Jangan ganggu kami, faham.....!!!

on Oct 6, 2010


PRK Dun Galas: Jangan ganggu kami, faham! – Orang Asli




WarkahDaily – Penulis sangat suka dengan perkembangan terbaru ni. Orang Asli dah keluar amaran kat mana-mana parti politik di Dun Galas agar tidak ganggu depa semasa berkempen PRK Dun Galas.

Apa yang penulis suka? Ya, sekarang Orang Asli dah boleh berfikir dan mungkin dah tahu menilai mana yang baik dan mana yang mendatangkan mudarat kepada mereka.

Mungkin selama ini mereka merasakan ada pihak-pihak yang cuba perbodohkan mereka dengan sedikit bantuan yang tak seberapa demi pancing undi semata-mata, bahkan sekadar menabur janji.

Sekarang mereka sudah boleh menilai siapa yang ikhlas, siapa yang tidak ikhlas membantu mereka.

Sudah pasti parti-parti politik tidak mudah memperbodoh Orang Asli dalam mengumpan undi mereka terutamanya Umno-BN yang sudah menjadi trend mereka menabur janji tapi janji tidak ditunaikan.

Umno-BN menganggap Orang Asli dapat diperbodohkan dan dapat digula-gulakan dengan suapan pilihanraya. Itulah sebabnya setiap kali pilihanraya menjelma, barulah pemimpin Umno kenal dengan rakyat terutama Orang Asli yang sudah berapa lama dipinggirkan oleh kerajaan Umno-BN.

Orang Asli Kelantan memang ‘world’, pinjam kata Mawi. Itulah, bila kerajaan yang menaungi mereka itu jujur dan cakna terhadap mereka, ambil berat pasal mereka, jadi mereka ini sudah reti nak pilih siapa dalam pilihanraya nanti.

Mereka sudah merasa selesa berada di bawah pemerintahan seorang pemimpin yang jujur seperti Tok Guru.

Bernama – Orang Asli tidak mahu diganggu kempen PRK Galas

Masyarakat Orang Asli di Galas menubuhkan pasukan gerak gempur sendiri dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana parti politik semasa kempen pilihan raya kecil di situ tidak lama lagi.

Ketua Masyarakat Orang Asli kawasan itu, Pandak a/l Panjang Ey, berkata jentera pilihan raya parti tidak perlu masuk ke kawasan mereka semasa kempen itu nanti.

"Kami mempunyai jentera gerak gempur sendiri untuk berkempen dalam pilihan raya kali ini," katanya pada majlis ramah mesra dengan pimpinan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bergegas ke Singapura kerana melawat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, di sebuah hospital di republik itu pagi tadi.

Pandak berkata pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asli juga harus diberi peluang untuk berceramah bagi menyuarakan masalah dan aspirasi masyrakat itu pada pilihan raya kecil itu.

"Kami mahu berceramah biarpun di hadapan Orang Melayu sendiri dalam pilihan raya kali ini, sebagai memberi komitmen kepada parti yang kami sokong," katanya.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima daripada PAS akibat kanser pada 27 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil di situ.

Pandak berharap masyarakat Orang Asli dihargai oleh kerajaan negeri dengan melayani kehendak mereka terutama dalam menyediakan program pembangunan di kawasan penempatan mereka.

"Kami mahu nasib kami diberi pembelaan oleh pemerintah sebagaimana masyarakat lain juga," katanya.

Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM550,000 untuk membeli dua kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan penduduk kawasan Orang Asli membawa hasil pertanian untuk dijual di bandar.

"Mana ada hantu?" kata Khalid.

on

"Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. 

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus. 

Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu. 

Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain. 

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu. 

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lalu mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan. 

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

- Bernama

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek :- MCA tak bermakna......???

on

Chua: MCA tak bermakna jika terus hilang kerusi


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran kepada anggotanya bahawa kedudukan parti itu tidak ada makna jika MCA hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika memberikan nasihat kepada anggota parti untuk penyatuan dan terus bergerak, beliau berkata cabaran terbesar parti itu ialah bagaimana meyakinkan rakyat yang mereka wakili dan bukan kedudukan yang akan ditandingi pada pemilihan parti tahun depan.

"Kecuali MCA boleh bersatu, kita tidak boleh dapat sokongan kaum Cina. Parti kita hendaklah dalam keadaan baik. Rumah saya dalam keadaan baik dan bukan 100 peratus.

Tidak ada parti politik yang boleh mengatakan mereka 100 peratus dalam keadaan baik," katanya dalam temu bual dengan wakil media terpilih sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu akhir minggu ini.  seterusnya

Polis terima surat dari Suhakam.

on

Tahan wartawan: Polis terima surat Suhakam

Gara-gara tindakan polis menahan dua wartawan yang sedang bertugas pada 1 Ogos lalu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima surat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Difahamkan Suhakam menghantar surat bantahan ekoran penahanan dua wartawan terbabit.
Perkara itu didedah seorang pegawai polis kepada Mohd Rizal Md Tahir (Harakahdaily) dan Salmah Mat Husain (Harakah) ketika datang melaporkan diri di IPD, petang tadi.
Kedua-dua wartawan terbabit bersama anak mereka ditahan ketika bertugas membuat liputan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos.
Mereka ditahan hampir lima jam sejak 9.15 malam di ibu pejabat polis Kontijen Kelantan bersama dua lagi lelaki lain di lokasi perhimpunan tersebut diadakan.
Mereka hanya dibebaskan pada dinihari selepas dijamin Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim dan seorang peguam.
Salmah berkata, mereka tidak perlu lagi melapor diri di IPD untuk menyambung jaminan seperti dilakukan pada 1 September lalu.
“Hari ini saya dan suami diminta melaporkan diri di IPD. Bagaimanapun selepas ini kami tidak perlu lagi berbuat demikian setelah didapati tiada kes yang boleh disabitkan.
“Pihak polis memberitahu penahanan pada 1 Ogos lalu hanya untuk membantu siasatan. Apabila kertas siasatan dibuka ia perlu melalui proses siasatan.
“Siapa-siapa pun macam tu dan apabila terbukti tiada kes yang boleh disabitkan ia akan dibebaskan,” katanya.
Sebuah beg tangan hitam yang diambil pada hari tangkapan sebagai bahan bukti turut diserahkan kembali kepadanya.

Dato' Seri AdnanTerselamat........???

on

Isu Pembalakan, AdnanTerselamat Dari Membayar Saman RM70 Juta Bila Mahkamah Persekutuan Tolak Kebenaran Rayuan Oleh SGM!






Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk sebuah syarikat pembalakan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenepikan perintah mandamus yang memaksa Menteri Besar Pahang membayar RM70 juta termasuk faedah kepada syarikat itu. 

Berikutan keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim di sini, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd(SGMSB) kini berdepan dengan dilema bagaimana dan kepada siapa ia harus menuntut RM70 juta daripada kerajaan negeri. Pada 25 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Kuantanmemerintahkan kerajaan Pahang membayar RM37,127,471.60 beserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Dis 2000 kepada SGMSB kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan. Pada 9 Dis 2002, SGMSB memfailkan saman terhadap kerajaan Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri kerana melanggar kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di tanah seluas 4,000 hektar milik UMNO di Mukim Bebar, daerah Pekan

Jumlah ganti rugi itu dikekalkan selepas Mahkamah Persekutuan menafikan permohonan kerajaan negeri untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan itu. SGMSB kemudian memperoleh perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi Kuantan bagi memaksa Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), melunaskan ganti rugi itu selepas cubaan menuntut amaun penghakiman bersama faedah gagal.

Siapa Yang Harus Membayar Saman Kepada SGM

Bagaimanapun, pada 9 Okt 2009, Adnan berjaya dalam permohonan mengenepikan perintah mandamus daripada Mahkamah Rayuan, sekaligus memaksa SGMSB memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan. 

Dalam mengakaskan keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa SGMSB silap dalam menamakan Menteri Besar sebagai responden dalam prosiding semakan penghakiman di Mahkamah Tinggi bagi menuntut amaun penghakiman daripada kerajaan negeri. Sebaliknya, Mahkamah Rayuan berpendapat pegawai kewangan negeri harus dinamakan sebagai pihak dalam permohonan untuk mendapatkan perintah mandamus. 

Dalam prosiding hari ini, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, memerintahkan SGMSB tidak melepasi syarat di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman. Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Cheng Yuen membantah manakala seorang lagi panel hakim ialah Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin. Mahkamah juga memerinthan SGMSB membayar kos perundangan sebanyak RM10,000.


[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Seruan Gemilang Makmur(SGM) bakal berhadapan dengan dilema yang cukup besar. Soalnya, kepada siapa saman berkenaan harus ditujukan selain Adnan. Biar pun mungkin boleh ditujukan kepada Pegawai Kewangan Negeri, namun ia tidaklah sekuat kepada Menteri Besar Pahang itu sendiri. 

Malahan, segala urusan berkaitan dengan dokumen yang berkenaan pastinya mendapat kelulusan daripada Menteri Besar. Apakah selayaknya seorang Pegawai Kewangan meluluskan permohonan berkenaan?. Menteri Besar sepatutnya bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku. Adnan berjaya menyelamatkan dirinya dalam keadaan karier politik beliau di Pahang hampir ke penghujungnya. 

Soalnya sekarang, bagaimanakah jika Kerajaan Negeri Pahang berjaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang?. Apakah SGM akan meneruskan tindakan saman tersebut terhadap kerajaan negeri?. Bukankah ini akan memburukkan lagi keadaan. Makanya SGM terpaksa mencari jalan untuk merayu dan mengheret juga Adnan sebagai orang yang bertanggungjawab melunaskan saman berkenaan. Kerana dia adalah Ketua Negeri!. Jika tidak SGM perlu membatalkan sahaja hasrat tersebut dan mencari jalan penyelesaian lain].

Dalam UMNO Lagi Teruk Kekecohan.........???

on

Bukti: Kekecohan Yang Sengaja Di Perbesarkan Oleh Puak-Puak UMNO Terhadap PKR Rupanya Juga Berlaku Dalam Mesyuarat Agung Parti Itu !




Mungkin, kita merasa terkejut bila media arus perdana memaparkan kekecohan yang berlaku di beberapaMesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. 


Kekecohan yang berlaku akibat sikap tidak puas hati sesetengah pihak berhubung dengan beberapa isu kecil itu sengaja diperbesarkan, bagi membuktikan kepada rakyat kononnya PKR tidak layak untuk memerintah negara ini. Mereka menjaja cerita tentang kekecohan tersebut sehingga ramai dikalangan penyokong PKR dan Pakatan Rakyat "tergamam" dan "tidak dapat berkata" apa-apa bila diajukan soalan berhubung insiden itu. 


Maka, ramailah rakan-rakan mereka yang merupakan penyokong kuat UMNO BN mengutuk dan mengatakan PKR "macam budak-budak" dan "ganas". Pendek kata puak-puak UMNO ini memperli dan memperlekehkan PKR, seolah-olah perkara kekecohan itu satu masalah besar yang tidak mewajarkan rakyat menyokong parti berkenaan. Lantaran itulah disini, kami paparkan semula beberapa video panas tentang kekecohan yang berlaku dalam Mesyuarat Agung di beberapa bahagian UMNO sebelum ini. 


Ia sebagai bukti bahawa kekecohan seperti itu juga berlaku dalam parti mereka. Malah lebih teruk lagi hingga menyebabkan pihak polis Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) memantau keadaan itu, seperti yang berlaku dalam Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Rantau Panjang.
Berserta Video klik sini


[Dengan bukti-bukti ini, maka mudahlah untuk penyokong Pakatan Rakyat menjawab segala tohmahan yang dibuat oleh puak-puak UMNO, kononnya PKR tidak layak memerintah negara ini kerana kekecohan yang berlaku itu. Sebenarnya, kekecohan adalah perkara biasa dalam mana-mana persatuan, pertubuhan atau parti politik di negara kita. Kecoh akan timbul apabila ada yang tidak bersetuju dengan pihak yang lain. 


Terkadang, mereka yang tidak bersetuju itu jumlahnya kecil. Namun, jika media menfokuskan kepada ruang tersebut maka jadilah ia sebagai isu besar yang dihebohkan. Jangankan mesyuarat parti, mesyuarat surau atau masjid pun boleh berlaku kecoh apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan laporan kewangan dan sebagainya. Justeru itu, kita perlu terima hakikat bahawa ia bukanlah mencerminkan parti secara keseluruhannya. 


Cuma yang menjadi masalah, apabila media arus perdana pula menemubual individu yang tidak berpuas hati berkenaan. Jadilah ia isu besar, seolah-olah wujud perpecahan dan perbalahan antara sesama ahli parti tersebut].

Calon Dun Galas :- Penyokong Setia Tengku Razaleigh Bantah

on

Mohd Sayuti Omar

BEBERAPA orang kuat dan sang setia Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan rasa kurang senang terhadap tindak tanduk pemimpin Umno yang tiba-tiba mengingati dan memuji kehebatan ahli parlimen Gua Musang itu beberapa hari ini. Rata-rata mereka yang menghantar SMS atau mengirimkan email kepada saya melahirkan rasa kesal serta menyelar sikap hipokrit mereka itu yang memuji Tengku Razaleigh disaat terjempit.

Menurut mereka, apa yang dilakukan terhadap Tengku Razaleigh seolah-olah ahli parlimen itu boleh diperdagangkan begitu saja. Mereka langsung tidak menghormati maruah Tengku Razaleigh sebagai tokoh veteran Umno apabila membuat pengumuman tanpa pengetahuannya.



Pandangan mereka ini sama dengan pandangan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meyifatkan cadangan supaya Tengku Razaleigh dilantik menajdi calon di pilihan raya kecil Galas adalah melampau.

Kata Nik Aziz cadangan itu cuba menjatuhkan maruah Tengku Razaleigh sebagai tokoh politik berpengalaman dan tokoh sanjungan Umno Kelantan.

Salah seorang penyokong setia Tengku Razaleigh yang kesal dan berbulu dengan telatah Umno ialah sdr Nasaruddin Rais, bekas ketua Pemuda Umno Bagan Datuh, Perak. Tulis beliau kepada saya dalam SMS; Ku Li tak nak jadi Adun, dia dah jadi Adun sejak tahun 1967 lagi. Ketika itu ramai pemimpin Umno belum lahir termasuk Khairy Jamaluddin. Ku Li juga jadi ketua bahagian sejak tahun 1962 lagi.. ketika itu pekan Gua Musang hanya ada 160 orang saja, Felda dan Kesedar pun belum wujud lagi.."

Nada Nasaruddin itu jelas sekali marah kerana mempermain-mainkan bosnya. Nasa dikenali antara lapisan politician muda yang menjadi penyokong nombor satu Tengku Razaleigh Hamzah di Perak.

Seorang lagi penyokong setia Tengku Razaleigh yang mengirimkan SMS kepada saya ialah sdr Tamrin Ghafar. Kata Tamrin; "Dulu ketepikan TR.. kata TR dah tua, out of touch, nyanyuk dll. Tapi hari ini nak menang semua puji, kata he is the best itu dan ini... Katanya 9hb September Tok Pa (Mustapa Mohamed) akan lead delegation Umno Kelantan nak cium tangan TR di KLIA. Kalau menang mereka kata rakyat sokong 1Malaysia, kalau kalah mereka akan kutuk TR dia tak dak taring dll. Itulah budaya Umno.."

Manakala seorang lagi penyokong yang mengirim SMS kepada saya mengatakan; "Umno memang muka sepuloh sen tidak malu betul. Masa mereka nak mereka dekati Tengku, masa tak suka mereka caci dan hina Tengku.. Ingat Tengku bukan budak boleh disuruh dan dibentak-bentak."

Merumuskan pandangan dan rasa terkilan itu bahawa penyokong Tengku Razakleigh tidak bersetuju kalau bekas menteri kewangan itu dilantik menjadi pengarah atau calon dalam pilihan raya Galas. Mereka kesal dengan cara Umno melayani tokoh veteran itu.

Suara akar umbi penyokong Tengku Razaleih itu tentu akan diberi perhatian oleh Tengku Razaleigh sendiri. Tengku Razaleigh biasanya tidak akan mengambil keputusan sebelum berunding dengan penyokongnya. Tengku Razaleigh seorang yang menghormati pandangan orang lain.

Manakala seorang lagi penyokong Tengku Razaleigh memberi cadangan kepada Tengku Razaleigh agar beliau tidak terperangkap dalam tektik para pemimpin Umno itu. Katanya kalau Muhyiddin Yassin atau Najib Razak ikhlas untuk mendapat bantuan tenaga dan pengaruhnya di GAlas, Tengku Razaleigh hendak demand sesuatu dari Najib. Sebaik-baik demand katanya ialah minta Najib lantik jadi Penasihat Petronas.

Sekiranya beliau menerima pelawaan Umno itu, ini bermakna Tengku Razakleig boleh diperkotakaktikkan. Sememangnya wajar kalau Tengku Razaleig tidak memenuhi harapan Umno itu, (sebenarnya pemimpin tertinggi Umno termasuk Muhyiddin dan Najib). Tengku Razaleigh harus ingat apa yang Najib lakukan keapdanya semasa berdepan dengan Mahathir tahun 1987. Siapa yang mengkhianati Tengku Razaleigh kalau bukan Najib yang belut di saat-saat akhir?

Kalau Tengku Razaleigh tidak sedia untuk akur atas keputusan parti, bukan bermakna beliau degil atau ingin membalas dendam, tetapi penolakan Tengku Razaleigh nanti adalah untuk memberi keinsafan kepada mereka yang tidak tahu menilai budi dan dalam pada itu juga bagi mengelakkan beliau akan disorak sekali lagi.

Najib juga tidak perlu kecewa kalau Tengku Razaleigh tidak sedia untuk jadi calon ataupun pengarah pilihan raya. Najib perlu sedar diri dan tanya diri sendiri apa yang beliau telah membantu Tengku Razaleigh sejak beliau jadi PM atau sebelum ini. Walhal kalau hendak dikira beliau lebih manja dan mesra dengan Tengku Razaleigh berbanding dengan Dr Mahathir. Sejak beliau jadi PM menurut Tengku Razaleigh Najib tidak pernah memberi apa-apa peranan untuk beliau membantu kerajaan Najib.

Mungkin Najib sudah faham sikap Tengku Razaleigh berhubung pilihan raya Galas itu sebab itu beliau tidak mengulas banyak mengenai cadangan Muhyiddin Yassin supaya Tengkiu Razaleigh dilantik jadi pengarah atau calon BN di Galas.

Eksklusif !!! - MB Bongkar Kelemahan & Salah Laku Berhubung Isu Air Kedah.

on Oct 5, 2010


ALOR SETAR,- Sebenarnya hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM2.3 bilion dan RM1.7 daripada adalah untuk pembangunan bekalan air dan selebihnya adalah untuk pinjaman kepada Perbadanam Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk Kulim Hitech Park dan pembangunan perumahan untuk rakyat.

“Oleh kerana Kerajaan dahulu tidak pernah bayar hutang ini maka hutang itu bertapok-tapok. Itu adalah hakikat.“Bukan saya memutar belitkan fakta saya mendapat figure ini daripada Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan dalam mesyuarat exco.


Jadi saya rasa pihak berkenaan tak faham kenapa hutang air banyak,” kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media, di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mempunyai polisi yang sama iaitu membantu rakyat, termasuklah pembangunan Kerajaan Negeri dalam membaik pulih serta meningkatkan perkhidmatan bekalan air untuk rakyat.

Untuk tujuan, katanya, seawal tahun 1980-an Kerajaan Pusat menawarkan geran kepada Kerajaan Negeri, yang membolehkan projek bekalan air dibuat dengan sempurna tanpa bayar balik.

Ujarnya, sistem ini dikenali sebagai ‘Geran’ dan dengan geran ini seluruh negeri dapat mengatasi masalah bekalan air.

“Tapi masa itu pemimpin kerajaan negeri Kedah terlampau ‘baik’, saya tak tahu siapa Menteri Besarnya, dia terlampau baik dan tidak mahu menerima geran sebaliknya hendak berhutang, nak pinjam. Maknanya dia pi ambil duit dari Kerajaan Pusat dia kena bayar balik. Geran tak payah bayar balik di bawah skim Perkhidmatan Sosial.

“Itulah (sebabnya) maka Kerajaan Pusat bagi pinjaman kepada Kerajaan Negeri bukan geran, hutang kena bayar balik. Tapi dia tak bayar hutang (pun). Maka bertimbun-timbunlah hutang,’ katanya kepada media bagi menjelaskan dakwaan Ketua Pembangkang YB Dato’ Mahdzir Khalid yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, pembiayaan pembangunan air berdasarkan geran, terikat dengan syarat iaitu penentuan siapa yang menjadi kontraktor adalah oleh Kementerian Kewangan.
Sebaliknya jika berhutang, Kerajaan Negeri ada pilihan sendiri untuk memberikan kepada orang-orang tertentu.

“Saya nak berterus terang di sini saya mendapat tahu apabila mengkaji laporan yang dibagi kepada saya oleh pihak officio. Kata pegawai itu pemimpin waktu itu tak
mahu geran walaupun Kerajaan Pusat menawarkan, mereka memilih untuk berhutang, maknanya hak Kerajaan Negeri mengagihkan kepada siapa yang dia suka bagi membangun semua projek sama ada loji air atau pemasangan paip. Itu punya keistimewaan jadi yang itu dia Berjaya,” katanya.

Bagi menguatkan kebenaran ini, katanya, pihaknya mempunyai rekod mengenai orang-orang yang terlibat di belakang semua syarikat-sayrikat air ini iaitu pihak yang diberi hak kontrak berkenaan dan mereka adalah pemimpin Barisan Nasional dahulu.

Berikutan itu, katanya, sehingga hari ini pinjaman yang mereka kepada Kerajaan Pusat tidak pernah dibayar sepanjang-panjang mereka mentadbir negeri Kedah dan pemimpin sekarang sedang berusaha untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.

Beliau yang lebih suka berdiam tetapi terpaksa memberi kenyaan akhbar kerana pihak pemimpin dahulu mendakwanya memutar belit kenyataan.

Katanya, pada yang dibuat terhadap Syarikat bekalan Air Darul Aman (SADA) adalah pengkorporatan bukan pengswastaan. Kerajaan dahulu yang mengswastakan bekalan air kepada Taliworks Sdn Bhd. Pada tahun 2009 misalnya, kerajaan sekarang terpaksa membayar sebanyak RM 39 juta sedangkan kutipan yang kerajaan negeri dapat hanya RM14 juta. Ini bermakna jumlah kerugian yang kerajaan terpaksa tanggung sebanyak RM25 juta. Ini akan berlarutan sehingga perjanjian tamat pada 2020.

“Sebelum ini bekalan air di kebanyakan negeri dibawah Jabatan Bekalan Air atau Jabatan Kerja Raya dan tahun 1990-an mereka swastakan dan kita tahu kepada siapa mereka swastakan,” katanya.

Beliau kesal dengan dakwaan itu, sedangkan bagi pihak kerajaan sekarang beliau berkerja keras mencari jalan untuk menyelesaikan kehidupan rakyat dan bebanan membayar hutang yang dibuat oleh pemerintah dahulu.

Justeru itu, kenaikkan tarif air sepatutnya tidak timbul sebagai isu. Ini kerana semakan semula tarif air adalah dari Kerajaan Pusat yang mahu menyeragamkan berikutan kos pengurusan dan penggunaan semakin meningkat.

Beliau mendedahkan lagi persoalan yang timbul dalam pembinaan loji di Padang Sanai oleh kerajaan lalu dengan kapasiti 5 juta meter padu air sehari dengan harga RM155 juta yang diberi kepada syarikat yang ada hubungkait dengan mereka. Sedangkan harga munasabah bagi loji itu dengan kapasiti pengeluaran air yang sama paling harga antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga dengan pembinaan loji di Lubuk Buntar yang pada asalnya untuk naik taraf tetapi diubah kepada loji baru dan meminjam sebanyak RM40 juta.

Katanya, perbezaan kos yang melambung ini menyebabkan hutang menimbun dan pimpinan dahulu sepanjang-pangjang memerintah negeri Kedah tidak pernah membayar hutang-hutang berkenaan.

Justeru itu pada tahun 2006 satu akta dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan diluluskan dalam parlimen iaitu Akta Perkhidmatan Air Negara yang menjalankan pengawalan ke atas sumber air yang diperolehi dari Kerajaan Negeri dan perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran dari itu bagi pengstrukturan semula pengambilalihan bekalan air ditubuhkan dua badan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mana SPAN berperanan mengawal selia air dan mengeluarkan lesen manakala PAAB bertanggungjawab mengutip hutang kerajaan negeri selama 40 tahun dan serah balik kepada Kerajaan Negeri.

WANITA DISEBALIK KEMENANGAN MB SELANGOR.

on




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun sebelumnya ramai yakin beliau akan kalah. 

Namun siapakah sebenarnya di belakang kejayaan beliau itu? Ia tidak lain dan tidak bukan dari Setiausaha Politik beliau yang baru dilantik beberapa bulan lalu, Faekah Husin (gambar).

Ini adalah tugas besar pertama yang beliau harus buat bagi membantu bosnya dan terbukti walaupun seorang setiausaha politik wanita yang pertama, Faekah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Kegembiraan itu masih lagi dikongsi Faekah ketika ditemui di pejabatnya semalam.

"Ooo bukan senang. Bayangkan, 80 peratus pengundi yang menyertai mesyuarat agung itu adalah India," kata Faekah ketika ditemui yang jelas kelihatan masih sangat teruja dengan  kejayaan beliau membantu bosnya.

Dalam mesyuarat agung pemilihan itu, Khalid mendapat 722 undi, menewaskan Muhammad Kamilvaanan Abdullah (348) dan Mazli Saring (122 undi).

MELAKA OH MELAKA.....MANA PERGINYA MONOREL YANG DIBANGGAKAN ALI RUSTAM?

on

Media hari ini melaporkan kekecewaan orang ramai tentang projek monorel kerajaan negeri Melaka......???





Mereka melahirkan rasa kecewa dan tertanya-tanya berhubung projek pengangkutan monorel dan permainan roller coaster bernilai RM15.9 juta di tebingan Sungai Melaka yang masih belum beroperasi sehingga kini. 

Apakah sekali lagi jutaan duit rakyat hangus sebagaimana projek Eye On Malaysia yang gagal.

Projek pengangkutan monorel dan roller coaster yang dibangunkan bagi tujuan meningkatkan lagi kedatangan pengunjung, mengikut jangkaan sepatutnya mula beroperasi pada 31 Ogos lalu, selepas beberapa kali tertangguh. 

Perkhidmatan monorel kedua di negara ini selepas Kuala Lumpur dan memiliki landasan sepanjang 1.6 kilometer itu,sehingga kini tidak menampakkan hasilnya.

Mohd Ali pernah menyatakan bahawa kemudahan itu bakal menjadi hadiah istimewa kepada rakyat negeri ini menjelang hari kemerdekaan negara pada hujung bulan lalu, tetapi sehingga sekarang ia masih belum beroperasi, malah kami tidak tahu statusnya.

Keadaan samalah dengan isu Lapangan Terbang Batu Berendam yang sehingga kini hanya satu sahaja penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang yang dikatakan berstatus antarabangsa itu. Mohd Ali seringkali mendakwa bahawa lapangan terbang itu akan beroperasi secepat mungkin tetapi sehingga kini 'habuk pun tarak'.

Projek monorel dan roller coaster sepanjang 1.6 kilometer itu dimulakan pembinaannya pada Mac 2008, dijadual siap pada 31 Mei. Apakah ianya akan menambahkan lagi koleksi kegagalan kerajaan negeri Melaka dan menambahkan lagi jumlah duit rakyat yang hangus begitu sahaja.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List