Orang Lain Buat , Salah...Kau Buat Tak Apa....Ada betul ke....???

on Sep 16, 2010

"Inilah jenis puak yang menganggap diri kumpulannya saja yang betul Mereka sajalah yang berintegriti. Mereka adalah pihak yang berpegang kepada etika kewartawanan. Pendek kata apa yang mereka tulis dan siarkan adalah sahih macam Sahih Bukhari. Keutamaan mereka ialah kesejahteraan dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum ini.


Mana-mana penerbitan atau portal yang tidak sehalauan dan tidak memihak kepada mereka , maka berita atau apa saja dari sumber ini menjurus  kepada perpecahan kaum. Konsikuensi dari sumber ini akan memecah belahkan masyarakat yang berbilang kaum ini.

Lihat komen pemimpin umno dalam mStar. "PUAD PERTAHANKAN PENDIRIAN KRITIK SKMM ". Kandungan berita dalam tajuk ini memuatkan rasa tidak puas hati mamat Batu Pahat ini kerana lembab menjalankan siasatan keatas portal malaysia Today yang menurutnya suka memutar belitkan fakta.

Siapa sebenarnya yang kerjanya tak henti-henti menyiarkan berita yang sarat dengan fitnah , yang tidak pernah puas dan jemu memutar belitkan fakta tanpa mengenal siapa. Semuanya dilakukan asalkan menguntungkan umno. Sebut saja utusan malaysia , Berita Harian ,NST , RTM dan TV3. Mual rasanya nak baca dan dengar berita dari sumber-sumber ini.

Dimanakah maruah mereka (para pemimpin umno ) bilamana mereka mempersoalkan kredibiliti pemberitaan pihak yang tidak dapat mereka peralatkan sedangkan dipihak mereka putar belit dan pembohongan jauh lebih buruk lagi.

Inilah jenis manusia yang hanya nampak keslahan keburukan yang dilakukan oleh anak jirannya. Hakikatnya keburukan perangai anaknya jauh lebih teruk lagi. Tapi dah jenis jenis aku saja yang betul maka muhasabah diri itu tidak berlaku dalam dirinya. Senang cakap jenis yang tidak pernah mahu cermin diri sendiri.

Mentang-mentanglah ada kuasa mengerah dan mengarah , maka dimarahi pihak yang kunun nya tidak menjalankan tugas. Kita nak tanya , sekian lama rakyat dijamu dan disuapkan dengan berita2 fitnah oleh media mereka apakah pernah tindakan diambil ?

Hingga kehari ini rakyat yang dahagakan keadilan , ketelusan , keinteritian dan kebebasan agensi2 penguatkuasa masih lagi ternanti-nanti apakah akan menjadi kenyataan semua harapan itu...  ATAU , APAKAH KITA BERMIMPI DI SIANG HARI .

Siasatan pembunuhan Sosilawati tanpa unsur perkauman-Ismail

on

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang baru memegang tampuk kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman.
Kes siasatan Sosilawati adalah kes jenayah biasa kerana ada penjenayah dan ada mangsa, katanya ketika sesi dialog bersama pemimpin masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini hari ini sempena lawatan pertama beliau ke Selangor sebagai Ketua Polis Negara.
Pada sesi dialog itu, beliau berkata, siasatan terhadap kes-kes yang ada unsur perkauman seperti kes pembakaran gereja di Petaling Jaya dan surau di Johor dijalankan berlandaskan undang-undang.
Beliau berkata, masyarakat perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.
Ismail berkata demikian selepas seorang daripada pemimpin masyarakat setempat membangkitkan isu mengapa kes surau di Negeri Sembilan yang dibaling cat dan botol arak tidak dibawa ke mahkamah sedangkan kes pembakaran gereja ada yang dihadapkan ke mahkamah. 
Bernama

Zaid: 'Pertunjukan' Azmin ada gaya

on



Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan tindakan Naib Presiden PKR Azmin Ali menawarkan diri bersaing dengannya bagi merebut jawatan timbalan presiden parti itu berjaya dibuat dengan penuh "gaya" pagi tadi.


"Dia lakukannya penuh bergaya," selorohnya ketika ditemui dalam sebuah seminar mengenai integriti di sebuah universiti di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta memberikan reaksinya, Zaid (kanan) bagaimanapun secara sinis berkata: "Ia pertunjukkan yang mengagumkan. Amat mengejutkan."

Azmin pagi tadi mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib presiden di sebuah hotel di Kota Kinabalu dengan diringi sekumpulan pemimpin kanan PKR.

Walaupun ada yang menafikannya, sejak minggu lalu, beberapa wakil rakyat PKR telah muncul menyatakan sokongan terhadap Azmin sebagai pemimpin nombor dua parti itu.



Malaysiakini

Suspek Pembunuhan Dato Sosilawati dan Rakan Beli 'Datuk" Dengan Harga RM180 Ribu...???

on

Peguam bergelar 'Datuk' yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dipercayai mengeluarkan RM180,000 bagi membeli gelaran tersebut.

Siasatan polis di setiap negeri bagi menjejaki pihak yang mengurniakan gelaran Datuk kepada suspek berusia 41 tahun itu gagal menemui sebarang petunjuk, kata sumber.

Sumber mendakwa, pihak yang 'menjual' gelaran itu kepada suspek berjanji bahawa namanya akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.

Dikatakan bahawa ahli perniagaan berkenaan memberitahu suspek bahawa dia boleh menggunakan gelaran tersebut berikutan penyenaraian namanya itu.

Sumber mendedahkan, polis juga sedang menjejaki ahli perniagaan terbabit.


Di Banting, Bernama melaporkan bahawa pasukan forensik polis menemui lebih banyak objek di Sungai Panchau yang dapat membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Sepasukan polis dilihat membawa beberapa objek, termasuk apa yang dipercayai sebagai serpihan tulang.

Pihak media tidak dibenarkan menghampiri tempat kejadian malah skrin kanvas dipasang di kawasan tersebut, menjadikan keadaan lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Turut dilihat berada di tempat kejadian, Pengarah Unit Forensik, Datuk Abdul Malek Harun.



mstar

Khir Toyo: PERKASA lebih ke depan isu Melayu

on



Datuk Seri Khir Toyo berkata, beliau melihat bahawa NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) lebih ke hadapan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan orang Melayu di Selangor.

Dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini sebelum ini, bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau tidak tahu mengapa pergerakan Pemuda Umno tidak memainkan peranan tersebut.

khir toyo interview 150910Bagaimanapun, beliau menafikan tanggapan bahawa peranan Umno dalam bersuara mengenai isu-isu tersebut telah 'dikontrakkan' kepada NGO seperti PERKASA .

"Mungkin NGO lebih banyak bersuara berbanding Umno, (tetapi) Umno ada strateginya sendiri (iaitu) cuba untuk mendekati masyarakat terlebih dahulu.

"(Presiden Umno) Datuk Najib (Razak) beritahu kita, turun ke bawah, jumpa lebih banyak (anggota) masyarakat (dan) dan bersama dengan mereka. Itu strategi kita," katanya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga mendakwa, Umno kini berjaya mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu di Selangor, hasil daripada kempen 'Selamatkan Selangor.' Ini merupakan kejayaan peringkat awal, sebelum mereka mula memasuki kawasan majoriti bukan Melayu, kata Khir lagi.  seterus nya...

Politik Oh Politik........16 September Pembohongan Anwar.......???

on

OH Politik: "16 September Ulang Tahun Pembohongan Anuar Ibrahim" - Hebob di Sabah



Beberapa jam sebelum upacara rasmi sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka, Kota Kinabalu berlangsung, satu kain rentang yang dipasang berhampiran dan tertulis perkataan "16 September Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Ulang Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim ke Putrajaya," menjadi tumpuan ramai.

Pemasangan kain rentang itu menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke tempat bersejarah tersebut kerana tarikh 16 September telah dikaitkan denganpembohongan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Bernama.

Bagi rakyat negara ini yang mengetahui perkembangan politik tanah air, 16 Sept 2008akan diingati sebagai tarikh bila Anwar menjanjikan kerajaan baru pimpinannya di Putrajaya.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sehingga ada yang menganggap 16 September sebagai tarikh pembohongan Anwar.
Setakat ini, tidak diketahui pihak mana yang bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.

Hakikatnya, 16 September merupakan tarikh istimewa dan penuh bermakna untuk negara kerana pada tarikh tersebut, Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia diadakan sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan perutusan khas pada majlis itu.

--Bernama

Pembunuhan Dato Sosilawati :- Penipuan RM7.1 juta oleh suspek......

on


Tujuh laporan penipuan RM7.1 juta terhadap peguam kes bunuh Sosilawati



Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan pagi Khamis bahawa polis telah menerima tujuh laporan kes penipuan dan lain-lain yang berkaitannya terhadap peguam kes bunuh Datuk Sosilawati.Katanya ia melibatkan wang sebanyak RM7.1 juta.


Laporan polis berkenaan untuk kawasan Banting sahaja sejak tahun 2005.Sebelum itu beliau mengiringi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengadakan pertemuan dengan 700 orang penduduk, ketua masyarakat dan agama sekitar Banting.

SAH AZMIN TANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR.

on

Azmin umum tanding Timbalan Presiden PKR...dakwa dapat restu Syed Husein



Berita yang memang sudah dijangka. 

Azmin Ali membuat pengumuman rasmi nak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu pagi Khamis. 

Sabah dikatakan ialah kubu kuat pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim.Naib Presiden PKR itu juga istihar beliau sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Penasihat PKR - jawatan yang tiada pertandingan - manakala isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Presiden PKR. 

Azmin dakwa keputusan beliau nak bertanding jawatan itu mendapat restu Dr Syed Husein Ali yang tidak pertahan jawatannya dalam pemilihan jawatan ini

Perkasa Parahkan Lagi Retak Dalam Umno.....???

on



Arahannya cukup jelas - Umno harus menjarakkan diri dari Perkasa demi perpaduan Barisan Nasional dan lebih penting untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.
Namun arahan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja disanggah oleh pemimpin tertinggi parti secara terbuka, malah ditolak sendiri oleh Utusan Malaysia, akhbar kawalan parti itu.Adakah Najib  menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno? Adakah Najib kini ibarat nakhoda tanpa anak kapal?
Sekali imbas dipandang jelas isu Perkasa mendedahan kerapuhan kepemimpinan Najib sebagai teraju utama Umno.
Apabila arahan dan ketetapan Presiden boleh diperlekeh dan diremehkan oleh pemimpin lain, itu isyarat jelas beliau hilang kawalan ke atas partinya.
Hakikatnya ialah, pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi, Noh Omar dan Ahmad Maslan tidak merasakan perlu untuk mengendahkan  haluan yang ditetapkan oleh Najib.
Begitu juga dengan Utusan Malaysia yang mempersoalkan sama ada tindakan meminggirkan Perkasa akan menjamin kemenangan untuk Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru walaupun pemimpin seperti Setiausaha Agung parti Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin membuat  kenyataan terbuka membidas Perkasa, komen-komen daripada Zahid, Noh Omar dan Ahmad membuktikan Umno semakin berpecah belah.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukriz mengambil ketetapan bahawa Umno harus menyokong Perkasa dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Itu dinyatakan secara terbuka. Namun yang tersirat dalam sokongan itu adalah bahawa Umno juga harus bersekongkol dengan Perkasa dalam membidas sebarang cubaan untuk mempertikaikan dasar-dasar yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.
Ini temasuk tindakan mengheret pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri untuk siasatan polis kerana mempersoalkan pengagihan ekuti 30 peratus untuk Bumiputera.
Adalah menjadi “rahsia terbuka’ dalam Umno, bahawa Najib mempuyai ‘masalah’ dengan kalangan pemimpin kanan Umno dan seorang daripada mereka adalah Zahid Hamidi, bekas setiausaha politik beliau.
Zahid, kini seorang naib presiden Umno dikatakan kecewa dengan Najib kerana campurtangan kerabat keluarga Najib dalam urusan kontrak Kementerian Pertahanan yang dipimpinnya.
Susulan itu, Zahid bingkas mengisytiharkan bahawa bukan beliau bertanggungjawab atas kecurian dua enjin jet pejuang  yang di dedahkan awal tahun ini, sekali gus cuba mengheret Najib dalam skandal itu, kerana beliau menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.   
Hakikatnya juga ialah, dalam dalil politik Zahid, beliau merasakan lebih afdal bagi dirinya beralih ke kem Muhyiddin Yassin dan Mahathir daripada memberi sokongan bulat kepada regu Najib-Hishammuddin.
Dengan mengambil kira pemilihan Umno yang akan berlangsung pada tahun 2012, dalil politik seperti ini juga menjadi dokongan pemimpin-pemimpin lain seperti Noh Omar dan Ahmad Maslan.
Persoalan yang tidak kurang menarik dalam semua ini adalah mana dan apa pendirian Muhyiddin Yassin ketika bosnya Najib dan Umno diasak oleh Mahathir dan Perkasa sendiri.
Sikap berdiam diri Muhyiddin hanya menguatkan spekulasi bahawa dua pemimpin tertinggi Umno itu sudah tidak boleh lagi bekerjasama kerana bersilang haluan atas isu-isu asas 1Malaysia.
Sisa-sisa kepercayaan antara mereka nampaknya semakin mengecil dan memberi  kesan mendalam kepada  parti tunjang Barisan Nasional itu.     
Isu Perkasa jelas menzahirkan pemimpin-pemimpin Umno jauh daripada bersatu di bawah naungan Najib.
Sebaliknya ada antara mereka  masih melihat kepada  Mahathir  untuk mencorakkan kepimpinan Umno pada pemilihan parti akan datang.
Sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lebih setahun lalu, Najib dilihat sebagai lebih berkebolehan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Namun seperti Abdullah, Najib  sukar untuk mengurangkan pengaruh Mahathir dalam Umno, dan isu Perkasa menzahirkan perbezaan yang ketara antara dua pemimpin itu.
Sama ada Najib mempunyai kemampuan untuk meminggirkan Mahathir dan Perkasa dilihat sebagai bakal menentukan kelangsungan beliau sebagai Perdana Menteri ke lima Malaysia.

Wanita KEADILAN, Dewan Muslimat PAS Adakan Majlis Tahlil Untuk Sosilawati

on

GOMBAK 16 Sept - Seramai lebih 50 anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak  mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil di kediaman jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis pagi tadi.
Rombongan Wanita KEADILAN diketuai Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh mengetuai rombongan Dewan Muslim. 
Mereka tiba di kediaman Alllahyarhamah kira-kira pukul 10.45 pagi dan kemudian mengadakan bacaan yasin dan tahlil di ketuai oleh Ustazah Nuridah.
Haniza dalam ucapan ringkas beliau berkata Wanita KEADILAN mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan.
"Walaupun siasatan DNA oleh pihak polis belum konklusif namum kita mendoakan yang terbaik dan sudah tentunya ada rahmat disebalik apa yang berlaku," kata Haniza.
Nuridah pula berpesan kepada anak-anak Allahyarhamah agar sentiasa mengingati Allah dan mengerjakan suruhanNya supaya hidup lebih tenang dan selamat," kata beliau.
Selasa lalu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengunjungi keluarga Allahyarhamah Sosilawati.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List