KERANA RM100.......Bukan Rasuah Ke......??? Mana SPR Mana PERKASA.......???

on Nov 3, 2010

300 beratur di panas terik untuk dapatkan RM100





Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.


Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.



Barisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.



Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.



"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.

Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan.


Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.



Namun masih ada orang ramai yang berkeliaran sekitar pejabat MCA itu mengharapkan keputusan itu ditukar semula.

MalaysiaKini

PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz......???

on



NONE


PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam.

Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.

PAWANG JOHOR RAMAL BN MENANG KAT GALAS.......???

on


Sekadar Hiasan


Seorang bomoh yang terkenal dari Johor telah meramalkan bahawa PAS akan terpeleot di galas. Bomoh ini yang mengunakan kelebihan pipinya yang sembab untuk membuat ramalan tersebut.


GUA MUSANG, 3 Nov - Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Barisan Nasional (BN) akan merampas balik kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan majoriti besar esok.
Bercakap pada satu majlis di sebuah sekolah Cina di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, Umno dijangka menang di kesemua 13 daerah mengundi.

Kempen pilihan raya kecil ini berakhir malam ini manakala pengundian berlangsung mulai pagi hingga petang esok. Keputusan dijangka diketahui sekitar 8 malam.


“Perang belum berakhir lagi. Kita belum lagi menang sehingga keputusan diumumkan malam esok,” kata timbalan perdana menteri.
“Insya-Allah, kita akan menang di kesemua 13 daerah mengundi,” kata Muhyiddin ketika berucap di hadapan 800 penyokong BN di sini.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di tujuh daripada 13 daerah mengundi.

BN menewaskan di kesemua enam daerah mengundi melibatkan Orang Asli dan masyarakat Cina kawasan luar bandar di Kampung Pulai.
“Kami bukan (bercakap) megah di sini, tetapi kita ada calon yang berupaya untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Muhyiddin.
Muhyiddin juga meminta hadirin menyokong calon BN Abdul Aziz Yusoff ekoran hubungan mantap dengan Putrajaya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima pada 27 September lepas.
Che Hashim menewaskan calon BN Mohamed Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum 2008.

RAMALAN :- PRK: BN mungkin rampas Galas, kecundang di Batu Sapi.....???

on

Ramalan saya supaya pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi serentak telah menjadi kenyataan. Pada 4hb. November 2010, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan akan menentukan wakil rakrat mereka yang baru. 
Di  DUN N45 Galas, pertandingan satu lawan satu antara calon BN (UMNO) dan PR (PAS).  BN mengemukakan Abdul Aziz Yusof, Setiausaha UMNO Gua Musang dan PR pula menamakan Dr. Zulkifli Mohamad, Pemangku Yang Dipertua PA Gua Musang.  Kerusi ini kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima (PAS).
Sebelum Che Hashim Sulaima (PAS) menawaskan Mohamad Saupi Deraman, calon BN pada pilihanraya umum 2008 dengan kelebihan 646 undi. Sebelum itu, kerusi ini adalah milik BN dan tidak pernah jatuh ketangan pembangkang, melainkan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995 sahaja kepada calon parti Melayu Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.
Malah faktor  pengaruh Ku Li turut diakui oleh PAS yang telah ber”kubu” di sini sejak lebih 3 dekad lalu.  Sekiranya Ku Li bertanding dalam pilihanraya kecil ini, PAS sanggup untuk tidak bertanding.
Kehebatan Ku Li yang sentiasa dijaja media adalah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS pada tahun 1978 melalui kerjasama UMNO-Berjasa dan kemudian sekali lagi berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990 melalui kerjasama PAS-Semangat 46-Berjasa-Hamim.
Tetapi setelah membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada bulai Oktober 1996 dan menyertai UMNO semula pengaruh Ku Li semakin merosot. Dalam pilihanraya umum 2008, Ku Li gagal mengatasi undi yang diperolehi Dr Zulkifli Mohamad, calon PAS  di DUN Galas bagi pengundian parlimen Gua Musang.
Kekalahan BN di DUN galas dalam pilihanraya umum lalu bukanlah kerana kekuatan PAS di sini, tetapi lebih kepada faktor masalah dalaman UMNO yang wujud ekoran penyertaan semula Ku Li dan pengikutnya ke dalam UMNO Gua Musang.
Mengikut maklumat yang sampai kepada saya daripada beberapa pihak, peluang PAS dan UMNO dalam pilihanraya kecil ini adalah “50-50” tetapi kelebihan ada pada UMNO kerana kerusi ini merupakan kubu meraka sejak awal lagi.
Sungguhpun begitu peluang Dr Zulkifli memang kerusi ini tetap ada jika beliau berjaya menyakin orang asal dengan perjuangannya untuk membentuk Jawatankuasa Khas Orang Asal dan Urusetia Orang Asal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang asal di Galas ini.           
3 Penjuru di Batu Sapi
Manakala di Palimen Batu Sapi pula berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kecil kali ini  diantara BN (PBS), PR (PKR) dan bekas komponen BN, SAPP. BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin (PBS) yang akan bersaing dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan peguam, Ansari Abdullah (PKR). Kesemua calon ini adalah dari luar Batu Sapi.
Dalam pilihanraya umum 2004, Ir Edmund Chong Ket Wah (PBS) menang tidak bertanding dan dalam tahun 2008, beliau menewaskan calon bebas, Dr Chung Kwong Wing dengan majority 3,708 undi.    
Rekod PKR di kerusi ini tidak baik apabila gagal menghantarkan calon mereka dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 yang lepas. Peluang Ansari Abdullah bergantung penerimaan lebih 15,000 pengundi muslim di sini yang menjadi pengundi majoriti kerana pengundi Cina dijangka akan lari kepada Yong Teck Lee, Presiden SAPP.
Malah mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, pengundi-pengundi yang menolak calon BN di sini bersedia memberikan peluang kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu mewakili mereka dalam pilihanraya kecil kali ini.
Berdasarkan pemerhatian saya, setelah 11 PRK diadakan selepas PRU ke-12 pada 2008 lalu, Sembilan daripadanya diadakan dalam era pemerintahan Najib Tun Razak. Semuanya kekal kepada status quo, melainkan Kuala Terengganu jatuh kepada PR (PAS), Hulu Selangor kembali kepada BN (MIC) dan Sibu jatuh kepada PR (DAP).
Jika kekalahan BN di Batu Sapi benar-benar terjadi, satu lagi musibah yang akan dihadapi BN Sabah selepas ini setelah BN Sarawak juga sudah tidak semantap dulu lagi bila BN (SUPP) gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada Mei lepas kepada DAP.
Adalah lebih baik BN melipatgandakan usaha mempertahankan Batu Sapi dari menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka merampas Galas. Pilihanraya kecil serentak pada April, 2009 sebelum ini pun menyaksikan BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, PKR mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau dan PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan kebijaksanaan pengundi-pengundi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi pada 4hb. November, 2010 ini. Apakah kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen mulai 2hb. November semalam memberikan kesan kepada rakyat untuk tidak lagi yakin kepada BN menjaga kebajikan rakyat?

Ali Rustam Terjerat.......???

on



"UMNO Kafir", Itu Fitnah Ali Rustam .....





Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen pilihan raya kecil di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang, semalam.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.


"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Berita Harian dalam laporannya semalam membidas Lim dan DAP yang didakwa semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir.

Akhbar itu memetik Ali Rustam sebagai berkata tindakan DAP mengkafirkan Umno itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir 'Allahuakhbar' oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” Ali Rustam dipetik oleh Berita Harian.

Malah lebih mendukacitakan kata Lim, Pemuda Putrajaya Umno membuat laporan polis ke atasnya berhubung laporan palsu itu.

Sehubungan itu, Lim berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, Lim berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga hadir pada sidang media ini menuntut Berita Harian menarik balik artikel berkenaan dan memohon maaf.

“Tiada pemimpin DAP yang kata Umno kafir. Kita bukan Islam macam mana nak tuduh orang lain kafir?” soalnya.

Ditanya sama ada parti itu akan menuntut bayaran ganti rugi atau pampasan daripada akhbar berkenaan, Guan Eng berkata perkara itu membabitkan maruah dan bukannya kerana wang.


Malaysiakini

Dr. Asri :- Saya bukan nasihat Anwar saja.......???

on



KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai ‘dinosaur’ dalam Umno pun perlu bersara bagi memberi ruang kepada muka-muka baru seiring dengan landskap politik semasa negara ini.

Justeru tegas beliau, nasihatnya agar Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik tidak hanya terhad kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan kepimpinan Anwar masih “relevan” berkata, pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai “tidak realistik”.


“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur-dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia berkata, AMK sebagai sayap pemuda PKR sepatutnya tidak melenting apabila orang awam sepertinya memberi nasihat kepada Anwar, penasihat PKR.

Ini kerana kata beliau, politik baru yang dipopularkan oleh PR sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008 sepatutnya tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk memberikan pendapat dan hujah demi kepentingan negara.

Katanya lagi, saranannya semalam agar Anwar bersara dari menjadi ahli politik sebenarnya tidaklah bermaksud untuk memadam segala rekod sumbangan ketua pembangkang itu kepada negara.

Namun, rekod sumbangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bermakna boleh menafikan bakat pemimpin-pemimpin muda yang lain untuk mengepalai PR, lalu mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Umno-BN kelak.

Sehubungan itu, Asri yang dikenali sebagai tokoh rentas parti turut membetulkan persepsi tidak tepat oleh dua calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin berhubung konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar semalam.

“Saya kata bersara bukan dalam erti kata dia (Anwar) tidak boleh memberi pandangan dalam berpolitik, ramai tokoh-tokoh politik yang bersara masih boleh memberikan pandangan.”

Menurut beliau, pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pascabersara sebagai Perdana Menteri sekarang tetap dihormati dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.

“Pendapat Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini terus didengar oleh Umno walaupun beliau sudah bersara kerana bersedia memberi laluan kepada muka-muka baru,” ujarnya.

Begitu juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata Asri sambil menambah, bekas perdana menteri itu dianggap hebat kerana bersara pada masa sesuai demi melancarkan survival politik BN.

“Tun Abdullah bukan tidak hebat, (pilihan raya umum ke-11) 2004 imejnya yang sederhana berjaya menenggelamkan populariti beberapa pemimpin pembangkang,” ujarnya.

Pun begitu, beliau menafikan spekulasi umum bahawa nasihat terbuka kepada Anwar itu ekoran perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang.

“Saya antara yang bersimpati dengan ujian Allah yang menimpa dia (Anwar), saya antara yang meminta supaya perbicaraan kes dia dibicarakan secara adil dan bermaruah,” tegasnya.

“Apa pun dalam masa yang sama saya tetap menuntut perbicaraan yang adil untuk Datuk Seri Anwar, jangan dinafikan hak beliau,” katanya lagi sambil menambah, Anwar tidak boleh dilayan sebagai penjenayah atau dianggap bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PR memerlukan kepemimpinan muda yang baru sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya daripada Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Kalau pembangkang mahu momentum atau anjakan baru dalam politik tanah air, pembangkang sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh baru,” jelasnya.

Dalam reaksinya semalam, Shamsul Iskandar menyifatkan kenyataan Asri sebagai tidak relevan kerana Anwar baginya adalah pencetus pada gelombang PR pada pilihan raya umum yang lalu.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai “Chegubard” turut menolak nasihat Asri kerana masih menganggap Anwar sebagai pemangkin pada perubahan landskap politik Malaysia, di samping tidak menafikan soal faktor kesedaran di kalangan rakyat sendiri.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula berkata, Asri bebas memberi pendapat tetapi hanya rakyat dan ahli yang menentukan sama ada Anwar bersara atau tidak.

Namun anak sulung Anwar ini berkata, nasihat Asri itu tidak akan mematahkan semangat Ketua Umum PR itu untuk membawa PR menumbangkan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

“Prinsip Datuk Seri Anwar untuk lawan tetap lawan sama ada ada jawatan politik atau tak seperti dalam penjara dulu,” ujarnya.


Pilihanraya Tak Dapat Mengubah Apa-apa.........???

on

Pilihanraya di Malaysia hanyalah sebahagian kosmetik dalam dunia demokrasi yang dijual oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita rakyat Malaysia terus dipaksa untuk menerima konsep demokrasi yang Umno dan Barisan Nasional tentukan. Hasilnya, kita ditipu dan ditipu selama 52 tahun. Walaupun ada suatu masa kita berjaya menang besar, segera diciptanya isu 13 Mei dan hasilnya darurat. Sekarang walaupun berjaya menafikan 2/3 majoriti dan memerintah 5 negeri namun lihat apa yang terjadi di Perak.

Ini semua bukti jelas, pilihanraya hanyalah alat untuk menjustifikasikan di depan mata dunia Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dunia tidak akan mempersoalkan bagaimana ianya dijalankan. Dunia hanya perhatikan negara ini demokrasi atau tidak. Jika Malaysia tidak demokratik maka susah bagi mereka untuk melobi negara - negara luar untuk datang melabur. Mereka yang menjalankan demokrasi ala-Umno ini tidak mahu dihentak teruk oleh negara - negara luar tidak mereka tidak melaksanakan demokrasi. Inilah permainan Umno dan Barisan Nasional.

Kita sering dibodohkan oleh SPR dan Umno. Kita rakyat Malaysia terlalu berlembut dengan mereka yang telah permainkan hak kita. Gambar telah menunjukkan petugas wanita Umno memberi duit kepada para pengundi. Namun SPR mengatakan ianya bukan bentuk rasuah. Tapi bayangkan jika PAS dan Pakatan Rakyat memberi duit sebegitu rupa, maka bersiap - sedialah kita mendengar gegak - gempita daripada pihak SPR. PAS rasuah, Pakatan Rakyat terlibat dengan politik wang dan sebagainya. Kita harus akur dan akui, semua jentera negara atau kerajaan semuanya telah dipegang oleh Umno dan Barisan Nasional. Kita rakyat sedang bertempur dengan satu pasukan tentera yang cukup besar. Jika kita bermain bolasepak, kita sedang berdepan dengan satu pasukan yang mempunyai 22 orang pemain sedangkan kita hanya 11 orang di padang. Sudah pasti teruk kita kena pukul. Permainan yang tidak pernah adil. Namun kita dipaksa oleh Umno untuk menerima cara permainan sebegini rupa. Hasilnya, walaupun menang besar kita tetap kehilangan satu negeri iaitu Perak. Kita tetap dengar ada sahaja ADUN - ADUN atau Ahli Parlimen yang melompat keluar dari parti. Semuanya kerana Umno bertindak cara mafia. Mereka boleh buat tapi Pakatan Rakyat jangan sesekali berbuat sedemikian rupa.

Kita sekarang dipaksa untuk menjadi manusia yang taat pada Umno secara tidak langsung. Walaupun suara kita, tindakan kita, dan perjuangan kita menentang Umno secara agresif akan tetapi secara tidak langsung kita masih lagi menyokong Umno. Kita masih lagi sayangkan Umno. Buktinya? Kita masih lagi mengikut rentak - tari Umno dan Barisan Nasional. Rentak - tari dalam pilihanraya cara Umno. Demokrasi cara Umno. Walaupun kita menjerit pilihanraya tidak adil namun kita tetap juga menyertainya. Kita sama sahaja dengan orang kampung yang marah dengan kerajaan kerana tidak memberikan kemudahan asas yang cukup. Namun apabila pilihanraya dibuat tetap juga sokong Umno. Bukankah kita sama dengan mereka. Apakah kita sama dengan mereka yang tidak dapat maklumat yang cukup?

Saya tetap percaya, selagi mana kita ikut rentak - tari Umno dan Barisan Nasional. Selagi itulah mereka akan terus berkuasa. Berkuasa hingga kiamat. Jangan harap Putrajaya dapat kita tawan. Kita harus dan wajib tidak mengikut rentak - tari mereka. Kita akan tertipu dengan demokrasi Umno. Kita akan tertipu dengan pilihanraya Umno yang dilaksanakan oleh SPR.

Jalan penyelesaian kepada kemelut ini, lihat saja sejarah perjuangan Indonesia, Korea Selatan (386 Movement), Thailand, Filipina dan sebagainya. Dimana mereka menuntut kebenaran dan keadilan. Lapangan mana mereka menuntut agar hak mereka dikembalikan. Lihat dan sudah pasti anda semua akan mendapat jawapannya. 

Terkini Dari Batu Sapi: Ranjau Pertama Dilepasi, Ranjau Kedua Menanti!!

on

KEADILAN Lepasi SAPP, Ekori Rapat BN 


Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.


Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh merasuah........???

on


Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya sebagai rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausahapolitik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Tak kan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.

Melarat tapi Kg Mangkalinau tetap sokong 'bapa'.......?????

on

Sekumpulan kanak-kanak dilihat membincangkan peraturan yang perlu diikuti sebelum mereka membuat garisan di tanah liat berhampiran rumah mereka.

NONESelepas persetujuan, masing-masing mengambil kedudukan sambil membaling guli di lubang yang digali itu. Ada yang bertempik gembira kerana guli mereka mengena sasaran.

Bagi kebanyakan orang, mereka tidak faham apa yang seronok sangat dengan permainan itu tetapi bagi kanak-kanak di Kg Mangkalinau, ia adalah syurga masa lapang mereka, tidak kira yang kecil mahupun yang agak berusia.

Seperti kenbanyakan perkampungan setinggan, Batu Sapi juga tidak terkecuali dihimpit kemiskinan tegar. Ribuan yang menghuni di kediaman yang tidak layak dinamakan 'rumah'. Pondok yang muat dengan 'sampah sarap' yang menunggu masa menyembah bumi.

NONETiada bekalan elektrik atau minuman yang bersesuaian. Malah mereka juga tidak mampu menghantar anak-anak ke sekolah.

Keperitan hidupan ini boleh disaksikan hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan kereta dari bandar Sandakan.

Bagi rakyat Sabah, setinggan itu dihuni oleh kebanyakannya pendatang asing, hasil 'Projek IC', yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menggulingkan pentadbiran pembangkang yang diterajui oleh PBS ketika itu pada tahun 1994. Beliau didakwa memberi kerakyatan serta merta bagi menjamin sokongan kepada BN meningkat.

Penghuni setinggan itu mempertahankan klesahih kewarganegaraan mereka serta membuktikannya dengan menunjukan MyKad milik mereka dan tidak kurang juga yang mempunyai kad keahlian Umno.

NONETidak kira stigma sosial dan persepsi yang menyelubungi setinggan ini, hakikatnya mereka ini adalah golongan miskin tegar dan buta huruf.

Mereka amat memerlukan pertolongan tanpa hampir langsung tidak dibantu.

Di sebalik kesengsaraan dan keperitan hidup, kebanyakan mereka mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada BN yang dianggap sinonim dengan 'bapa'.

Jaafar Lama, 60, seorang pengawal keselamatan berkata penduduk Kg Mangkalinau, yang ditubuhkan pada 1993, seringkali terpaksa mencari sisa bangunan dan apa-apa sahaja bahan buangan bagi memperbaiki rumah mereka serta jambatan usang yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

Katanya di sebalik kesetiaan kepada BN, mereka sebagai anak ada kalanya terasa “dipinggirkan oleh bapa”.

NONE"Sokong, mana boleh tak sokong (BN). Itu bapa sendiri, mana boleh sokong orang lain... tapi tengok macam mana dia jaga anak. Ini bapa kita, mana boleh sokong orang lain...tapi tengok cara dia jaga anaknya,” kata Jaafar.

Pengerusi keselamatan dan pembangunan kampung, kampung bersebelahan Kg Mangkalinau Orang, Ahmad Musa, 55, bersependapat dengan sentimen Jaafar.

Katanya, penduduk di situ yang kebanyakan mereka nelayan tidak dapat menganggarkan berapa yang mereka perolehi setiap bulan kerana ramai yang tidak pasti sama ada perahu yang digunakan mampu menghadapi badai di laut.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List