bertanding. tetapi ramai menjadi panik dan tak kurang yang melihat ciri-ciri UMNO-BN menonjol dalam PKR. untungnya pada zaid dan rakyat ialah betapa ini menunjukkan belang atau sikap sebenar dikalangan MP PKR - ramai atau sedikit jumlahnya tidak penting.

Ini kayu ukur yang bagus untuk rakyat menilai peranan anwar dan presiden PKR juga. kerana isu-isu politik semasa bergolak sekitar keMalaysiaan dan pembangunan negara bangsa, tidak ramai di dalam PKR yang berupaya mendepani isu-isu ini dengan berani tetapi berakal dan seimbang. tidak dinafikan kekutan sejarah perjuangan azmin itu, tetapi seperti kata khalid ibrahim, dia perlukan masa untuk menjadi matang berpolitik.

Ciri setiakawan dan jalur keras azmin tidak sesuai, pada pandangan saya, untuk kegawatan politik nasional hari ini. dia mungkin lebih sesuai di peringkat negeri selaku MB jika ada rezekinya kelak. tetapi karisma anwar sendiri mampu dibayangi oleh zaid sebenarnya - keberanian, kejujuran, intelek dan keupayaan berkomunikasi merentas sempadan partisan dan rakyat berbilang bangsa. pakatan memerlukan politik liberal dan pragmatik, sophisticated dan segar - anwar sendiri menyedarkan kita politik baru bukan kerana dia lagi, tetapi kerana rakyat mahukan perubahan.

Saya bersetuju azmin dan zaid sangat relevan kepada PKR. tetapi, mereka juga jelas berbeza pemikiran dan gaya politiknya. dan untuk kelangsungan pakatan dan sokongan rakyat Malaysia khususnya, saya tidak yakin azmin ada nilai tambah seorang negarawan yang dapat dilihat dan dirasai pada tokoh-tokoh berjiwa besar lain yang pandangan politiknya progresif dan menambat hati rakyat yang tajam dan jauh pemikirannya. benarlah, perubahan pada PKR nanti akan menentukan keseimbangan PAKATAN dalam banyak hal. mungkin pengalaman PAS semasa kekalahan Husam kepada Nasharuddin merebut kerusi nombor 2 boleh dijadikan rujukan kepada pengundi terus PKR. Maju terus! 

Sumber:- Wfauzdin

Angelina Jolie Bertudung.......???

on


DUTA muhibbah UNHCR, Angelina Jolie pada sidang media di Islamabad, Pakistan, hari ini. Jolie melawat barat daya Pakistan semalam untuk menarik perhatian dunia terhadap penderitaan 21 juta penduduk di wilayah yang teruk dilanda banjir itu. Ia adalah lawatan keempat aktres Amerika berusia 34 tahun itu ke Pakistan sejak menjadi duta UNHCR pada 2001

Usir penduduk zalim – Zahrain

on

Kerajaan negeri perlu mempunyai pelan penempatan semula untuk kampung-kampung tradisional supaya penduduknya tidak terabai apabila pemaju mahu mengambil-alih tanah bagi tujuan pembangunan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, adalah zalim sekiranya tiada program langsung disediakan untuk penduduk terbabit kerana kebanyakan kampung sedemikian telah wujud kira-kira seabad lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menganggap masalah berkenaan sebagai ‘ad-hoc’ kerana pembangunan di Pulau Pinang akan berterusan pada masa depan.
“Kerajaan negeri janganlah sewenang-wenangnya bila sudah meluluskan sebarang permohonan pembangunan, biarkan saja pemaju usir penduduk di kawasan terlibat.
“Walaupun Kanun Tanah Negara menyatakan jika sesuatu pelan pembangunan diluluskan, pemaju ada hak, mengusir penduduknya begitu saja adalah tindakan zalim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama para pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kawasan Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.
Beliau mengulas nasib 58 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini.

Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud kira-kira 100 tahun lalu.
Kampung-kampung tradisional lain di negeri ini yang mungkin menerima nasib sama adalah Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong dan Kampung Tengah terletak bersebelahan.
Zahrain memberitahu, kerajaan negeri perlu membuat satu dasar di mana sesebuah kawasan yang hendak dibangunkan mempunyai pelan penyusunan semula penduduknya.
“Kalau luas kampung yang diambil-alih empat hektar, peruntukkan sedikit buat kampung tersusun untuk penduduk,” ujarnya.

Sebagai contoh, jelas beliau, di Singapura yang mempunyai keluasan tanah terhad, kerajaan republik itu mempunyai program khas untuk menempatkan semula penduduk terlibat di kawasan sama.
Beliau menambah, kerajaan republik itu menyediakan flat yang selesa untuk penduduk berkenaan.
Zahrain berkata, jika mahu mempertahankan budaya khususnya orang Melayu di Pulau Pinang, masyarakat kaum itu perlu memiliki cara hidup yang betul serta sempurna.

Peguam dicari bantu siasatan

on

        


KUALA LUMPUR 8 Sept. – Seorang peguam dipercayai menjadi antara senarai individu paling dikehendaki dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki, sejak 30 Ogos lalu.
Ini kerana lelaki yang ingin ditemui oleh Sosilawati, peguam, pegawai bank dan pemandunya itu di Banting disyaki merupakan individu terakhir bertemu dengan mereka.

Bagaimanapun sehingga kini, peguam tersebut belum tampil dan masih belum dikenal pasti identitinya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik tersebut.

Beliau berkata, orang awam turut dinasihati agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun mulut ke mulut.
“Sebaliknya, orang ramai yang mempunyai maklumat seharusnya bantu pihak polis dalam siasatan dan bukannya menyebarkan khabar angin mahupun mempercayainya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sejak beberapa hari lalu, pelbagai khabar angin tersebar mengenai misteri kehilangan Sosilawati bersama tiga lelaki.
Sosilawati yang merupakan Pengasas Nouvelles Visage dikesan hilang bersama pembantu peribadinya, Kamarudin Samsudin, 47, pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, sebaik meninggalkan pejabatnya.

Misteri kehilangan Sosilawati bagaimanapun menemui petunjuk baru apabila Kereta BMW X5 bernombor pendaftaran WTL11 berwarna hitam milik Sosilawati yang dipercayai ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa akhirnya ditemui di kawasan letak kereta di Flat USJ1, Subang Jaya, semalam.

Dalam pada itu, adik Sosilawati, Masturi, 42, ketika ditemui di rumah jutawan kosmetik itu di Taman Harmonis, Gombak berkata, mereka sekeluarga masih belum menerima sebarang panggilan mahupun SMS daripada mana-mana individu.
Beliau berkata, semua ahli keluarga sepakat untuk membuat kenduri doa selamat bagi mendoakan keselamatan kakak bersama tiga lagi lelaki selamat.

“Apa yang kita sekeluarga harapkan adalah dia (Sosilawati) pulang dan dapat beraya bersama seluruh ahli keluarga,” katanya yang memberitahu Sosilawati sekeluarga akan pulang ke Batu Pahat, Johor setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Tinggal Ramadhan, Sedih Atau Gembira ?

on

SELAMAT Tinggal Ramadhan, manuju hari raya. Apa rasa kita? Saya.. anda.. Gembira atau sedih berpisah dengan Ramadhan tahun ini? Kalau umur panjang boleh jumpa Ramadhan lagi..
Dalam Islam, sebuah amal bahkan hidup kita akan ditentukan bagaimana kita mengakhirinya. Kita mengenal istilah khusnul khatimah dan juga su’ul khatimah. Rosulullah SAW pernah menegaskan, bahawa setiap amal itu sangat tergantung bagaimana kita mengakhirinya.

on

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.
“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar)hari ini.Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”  seterus nya..

Khairy Tunjuk Kejantanan

on

KETUA Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta agar Duta Malausia ke Indoneisa ditarik balik sekiranya rundingan Malaysia - Indonesia untuk mengendurkan ketegangan yang berlaku di perkarangan kedutaan tidak selesai. Khairy juga membayangkan kalau perlu Malaysia patut menutup kedutaan ataupun hentikan beberapa perkhidmat yang diuruskan oleh kedutaan kita di Kuningan, Jakarta itu.

Sekali dengar tepat juga pandangan Khairy itu. Ia menunjukkan keberanian pemuda Umno dalam berdepan dengan tindakan agresif segelintir rakyat Indonesia. Suara itu suara pemuda ting negara untuk membela nusanya. Syabas. seterus nya

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List