Rakyat benci BN kerana 'senarai hitam'

on Dec 2, 2010

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abd Halim Abd Rahman berkata, isu senarai hitam kenderaan akibat saman ekor antara punca rakyat negara ini benci kepada kerajaan BN.
Katanya, persepsi itu wujud kerana rakyat merasakan mereka diperas ugut oleh kerajaan yang tidak membawa kes kesalahan lalulintas yang didakwa itu ke mahkamah untuk diadili.


"Mengikut persepsi, salah satu kebencian rakyat terhadap kerajaan BN ini, (senarai hitam) inilah. Angkara jabatan kerajaan yang seolah memeras rakyat, menzalimi rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Pusat.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pengangkutan ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, amalan di negara kita berbeza dengan negara-negara di Eropah yang membawa kes kesalahan lalulintas tersebut ke mahkamah untuk diputuskan.
"Black list ini denda ke hukuman? Di negara Eropah ianya dibawa ke mahkamah untuk menentukan sama ada denda atau hukuman," katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan masalah kelewatan notis saman ekor yang dihantar sehingga berlarutan hampir lapan tahun.
"Seperti saya, kesalahan dibiar sampai lapan tahun daripada 2004, baru sekarang saya terima.
"Adakah saman ini valid lagi? Kenapa tidak dibawa ke mahkamah untuk dihukum?" soalnya.
Beliau sebelum itu mahu penjelasan kementerian sama ada bercadang untuk mentakrif semula kesalahan lalulintas dan menyemak semula hukuman.

Timbalan menteri ketika menjawab soalan itu berkata, pihak kementerian sentiasa mengkaji semula kesalahan-kesalahan lalulintas dan merubahnya dari masa ke masa.

H/Daily

Chegubard akan tinggalkan PKR.......???

on

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Badrul Hisham Shaharin yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) enggan mengulas desas-desus mahu meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan kecewa dengan proses pemilihan yang dikatakan tidak demokratik dan cacat.

“Bab itu (desas-desus mahu meninggalkan parti) saya tak nak komen dulu,” kata Badrul Hisham atau yang dikenali sebagai “Chegubard” menerusi laman sosial Facebooknya.

Badrul Hisham mengambil sikap berdiam diri apabila sesawang Umno-Reform mendakwa beliau akan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

“Saya pilih untuk diam diri dulu status saya dan hubungan politik kepartian,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun Badrul Hisham bercadang untuk memberi respons pagi Isnin ini iaitu sehari selepas himpunan protes ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kerajaan pusat mengenai isu kenaikan tarif air.

Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

“Isnin (selepas) Subuh kenyataan rasmi akan dibuat, kalau tak tidur lokap (pada) 5 (Disember) malam ha ha ...,” ujar Badrul Hisham lagi.

Badrul Hisham yang juga pengasas dan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - pertubuhan tak berdaftar - turut mengulangi iltizam politik menyokong inisiatif kerajaan negeri Selangor melancarkan perhimpunan aman Ahad ini.

Umno-Reform Selasa lalu melaporkan desas-desus tersebut timbul kononnya ekoran tindakan Badrul Hisham, yang membuat laporan mengenai kepincangan dalam pemilihan PKR baru-baru ini, tidak menghadiri Kongres Nasional Ketujuh Jumaat lalu.

Ia turut melaporkan Badrul Hisham menolak tawaran serta janji politik untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti seperti dirujuk pada ucapan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu sumber memberitahu bahawa bekas Ketua AMK Senator Ezam Mohamad Nor pernah mempelawa Badrul Hisham memandangkan mereka pernah bersama-sama dalam AMK dan pertubuhan bukan kerajaan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi Malaysia (Gerak).

Namun sumber tersebut memberitahu The Malaysian Insider, jawapan muktamad bergantung pada Badrul Hisham sendiri pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, SAMM telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar.

“Sekurangnya 50 orang ‘marsyal demo’ yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan Bersih, Kesas dan lain-lain.

“Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisahm berkata, SAMM juga menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas.

“Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri,” katanya lagi - TMI

Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih.........???

on

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan.
"Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia.
"Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut.
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno.
Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.
Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?
‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.
Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.
Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?
Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.
Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
Harakahdaily

UMNO lah Dalangnya.........???

on



Melayu kalau dah takde telur...macam itulah......Tak habis-habis menggunakan Sultan kononnya untuk menyerahkan memorandum dakwaan 30 Kes penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor kepada Sultan Selangor dan akan menyerahkan juga kepada Yang DiPertuan Agung kemudiannya

Sultan boleh buat apa !!!.....Sultan tak boleh campur hal-hal politik dan pentadbiran Negeri@Negara. Mangkuk punya GAPS. Ikutlah saluran perundangan yang betul. Itu baru dakwaan......lapor dan serahlah pada SPRM – Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang selama ini UMNO dakwa sebagai sangat Telus. Habis apa guna ditubuhkan SPRM kalau tidak untuk menyiasat kes-kes seperti ini.Seseorang itu tidak bersalah jika tidak dibuktikan dahulu kesalahannya.

Sajee....jer UMNO nak bikin havoc dan kekacauan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Supaya rakyat yang kurang cerdik boleh tertipu dengan tuduhan liar yang tidak berasas tanpa bukti yang kukuh.

Zaman UMNO & BN memerintah Selangor dan yang lain-lain dengan segala macam ribu rasuah dan penyelewengan takde pula badan NGO seperti GAPS ini nak berdemonstrasi dan mengadap sultan.

Baru ditubuhkan tak sampai 2 bulan...... GAPS – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor sudah seperti Kaduk Naik Junjung. Belum apa-apa dah canang dan hebohkan seluruh negara agar Pakatan Rakyat mendapat nama yang sangat busuk. Sungguh jahat tuduhan ini.

Kalau akulah Menteri Besar...dan dakwaan ini jika didapati tidak berasas dan dengan niat menjatuhkan kredibiliti Pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.....dah lama dah dalang-dalang GAPS ini ditangkap untuk diadili dan dibicarakan.


Dakwa dan tangkap ajer mereka ini....Biar menjadi suatu pengajaran kepada mereka semua yang suka menghasut dan mempergunakan Sultan dalam menjatuhkan kerajaan Negeri. melalui niat yang jahat lagi biadap.

Umno Bela Raja Ke.....???

on

Sila Baca Balik Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993


Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993

Penyampai: DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh: 18-01-1993



BACA SETERUS NYA DISINI

Robert Phang replies to Nazri Aziz

on


I also repeat my questions to A-G Gani Patail to answer to allegations that he is consorting with one En Shahidan Shafie, said to be a proxy of Tan Sri Tajudin Ramli, for the Haj Trip. The blogs have published documents to show that these people have been implicated in a recommendation made by former Police Director of Commercial Crimes Investigations Dept (CCID), Dato’ Ramli Yusuff, to former PM Abdullah Badawi for causing the losses suffered by Malaysia Airlines. 
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
PRESS STATEMENT BY:-
TAN SRI DATUK ROBERT PHANG MIOW SIN. Justice of Peace
Chairman – Social Care Foundation
-------------------------------------------------------------------------------------------
RESPONSE TO PRESS STATEMENT BY DATO’ SERI NAZRI AZIZ, MINISTER IN THE PRIME MINISTER’S DEPARTMENT
I am appalled by Minister in the Prime Minister’s Department Y.B. Dato‘ Seri Mohd Nazri Aziz’s response to my call to the A-G Tan Sri Abdul Gani Patial to clear the air on the mounting issues afflicting the Malaysia Anti Corruption Comission.
I have much respect for YB Dato‘ Seri Nazri for taking the stand that he is Malaysian First and Malay Second. I was amongst the first who quickly applauded his stand as a truly Malaysian. Likewise, I pray that YB Dato‘ Seri Nazri will display similar wisdom and not emotions.
1.            On Tuesday 30th November, I gave a Press Conference to clarify the role of the MACC vis-a-vis the A-G Chambers touching, amongst others, on :
a)            allegations of selective prosecution and victimisation;
b)            acquittal in high profile cases for failure to establish the threshold of a prima facie case;
c)            failure to institute prosecution in the losses suffered by Malaysia Airlines during the time of Tan Sri Tajudin Ramli;
d)            allegations surrounding A-G Tan Sri Gani Patail’s personal conduct in consorting with  the proxy of Tan Sri Tajudin Ramli during a recent Haj pilgrimage;
e)            allegations by former Kuala Lumpur CID Chief, Dato’ Mat Zain Ibrahim, of manipulation and tampering with evidence in the “Anwar Black Eye Incident” by A-G Tan Sri Gani Patail and former IGP Tan Sri Musa Hassan.
2.            The Star report quoted Dato’ Seri Nazri Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department, to have said that -  “I don’t have to explain to him (Phang). I am not accountable to him and there is no necessity for him to pressure me.”
3.            Let me be clear that my statements were directed to the Attorney-General Tan Sri Gani Patail and not to the Honorable Minister. As such, the issue of me trying to pressure the Honorable Minister does not at all arise. In fact, I am surprised that the Honorable Minister considers my statements as being any form of pressure. Therefore, I am saddened that Dato’ Seri Nazri Aziz has seen it fit  to rebuke me for trying to hold A-G Tan Sri Gani Patail accountable for these matters which are already in the public domain.  
4.            If the press reports are accurate, I am also saddened by the Minister’s statement that “he owed it to Parliament to reply on the issues, but not to any ordinary citizen on the street.”
5.            These are very harsh words coming from a Senior Minister to a senior citizen like myself by likening me to someone in the street. I would like to remind the Senior Minister that respect begets respect. Not too long ago, we hear the slogan popularised by the Government “Yang Tua dihormati, yang muda disayangi.” We would not want our younger and future generation to be nurtured into a “kurang ajar generation.
6.            More importantly, I would like to remind the Minister that he is an elected representative of the people. His own honorific title ‘Yang Berhormat Wakil Rakyat in the Dewan Rakyat” are clear enough that the government, indeed all public functionaries, are accountable to the people- the ordinary citizen, who voted them into Parliament and into power. I therefore appeal for circumspection in the statements made by Ministers of the Government. 
7.            Surely but truly, the Rakyat would like to ask these questions:-
a)            What is so wrong for me to voice the people’s concern and frustration over these matters which are already in the public domain?
b)            Why is the Minister shielding A-G Gani Patail from explaining his actions which may constitute conduct unbecoming of a public officer?
c)            Does the Minister consider it not to be improper for A-G Gani Patail to consort with people who have been implicated in investigations by the law enforcement agencies?     
8.            I also repeat my questions to A-G Gani Patail to answer to allegations that he is consorting with one En Shahidan Shafie, said to be a proxy of Tan Sri Tajudin Ramli, for the Haj Trip. The blogs have published documents to show that these people have been implicated in a recommendation made by former Police Director of Commercial Crimes Investigations Dept (CCID), Dato’ Ramli Yusuff, to former PM Abdullah Badawi for causing the losses suffered by Malaysia Airlines.
9.            As a senior citizen and social worker, I should echo to the Minister and the A-G, that A-G’s relationship with En Shahidan Shafie breeds more than just suspicion. The public is questioning whether the A-G has been compromised by that relationship? I also do not need to remind the A-G of section 16(B) of the MACC Act that it is an offence “IF” he, as a public officer, forbears to prosecute Tan Sri Tajudin Ramli because of his relationship with Shahidan Shafie.  Section 23 of the MACC Act also makes it an offence “IF” A-G Gani Patail uses his office to receive gratification for himself, his family or his relative.
10.            These are matters of paramount concern to the public. The personal conduct of the A-G must be beyond reproach if the institutions of government are to have any credibility. Otherwise, the public will perceive that the allegations made by Dato‘ Mat Zain Ibrahim in the following words to be true: 
“It only shows that MACC and the Chambers are prepared even to go to the extent of affirming false affidavit to screen Gani Patail from legal punishment.”
11.            Civil servants and politicians are definitely answerable to the Rakyat and it would be wise for the Government of the day to listen to them. 
Lastly to quote and unquote “HUMBLENESS IS GOOD VIRTUE, ARROGANCE SHALL FALL, THE MEEK WILL RULE THE WORLD”.

Tan Sri Datuk Robert Phang Miow Sin
Justice of Peace

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List