‘Wayang’ Anwar-Azmin menjelang pemilihan PKR

on Sep 12, 2010

 

Macam biasa…bila nak mengelat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pukul UMNO dulu.Ini bila wartawan tujukan soalan samaada beliau menyokong Azmin Ali,yang diketahui umum anak emasnya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR nanti. 

Anwar ditemui wartawan semasa majlis Hari Raya di Seberang Jaya,Pulau Pinang Sabtu.Azmin turut hadir sama di majlis berkenaan. 

Beliau sebaliknya bertanya apakah kisah beliau sokong Azmin dilaporkan oleh media milik UMNO. 

Katanya jika itu halnya beliau peduli apa. 

Anwar bagaimanapun mengulangi cakap biasanya menghornati proses demokrasi dan menyerahkan kepada ahli membuat penentuan berasaskan penilaian mereka terhadap calon. 

Azmin pula mengelak untuk mengesahkan samaada beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Katanya beliau masih belum membuat keputusan dan sedang berbincang dengan kalangan ahli untuk memastikan jawatan yang ditandinginya tidak menjejaskan harapan PKR dalam pilihanraya umum akan datang. 

Namun begitu Azmin segera mengingatkan bahawa beliau sudah berada dalam PKR sejak 10 tahun lampau. 

Katanya para ahli parti itu boleh menilai sendiri samaada beliau dapat memimpin atau tidak. 

Datuk Zaid Ibrahim yang sudah mengumumkan hasratnya nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang baru dalam PKR. 

Para pemerhati politik melihat kehadiran Azmin yang juga Naib Presuden PKR dan Pengerusi PKR Selangor di majlis Hari Raya Anwar itu sebagai sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh dalam kontek pemilihan jawatan PKR nanti. 

Namun ‘ wayang’ Anwar-Azmin dijangka akan terus diulang tayang berkali untuk mengambarkan bagaimana demokratiknya PKR. 

Sedangkan Zaid awal-awal sudah bising mengenai perbuatan menghentam dan fitnah beliau menjelang pemilihan jawatan parti itu.


Sumber:- Agendadaily

Zaid bukan Tun Ghafar kedua........???

on


SHAH ALAM - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dinasihatkan tidak cepat melatah dan risau berhubung ancaman diterima daripada pihak tertentu yang mendakwa beliau bakal menerima nasib serupa Tun Ghafar Baba jika bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. 

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, Zaid masih berupaya untuk menyumbang kepada parti dan keputusan sama ada kalah atau menang terletak di dalam genggaman anggota parti. 

“Menang atau kalah itu soal kedua. Yang kalah, belum tentu kalah dan yang menang belum tentu menang. Beliau tidak perlu risau kerana beliau tidak akan jadi Tun Ghafar ‘kedua’. 

“Kita tidak tahu latar belakang ancaman yang diterimanya. Apa yang jelas di sini, nasib diterima Tun Ghafar seperti dikuburkan dari politik kerana ketika itu beliau berada dalam UMNO, sebaliknya, Zaid sekarang berada dalam PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Menyokong pendapat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, ancaman diterima Zaid sinonim dengan senario dunia politik. 

“Konsep PKR adalah menyuburkan demokrasi. Jadi, sesiapa merasakan dia berkeyakinan untuk memimpin, kita sentiasa terbuka untuk menerimanya. Realitinya, dalam dunia politik ini, kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak. 

“Bagi Zaid sendiri, beliau perlu memiliki ketahanan luar biasa untuk berhadapan dengan ancaman sebegini kerana saya percaya serangan kali ini bukan berpunca daripada anggota dalaman, tetapi individu yang ‘tumpang sekaki’ dan bergabung membuat kacau,” katanya. 

Sementara itu, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari memberitahu dalam pemilihan PKR ini, sesiapapun berhak mencadangkan atau menerima cadangan dilantik sebagai calon untuk bertanding. 

“Ini adalah kali pertama PKR membuka pemilihan terus daripada rakyat dan mereka memiliki kuasa untuk memilih mana-mana ahli akar umbi untuk dijadikan sebagai anggota pimpinan parti. 

“Setiap jawatan yang disandang adalah natijah daripada sokongan ahli. Yang penting sekarang ialah, setiap calon perlu meyakinkan ahli bahawa mereka berupaya untuk memimpin,” katanya. 

Ditanya mengenai ancaman diterima Zaid dan sokongan daripada ADUN Selangor terhadap Naib Presiden Parti, Mohamed Azmin Ali, beliau memberitahu, ADUN Selangor melihat Azmin berpotensi untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR. 

“Sebahagian besar ADUN menganggap dialah calon yang layak untuk memimpin. Jadi, kita mencadangkan nama beliau sebagai calon bagi jawatan itu,” katanya. 

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Zaid mengeluarkan kenyataan memberitahu beliau menerima ancaman mengalami nasib sama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba selepas mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan

on

Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok.

"Kami faham bahawa memperolehi “scoop” adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.

"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya," tulis blohg itu hari ini.

Utusan hari ini menyiarkan berita kononnya, Pemangku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra akana ditabalkan sebagai Sultan Kelantan hari ini.

"Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.

"Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.

"Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi," lapor muka depan akhbar itu.


"Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan “kebolehan” akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti," tulis blog yang selalu membuat posting pandangan pihak pemangku Sultan Kelantan itu.

Sehubungan dengan itu, blog itu menulis, "kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi."

Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan, tulisnya lagi.

Menurutnya, pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D’Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.

"Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan," tulisnya.



Sumber:- Harakahdaily

Senator kelahiran Malaysia Menteri Kewangan baru Australia....Lesbian...???

on

MINAH REMPIT...???

on


Ingatkan budak lelaki aje yang buat macam tu. Tak ku sangka perempuan pun buat macam tu jugak...Alahai...

MAKA BERKATA LAH AWANG SELAMAT......Lu Fikir Lah Sendiri...???

on

Apakah wajar kesemua parti komponen termasuk UMNO mengambil pendirian menolak Perkasa?
Awang lontarkan persoalan ini kerana ia sudah menjadi bahan bualan terutama di kalangan orang Melayu. Mesyuarat BN yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini mencapai persetujuan untuk menjauhi Perkasa. Alasannya kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejaskan konsep 1Malaysia.


Pada Awang, Perkasa hanyalah NGO biasa sebagaimana NGO bukan Melayu lain, yang sekadar membela kepentingan kaum masing-masing. Persekitaran politik yang dilihat tidak menentu dan berbahaya kepada kepentingan Melayu menyebabkan ramai menyokong Perkasa. Suka atau tidak, Perkasa menjadi sandaran baru kepada orang Melayu dan umat Islam. Dalam banyak isu melibatkan kepentingan bangsa dan agama, 


Perkasa lebih diyakini berbanding parti politik. Maka langkah menolak bulat-bulat Perkasa dalam membela kepentingan Melayu akan membawa UMNO ke ambang risiko besar. Hari ini, UMNO dapat bertahan di sebalik gelombang asakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, juga adalah antara lain disebabkan peranan NGO seperti Perkasa. Janganlah melihat Perkasa sebagai hantu jembalang - sebagaimana persepsi banyak parti bukan Melayu. Pada Awang, Perkasa bukanlah ultra rasis berbanding banyak NGO yang bertaut rapat dengan parti-parti Cina seperti DAP, MCA dan Gerakan.,,,,seterus nya dalam Mingguan Malaysia.

Umno Tak Sokong Perkasa Sebab Nak Umum PRU-13?

on


SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak  pendirian Umno terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah badan yang dilihat memperjuangkan politik 'Ketuanan Melayu secara ekstrim disebabkan faktor Pilihan Raya Umum yang yang mungkin dipanggil secara mengejut.
Bagaimanapun Anwar berkata beliau kurang yakin terhadap kenyataan Umno yang mengatakan parti itu kini tidak lagi menyokong. 
Anwar berkata Umno perlu menjelaskan pendirian parti itu samada ia adalah suatu dasar atau hanya penyesuaian kepada keadaan politik semasa.
Ketika ditemui media pada majlis jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di I-City, Seksyen 7 disini petang tadi, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata Umno yang patut dipersalahkan kerana membenarkan kewujudan Perkasa dalam bentuk yang ada pada hari ini.
"Mereka menyokongnya, berikan kemudahan dan mereka juga memberi bantuan kepada Perkasa," kata Anwar.
Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah memaklumkan kepada rakan komponen lain dalam Barisan Nasional bahawa parti iu tidak akan menyokong Perkasa or presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau Perdana Menteri sendiri sehingga kini berdiam diri mengenai isu ini sambil mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah membiarkan Perkasa terus menerus membangkitkan kebencian kaum selama ini.
Berlainan pula dengan tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir yang melawan arus dengan menyokong badan itu dengan menganggap ia sebagai tongkat kepada Umno yang lemah.
"Beliau hanya cuba membuat dirinya relevan," kata Anwar
sumber:- SuaraKeadilan

`Wasiat' Usang Dari Musa Hassan

on



TAN Sri Musa Hassan akan mengucapkan `babai' kepada PDRM bermula 12 Sept ini. Kontrak beliau tidak disambung untuk memberi laluan kepada Timbalannya Tan Sri Ismail Omar bagi menjawat jawatan Ketua Polis Negara yang baru. Selama lebih kurang 41 tahun Tan Sri Musa Hassan memakai uniform PDRM, nama beliau mula `popular' umpama artis pujaan ramai semenjak beliau dilihat mengetuai kumpulan `pengusung tilam' di dalam kes Liwat 1 melibatkan DS Anwar Ibrahim. Itu kisah lama dan mungkin peristiwa itu akan menjadi kenangan manis buat beliau.

Tertarik dengan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan kepada seluruh warga PDRM sewaktu beliau berucap di dalam majlis serah menyerah tugas Ketua Polis Negara semalam. Di antara lain, beliau mahukan PDRM tegas, tidak menjadi `yes man', tidak menjadi `budak suruhan' dan tidak melakukan rasuah. Amat cantik bunyinya wasiat tersebut sehingga sejuk perut kita membaca wasiat dari beliau. Seandainya wasiat beliau itu direalisasikan sejurus Ketua Polis Negara yang baru mengambil alih tugas, alangkah bahagianya kita rakyat Malaysia.

Cuma sedikit terkilan, mengapa terlalu lewat ianya keluar dari mulut Tan Sri Musa Hassan? Mengapa ianya tidak direalisasikan sewaktu beliau berpeluang untuk merealisasikannya? Selepas ini beliau akan bersara dan menjadi orang awam yang tiada lagi kuasa seperti dahulu. Selepas ini beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan masyarakat awam. Kita tidak tahu samada beliau boleh diterima atau tidak di luar sana, tetapi mahu atau tidak, Tan Sri Musa Hassan terpaksa bergaul juga dengan masyarakat selepas ini. Mungkin pada ketika itu, beliau boleh nampak dengan jelas mengapa masyarakat sering memandang serong dan negatif terhadap PDRM.

Apa pun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Musa Hassan yang telah berjaya memainkan `peranan'nya dengan efektif. Pedulikan berapa ramai yang `menggantung pisang' di atas persaraannya itu. Kini, tiba giliran Tan Sri Ismail Omar pula. Diharapkan agar Tan Sri Ismail Omar tidak menyimpan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan itu sehingga ke akhir persaraannya pula. Bolehkah PDRM mendapat keyakinan baru dari rakyat selepas ini? Tunggu..../wfauzdin.blogspot.com

SOSILAWATI OH SOSILAWATI.... Empat Variasi Berita....???

on


Berita Harian:-

Empat mayat rentung dipercayai dibunuh sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam tadi.
Difahamkan, identiti keempat-empat sedang dikenal pasti. Namun tidak dapat dipastikan setakat ini jika penemuan mayat itu ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual beli tanah, 13 hari lalu.
Semua mayat dijangka dikeluarkan pagi ini untuk ujian berkaitan, termasuk DNA bagi tujuan pengecaman.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung penemuan berkenaan, termasuk mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Minggu, penemuan itu susulan penahanan suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages itu.

“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya. 
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.

Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa.

Ahli forensik polis dijangka ke lokasi penemuan empat mayat rentung pagi ini bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kosmo :-

Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
Utusan OnLine :-
KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Tranungkite OnLine :-

KUALA LUMPUR: Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.
Sumber memberitahu Berita Harian, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.
Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.

“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,”
katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.
Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu ketika menghadiri urus niaga tanah di Banting. Turut hilang, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB Bank, Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
 

Sumber berita harian... 

Benarkah ini Sumber Kewangan Baru Najib.........???

on

Minda Raja PetraSelama lebih kurang 10 tahun dan setelah melalui pemerintahan tiga Perdana Menteri termasuk yang ada sekarang, kontrak untuk landasan berkembar keretapi elektrik dari Gemas ke Johor Bahru masih tidak menentu. Meskipun telah dipersetujui oleh Pemimpin China dan tiga Perdana Menteri, yang kemudiannya disahkan dengan penganugerahan ‘Letter of Intent’ kepada China Railways Engineering Corporation (CREC), kerajaan menariknya kembali.

Sebaliknya Najib sekarang ingin menganugerahkan kontrak kepada China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pula, CHEC ialah sebuah syarikat yang sedang membangunkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang melonjakkan kosnya dari RM1 Billion menjadi RM4.5 Billion dan sekarang menjadi RM22 Billion. 

Individu disebalik semua ini ialah Tan Kay Hock, teman sepermainan golf Najib. Beliau adalah perantara perjanjian atas nama CHEC.  seterusnya...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List